Naik Usia = Naik Kematangan
Assalamualaikum semua pembaca yang aku sayangi sekalian. Apa khabar semua, so camana cuti?
Buat adik-adik yang masih pakai seluar hijau baju putih aka masih bersekolah tu, nikmatilah hari-hari terakhir sebelum nak naik sekolah, sebab lepas ni korang akan lebih banyak baca buku teks sekolah daripada baca blog aku ni.
Yang duduk pantai timur ni, besok sekolah an? Hahaha.
Kepada yang menghadapi exam-exam besar macam UPSR, PT3 atau SPM, bebawaklah beringat ok? Tahun untuk bermain tak pernah berakhir, tapi tahun main-main dah pun tamat. Kena serius, buat yang terbaik ok?
Yang baru nak masuk universiti pulak, kenalah ingat yang korang ni bukannya budak sekolah lagi dah. Alam universiti sangat berbeza dengan alam persekolahan, takde orang yang nak gerak kau pergi sekolah, takde yang nak marah kalau kau ponteng kelas, semuanya sendiri sendiri adik oi!
Pendek kata, masuk je tahun baru 2016, semuanya akan baru. Drama kehidupan baru, cerita baru, permulaan baru, serba-serbi baru.
Termasuklah diri sendiri, pun kena baru jugak. Jangan bawak lagi perangai buruk 2015, ketidakmatangan, kelemahan dan kekurangan tu semua.
Sebab, bila kata tahun baru ni, maka kita juga akan menempuhi cabaran, dugaan dan ujian yang baru.
Buku 2015 dah habis dikhatamkan, lengkap 365 episod siap fillers lagi, semua dah habis dah.
Sekarang ni buku 2016 pulak. Jadi memang kenalah 'New Year New Me' tu.
Bila bercakap tentang tahun baru, tak dapat tidak mestilah kena cerita tentang besday. Sebab bila tahun baru, tahun makin meningkat, maka secara automatik umur pun makin meningkat, dan kita menikmati kehidupan dengan umur yang baru.
Dulu, aku ada tulis dalam blog tentang besday, di mana insan yang paling layak dapat hadiah besday adalah ibu dan ayah kita. Boleh baca kat sini Besday : Siapa yang layak dapat hadiah?
Ibu bapalah yang banyak menyumbang dalam pembangunan diri kita, lebih banyak daripada guru, buku dan lain-lain. Tanpa mereka, memang kita ni hanya manusia yang takde pape langsung, terlalu banyaknya jasa mereka kepada kita.
Jadi, sebab itulah mereka sebenarnya yang layak mendapat hadiah, kerana wujudnya hari lahir kita ni, disebabkan mereka berdua.
Actually, ibu bapa kita ni, bukan nak sangat pun hadiah-hadiah ni. Sangat berbeza 360 darjah daripada kita, kita yela, nak macam-macam, kalau boleh dunia tu dibeli pun, kita pun nak juga.
Suatu hari, aku dan awek aka ibu aku yang tersayang lepaking dekat kedai. Konsep lepaking aku dengan awek aka ibu ni memang jauh konsepnya daripada lepaking korang. So, jangan bayangkan lepaking yang korang selalu buat ok?
Aku dan awek aka ibu aku berjalan sama-sama kat dalam mall - sambil pegang tangan sweet-sweet gitu - sambil window shopping, ambik angin-angin ekon selepas ibu aku penat bekerja kat dalam tempat yang panas, dan hanya ada kipas je.
Besday awek aka ibu aku dalam bulan ni, jadi aku tanya dekat dia, apa yang dia nak untuk besday dia nanti?
"Cukuplah adik dan akak menjadi anak yang soleh dan solehah."
Masa tu rasa macam ada habuk-habuk sikit kat mata, hahaha.
***
Actually aku menulis post ini, sebagai post istimewa, khusus untuk diri aku sendiri sebenarnya.
Dalam beberapa jam lagi, aku akan menyambut hari kelahiran yang ke - ten ten teren - beberapa kalinya dalam hidup aku ni.
