Buat Azam Baru vs Buat Azam Lama

Oh, bukak tutup bukak tutup, la, aku dan kau dah nak masok tahun 2013 ah. Walaupon kite orang Islam dah lame ah masok tahun baru, tapi it seem majoritinye lebih ingat besok 1 Januari 2013 daripada besok 18 Safar 1434h. Aku pon malas ah nak ulas benda tu, sendiri mahu ingat lah kan?

Buat adik-adik, ataupon kau pon yang masih bersekolah, aku harap kau dah beli ah baju sekolah, kalau kau berhajat nak beli ah. But yang paling penting, kerja-kerja sekolah yang cikgu kau bagi time cuti sekolah aritu, kau dah beres ah semua. Kalau kau dah siap, TAHNIAH! Kalau kau baru nak masuk ubat pensel a.k.a baru nak start, TAKZIAH la! Bukan pe, nanti tahon baru, cikgu kau yang baru release tension die time cuti sekolah, teros bertambah tension die sebab kau. Jangan, ok?

So, mungkin masing-masing ade program sempena nak countdown tahun baru. Same ade nak pegi tengok bunge api ke, atau nak pikir ayat tahun baru, ye lakan, nak anta kat member, jiran sebelah, cikgu, die, dll. Aku konfom ah, ari satu dunia bercerita pasal tahun baru, sampai Google pon tukar gak jadi 2013.

Anyway, kau dah ade azam 2013 lom?

Setiap kali masuk tahun baru, mesti orang berazam. Azam dengan tahun baru ni memang tak boleh dipisahkan macam serbuk milo dengan air panas. Memang tersangat common ah, orang akan berazam sempena tahun baru. Aku tak tahu lak yang tu fitrah manusia. Asal start sekolah rendah je, mesti cikgu suruh tulis, "Azam Baru Saya".

Masalahnye, kalau kau baru lahir tahun 2013, takpe la kalau nak berazam. Masalahnye, kau tu dah lame hidop kat dunia. Ok, contohnye mungkin umur kau tahun 2013 ialah 15 tahun a.k.a form 3. Maknenye, kau dah 9 tahun berazam (kau kira ah dari Darjah 1 sampai form 3). Tu belom kire lagi pra-sekolah, tadika, kelas kafa? Kalau orang yang umur nye dah berpuluh-puluh? Lagi ah.

Aku bukan nak halang kau berazam, cuma ape yang aku nak cakap, "Adakah semua azam kau time 2012 dah tercapai semuanya?"

Dah? Belum? 50:50? 

Ok, ok, camni. Bagi aku, tak salah berazam. Cuma, pastikan azam kite yang telah diazamkan kite tu, kite berusaha untuk mencapainye. Bukan kite buat azam tu, hanye sebab tahun baru je. 

Memang aku tak nafikan, azam baru muncul mungkin sebab faktor peningkatan umur. Kalau kau dah abis PMR tahun ni, takkan kau berazam nak dapat cemerlang lagi dalam PMR tahun 2013? Mesti nak azam untuk form 4 lak?

So, sebelum aku nak pergi jauh lagi, azam tu ade macam-macam. Iaitu :

(1) Azam yang berbeza

Ape azam kau untuk tahun 2013? Mungkin kau nak jadi anak baik, nak score dalam pelajaran, nak kerja kuat-kuat, dll. Nampak? Azam tu tak termasuk dalam golongan yang same. Contohnye, kalau azam kau untuk jadi anak yang baik, ia dah termasuk dalam kategori azam sebagai seorang anak. Kalau kau nak score dalam pelajaran pule, tu dah termasuk dalam kategori azam sebagai seorang pelajar. Jadi, itu adalah azam yang berbeza.

Azam yang berbeza ni, boleh lah juge aku kate sebagai AZAM BARU. Azam kategori ni, tersangatlah common dan popular dalam majoriti masyarakat dunia.

(2) Azam yang berkaitan

Senang cakap, ia berlainan la dengan azam yang berbeza. Azam yang berkaitan ni, dapat la aku katekan sebagai, "Azam yang datang selepas azam lame tu dipenuhi." Contohnye :

(a) Kau azam nak dapat 9A PMR. Tengok-tengok, azam kau tu telah tercapai. Jadi untuk tahun seterusnya, kau berazam nak score dalam pelajaran form 4.
(b) Seorang laki berazam untuk mengumpul duit. Tengok-tengok, laki tu berjaya kumpul duit banyak gile. So, die berazam untuk mencari pasangan.
(c) Sorang laki ni baru je 'clash' dengan makwe die, so die berazam untuk cari makwe yang lain tahun 2013.
(d) Lepas berjaya sambong degree tahun 2012, nak sambong pule master tahun 2013.

