Masa bergerak pantas ke? Atau manusia yang leka?

Sekarang ni aku tengah cuti pertengahan semester. Semester ni, memang agak tough la. Subjek kian padat, assignment pon dah banyak, kengkadang satu hari tu memang penuh je masa aku. Dan aku akui, memang letih sesangat. 

Kengkadang, bila kelas dah padat sangat sampai ke petang, sampai je bilik, aku membuta ah. Macam henset yang takde bateri, kena la cas terus. Sama la macam diri aku yang begitu exhausted selepas hampir seharian belajar. Kan bagus kalau manusia boleh cas guna power bank, haha.

Itu baru letih sebab belajar, belum masuk lagi letih dengan karenah lecturer aku yang stailo. Kengkadang lecturer aku masuk lambat, call ketua kelas aku, "ok, class hari ni kita cancel eh". Haha, aku pon kengkadang bertempik gembira, tapi kemudian aku sedih balik, lepas lecturer aku cakap balik, "nanti kita ganti kelas eh, malam pon takpe".

Huhuhu, tabik spring aku dekat lecturer aku. Kenapalah dulu cikgu sekolah aku tak camtu ah?

Pernah satu hari tu, hari aku memang padat. Tersangat padat. Sampai malam pon ada kelas. Tambah-tambah lagi sebelum aku cuti ni, banyak je test untuk carry mark. Dengan course aku ni, tak dapat nak tembak-tembak je time test, sebab semuanya guna kitab-kitab arab, dan dalam bahasa arab.

Memang terbaik.

Namun, sebagai seorang pelajar, aku cuba sedaya upaya untuk tak mengeluh. Kenapa? Sebab itukan tanggungjawab aku, sebagai seorang pelajar. Pelajar tugasnya belajar kan? Lain lah kalau aku seorang bos, boleh ah aku nak mengeluh pekerja malas ke, saham jatuh ke, harga minyak naik ke, gula naik ke, dan lain-lain.

Tapi, hakikatnya, aku seorang pelajar. Aku tak boleh mengeluh atas perkara yang menjadi kewajipan aku. So, pabila aku ada masalah dengan belajar, stress ke, aku akan mengadu kepada ibu kesayangan aku. Kadang-kadang, aku cuba untuk melepaskan stress dengan makan, dengan tidur, dengan internet, dengan facebook, dengan luahkan masalah kat besfren, dan macam-macam lagi perkara aku buat untuk aku hilangkan stress aku.

Namun, camtu yolah masalah. Hilang. Datang balik. Pergi. Kembali semula kepadaku.

Suatu hari, ibu aku sms aku. Dia cerita pasal seorang mahasiswa yang berjaya grade dengan kepujian yang tersangat cemerlang. Gambar dia masuk dalam surat khabar, dan dalam gambar dia tu, dia bergambar dengan parents dia.

Then ibu aku pon cakap, "ibu yakin, adik boleh berjaya, dan gambar kita sekeluarga akan masuk dalam surat khabar". Masa tengah sms ibu aku tu, aku tengah makan. Bila sms ibu aku tu berbunyi suatu harapan yang tersangat tertinggi, aku termati selera. Sebab aku begitu risau, yang aku mungkin kecundang dalam perjuangan aku, or worse, aku tak dapat tunaikan hasrat parents aku. Yang sangat aku sayang.

Alhamdulillah, selepas habis je kelas terakhir, aku sangat hepi. Akhirnya dapat jugak rehat. Dapat lah rehat fizikal dan mental aku yang begitu letih ni. Aku tak balik rumah, sebab aku berhasrat untuk mengulang kaji pelajaran, dan yang paling penting, aku nak siapkan assignment aku yang banyak.

Sebab, kalau aku balik rumah, aku takkan mampu buat assignment. Sebab? Mindset aku dari tingkatan satu. Haha, sori. Aku dah call ibu aku, aku dah kata aku tak dapat balik cuti ni.

So, dalam keheningan malam terakhir, aku menghantar beberapa besfren dan kengkawan sekelas aku ke bas mereka, diorang dah nak balik ke kampung masing-masing. Malam tu aku rasa, aku ni dah macam wakil rakyat kelas ah, hahaha. Jeles pon ada, sebab mereka mampu untuk pulang ke kampung halaman, sedangkan aku terkandas di sini, walhal takde masalah pon kalau aku nak balik. 

Cuma, aku memilih untuk tak balik. Tak salah kan?

So, dalam meniti seminggu aku di sini, aku luangkan masa aku dengan tidur. Bila aku dah rasa tidur tu tersangat boring dan menyakitkan badan, aku cuba pula dengan main game. Bila nak start assignment, "esoklah", kata aku yang gila. Haha.

Pada hari ni, aku baru je lepas main game. Dan, ternyata, aku begitu fedup. Tersangat-sangat fedup. Kenapa? Sebab aku main-main, asyik kalah je. 

Game ape yang aku main? Adalah.

Disebabkan aku begitu menyirap, dan di dalam kemenyirapan aku itu, aku terpikir, "adakah aku akan menjadi orang yang rugi, di mana seminggu cuti ni aku tak sentuh pon, taip satu abjad pon assignment aku, padahal, assignment aku banyak dan susah?"

