Apabila hidup mencampakkan kamu sebiji lemon, tukarkanlah ia menjadi segelas jus

Haha, actually aku takde niat pun nak menulis malam ni. But setelah tetiba best friend aku menge'chat' aku, mengatakan bahawa dia memerlukan sebuah karangan untuk ditulis. Dan, dia kata dia kena paksa. Pergh! Aku ingatkan buat karangan sekolah ke, karangan resume ke, karangan putus cinta ke? Tengok-tengok, aiseymen! Karangan scholarship ma! Huiyoo. Nak mohon scholarship pun kena menulis ke? 

Aku terperanjat untuk kali pertama. Then aku terperanjat untuk kali kedua. Bila dia kata, "tomorrow is the deadline." Lalu aku teringat kata-kata boboiboy time iklan maghrib, TERBAIK!

Dan karangan dia bertajuk :

'When life throws you a lemon, make lemonade'.

Dan aku pun dah terjemahkanlah maksud quote ini menjadi tajuk post aku. So, adakah cukup dengan tahu maksud melayu dia? Agak-agak kau dah boleh faham kot? But, sebenarnya, ia memiliki makna yang cukup mendalam. Sedalam lautan Port Dickson. Ahaks.

Maka, aku pun nak balik asah kepala hotak aku. Iyelah, gua budak bahasa meh! Izinkanlah hamba berlipur lara, mencerahkan kepala tuan hamba sekalian akan maksud quote ini.

-credit to Ah Yew, my best friend-

DISEBABKAN INI BLOG BAHASA MELAYU, MAKA AKU TAK LARAT NAK BEROMPUTIH MALAM NI. DAN, TAKDE KERJA AKU NAK BUAT KARANGAN OI!

Aku kecewa hari ni. Kesemua kawan aku, Tembikai, Epal dan Pisang disukai oleh manusia. Sebab selain mereka bertiga ini sedap, boleh dijadikan pelbagai variasi makanan, mereka bertiga ni pon famous. Tembikai? Siapa tak kenal. Buah yang paling famous time kenduri kahwin. Epal? Siapa tak kenal? "Eat  an apple a day keep you a doctor away". Pisang? Siap ada iklan kat tv lagi. BANANANA!

But aku, dah la masam. Lagi masam daripada rakan sepermainan aku, Limau Tanbun, Limau Mandarin dan Limau Purut.

Aku teringin, nak manusia layan aku, seperti Tembikai, Epal dan Pisang. Aku teringin nak dijadikan buah-buahan time kahwin, nak ada quote sendiri, dan ada iklan tv sendiri. Tapi, apa kan daya, aku ni hanya layak dilayan sebagai buah-buahan biasa je.

Aku teringin, nak dimakan oleh manusia. Ambil, terus makan. Macam Tembikai, Epal dan Pisang. Tapi, manusia tidak melakukannya, sebab aku terlalu masam.

Suatu hari, aku mendengar yang anak kepada Tuan aku telah mendapat keputusan yang agak teruk dalam SPM. Boleh dikatakan hampir semua result dia cukup-cukup suap je, bak kata pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Kesian anak Tuan aku ni, dimarahi, dileteri, dicaci, dimaki. Hanya sebab result SPM dia yang lebih teruk daripada mak cik kantin yang kerja kat kantin sekolah dia. Oh, Karim nama dia. Karim sangat sedih, dia menguncikan diri dia dalam bilik.

Tuan aku hanya berleter, merungut kepada Tuhan, "kenapalah aku ada anak macam ni?". Aku sebagai buah, pun sedih gak sebab buah pun ada perasaan. Tapi, aku just boleh tengok je. Ikut hati aku nak sound je Tuan aku, but aku takut nanti aku akan dibuang ke tong sampah, ataupun menjadi santapan binatang-binatang yang jijik. Lagipun, aku tak pandai nak cakap bahasa manusia.

Aku konfom, Tuan aku yang akan pengsan kalau aku sound dia.

Masa pun berlalu, dan Karim menjadi seorang lelaki yang semakin lemah. Nak bangun pun tak daya. Tuan aku menyesal, sebab downkan dia. Dia dah puas mintak maaf kat Karim, berikan dia hadiah, bawak belanja Burger Abang Burn, belikan sekotak Nutella kegemaran dia, macam-macam dah Tuan aku ni buat. But, Karim tetap tak bersemangat.

Karim cakap, "Tak perlu la bapak nak pujuk saya. Saya hanya akan menyusahkan bapak nanti dengan kebodohan saya. Dengan result saya yang teruk ni, saya tidak mampu membuatkan bapak bangga menjadi ayah saya."

Aduh! Tangkap leleh dengar ayat Karim ni. Aku yang buah ni pun sebak, apatah lagi Tuan aku. Akhirnya, melihatkan berat badan Karim yang semakin kusut, perwatakan Karim yang tak terurus, berak pun tak boleh nak cuci sendiri, akhirnya Tuan aku membuat keputusan untuk menghantar Karim berjumpa pakar kaunseling.

