Bacalah wahai Lelaki : Siapa itu Perempuan?

Semalam aku dah buat versi laki punye. Hari ni, aku nak buat versi pempuan lak. Dah, aku tak nak cite panjang-panjang, aku taw kaum laki yang tengah bace ni dah meleleh-leleh air liur. Ok, tanpe iklan dan dengan lafaz Bismillah, Hey Guys, Let's eat read! (PERINGATAN! POST NI GILE PANJANG! BACE SAMPAI HABIS!)


(1) Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. Tapi kalau pempuan tu cakap die kenyang, sedangkan kau tak nampak die makan, sebenarnye die tengah lapar dalam hati die.
(2) Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk dia menenangkan hatinya sebelum kamu memohon maaf. Biase ah laki, lepas buat salah straight je mintak maap. Biar pempuan tu rilek lu (pengalaman).
(3) Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi. Sama je macam laki.
(4) Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun dia bersama dengan lelaki lain. Bersama = lepak ke, belajar, kerja ke. So takyah risau ah pempuan yang kau suka tu curang kalau kau dah 'rantai' hati die.
(5) Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat! Jangan kau renung tempat lain lak!
(6) Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian. Selalu aku perasan, pempuan yang kena puji dengan aku mesti tersipu-sipu malu. Huhu.
(7) Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut sebab perempuan boleh buat perkara yang gila kalau cintanya ditolak kasar. Kalau kau berani nak terus-terang yang kau tak suke die, gunelah  bahasa yang murni.
(8) Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
(9) Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. Diari ah contoh terbaik. Kalau kau jumpe diari pempuan, jangan bace! Tak elok bace rahsia orang!
(10) Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna. Berbohong ah walapun ia pahit. Aik?
(11) Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. Sebab tu perangai aku gile-gile. Tanye semua kawan pempuan aku!
(12) Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jangan kau senyum sebarang auw!
(13) Jika kamu menyukai  seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam. Jangan baru kenal dua jam je, dah mintak couple. Selalu ah laki, gelojoh!
(14) Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu. Er?
(15) Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Kau tak leh bace hati pempuan.
(16) Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya "mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal?" Kalau benci sorang lak, "kenapalah die ni wujud kat dunia ni?"
(17) Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta. Tanye orang pon boleh gak. Yang bertauliah ah.
(18) Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. Er, asal aku tengok satu gambar ni?
(19) Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya! Lagi elok lupe jela yang 'ex' tu.
(20) Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya. Jangan suke-suke je kau bagi salam. Makruh oh!
(21) Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
(22) Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik. Eh, terase ke?
(23) Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat. Perkahwinan tak sah kalau bersyarat!
(24) Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati. Sama macam laki.
(25) Senjata wanita adalah airmata! Semua orang tahu tu.
(26) Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Kalau kau mampu, buat ah.
(27) Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. Tapi kau kena ingat gak, ape niat kau?
(28) Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. Tak juge kalau pempuan yang kau suke tu bereducated tinggi, tambah-tambah lagi kalau pempuan yang kau suke tu kuat agamenye.
(29) Jika dia kata dia okey bila berlaku bercanggah pendapat atau sedikit bertengkar dia pasti tak okey. Wanita selalu kata okey sedangkan jiwa mereka kacau saat itu. Argh! Teringat lak (jangan tanye).
(30) Bila cemburu wanita selalu buat pasangan mereka cemburu dengan tindak tanduk mereka. Hanya itu saja cara mereka untuk tarik perhatian pasangannya dan menduga adakah pasangannya cemburu dan masih sayang padanya. Cemburu tande sayang. Jangan over sudah ah.
(31) Wanita kurang suka berpasangan dengan lelaki lebih muda kerana selain faktor kematangan, wanita mudah rendah diri bila kekasihnya bersama dengan insan lebih muda dari dirinya. Sekufu ah baru senang. But NAbi S.A.W berkahwin dengan Saidatina Khadijah yang 15 tahun lebih tua daripadanye. Itu menandakan cinta tak mengenal umur.
(32) Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang matang dalam membuat keputusan.
(33) Wanita sangat mudah jatuh cinta pada lelaki yang caring, hati-hati memberi perhatian terhadap wanita takut mereka tersalah anggap pula nanti sedangkan kamu hanya menganggap mereka sekadar kawan sahaja. Peringatan gak untuk pempuan. Kadang-kadang laki selalu ingat camtu jugak!
(34) Wanita benci lelaki yang kerap mungkir janji! Argh. Aku teringat satu peristiwa!
(35) Wanita suka lelaki tegas, kerana itu lambang seorang pemimpin. Mereka yakin pilihan mereka tepat memilih lelaki yang tegas kerana yakin kamu dapat memandu hidup mereka. Kena matang sikit, ok?
(36) Wanita tak berapa suka pada lelaki yang sweet talker, kerana mereka takut kamu kaki mengurat. Menanam tebu biarlah di tanah, baru elok. Aku pon sweet talker gak (peringatan untuk aku).
(37) Wanita akan tersipu-sipu malu dengan lelaki yang mereka punya perasaan sedangkan dengan lelaki lain mereka mampu bercakap selamber tanpa control apabila berbual. Sama macam laki.
(38) Wanita tak berani menatap mata kekasihnya kerana dia sentiasa rasa malu pada buah hatinya, sifat malu pada buah hati akan sentiasa ada selamanya walau telah berpuluh tahun mereka hidup bersama. Tapi kadang-kadang, ade pempuan yang tak pandang laki bile bercakap sebab nak elakkan macam-macam. Itu, kau kena belajar agama tinggi lagi ah.
(39) Wanita tak mampu berhadapan dengan pesaing dalam cinta mereka. Pasti terserlah riak wajah tak selesa pada wajah mereka. Kalau mampu, setialah pade yang satu. Tapi ini bukan bermakna aku menentang poligami, even aku akan kahwin sorang je.
(40) Wanita tak mampu mengawal emosi marahnya, pasti terpamer dari riak muka, perbuatan atau percakapannya walau sedaya upaya mereka cuba melindungi perasaan marah mereka.
(41) Wanita lebih tertarik kepada lelaki yang lebih tinggi dari dirinya.
(42) Wanita suka lelaki berbadan tegap dan sasa. YEAH!
(43) Wanita kurang suka kepada lelaki yang cerah dan tanpa misai atau janggut. Kepada yang berkulit gelap, jangan risau ah ok? Bela janggut kan sunnah?
(44) Wanita sukar jatuh cinta kali kedua kepada insan yang telah mencurangi cinta mereka.
(45) Wanita sering merajuk kerana ingin dipujuk. "patut ah?"
(46) Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya.
(47) Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita. Sebab tu dari mata jatuh ke hati.
(48) Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
(49) Wanita menghadapi banyak permasalahan, sebahagiannya diatasi dengan berkahwin.
(50) Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
(51) Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya. Bercinte biarlah sederhana. Hanye dekat Allah S.W.T dan Nabi S.A.W kite berlebih. Cinte dekat syaitan jangan sekali-sekali. Jangan lupe pule bercinte dengan manusia!
(52) Wanita ialah manusia halus, lembut dan beremosi. Jaga-jaga!
(53) Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
(54) Wanita pada umumnya takut akan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya. Perempuan tak banyak choice, sebab populasi pempuan lebih daripada laki. Sebab tu ade istilah andartu.
(55) Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang lelaki.
(56) Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
(57) Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang DICINTAINYA dan yang MENCINTAINYA.
(58) Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan. Argh! Terase lagi!
(59) Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi seorang wanita. Tak mungkin ade laki boleh lahir tanpe dilahirkan pempuan. Di sebalik kejayaan sorang laki, pasti ade pempuan.
(60) Perempuan benar-benar benci kalau mereka dibohong. Kalau kau nak bohong, jangan kantoi ah!
(61) Perempuan selalu mengambil serius perbuatan berbanding kata-kata. Kalau betul kau suke die, buat sesuatu, jangan cakap sesuatu. Action is bigger than talk.
(62) Perempuan ratu drama. Perempuan akan suka menjadikan isu yang kecil itu menjadi masalah besar. Ini kerana kaum perempuan lebih cenderung menggunakan emosi berbanding akal. Pengalaman beb!
(63) Anda kena faham bahawa emosi kaum perempuan akan berubah apabila datang bulan. Kau jangan terkejut kalau pempuan yang kau kenal lembut tetibe marah kau! Haha, aku teringat satu peristiwa (jangan tanye).
(64) Biasakan untuk meminta maaf, kerana sama ada anda melakukan sesuatu yang salah atau tidak, anda perlu juga meminta maaf. Perempuan sukakan lelaki yang pemaaf, dan mereka tak boleh hidup dengan lelaki yang tak tahu meminta maaf. Aku selalu mintak maap kat die, tapi aku tak pernah dengar die mintak maap kat aku (jangan tanye). Pempuan jangan ego lak!
(64) Anda kena faham bahawa bukan semua perempuan mempunyai perangai yang sama. Jadi jangan terlalu cepat membuat keputusan bahawa semua perempuan adalah sama terutama apabila anda putus cinta. 
(65) Seorang perempuan akan selalu fikir sama ada dia kelihatan gemuk. Jadi, anda kena bijak dalam berkata-kata supaya si dia tidak akan mudah tersinggung. "GEMUK!!!"
(66) Jika anda jenis yang mudah terpikat dengan perempuan lain, jangan beritahu kepada kawan-kawan perempuan kekasih anda. Tidak kira lama atau sekejap, kekasih anda pasti akan tahu cerita tersebut. PERINGATAN BUAT LAKI!
(67) Apabila berbincang mengenai soal hadiah, perempuan lebih menyukai sesuatu yang bermakna daripada  harganya. Ini kerana perempuan sukakan sesuatu yang ikhlas dan menunjukkan bahawa anda telah cuba menawan hati si dia dengan cara yang berbeza. Ape gune benda mahal kalau tak ikhlas, kan?
(68) Pastikan anda tidak lupa tarikh penting seperti hari jadinya. Aku selalu lupe besday aku, pempuan je selalu ingat kan. Haha.
(69) Ambil hati si dia dengan pujian, mereka senang menjadi perhatian ramai. Berikan pujian terhadap rambutnya, matanya, pakaiannya, tubuhnya atau apa saja tentang dirinya yang membuatkan anda rasa tertarik. Dengan memberikan si dia pujian, anda telah memberikan dia semangat dan keyakinan. Ini akan membuatkan si dia sayang terhadap anda. Puji jangan harapkan  balasan!
(70) Perempuan lebih mementingkan cinta daripada perhubungan seks. Perempuan boleh hidup tanpa seks, tetapi lelaki boleh ke? Huiyoo! (AMARAN UNTUK KANAK-KANAK SEKOLAH RENDAH!)
(71) Wanita akan selalu bertanya tentang sesuatu yang tidak mempunyai jawaban pasti. 
(72) Wanita tidak menyukai serangga. Aku pon.
(73) Wanita akan menyimpan lebih dari satu jenis shampoo dalam bilik air mereka. Tahu. Dalam umah aku ade orang pempuan.
(74) Setelah wanita mandi, jangan pelik bila bilik air berbau wangi. Tak pelik, dalam umah aku ade orang pempuan.
(75) Bila lelaki pergi untuk 7 hari perjalanan, mereka akan membawa pakaian untuk 5 hari dan akan memakai pakaian yang sama untuk beberapa hari. Tapi bila wanita pergi untuk 7 hari perjalanan, maka mereka akan membawa pakaian untuk 21 hari. Ini karena mereka tidak tahu yang akan mereka rasakan apa yang mereka pakai setiap harinya. Kau tengok je kalau pempuan yang duduk asrama balek umah, macam nak pindah!
(76) Wanita akan digaji (dibayar) lebih murah dibandingkan lelaki, kecuali dalam dunia model.
(77) Wanita akan merapikan diri mereka walaupun hanye keluar untuk mengampai baju. Kalau laki?
(78) Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
(79) Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
(80) Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan.
(81) Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan. Yang ini untuk susu ibu je, kalau susu tepung tak.
(82) Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT. Mesti banyak gile pahala ibu aku, ye ah, aku selalu sakit!
(83) Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya pada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda '"suaminya." Aku bertanya lagi, "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya".
(84) Shurga itu di bawah telapak kaki ibu.
(85) Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
(86) Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh. Juge sebaik-baik perhiasan dunia.
(87) Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seperti orang yang sentiasa menangis karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. Untung la siape ade anak pempuan.
(88) Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama Nabi S.A.W di dalam shurga.
(89) Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
(90) Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki.
(91) Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada ayah dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Alhamdulillah, selesai gak. Haha. Aku ingatkan sikit je aku boleh buat pasal pempuan, yela, pempuan kan sukar dibaca. Tengok-tengok, lebih pulak! Takpe ah. Huhu.

Kebanyakan aku kutip facts ni daripada internet, ataupun berbekalkan pengalaman aku yang lepas-lepas (jangan tanye). Walaupun dalam entry aku yang pasal laki tu takde cite pasal kelebihan laki dari sudut Islam, but ia bukan bermakna laki ni tak de function. Cume, aku tak ingat lak. Haha.

Pempuan ade kelebihannye. Laki pon ade kelebihannye. Kalau digabungkan, pasti dunia akan menjadi lebih indah. Contohnye. Pempuan boleh mengandung. Laki pulak pandai 'mengandungkan' (aku tak jumpa istilah yang sesuai). Kalau mereka bergabung, haha, lahirlah lebih ramai manusia terutamanye umat Nabi S.A.W kat dunie ni.

Lastly, aku nak mintak maap atas kekurangan aku. Walaupun kedua-dua post aku pasal laki dan pempuan ni hampir keseluruhannya berbentuk fakta, namun lebih baik kalau kau explore sendiri. Mane taw boleh jadi auta ke?

Teruskan membace blog aku. Aku akan mule serius selepas ni. Takde ah. Serius boleh mematikan mood orang.

Fact yang terakhir,

Saidina Abu Bakar r.a mengatakan "Aku dengar Rasulullah S.A.W bersabda : "...aku telah berdiri diatas pintu neraka, ku lihat kebanyakan orang yang  masuk ke dalamnya adalah PEREMPUAN."

p/s : pempuan senang masuk SHURGA, juga senang masuk NERAKA.

Comments

  1. wanita itu mulia, diangkat darjatnya disisi Islam

    Jom kita makan Minyak Ikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, mne minyak ikannya, haha

      Delete
    2. islam telah memuliakan wanita lebih dari lelaki, awas lelaki melayu, jangan menghina wanita, sebab wanita itu adalah umpama ibu kamu yang melahirkan kamu dari rahimnya. Eh tapi ramai lelaki zaman sekarang menghina wanita semahu2nya macam mereka dah terjamin masuk syurga hehehhehehe :)

      Delete
    3. Hahaha, ni msti prmpuan kn? Huhuhu.

      Sy nk buat pmbtuln, btulkn jika sy slh. Mmg, Islam jelas mngngkt mrtabat wanita. Nmun, mrtabat permpuan dgn lelaki ni sama shj d sisi Islam, krna kdua2nya ada prnan yg besar dlm Islam n juga khidupan manusia sjagat.

      Xde klbihn prmpuan atas lelaki, n xde klbihn lelaki atas permpuan mlainkn dgn taqwa. Lgpon, kn mrka itukn sling mlngkapi? Huhu

      Hurm, hakiktnya, manusia yg suke mnghina ni adalah dprd 2 jantina ni. Bukn lelaki je duhai shbt. Tp cmnepun, jgn kite yg mnjd mcm mrka.

      Wlupn kite xtrjamin msok ke syurga. Tp xmnghina itu slh satu jln ke syurga :)

      Delete
  2. Smua point2 tu btul ..tpi pompuan melayu ni ske kt laki2 melayu..hurmm

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts

Terima Kasih Followers