Setiap kali tahun baru, antara hari yang akan bermain di fikiran aku adalah hari lahir sendiri. Tapi, apa yang aku fikirkan bukanlah hadiah apa yang akan aku dapat, camana sambutan besday tu, siapa yang akan wish, nak makan kek apa, bukan.
Setiap kali besday aku, hati aku akan jadi tak sedap, mata pun mula nak berair, dan kepala serta minda akan fikir macam-macam.
Sebab, aku memang tak suka menyambut besday ni. Sebab tu aku tak kisah pun, orang wish ke tak, walaupun nanti Facebook penuh, Whatsapp penuh, ada orang nak bagi hadiah ke tak, dapat kredit free ke cmne, semua tu aku tak kisah.
Yang aku kisah, hanya realiti yang umur aku makin meningkat. Bila umur semakin meningkat, maka level ujian dugaan dan cabaran pun akan meningkat seiring dengan usia aku ni.
Maka aku akan tertanya, ujian camanakah nanti yang akan datang?
Dan, mampukah aku untuk menghadapinya?
Tapi, itulah realiti dan hakikat hidup yang aku tak dapat nak lari, dan takkan pernah lari. So aku hanya terima dengan hati yang terbuka, kesemua hakikat itu, dan kesemua wish besday - ikhlas ke tak - hadiah-hadiah dan lain-lain.
Wuhahaha. Bajet famous. Konon banyak wish dan hadiah.
***
Dari satu sudut, aku kurang bersetuju bahawa kematangan akan naik apabila usia pun meningkat. Hal ni disebabkan sepanjang kehidupan aku, aku menjumpai ramai manusia yang sebaya aku, tapi kematangan mereka hampeh dan mengecewakan aku.
Dan aku juga menjumpai ramai manusia yang lebih muda daripada aku, tapi kematangan mereka itu mengalahkan usia mereka.
Memanglah, aku tak mengukur kematangan ni dari sudut muka, ataupun perangai. Tak bermakna perangai dia childish makan comot selekeh main game Frozen semua tu, maka dia pun tak matang.
Tapi aku mengukur kematangan seseorang itu, apabila dia berdepan dengan konflik dan masalah, apatah lagi kalau watak aku pun turut sama ada dalam drama konflik dan masalah tu.
Siapa ae yang perangai childish makan comot selekeh main game Frozen tu, ten ten teren.
Tapi, dari satu sudut pula, aku bersetuju bahawa kematangan akan naik apabila usia pun meningkat. Hal ni disebabkan, aku sendiri melihat perkara tu berlaku dalam kehidupan aku sendiri.
Dulu, masa aku kecil, aku seorang yang agak panas baran. Selalu jugak aku bertekak dengan ibu ayah, terutamanya ibulah. Banyak yang aku tak setuju dengan mereka, malah aku cepat offend dengan kata-kata mereka yang bagi aku sentap mengalahkan Tarbiah Sentap.
Tapi, bila semakin umur aku meningkat, lama-lama aku dah jarang bertekak dengan mereka. Malah aku lebih sayang dekat mereka. Setiap perbuatan-perbuatan aku yang melukakan hati mereka, membuatkan aku akan merenung setiap perbuatan-perbuatan itu, samada betul, wajar atau salah.
Apabila umur aku semakin meningkat, penglihatan dan vision aku terhadap kehidupan aku mula berubah slow-slow. Aku mendapati bahawa dunia ni bukanlah tempat yang aku boleh main-main, di mana aku yang akan kena game balik kalau aku main-main.
Aku sedar tentang hakikat realiti dunia yang menyedihkan, but yet, aku masih lagi boleh senyum dengan kegembiraan isi-isi dunia seperti ahli keluarga dan lain-lain.
Jadi, pedulikan 2 pendapat aku tu.
Yang pastinya, pastikan kematangan kita naik seiring dengan kenaikan usia kita.
Itu wajib.
***
Dalam blog ni, aku banyak menulis tentang kematangan. Ia bukanlah suatu indicator bahawa akulah orang yang paling matang kat dunia, ataupun jauh lebih matang daripada korang semua.
Tapi yang pasti, kita akan cukup marah, stress dan sakit hati jika orang-orang yang tak matang muncul menyemak dalam kehidupan kita, kan?
Dunia ni actually, kalau kita betul-betul sedar dan menghayati sehalus-halusnya, macam game je sebenarnya.
Game ni ada level dia. Dan setiap level mesti ada final boss. Bila kita kalahkan final boss, baru kita akan proceed ke next level pulak. Then, kita akan jumpa lagi final boss, baru kita boleh naik lagi level baru.
Tak dapat tidak, untuk mengalahkan boss baru, kita perlukan upgrade semua kelengkapan kita, senjata kita, armor dan lain-lain. Sebab boss level 10 takkan sama dengan level 9, dan kita takkan dapat kalahkan boss level 10 dengan kelengkapan weapon dan armor level 9.
Macam RPG pulak. Nampak sangat pengaruh Sword Art Online dan No Game No Life. Hahaha.
Ujian-ujian yang datang ketika umur kita 20, takkan sama macam ujian-ujian yang datang masa umur kita umur 9 tahun.
Masa umur 9 tahun, kita akan menangis bila terlepas Dragon Ball episod 395 sebab hari Sabtu tu ada sekolah ganti untuk Deepavali. Dia punya nangis dia, boleh tadah air mata tu buat mandi wajib.
Tapi, bila umur 20, takkan menangis punya kalau terlepas Aku, Kau dan Dia walaupun tu episod last, sebab ada kelas ganti lecturer tak datang kelas aritu. Kalau nangis pun, sebab lecturer kata ada test mengejut.
Ok, tu contoh lawak yang jelas hambar, tapi seriusly, tak sama.
Ujian-ujian yang akan datang ni, banyak melibatkan bukan sekadar fizikal, malah mungkin melibatkan soal harta, kewangan, diri sendiri camana, diri orang lain, emosi dan lain-lain lagi!
Jadi, kalau diri kita tak bersedia, masih lagi berada kat level 2 sedangkan upgrade armor dan weapon dah level 188, jadi kita takkan boleh maju sampai bila-bila.
Percayalah cakap aku.
***
Kehidupan ini indah, walaupun kadangkala kita akan mengalami hari-hari di mana kita akan banyak menangis, hati dilukai, luka-luka berdarah dengan banyaknya, tapi kadangkala juga kita akan tersenyum dengan bahagianya, seolah-olah semua yang pahit itu tak pernah kita rasai.
Yes, kehidupan ini memang indah. Tapi perlunya kita kepada cabaran, dugaan dan ujian itu hanya satu sebab sahaja, supaya kita boleh progress, menjadikan diri kita lebih baik, bagus, better daripada diri kita yang dulu.
Mengakhiri post, apabila korang berada dalam beberapa minit sebelum hari besday korang, apa kata cuba luangkan masa tu untuk fikir mengenai diri korang, adakah ia sudahpun matang seiring dengan matangnya usia korang tu?
Kerana perjalanan kita masih panjang, masih banyak cubaan yang menunggu, masih banyak level yang belum unlocked, banyak lagi final boss tak lawan, banyak lagi character yang kita tak jumpa, banyak lagi weapon dan armor yang best-best lagi.
Bukan apa, agak menyedihkan, kalau kita dah umur 21 tahun, tapi masih lagi orang dare untuk label kita sebagai seorang yang tidak matang, kan sedih tu?
Naik usia ni, kenalah kematangan pun naik juga.
Barulah kita boleh progress, menuju ke hadapan, melangkah tanpa menoleh ke belakang, dan meneruskan perjalanan kita tanpa takut apa jua cabaran, ujian dan dugaan yang mendatang.
Semoga naik usia kita ini - khususnya aku - kita akan lebih banyak bermanfaat kepada orang lain, banyak membuatkan orang senyum, lebih kuat dalam menghadapi semua yang the worst, dan...
...lebih matang daripada usia kita yang dahulu.
Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi wahai diri,
"Semoga kau lebih kuat, matang, bermanfaat kepada orang lain, banyak membuatkan orang tersenyum, jadi anak yang soleh, boleh membahagiakan ibu ayah dan family, kejar kebahagiaan diri sendiri, lebih kuat mencapai cita-cita, dan sentiasa tersenyum dalam apa jua keadaan yang mendatang."
Selamat hari jadi.
Comments
Post a Comment