Dan akhirnya, aku membuat keputusan, aku akan berhenti untuk main game, dan aku akan mulakan dengan kerja-kerja assignment aku, besok. Kenapa besok? Sebab, aku nak update blog, untuk mencari kekuatan aku, aku nak buat assignment. Haha, bajet dan riak bukan?

Doakan aku, supaya aku sukses. Amin.

(Seminggu sebelum itu....)

Selepas habis kelas Aqidah, aku menuju ke bilik aku dengan kelajuan yang laju. Laju jugak lah dari biasa. Aku tinggalkan kengkawan aku, dan aku berjalan sorang diri. Masa itu, jam menunjukkan pukul 6 suku petang.

Kenapa? Sebab, pukul 8 malam aku ada test carry mark untuk Ulum Quran. Dan aku tak studi lagi. Aduhai.

Sampai je bilik, aku mandi, dan aku bersiap dengan cepat. Selepas solat maghrib, aku bergerak ke kafe, nak dinner. Lapar sangat, yela, sebab hari ni aku sangat penat studi. Tapi, bila tengok jam dah pukul 7 suku, tak jadi aku nak makan, sebaliknya, aku terus bergerak ke tempat test, aku nak study.

Aku sampai kat tempat test pukul 7 setengah, dan aku ada masa setengah jam lagi untuk studi. Maka, aku sorang-sorang je studi, takde sorang laki pon yang ada kat situ.

Masa tengah aku studi, tiba-tiba aku terpikir, kenapa aku begitu tersepit? Aku rasa macam masa tu begitu pantas masa berlalu. Kenapa aku rasa macam tak cukup je masa? 

Rupa-rupanya, sebab aku leka. Bukan sebab masa tu berjalan dengan cepat.

Memang Rasulullah S.A.W ada mengeluarkan kata-kata a.ka. hadith, yang masa akan bergerak dengan pantas bila dunia di akhir zaman. Tapi mungkin sebenarnya, Rasulullah S.A.W nak berikan suatu tafsiran, atau makna yang tersirat, yang sebenarnya manusia akhir zaman akan begitu terleka. Mungkin aku salah, wallahua'lam.

Namun, aku rasa, tak logiklah kalau masa tu tak cukup? Sebab Allah S.W.T berikan semua hamba-Nya complete 24 jam sehari semalam. Cuma yang bezanya, cara sesetengah manusia itu menggunakan masa.

Kadang-kadang, perasan tak kita? Kalau kita leka je dengan masa, banyak tidur, main game, lepak-lepak dengan member, sedar-sedar je satu hari dah berlalu, kan? 

Ini baru bercakap kaitan masa dengan kelekaan manusia menggunakan masa. Belum sentuh lagi dengan kegagalan manusia meletakkan ketepatan ibadah dalam masa. Camni maksud aku.

Mungkin kita terasa sempit masa, sebab Allah S.W.T tak memberkati masa kita. Kadang-kadang disebabkan maksiat dan dosa yang kita buat, menyebabkan Allah S.W.T mungkin mempercepatkan masa dosa kita hari ini, agar masa pahala kita esok sampai cepat.

Kalau betul lah camtu, maknanya begitu sayangnya Allah S.W.T kepada kita. Tapi, takkan kita nak gadaikan masa kita hari ini, sedangkan kita boleh penuhkan masa kita tu dengan bermacam-macam perkara yang baik-baik?

Bila aku terpikir balik, betapa banyaknya masa yang dah aku lekakan. Then, bila aku dah tersepit, aku salahkan masa tu berlalu dengan cepat pulak. Apa siot aku?

Kesimpulannya, aku ada banyak assignment. Dan aku masih ada masa lagi untuk buat kesemua assignment tu, cuma, aku kena bermula, untuk tip-topkan semua ibadat. Sebab, ibadat kan berkaitan dengan masa?

Allah S.W.T marah orang yang melambat-lambatkan ibadat, dan adakah mustahil, orang yang melambat-lambatkan ibadat tu, akan tip-top dalam nak buat assignment berbagai? Adakah orang camni, masanya akan terluang dengan cantik?

Oh, betapa hinanya aku dengan Allah S.W.T. 

Pada pendapat aku, samada masa itu bergerak dengan pantas atau lambat, kita tak boleh ukur. Boleh jadi, masa yang kita luangkan dengan pelbagai perkara-perkara yang berfaedah dan kita tip-topkan ibadah, solat 5 waktu misalnya, mungkin ia akan berlalu dengan cepat. Tapi kita tak rasa menyesal.

Boleh jadi masa yang kita bazirkan dengan perkara-perkara yang lalai, malah kita lambat-lambatkan solat, mungkin masa kita itu akan berlalu dengan lambat, dan kita akan rasa tersangat menyesal.

Hanya manusia loser je salahkan masa, sebab masa tak pernah bersalah. Yang salah manusia itu sendiri. 

Mulai hari ini, berkawanlah dengan masa. Supaya kita takkan terasa sempit, dan bahagia dengan kehidupan kita. Yang paling penting, tepatilah waktu solat, In Sha Allah, terjaga solat kita maka terjagalah masa kita. Amin.

p/s: Aku main game Left 4 Dead 2, asyik kalah je, fedup aku. Aku nak start buat assignment besok, doakan aku. Banyak kot nak buat, haha. Alhamdulillah, aku akhirnya timbul kesedaran, harap-harap bukan hangat-hangat taik ayam sudah lah, kan?

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers