Muka Cantik vs Perangai Baik : Mana lagi baik dan penting?

Setiap orang dilahirkan kat muka bumi ni berbeza. Malah, apabile semua orang kat dunia ni membesar pon, mereka masih lagi berbeza. Ade yang muke lonjong, ade yang hidong penyek, muke warne cerah, muke warne gelap, badan tinggi, macam-macam lagi ah.

Kite berbeza, sebab Allah S.W.T nak dunia ni harmoni dan bahagia dengan adenye bermacam-macam jenis variasi manusia. Kalau kite nak kelaskan manusia ni kepada pelbagai jenis, memang banyak oo! Kite boleh kelaskan manusia dari segi negara, makanan kegemaran, kekayaan, malah juge agame! Jadi, memandangkan ni bukan blog geografi, jadi aku berasa teramat malas lah nak listkan semua benda tu.

But, aku cuma nak cerita pasal kecantikan. Semua orang nak cantik, sape yang tak nak cantik? Aku pon nak jadi hensem, kau pon. Bukti manusia ni sukakan kecantikan ialah, kita boleh tengok kat dalam bilik kite. Ade bape helai baju, seluar yang branded mahupon cetak rompak punye, but semuanye cantik. Then, tengok pule dekat meja solek. Minyak wangi je dah bape jenis. Belom masuk deoderan lagi. Minyak rambut, wax? Sikat? Aduh, banyak gile! Then, pegi lak usha bilik air. Syampu je, aduh macam-macam color, mahupon function. Ade untuk cegah rambut gugur, hitamkan rambut, nak kasi rambut lurus, nak elakkan cuace panas, tak nak kelmumur, macam-macam. Syampu mandi lagi?

Then usha lak rak kasut. Dari kasut sekolah, kasut bola, kasut balet, kasut mainan sampai ah kasut jalan. Semuanya lawa-lawa. Kalaulah manusia ni tak sukakan kecantikan, maka kenapa perlu ade salon kecantikan, kedai gunting rambut, mall? Kenapa pula manusia mencipta Pantene, Sunsilk, Rexona, Axe, Dashing, dan beribu-ribu lagi jenama kecantikan?

So, pahamlah kau bahawa kau, aku, dia, dan majoriti masyarakat dunia perlu dan suka akan kecantikan. Malah, ade juga yang obses, sampai memuja dan mengagungkan kecantikan! Aduh!

But, agak kerterlaluan lah kalau aku hanye tekankan kepada kecantikan yang bersifat luaran kan? Sebab wujud juga kecantikan dalaman. Kecantikan dalaman ni macam baik hati, pemurah, atau pendek kate, kecantikan dalaman ni adalah sifat-sifat baik yang ade pada diri manusia.

Persoalan yang aku cuba nak timbulkan, mane yang lagi penting? Memiliki muka yang cantik, postur badan yang cantik, atau memiliki budi pekerti yang luhur dan bersopan-santun? Mane yang lagi baik, kecantikan luaran ke, kecantikan dalaman?

So, jom kite decide.

KECANTIKAN LUARAN

(1) Kalau muke kite cantik / hensem, senang nak dapat keje sebab orang nak kompeni die ade orang yang cantik / hensem. Apatah lagi kalau keje yang melibatkan pemodelan, pelakon?
(2) Kalau muke cantik / hensem, senang nak dapat pasangan. Petik jari je, ramai yang nak! Malah, kalau suami tu hensem dan isterinya cantik, ramai orang kate 'sweet couple'.
(3) Laki suke tengok cite yang pelakon pempuan die lawa, pempuan suke tengok cite yang pelakon laki die hensem. Rating sesebuah cite pon boleh naik kalau letakkan pelakon yang cantik / hensem.
(4) Kalau satu band tu ade ramai orang yang hensem / cantik, mesti ramai orang minat. Contohnya macam One Direction, K-Pop, macam-macam ah.
(5) Kalau muke kite hensem / cantik, mesti ramai orang nak kawan dengan kite. Asal kite post status je kat fb, banyak gile orang like. Tu baru status, kalau post gambar, OMG!
(6) Best ah hidop, sebab selalu jadi budak hot kat sekolah. Sape yang tak kenal kite?
(7) Pegi mane-mane je, mesti menjadi tarikan orang.
(8) Kalau playboy pon ramai pempuan minat, apatah lagi kalau ustaz-ustaz yang hensem-hensem! Ramai orang datang merisik.
(9) Berbekalkan muka kau yang hensem / cantik, banyak barang boleh jadi murah. Lagi-lagi kalau kau pandai tawar-menawar. Mahu gile pakcik jual ikan kat pasar kalau tak bagi harga murah kat kau!
(10) Ramai orang yang mengagumi kite, apatah lagi kecantikan / kehenseman yang ada kat diri kite tu betol-betol asli, bukan plastik! Memang orang kate aset ah!

KECANTIKAN DALAMAN

(1) Bila orang bergaul dengan kita, diorang sukakan kite walaupon kite takde lah secantik / sehensem mane.
(2) Lelaki kalau bercinta nak dengan pempuan cantik, hot. But kalau lelaki nak kahwin, diorang nak bini diorang tu solehah, walaupon tak hot.
(3) Kalau muke pempuan tu cantik, tapi perangai terok, still takde juga orang nak kat die. Walaupon muke sesorang pempuan tak lah cantik sangat, but perangai die baik, ramai lagi yang nak kat die.
(4) Sekarang banyak pekerjaan dah tak perlukan raut wajah, malah ade je orang yang muka tak bape cantik / hensem gajinya lagi besar daripada model!
(5) Ade je orang yang tak bape hensem / cantik hidup senang daripada orang yang hensem / cantik.
(6) Sekarang orang pon dah cipta mesin yang boleh ubah muke orang, tapi takde lagi orang yang cipta mesin untuk ubah perangai orang.
(7) Ade je ubat untuk cantik, tapi takde ubat untuk jadi baik.
(8) Sekarang dunia dah up standard, dah takde ah lagi racist antara orang kulit gelap dengan orang kulit putih.
(9) Ape gune muka cantik kalau tak pandai masak? Kebiasaannya orang yang baik hatinya hampir majoritinya pandai masak, tapi tak semestinya orang yang pandai masak tu majoritinya baik hatinya.
(10) Semua orang ade jodohnya, nak risau ape?

So, adekah kau dah berjaya men'decide', yang mane satu elok? Jawab aku :

Sebenarnya, kecantikan tu adalah satu benda yang sangat-sangat abstrak. Maksud die, bukan semua orang rase pempuan yang muka putih tu adalah lawa dan bukan juga semua orang rase laki yang kulit gelap tu adalah hodoh. Kan aku cakap, semua manusia tu kan berbeza?

Aku bagi contoh, ade orang rase henset touch screen lagi best daripada yang QWERTYUIOP  punye. Ade pulak orang rase henset QWERTYUIOP lagi best daripada touch screen. Pendek kate, setiap orang tu berbeza-beza, kita tak boleh nak simpulkan kecantikan tu adalah memiliki tubuh tinggi, kulit putih, dan lain-lain yang seperti orang selalu cakap.

Kite kena open minded, jangan nak menjumudkan fikiran kite. So, kalau boleh, aku nak cakap, orang yang muka lawa dan ade perangai yang baik itu lah yang lebih baik. But, disebabkan otak majoriti manusia telah mengelaskan manusia yang cantik tu ade fizikalnya, so aku yakin, bape persent je manusia yang ade keelokan rupa paras dan budi pekerti? Konfom tak ramai.

But, kalau aku terpaksa memilih untuk menjawab soalan yang aku sendiri soal, konfom aku akan jawab lebih baik dan penting kalau ade perangai baik. Haha.

Kalau aku bagi hujah agame, konfom korang mati akal punye. Takpe, aku bagi logik thinking punye. Ok?

Aku dah jumpe ramai pempuan cantik. Aku pon dah jumpe ramai laki hensem. But tak semua perangai diorang secantik dan sehensem wajah diorang. 

Kalau kite kawan, kite nak ke kawan yang selalu kutuk kite, maki kite, caci, hina, tikam belakang, macam-macam benda buruk yang dia buat kat kite? Nak ke? Tak nak kan? But, kau kena ingat. Tak semestinya benda-benda elok dalam friendship ni macam trustworthy, sanggup berkorban untuk member, bersangka baik dll kau akan perolehi daripada kawan yang muka hensem / lawa. Cop cop! But, aku takde ah nak katekan semua orang yang muka lawa / hensem ni buruk perangai nye. Tak!

Itu baru dari segi friendship, kalau relationship? Kau nak ke isteri kau (fill in the blank)......, kite sebagai seorang laki pasti idamkan seorang isteri yang boleh jage kite, jage kluarge, anak-anak. Walaupon ade sesetengah laki meletakkan kecantikan sebagai no 1 untuk mencari calon isteri, but aku yakin, mereka pasti nak sorang isteri yang ade hati murni.

Pempuan, semestinya mahukan sorang suami a.k.a imam yang baik hatinya untuk memimpin diorang. Ape gune suami hensem, kalau bace al-Fatihah pon sangkut?

Kalau orang yang muke hensem / cantik buat hal, konfom orang marah : "Ape ah, muke je cantik / hensem, perangai macam ****!" Nampak? 

Hah, aku nak bagi hujah agame pulak, ok?

Rasululullah ade bersabda dalam beberapa hadithnya, contohnya :

(1) "Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
(2) “Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka, kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri. Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka,kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam,tetapi beragama adalah lebih baik” (Riwayat Ibnu Majah)
(3)  “Apabila datang kepada kamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka hendaklah kamu mengahwinkannya, jika kamu tidak melakukannya nescaya akan berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”. (Riwayat at-Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Owh, aku bukan nak cite pasal perkahwinan, jodoh ape-ape ah. Ni bukan blog cinta dan aku pon belum berkahwin. Cume, aku nak jadikan tiga hadith ni sebagai hujah aku je, betapa lebih baik menjadi seorang yang berbudi pekerti namun tiada kecantikan daripada memiliki kecantikan namun tiada budi pekerti.

Allah S.W.T berfirman : 

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (an-Nur : 26)

Dalam ayat ni, Allah S.W.T takde kate pempuan yang lawa untuk laki hensem, dan laki yang buruk untuk pempuan yang hodoh. Malah Allah S.W.T berfirman lagi :

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat : 13)

Nampak! So, sebenarnya keluhuran dan keelokan budi pekerti tu lagi elok daripada memiliki kecantikan. Kalau korang perasan, aku kaitkan memiliki keluhuran budi pekerti dengan kuat beragama sebab orang yang berpegang kepada agamenye, konfom elok perangainya. Bukankan Islam menggesa umatnya agar memiliki budi pekerti yang elok. Malah aku konfom, semua agame ajar camtu (aku bukan pluralisme).

Jadi kesimpulannya, tak kisah kalau muke kau putih ke, gelap ke, lagi elok kalau perelokkan perangai kau. Kadang-kadang orang selalu berusaha nak cantikkan wajah, namun orang lupa nak cantikkan perangai. 

So, aku nak berpesan kepada :

Orang yang rase dirinye cantik, atau dia tak rase pon, orang je cakap die cantik

(1) Walaupon kau cantik, jangan rase yang kau disukai ramai.
(2) Jangan hina orang lain yang kau rase tak secantik kau.
(3) Ingatlah, kecantikan tu sementara, bile dekat kubur kulit kau akan dimamah tanah dan cacing.
(4) Jangan gunekan kecantikan kau tu ke arah kejahatan, kemaksiatan. Silap-silap kau mati nanti, kulit kau akan dimamah scorpian king, ulat gonggok, tarantula, dll.
(5) Secantik mane pon kau, kau takkan boleh lari daripada tua.
(6) Elokkan perangai kau. Jage aurat tu!
(7) Secantik mane pon kau, Allah S.W.T hanye memandang taqwa sahaja.

Orang yang rase dirinya hodoh, atau dia tak rase pon, orang je cakap die hodoh

(1) Bersyukurlah dengan pemberian Allah S.W.T. Walaupon kau rase kau hodoh, but mungkin kau ade skill yang berguna kepada masyarakat.
(2) Walaupon kau rase kau hodoh, but tak semestinya semua orang benci kau!
(3) Jangan bersedih atas kehodohan muka kau, tapi bersedih ah atas kehodohan perangai kau.
(4) Tak semua orang rase kau hodoh.
(5) Kalau kau rase kau hodoh, kau ingat ade orang nak kate kau cantik? At least jangan putus semangat, think positif, ok?
(6) Jangan jealous dekat sape-sape yang kau rase cantik. Pujilah diri kau, dan pujilah Pencipta kau.
(7) Sehodoh mane kau rase, Allah S.W.T hanye memandang taqwa sahaja.

Kesimpulannya, kecantikan dalaman akan menjana kecantikan luaran. Semua orang yang baik perangainya, in sha Allah lawa juge wajahnya. But, bukan semua orang lawa wajahnya, baik juge perangainya. Ok?

So, jomlah kite hayati hadith Nabi S.A.W ni :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

p/s: jangan pulak orang yang hodoh wajah, hodoh juge perangai nye.

Comments

  1. Assalamualaikum, thanks for the inspiration and motivation. InshaAllah I will take an action.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, terima kasih juga krna mmbaca. In sha Allah, u can do it :)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts

Terima Kasih Followers