Adakah bercinta itu memerlukan manual?

Assalamualaikum kepada kalian semua. Hohoho. Sementara nak tunggu berbuka dan menikmati petang yang bahagia tanpa secawan teh dan keropok lekor, aku berminat pulak nak berkongsi kepada korang semua.

Semenjak start bulan puasa ni, aku mula layan anime Gintama. Yelah, walaupun aku bukanlah seorang peminat tegar anime, tapi walaubagaimanapun aku juga sangat meminati anime. 

Kalau tak silap aku, dalam beberapa hari lepas aku ada tengok satu episod cerita Gintama, di mana dia menceritakan seorang lelaki yang tak pernah bercinta, tapi ada seorang perempuan yang ajak dia pergi dating.

Jadi disebabkan dia ni tak pernah bercinta, jadi dia memerlukan satu manual yang boleh dia tahu camana nak bercinta.

So, persoalan ni sangat menyentuh minda aku. Adakah bercinta ni memerlukan manual?

Dalam blog aku pun sendiri, walaupun bukanlah 100 % bergenre cinta, tapi aku sendiri tengok betapa post-post yang pasal cinta ni lebih banyak view dia daripada post-post aku yang lain.

Malah, aku banyak menerima beberapa email dan komen-komen pembaca kat dalam blog ni yang juga majoritinya berkaitan dengan cinta juga.

Dari aku sekolah dan sehinggalah aku menjejakkan kaki ke universiti, kadangkala aku berkhidmat sebagai juru pakar nasihat cinta yang tak bertauliah kepada kawan-kawan aku, dan juga kepada junior-junior aku.

Apabila aku mula ada blog, dan aku mula berjumpa dengan lebih ramai manusia, mereka yang sudi berkongsi dengan aku dan kadangkala meminta pandangan aku ni pun ada yang lebih tua daripada aku. Jadi aku pula naik segan, kerana memberikan nasihat kepada yang lebih tua.

Orang kata, macam doktor cinta la gitu. Yek.

Walaupun kadangkala aku pelik, aku memberi nasihat cinta kepada orang sedangkan status aku sekarang ni single mingle, dan aku sendiri tak berjaya dalam percintaan aku.

Tapi alhamdulillah, walaupun tak berjaya dalam percintaan, tapi dia punya nilai tambah dan pengalaman itulah yang aku gunakan kepada diri sendiri, dan juga aku berkongsi kepada orang-orang lain yang juga memerlukan.

***

Dekat mana-mana sahaja, samada kat dalam tv, radio, internet, mahupun pakar motivasi dan juga ceramah agama, merata-rata menceritakan bab cinta. Ada siaran mengenai cara nak bercinta, kat internet pun siap ada buat blog khas lagi, then ada pakar motivasi lagi, dan ada juga ustaz ustazah yang membahaskan bab cinta.

Kalau dekat internet, bukan kemain banyak lagi website yang cerita mengenai cinta. Walaupun aku tak tahu samada nasihat-nasihat tersebut boleh pakai atau pun tak. Wuhaha.

Novel dan anime juga tak ketinggalan, mempromosi cerita-cerita cinta yang menjadikan beberapa manusia tetiba je mendapat PhD dalam bidang motivasi cinta. Berbekalkan PhD yang diperolehi daripada novel dan anime tersebut, dia boleh memberikan khidmat nasihat cinta kepada orang lain, sedangkan dia pun tak pernah bercinta.

Wuhahaha.

Bila dah lama aku bercinta, dengan ramai perempuan - berlagak - dan semuanya berakhir dengan kekecewaan, jadi aku mula merasakan bahawa memang benar, bercinta ini memerlukan manual dia sendiri. Kena ada cara camana nak bercinta.

So, setiap kali pelbagai perkara yang berlaku dalam aku sedang bercinta, atau setiap kali story cinta aku berakhir dengan ending yang tak berapa nak elok, jadi setiap itulah, aku mula gain beberapa manual percintaan, di mana manual tersebut aku gunakan dalam kehidupan aku.

Aku teringat, masa mula-mula aku bercinta dahulu, aku takde pun merujuk sebarang manual atau minta mana-mana nasihat pakar cinta samada dia betul-betul dapat PhD daripada universiti atau PhD dari novel dan drama-drama je.

Cuma mungkin sebab aku berani, pastu kata-kata aku manis bagaikan buah melaka, kemudian seorang yang tidak berputus asa dan beberapa sifat mahmudah yang aku ada, akhirnya aku berjaya juga memiliki seorang awek.

Eh, aku promote diri ke?

Tapi like i said tadi, aku bersetuju bahawa cinta ini memerlukan manual. Daripada nak mula camana sehinggalah ke dalam perhubungan.

Malah, manual untuk memutuskan hubungan pun ada jugak.

Persoalannya, kenapa bercinta ini memerlukan manual?

***

Ramai manusia claim, bahawa cinta ini menyakitkan, melukakan, buta, blah blah. Pendek kata, ada yang bercinta dengan air mata, kata-kata nista dan juga dengan penumbuk.

Walaupun aku belum berkahwin, umur masih muda, awek pun takde, tapi berdasarkan semua pengalaman aku dalam percintaan, dan aku melihat bagaimana keadaan orang lain pula, jadi aku paham betapa pentingnya manual dalam bercinta.

Aku tidak claim bahawa aku ada PhD dalam bidang cinta, tapi aku yang boleh katakan, perlunya manusia kepada manual dalam bercinta supaya mereka boleh bercinta dengan elok, dengan riang-riang, takde caci maki, takde penumbuk.

Malah, aku berpendapat, perlunya manual dalam bercinta supaya kesucian cinta tu tak dicemari dengan dosa. 

Kadangkala, bila orang sendiri berkongsi dengan aku, bagaimana dia dalam satu perhubungan, tapi hanya dia sahaja yang bersungguh dalam bercinta, sedangkan kekasihnya tidak, aku pun rasa pelik. Ataupun bila aku tengok camana seorang laki, boleh asyik bertukar-tukar pasangan dia, jap orang ni jap orang tu, jadi aku pun rasa pelik. Dia guna ilmu hitam ke apa?

Malah, yang lagi aku rasa teruk bila orang-orang yang bercinta ni, walaupun umur level budak-budak je, tapi dah berani main pegang-pegang dan raba-raba. Aduhai. Sebab tu bila aku pergi ke mall, aku hanya mampu tergelak, dan kadangkala hanya mampu beristigfar sendiri tengok budak-budak muda dating.

Jadi, tidak dapat tidak, bercinta ni bukannya suatu perkara yang kita boleh main redah, ia tetap perlu kepada manual. 

Supaya kita boleh merasai nikmat dalam bercinta, dan menjadi seorang pencinta yang sejati. Dan cinta tersebut boleh kita tune ikut agama kita sendiri. Tak lah merepek-repek dan jauh tersasar daripada agama, sampai terjatuh ke lubang maksiat.

Subhanallah.

***

Aku berminat untuk kongsikan, beberapa manual percintaan yang aku dapat berdasarkan pengalaman-pengalaman terdahulu, pencerapan aku kepada orang lain dan juga berdasarkan perkongsian yang dibuat kepada aku sendiri.

Mana tahu manual aku berguna. Tapi yang pasti, manual ini tetap tidak melayakkan aku untuk mendapat PhD, wuhahaha.

(1) Jangan mudah percaya kepada cinta pandang pertama

Wuhaha, aku suka statement ni. Memang, tak dinafikan cinta pandang pertama ni memang wujud. Namun apa yang aku nak kata adalah, jangan mudah percaya cinta pandang pertama ni. Sebab kadangkala cinta tersebut hanya disebabkan oleh nafsu je.

Contoh, bila di universiti ataupun di mana-mana, bila kita nampak seseorang yang kita berkenan, terus jadi angau, terus jadi suka. Padahal baru suka untuk satu minit je baru.

Jadi, bila korang nampak seorang yang korang berkenan, mungkin disebabkan dia cantik, hensem atau lain-lain, jangan layan sangat perasaan korang tu, sebab tu just nafsu je.

(2) Approach jika betul-betul suka, bukan suka-suka

Betul-betul suka, dan suka-suka ni adalah dua perkara yang berbeza. Betul-betul suka ni maksudnya kita betul serius nak dekat seseorang tu. Maknanya, setelah beberapa hari, atau mungkin beberapa bulan, kita masih tak dapat nak lupakan cinta pandang pertama tu, dan ternyata berdasarkan survey yang dilakukan memang dia seorang yang baik, jadi tibalah masa untuk jadi serius.

Serius di sini, aku berpendapat lebih baik serius untuk jadikan dia pasangan hidup yang halal, Walaupun mungkin korang tak berduit, tapi atleast betul-betul serius ke arah tu.

Sebab tu aku kata tadi, kalau baru hari ni nampak seorang yang kita berkenan, then malam tu terus cari Facebook dia untuk berkenalan, jawabnya memang itu nafsulah tu.

Dalam kehidupan aku sendiri pun, pernah je aku buat camtu. Hari pertama berkenan, malam tu terus nak berkenalan. Entah, mungkin aku keliru antara gentlemen dengan bangangman.

Suka-suka pulak, ni bukan orang yang serius. Just nak test market je, kalau on on, kalau tak jadi its ok. Ataupun suka-suka, sebab actually memang wujud manusia yang tak boleh hidup alone tanpa awek pakwe ni, wajib ada. Sebab tu bila clash cari baru.

Kalau suka-suka ni, nasihat aku, ingatlah bahawa cinta ni taklah murah harganya sampai boleh dibeli camtu-camtu je.

(3) Menerima baik dan buruk pasangan

Dalam kehidupan kita ni, semakin kita kenal orang maka hanya ada dua kemungkinan sahaja. Samada kita makin rapat dengan seseorang tu, atau makin jauh.

Jadi, dalam bercinta pula, semakin lama kita bercinta, maka semakin tulah kita akan tahu perangai sebenarnya. Malah, kita juga akan dapat melihat kekurangan dia, dan dalam masa yang sama kita juga akan tunjuk kekurangan kita juga.

Sebab itulah bercinta ni, pasangan tu saling melengkapi. Apa yang takde ditopupkan.

Jadi, kenalah terima buruk pasangan, sebab manusia ni memang ada dua sisi tu. Dan kalau betul-betul buruk, maka kena bantulah dia untuk ubah keburukan tersebut.

(4) Saling mempercayai dan jujur kunci kekuatan perhubungan

Beza di antara kita berkawan dengan bercinta adalah, kadangkala kita sendiri tidak mempercayai kawan kita, dan kadangkala kita juga tak jujur dengan kawan kita. Camtu jugak sebaliknya. Sebab tulah kadangkala kita tak tahan lama bila berkawan dengan seseorang, sampai lah bergaduh teruk.

Tapi dalam bercinta pulak, tak boleh kalau tak saling mempercayai. Kedua-dua saling tak percaya, saling buruk sangka. Dalam hati sentiasa ada rasa masing-masing ada hubungan lain. Jadi, kalau dah tak saling mempercayai, apa gunanya bercinta?

Dan tidak dapat tidak, jujur. Jujur sangat penting. Apabila kedua-dua belah pihak tak mengamalkan konsep kejujuran dalam perhubungan, sebab tu lah masing-masing tend untuk pendam je masalah. Kadangkala terasa hati dengan pasangan, tapi senyap je.

Dalam perhubungan ni, kena jujur walaupun its mean war. Biarlah bergaduh pun, tapi asalkan janganlah pendam-pendam. Jujur ni bukan bermakna kita kena share semua rahsia kita daripada kecil sampai besar, tapi jujur ni adalah kita bagitaw apa yang kita rasa, apa yang kita nak.

Percayalah, saling mempercayai dan jujur ni betul-betul elemen yang penting.

(5) Saling memberi dan menerima

Aku suka memperumpamakan bercinta ni umpama menaiki sampan berdua. Sampan ni memang boleh kita kayuh sorang-sorang, tapi letih la jawabnya. Dah la lambat sampai, pastu letih bukan main.

Jadi dalam perhubungan ni, kalau ada satu pihak je yang bagi, satu pihak yang lain je menerima, jadi itu bukanlah perhubungan namanya. 

Perhubungan ni kena ada konsep saling memberi dan menerima. Jadi bila korang berada dalam satu perhubungan di mana korang je yang bersungguh memberi, atau korang je yang bersungguh menerima, maka percayalah takkan bertahan lama perhubungan tu.