Sebelum nak bergerak, Karim pergi ke dapur sekejap. Aku rasa dia lapar agaknya. Tapi disebabkan Tuan aku ni nak gerak cepat, so Tuan aku ni tak lah masak. Nak cepat. Disebabkan takde satu pun makanan dalam dapur hatta sekeping biskut pun, maka takdir Tuhan, Karim ternampak aku yang sedang elok-elok je berehat dalam bakul, menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.

Maka tanpa sebarang perkataan, Karim terus mengigit aku. "Aduh!" Aku menjerit, dalam bahasa yang tidak difahami Karim. Namun, kesakitan itu tidak membuatkan aku berasa sedih, malahan ia membuat aku berasa gembira. Kerana akhirnya impian aku untuk dimakan begitu sahaja seperti Tembikai, Epal dan Pisang, tercapai jua akhirnya. Walaupun ia menandakan hidupku sebagai sebiji buah akan berakhir.

"Ah, masam gila!" Belum hampir sesuku pun aku dimakan, Karim berhenti. Kegembiraan aku bertukar. Ternyata Karim juga seperti manusia lain, mengatakan ketidaksanggupan untuk memakan aku yang masam. Aku yang kini kehilangan 23 peratus daripada tubuhku, hanya mampu melihat Karim mengeluarkan blender, sebiji mangkuk yang berisi gula dan sebiji gelas.

Karim, mengambilku, menelanjangkanku, dan memotongku kepada beberapa hirisan. Maka, secara rasminya, khidmatku sebagai sebiji lemon, TAMAT. Kemudian. Karim memasukkan aku ke dalam blender, lalu aku diblender. Menukarkan bentuk asalku yang solid, kepada liquid.

3 minit kemudian, aku yang kini dalam liquid form, dituangkan ke dalam gelas. Dan Karim menambahkan 3 sudu gula kecil, dan mengacauku mengikut arah lawan jam. Dikacaunya aku dengan laju supaya gula itu dapat menyatu denganku.

"Wah! Manisnya. Sedap. Hah?" Karim menunjukkan reaksi yang pelik, setelah meminumku. Yang pasti, aku dapat lihat ada sekeping senyuman yang dahulunya agak lama menghilang.

"Bapak! Tak perlu hantar saya ke pakar kaunseling. Saya sudah sembuh. Malah, saya sudah mendapat semangat saya kembali."

"Syukur, namun bapak ingin bertanya. Apakah yang membuatkan kamu sembuh begitu cepat?"

"Oh, semua pasal sebiji lemon bapak. Memang Tuhan menciptakan lemon dengan rasa yang masam kalau kita memakannya begitu sahaja. Namun, kalau kita mengisarnya, menambahkan beberapa sudu gula dan meletakkannya ke dalam gelas, ia akan menjadi jus lemon yang sangat sedap.

Begitu juga dengan kehidupan saya. Saya hanya perlu menukarkan musibah yang telah Tuhan berikan ini kepada sebuah nikmat. Saya mesti berusaha dalam pelajaran saya yang akan datang, dan kegagalan saya dalam SPM yang lalu haruslah saya tukar dengan kejayaan. Barulah saya dapat membuat bapak bangga!"

Kedua mereka berpelukkan. Walaupun aku telah meninggalkan dunia, namun aku berasa bangga dengan diriku. Mungkin aku tidak diciptakan untuk menjadi Tembikai, Pisang dan Epal, namun aku telah memotivasikan diri seorang manusia. Malah, aku kini lebih terkenal daripada mereka bertiga.

Aku telah mula diletakkan dalam masakan orang kahwin. Hirisan kulitku dicampurkan dalam kari, atau diperap bersama ayam. Aku juga telah ada produk sendiri. Aku telah dicampurkan dengan jenama teh terkemuka macam Lipton dan Boh, menjadi Teh Lemon. Malah, aku juga dicampurkan dalam Sabun  Pencuci Pinggan Mangkuk Sunlight. 

Dan, yang paling aku banggakan, aku kini sudah ada quote sendiri. Iaitu :

'When life throws you a lemon, make lemonade'.

THE END

Sorry kalau kau rasa mengarut. Haha. Aku pun main redah je tulis. Alhamdulillah, best friend aku selesai gak buat essay dia. Aku rasa, quote ni lebih sesuai dengan dia. Dan akulah lemonnya. Haha. Sedap ke jus lemon? "Teh tarik lemon satu ane!"

p/s: "Manusia yang HEBAT adalah manusia yang boleh menghadapi ujian hidup dengan tenang. Namun, manusia yang lebih HEBAT adalah manusia yang boleh menukarkan musibah menjadi nikmat." -tari basir-

Comments

Post a Comment

Popular Posts

Terima Kasih Followers