(3) Azam jangke pendek

Biasenye, kite berazam untuk mencapai sesuatu dalam jangke mase sebelum abis 2013, atau mungkin satu dua tahun. Azam ni pon kebiasaannya, diazam mengikut keadaan ah. Contohnye, kalau sorang pelajar mesti mampu nak score dalam pelajarannya kalau die berusaha bersungguh.

Biasenye, azam ni bersifat peribadi. Maknenye, azam ni perlu dicapai sebab ia membawa kebaikan pada dirinya.

(4) Azam jangke panjang

Azam ni, lebih luas. Seseorang mahu mencapai sesuatu yang bersifat berkekalan. Azam ni bersifat jangke panjang sebab, mungkin perkare-perkare yang perlu ade in order nak melunaskan azam tu susah nak dapat, atau mungkin tersangat lamelah proses pembuatannya. Contohnye :

(a) Satu pasangan ni berjaye dapat seorang anak. Jadi mereka berazam nak tambah lagi satu.
(b) Satu pasangan yang lain pule, dah ade anak laki, jadi diorang nak anak pempuan lak.
(c) Sorang laki berjaye tambah bini, mungkin nak tambah lagi biarkan kouta lengkap.
(d) Nak besarkan perniagaan.
(e) Nak sambong pelajaran, atau nak tunaikan cite-cite.
(f) Nak cari jodoh. Ingat senang ke?
(g) Berhenti merokok. Dan berjuta-juta lagi maksiat. Itupon kalau terlupe nak azam time tahun baru hijrah.
(h) dll

(5) Azam yang jadi

Ape yang korang azam, itulah yang terjadi. Kalau bernasib baik, dapat lagi baik daripada ape yang diazamkan. 

Mase 2011, azam nak cari kerja je. Tengok-tengok teros dapat kerja jadi manager. Nasib la kan?

(6) Azam yang tak jadi

Yang ni paling aku takot. Sebab selain kadang-kadang aku pon kena juge, majoriti rakyat dunia pon same gak. Kalau dah bape kali azam, tapi asyik tak jadi je, mungkin dah nasib. Tapi kalau berazam sesuatu yang konfom tak jadi, tu hampeh!

Sebab tu la aku cakap dari mule-mule lagi, kite kene capai dan berusaha ke arah azam kite tu. Bukan setakat azam je.

(7) Nama 'Azam'

Tak kisah la, name kau azam ke, name ayah kau azam ke, name atok kau azam ke, name pakwe kau azam ke, name hamster kau azam ke, name syarikat kau kerja azam ke, name keropok kau makan keluaran syarikat keropok azam ke?

Yang semestinye, azam dengan azan tak same. Ozon dengan azan lagi lah tak same. Aku tak pernah dengar orang berazam untuk azan kat mane-mane. Tak kisah ah, asalkan kau hormati azan, dan melaksanakan tuntutan solat, ok?

Tak kisah lah azam kau tu, termaktub dalam mane-mane azam pon, bagi aku :

"Adalah lebih baik kite berazam pade 2013 ni untuk menunaikan azam 2012."

Ataupon, nak senang lagi terbaik, "Aku berazam untuk menunaikan azam-azam aku yang belom tercapai lagi." 

Kenapa? Sebab majoritinye azam yang kite azamkan tu, same je. Tapi mungkin disebabkan kite tak berjaya nak tunaikan die pade tahun lepas, sebab tu kite berazam nak tunaikan die pade tahun baru, kan? So, lagi baik kalau kite berazam nak tunaikan azam-azam yang dah nak terbang ditiup angin tahun-tahun baru tu.

So, berazam mestilah dicapai. Tak salah kalau kau just nak berazam je, tapi kau tak nak buat. Cuma bagi aku, agak kurang waras ah. Pon tak salah kalau kau buat je sesuatu, tapi tak perlukan azam pon. Apatah lagi dalam hal-hal syari'e, tuntutan agame, takkan nak tunggu azam kot. Takkan aurat yang perlu ditutup time baligh perlu diazam? But, sebab ia melibatkan hidayah Allah S.W.T kan? 

Jadi, se'better-better' manusia ialah manusia yang berazam dan berjaya menunaikan azamnya.

Semoga tahun 2013 tak dipenuhi dengan orang-orang yang pandai berazam sahaja, tapi sebaliknya tahun 2013 ni dipenuhi orang yang pandai menunaikan azamnya.

p/s: "Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya". (ali-Imran : 159)

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers