Besday : Siapa yang layak dapat hadiah?

Manusia merupakan makhluk yang terlalu menghargai sesuatu benda. Boleh jadi juge manusia makhluk yang menghargai sesama mereka sendiri. Ini tersangatlah terbukti apabila manusia sendiri telah mencipta pelbagai hari yang khas, bagi mereka meraikan sesuatu perkara atau event. Bukan bermakna dalam 365 hari (366 hari bagi tahun lompat dan 360 hari dalam kalendar hijrah) yang manusia hidup itu, mereka tidak menghargai sesuatu benda atau seseorang, namun tujuan diadakan hari yang istimewa itu ialah, mereka mahu menzahirkannya dengan cara yang luar biasa.

Lihat sahajalah begitu banyak hari yang istimewa wujud dalam kalendar manusia. Malahan, setiap agama juga wujud hari-hari yang istimewa dan wajib diraikan semua penganutnya dengan riang. Namun, dalam banyak-banyak hari yang sungguh istimewa itu, hanya ada satu hari yang istimewa, yang tidak terdapat di dalam semua kalendar di dunia, tetapi diraikan sungguh istimewa, iaitu HARI LAHIR.

Argh! Skema nye ayat aku. Haha, sori. Amacam? Ade paham? Kau carilah mane-mane kalendar pon kat kedai, mall, kedai runcit, 7Eleven, coastway, mahupon kalendar zaman purba pon, kau takkan sekali-kali menemui besday kau, apatah lagi menemukan besday keluarga kau, kan?

But hanye kau dan beberapa orang je yang tahu besday kau. Dan, semestinye, sambutan besday tu diraikan dengan seronok, malahan tradisi seperti nyanyikan lagu besday atau diberi makan kek pon ade gak. Lagi best, diberikan hadiah kepada 'besday girl atau besday boy'. Haha, tak kisah la bagaimana pon hari jadi atau hari lahir tu diraikan, semestinye ia diraikan dengan riang-riang raya.

Fakta membuktikan, lagu yang paling dihafal diseluruh dunia ialah lagu besday. Walaupun lagu besday tu dinyanyikan dalam seni kate yang berlainan bahasa, berlainan suare, berlainan kesedapan suare, dinyanyikan oleh orang yang naturenye suare sedap, mahupon orang yang nature lebih baik menganyam ketupat daripada menyanyi, but atleast majoritinye masyarakat dunia hafal walaupon lagu negara diorang pon diorang tak tahu.

So, hari jadi secara literally nye, takkan boleh lari daripada :

(1) Nyanyian lagu besday
(2) Kek, ade lilin lagi (aku takkan sentuh pasal meniup lilin dalam Islam, kau cari sendiri)
(3) Saling mewishing, same ade kat wall fesbok, dalam kad, kat henset, ataupon kat radio
(4) HADIAH!

Aku konfom, sume orang termasuk kau ade pengalaman yang best, dan pengalaman yang tak berapa best pasal hari besday kau. Aku pon tak mahu cite pengalaman aku, apatah lagi mendengar pengalaman besday kau. But, cume ape yang aku nak persoalkan, ialah HADIAH.

Memang pade hari jadi Ahmad, memanglah kite akan berikan hadiah yang berupa I-phone, notebook, blackberry, PS3 dll kepada Ahmad, takkan lah kite beri kat diri kite pulak. Dan semestinye, hadiah yang kite dah  bagi kat besday boy / girl tu, takkan kite mintak balek. Kalau tak nanti orang panggil buruk siku. Tapi, pernah tak kau pikir, orang yang menyambut tu camana pulak?

Kepada siapakah dia harus memberi hadiah? Adakah die kene bagi hadiah kepada dirinye, atau biarkan diri die syok sendiri terime hadiah daripada orang lain? 

Jawab aku, adalah afdhal orang yang menyambot besday die tu, memberi hadiah kepada orang yang melahirkannya a.k.a IBU / MAK / MAMA / UMI die. Why?


"Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan dirinya."

Kite pon dah sedia maklum, malahan kite pon dah belajar sains, apatah lagi yang belajar biologi, yang HANYE insan yang bernama mother sahaja yang boleh mengandung dan bersalin. Bukan maksud aku, laki yang bernama 'mother' boleh mengandung dan bersalin, but HANYE PEREMPUAN YANG BERTARAF IBU SAHAJA BOLEH MENGANDUNG DAN MELAHIRKAN. Why? Itu menunjukkan adalah yang terbaik seseorang anak itu dilahirkan hasil hubungan yang halal. Haha, nasihat beb! Aku harap, takde lagi anak yang lahir hasil hubungan haram, sebab aku tak pernah dengar anak luar nikah sambut besday. Camane nak sambut besday, dah mati kene buang, nauzubillah!

So, back to the point. Kite tahu mak kite yang lahirkan kite. Aku tahu yang ibu aku yang melahirkan aku. Dan, buka senang lah seorang ibu itu untuk mengandung. Nak kene bawak perot yang memboyot ke mana-mana sahaja. Dah ah berat. Cube kau amik batu 2 kilo, then ikat kat perot kau. Pastu kau jalan 10 hari. Orang obes pon boleh kurus. Orang yang kurus straight arwah je.

Tu baru je mengandung, belom pasal alahan. Kadang-kadang seorang bakal ibu tu tak boleh bau durian, tak boleh bau stokin, malahan, ade juga yang tetibe alah pade bau suami die. Aduh, mahu berat jiwa raga suami die, tapi dah sayang! Tu baru alahan, belom mengidam. Nak makan tu, nak makan ni, makanan pon yang susah nak cari. Nak makan nasi kandar ah, burger bakar ah, sirap herba, milo masak kari, aduh, yang pelik-pelik lak tu. But, dah sayang!