Memberi dan menerima ni bukan soal kuantiti atau kualiti, tapi sejauh mana kita mampu demi orang yang kita sayang.

(6) Beritahu apa yang kita nak, dan tahu apa yang dia nak

Bercinta ni melibatkan dua hati dan perasaan. Jadi manusia ni tak sama. Dan kalau ditakdirkan bercinta dengan seorang manusia yang jauh 360 darjah berbeza dengan kita, jadi kita tak boleh layan dia ikut dan je.

Jadi dalam bercinta ni, bagi memastikan kita sendiri riang dan kuat dalam bercinta, jadi kita kena beritahu apa yang kita daripada pasangan kita. Jangan segan-segan, dan jangan sesekali berharap dia akan tahu sendiri. Buang masa. Beritahu dia apa yang kita nak daripada dia.

Dan berbekal manual ke-5 tadi, maka tanyalah apa yang dia nak daripada kita pula. Percayalah, bercinta akan menjadi lebih seronok dan riang.

(7) Ego pembunuh perhubungan

Perlukah untuk aku terangkan? 

(8) Tak perlu segan untuk memohon maaf, dan tak perlu keras dalam memaafkan

Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi dalam perhubungan. Jadi tak dapat tidak mesti akan ada masa di mana pergaduhan dan perbalahan akan berlaku. Samada kita yang menjadi punca atau tak.

Kalau kita lah puncanya, maka kenapa nak segan untuk minta maaf? Dia orang yang kita sayang, jadi bila kita tahu kita salah maka minta maaf la. Kerana itu tanda kita menyesal dan mengakui kesilapan kita.

Dan jika kita bukan puncanya, maka maafkanlah kesalahan dia. Tak perlu kita menghukum dia berdasarkan kesilapan pertama, dan terus cop dia macam-macam. Maafkan lah dia, kerana itu juga sebahagian daripada perkara yang kita boleh buat untuk memberikan dia pengajaran.

(9) Jangan cepat berpisah setiap kali bergaduh

Aku terfikir, setiap kali aku tengok orang-orang yang dah lama berkahwin, berpuluh-puluh tahun, macam ibu dan ayah aku, jadi aku terfikir bahawa mereka juga mestilah pernah bergaduh sesama mereka.

Tapi, walau camana pun, mereka tak cepat berpisah, nak clash ke apa, tapi tetap teruskan perhubungan. Malah perhubungan mereka lebih menjadi kuat dan kuat saban hari.

Apa yang berlaku, ada di antara kita yang cepat-cepat nak berpisah, walau baru sekali bergaduh. Bercinta ni bukan semua masa kita bersatu pandangan, kadangkala boleh jadi berbeza sampai berbalah.

Percayalah cakap aku, walau camana kita cuba, kita tetap tak mampu nak wujudkan satu perhubungan yang bebas daripada pergaduhan dan perbalahan. Jadi, kalau kita bergaduh pun, maka janganlah cepat-cepat nak berpisah.

Kerana setiap pergaduhan itulah yang akan merapatkan, dan masing-masing akan lebih memahami dan mengenali pasangan mereka masing-masing.

(10) Hargailah setiap kebaikan yang dia buat

Kebaikan atau perkara-perkara yang dia buat untuk gembirakan kita tu, jangan kita pandang dari sudut kuantiti atau kualiti, tapi hargailah usaha yang dia lakukan.

Kerana kita tak tahu, apakah kesukaran yang dia hadapi untuk merealisasikan perkara tu.

***

Cukuplah 10 daripada aku, act banyak lagi, tapi tak mengapalah. Tak perlu banyak-banyak pun. Lagipun aku nak tolong ibu aku masak, dia dah marah-marah tu. Biasalah suri rumah tangga.

Bercinta ni tak payah kalau kena cara, dan seronok kalau pandai. Apa yang buatkan cinta tu penuh dengan air mata dan macam-macam benda yang tak elok, apabila manual tu takde.

Dan mengakhiri post, janganlah sesekali lupa manual bercinta yang Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W bagi, iaitu bercintalah jangan sampai ia melebih cinta kepada-Nya dan Baginda S.A.W sendiri.

Payah ke bercinta?

Takkan, so carilah manual yang bagus dan tepat. Supaya menjadi pencinta yang sejati. Selamat bercinta.

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers