Nota kesedihan seorang abang kepada berbilion adiknya
....izinkan aku membahasakan diri aku sebagai ABANG, dan aku membahasakan kau sebagai ADIK....
"Siapa yang tidak pernah merasai kepahitan, maka dia tidak akan merasai kemanisan."
Ayat ni terlintas kat dalam minda abang selepas satu kelas abang kena denda berdiri oleh cikgu sejarah kesayangan abang sambil dibrain wash oleh beliau, sebab tak perform dalam sejarah.
Abang sudah lama merasai kehidupan di dunia, sesaat abang merasai kehidupan abang takkan pernah sama dengan sepuluh minit dan tiga setengah saat adik menjalani hidup adik. Walaubagaimana pun, hidup kita same, iaitu tak pernah sunyi daripada masalah.
Abang tahu, adik ade masalah. Abang tahu, adik sedang menderita, hati adik sedang menangis. Adik sedih, dan kecewa sebab tak dapat result yang cemerlang dalam PMR. Abang tahu, nikan abang?
Duhai berbilion-billion adikku yang abang sayangi sekalian,
Sebelum tu, abang nak tanye, adik ade agame? Kalau adik beragame Islam yang mengaku beriman dengan qada' dan qadar, maka izinkanlah abang mempersembahkan sebahagian daripada ayat-ayat Allah S.W.T yang mungkin berkaitan dengan kesedihan adik. Di samping itu, moleklah kalau ayat-ayat Allah S.W.T ni abang dahulukan, dan abang akan terangkan mengikut laras kesedihan adik.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
GROUP 1 (Hakikat Ujian Yang Menimpa Adik)
"Padahal Allahlah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuatkan itu." (as-Soffat : 96)
"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." (al-Anbiya : 35)
"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (al-Mulk : 2)
"Apakah patut manusia menyangka bahawa mereka (hanya) dibiarkan (sahaja) berkata : 'Kami telah beriman', sedangkan mareka belum diuji?" (al-Ankabut : 2)
"Demi sesungguhnya, kamu pasti akan diuji pada harta benda dan diri kamu." (ali-'Imran : 186)
"Demi sesungguhnya, Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan, dan kekurangan dari harta denda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikkan dari Tuhan mereka serta rahmatNya." (al-Baqarah : 155-157)
"Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk agar mereka kembali (kepada kebenaran)." (al-A'raf : 168)
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya."
(al-Baqarah : 286)
Adik. Ni baru sedikit sahaja daripada ayat-ayat Allah S.W.T yang abang petik daripada al-Quran. Adakah adik masih lagi tidak nampak mengenai hakikat kegagalan adik dalam PMR? Sebenarnya, Allah S.W.T sangat sayangkan adik, sebab itu Dia berikan adik ujian ini. Kegagalan adik dalam PMR, bukan bermakna hidup adik akan selamanya penuh dengan dukacita, kesedihan dan kesengsaraan.
GROUP 2 (Bersyukur Dengan Result Adik)
"Dan sedikit sekali dari kalangan hamba-hambaKu yang bersyukur." (as-Saba : 13)
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak dapat menghitungnya." (Ibrahim : 34)
"Dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengufuri (nikmat) Aku." (al-Baqarah : 152)
"Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai kurnia yang besar (yang diberikanNya) kepada manusia, tetapi kebanyakkan mereka tidak mensyukuri." (an-Naml : 73)
Abang pelik, kenapa adik tak bersyukur dengan result yang adik dapat? Walaupun tak cukup satu A je, namun adik masih tak bersyukur dengan result adik. Abang paham, semua orang mahukan yang terbaik, namun kalau adik bersyukur dengan result adik, itulah yang terbaik. Adik tahu tak, ade lagi rakan-rakan sebaya adik yang dapat result yang jauh lebih teruk daripada adik? Bersyukurlah ye adik?
GROUP 3 (Bersabarlah)
“Hendaklah kamu bersabar, sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang sabar.“
(al-Anfaal : 46)
“Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu, akan disempurnakan pahalanya dengan tiada terhitung" (az-Zumaar : 10)
“Apa yang di sisi kamu itu akan hilang dan apa yang di sisi Allah itu yang kekal. Dan akan Kami berikan kepada orang-orang yang sabar itu pembalasan, menurut yang telah mereka kerjakan dengan sebaik-baiknya“ (an-Nahl : 96)
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (ali-'Imran : 139)
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
Bersabarlah ye adik. Kerana Allah S.W.T sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Adik baru je ambik PMR, adik masih ade kehidupan yang panjang. Adik jangan berputus-asa, adik kena terus belajar dan berusaha, supaya adik boleh cemerlang dalam peperiksaan seterusnya. Adik masih ade periksa SPM lagi, universiti? Mungkin Allah S.W.T nak adik tak dapat kejayaan PMR sebab Dia nak adik cemerlang dalam peperiksaan lain. Sabarlah ek?
GROUP 4 (Redha, Tawakal. Berdoalah)
"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." (al-Mukmin : 60)
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (at-Taubah : 129)
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(al-Baqarah : 45)
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (al-Baqarah : 186)
"Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah." (al-Bayyinah : 8)
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (at-Taubah : 111)
Redha. Tawakal. Berdoa. Ini sahajalah yang dapat menjadi penawar kesedihan adik. Abang yakin, adik dah berusaha bersungguh-sungguh, jadi seharusnya adik pasrah dan redha dengan ketentuan Allah S.W.T. Berdoalah kepada Dia, agar adik akan terus diberi kekuatan untuk berusaha, dan sentiasa berjaya dalam ape jua perbuatan kite, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Amin.
GROUP 5 (Hadith Rasulullah S.A.W)
"Tidak ditimpa seseorang muslim itu daripada kepenatan, kesakitan, dukacita, kebimbangan, penderitaan, kesedihan dan tusukan duri sekalipun melainkan dengan perkara tersebut Allah Taala menjadikannya sebagai kifarat terhadap kesalahan-kesalahannya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Apabila Allah telah mendahulukan kedudukan seseorang hamba kepada satu kedudukan yang tidak mampu dicapai dengan ilmunya maka Allah mengujinya pada tubuh badan, keluarga serta harta bendanya, kemudia Allah menjadikannya sabar terhadap ujian yang menimpa sehinggalah dia mencapai kedudukan yang telah disediakan oleh Allah Taala." (Riwayat Abu Daud)
"Bertakwalah kamu terhadap perkara-perkara haram nescaya kamu menjadi manusia paling beribadah. Redhalah dengan apa yang ditentukan Allah kepadamu nescaya kamu menjadi manusia paling kaya." (Riwayat Tarmizi)
"Di antara kebahagiaan anak Adam ialah dia redha dengan takdir Allah kepadanya dan di antara kesengsaraan anak Adam ialah dia meninggalkan pilihan Allah Taala dan di antara kesengsaraan anak Adam juga ialah kemarahannya terhadap apa yang ditentukan Allah Taala kepadanya."
(Riwayat Tarmizi)
"Apabila Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia menguji mereka. Sesiapa yang reda, ia akan mendapat keredaan Allah dan sesiapa yang marah, ia akan mendapat kemurkaan Allah."
(Riwayat Tarmizi)
“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” (Riwayat Tarmizi)
GROUP 6 (Larangan Menyebut 'Kalau')
"Kalau ah aku belajar betul-betul dari Form 1, mesti aku dapat 9A..."
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” (Riwayat Muslim)
Adik 'bucuk' yang abang sayang sangat-sangat, adik jangan pernah meratapi ape yang dah berlaku. Ape yang dah lepas, biarkan ah ia berlalu. Abang tak nak adik terlalu bersedih hanye semata-mata adik tak dapat apa yang adik nak dalam PMR.
Sekolah pun dah nak mule. Jadi, abang harap adik dapat jadikan kegagalan adik yang lalu sebagai kekuatan adik untuk belajar dalam menengah atas. Hampir keseluruhan subjeknya susah. Kenapa?
(1) BM dah takde objektif. Asyik menulis je. Boleh dikatakan sebatang pen abang boleh habis hanye untuk paper BM je.
(2) Sejarah ade esei.
(3) Adik kena belajar Addmath. Susah uh.
(4) PAI yang adik belajar dah pecah kepada 2. Satu Pendidikan Syariah Islamiah (PSI), satu lagi Pendidikan Quran dan as-Sunnah (PQS). Due-due ade kesusahannye.
(5) Arab makin susah. Esei kena buat panjang.
(6) Fizik, Biologi dan Chemistry lagi? (itu kau kena tanye budak sains, aku tak amik)
(7) Prinsip Perakaunan? SUSAH OOOOOOOOO!!!
Kalau adik dah putus asa sekarang, abang takut adik akan terus gagal dalam hidup adik. Orang yang hebat adalah bukan orang sentiasa berjaya dalam hidupnya, namun dia adalah orang yang bangkit daripada kegagalannya dan mencuba beberapa kali untuk berjaya. Pepatah Arab ade mengatakan :
Man la yakhto', la yaf'al syai an
(siapa yang tak buat salah, maka dia tak pernah buat ape-ape)
Dah, adik jangan nangis-nangis lagi eh? Abang sentiasa doakan berbilion-bilion 'bucuk' abang ni agar adik sentiasa sukses dalam hidup adik.
p/s : jangan lupe doakan abang juge eh?
“Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik Perancang.”
(ali-'Imran : 54)
Comments
Post a Comment