Then melahirkan. Tak senang melahirkan anak. Apatah lagi melahirkan anak yang keluar daripada 'organ' yang kecil. Ramai bakal-bakal ibu yang mati ketika berjuang melahirkan anak mereka, apatah lagi anak sulung. Tersangatlah berat! Andai kate meninggal si isteri itu, perasaan suami die? Aduh!

"Kalangan syuhada ada tujuh : ...serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad)

Belom cite lagi pasal anak yang lahir tu, tak sempurna, cacat, down syndrome? Dan, belom cite lagi bile anak die makin membesar, buat die kecik hati, sedih, marah, kecewa?

Teringat mak aku cite yang die rase azab time buang air besar, selepas melahirkan aku. Dan aku masih lagi buat die kecik hati, huh!

Allah S.W.T berfirman : “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (al-Isra : 23-24)

Kau dapat tangkap tak, ape yang aku nak kate sebenarnye? Tak? Haha.

Cube bayangkan, kau adalah seorang ibu. Ok, dan kau adalah seorang ibu yang suri rumah lah. Keje kat umah je. Hari-hari masak, kemas rumah, macam-macam. Dan, lagi seminggu adalah besday anak kau. Mesti kau pikir macam-macam. Ape nak buat, besday parti ke? Ape nak bagi sebagai hadiah kat anak kau? Ape yang die suke? Ape yang die nak? Pening kepale pikir.

Finally, hari yang ditunggu tibe. Sambutan hari jadi anak kau. Dan selepas anak kau potong kek, kau pon bagilah satu bungkusan yang dalamnye ade I-phone 5 (sebab kau ingat remaja sekarang nak I-phone 5) kat anak kau. Tetibe, anak kau cakap : "Terima kasih ibu, sebab bagi adik hadiah. Tapi sebenarnye, adiklah yang patot bagi hadiah kat ibu, sebab ibu yang lahirkan adik. Malah, sepanjang hidop adik, adik banyak menyusahkan ibu, dan selalu buat ibu susah hati. Adik juge pernah buat ibu menangis. Adik pernah tipu ibu, buat macam-macam. Sepatotnye, ibulah yang berhak terima hadiah daripada adik. Thanks bu, kerana melahirkan adik. Kerana ibulah adik dapat melihat dunia, dapat masuk Islam, dapat kenal macam-macam, dapat masok sekolah hebat, dapat result gempak, dapat berjuta-juta anugerah, dan itu belum lagi nikmat-nikmat yang adik bakal dapat. Thanks bu, sebab sanggup sabar dan sayang kat adik. Adik sayang ibu. Adik ingat nak bagi hadiah kat ibu, tapi adik PLKN ah, tak sempat bagi hadiah."

Mahu meleleh air mata kau! Sebelom part PLKN tu lah. Mesti daripada sambutan besday, terus jadi acara nangis-menangis.

Then ayah sambung : "Kau thanks ibu kau je, ayah?"

"Kalau ayah tak kahwin dengan ibu, mane mungkin adik lahir. Thanks ayah for....(SILA RUJUK NOVEL ATAU DRAMA YANG BERKAITAN UNTUK DIALOG INI)"

Maka, dapat lah aku simpulkan, better time besday kau, kau bagi hadiah kat parents kau. Kalau tak dapat beri hadiah pon, at least kau hargailah mereka, dan kau ingat yang kau tu lahir hasil pesenyawaan sperma dan ovum milik parents kau.

Memang perkare ni susah nak buat. Sebab kite dah di'momok'kan bahawa semua orang kene bagi present kat besday boy / girl hatta parents diorang tersebut. Tak salah sebenarnye, but kalau sampai parents terpakse berhabis duit, ikat perut, dan lagi terok besday boy ' girl tersebut lupe lak kat parents diorang, ape ke he nye?

Ini bukan post hari ibu atau hari ayah. But, selagi parents diorang masih ade, berbaktilah kepada diorang even time besday korang pon. Sebelom diorang diambil Allah S.W.T, pepandailah kau!

So, bersyukurlah kepada Allah S.W.T kerna menciptakan ayah dan ibu kau yang subur, dapat mengandungkan  dan melahirkan kau dengan sempurna, kemudian masih lagi memanjangkan nyawa mereka, dan memanjangkan nyawa kau sampai kau masih lagi dapat sambot besday kau, dan berdoalah kepada Allah S.W.T agar kau boleh buat parents kau ketawa dan menangis sebab diorang hepi sebab kau dah meng'hepi'kan diorang, ok?

Aku ucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada semua yang menyambotnye. Kalau dapat hadiah bersyukurlah walaupon hadiah tu kau dah dapat banyak kali, ataupon bukan yang kau nak, atau memang kau tak hingin sekalipon. Dan, kalau tak dapat padan muke atleast, bersyukurlah kau masih punye nyawa untuk hidop sampai ke besday kau.

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan (nama besday muslim / muslimah mengikut i/c),
Allah selamatkan kamu.

Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi (nama besday boy / girl mengikut pasport),
Selamat Hari Jadi.

(MAHU LAGU BESDAY DALAM BAHASA LAIN? SILALAH GOOGLE TRANSLATE, HARAP MAKLUM)

"Dari tadi asyik besday boy / girl, besday man / grandfather takde ke?" (Pak Tua, 89 tahun)

"!@#$%^& *()_+? (besday cat takde ke?)" (Si Tompok, 3 bulan)

p/s: Diriwayatkan daripada Qatadah al-Anshari r.a., bahawa sesungguhnya Rasullah s.a.w. ditanya mengenai puasa pada hari Isnin, maka baginda bersabda : "Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan wahyu kepadaku." (Riwayat Muslim)

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers