Hargai dengan ape yang kite ade
Memang. Semua orang nak jadi SEMPURNA. Kalau aku boleh cipta diri aku, konfom aku nak jadi orang yang paling HENSEM, paling PANDAI, paling TOUGH, paling tu, paling ni. Sebab, aku yang cipta diri aku. Cube kalau ko lak yang cipta diri ko? Aku konfom, ko mesti nak jadi lebih HENSEM, lebih PANDAI, lebih TOUGH daripada aku kan? Sebab ko yang cipta diri ko.
Tapi, ko (aku cuma contohkan aku je) lupe satu FAKTA. Tahukah anda, manusia tidak dapat mencipta diri mereka sendiri kerana mereka bukan Allah S.W.T?
Even kalau ko pandai dalam bidang sains, nujum bintang, memasak, buat air, pandai mengayat sekalipun, ko still tak dapat cipta diri ko.
Ko taw tak, sape yang cipta ko? "Eleh, ni soalan ape la ko tanye? Allah S.W.T ah" Hurm, ko taw kan Allah S.W.T yang cipta ko, so ape hukumnya kalau ko mencela diri ko?
Haramkan?
Kalau kite kutuk hidung kite yang kemek tu, maknenye kita dah kutuk Allah S.W.T. Kalau kite kate diri kite ni tak hensem, hitam legam macam rumah yang blackout, maknenye kite dah kutuk Allah S.W.T.
Ko taw, orang yang paling power daripada Captain America adalah orang yang dapat cari HIKMAH atas semue perkare yang berlaku pade dirinye.
Cube ko cari hikmah, kalau ko terlebih hensem camana? Susah hidop ko, asal nak bank in duit je kat BSN ko dah kene serbu dengan pempuan. Asal nak gi kencing je kat tandas awam, dah kene kejar dengan pempuan. Pendek kate, ko diburu oleh pempuan di mane-mane.
Itu lawak bodoh aku je. Hikmah yang aku maksudkan ialah, di sebalik ko rase ko ade satu kelemahan, rupenya ade lagi satu kekuatan dalam diri ko. Tak paham? Ok, bahasa yang lebih mudah untuk orang yang slow lambat paham macam ko.
Ko pernah tak bersyukur atas semua kekuatan dan kelebihan ko?
Ok, jom main satu game. Bukan aku nak ajak ko main Dotta Allstar or Farmvile, but aku nak ajak gak ko main satu game. Alatan die, cukup mudah. Ko tak perlu ade komputer atau elektrik. Ko hanye perlu sehelai kertas (tak kisah ah A4 ke, tisu tandas pun boleh) dan sebatang pena yang berdakwat. Oh, tak perlu pengawasan daripada mak bapak korang untuk main game ni.
Ok, perhatian kepada semua calon (macam SPM lak), dengan menggunakan pena yang ko rembat kat pensel box adik ko, aku nak ko tulis semua kelebihan diri ko kat kertas yang ko tengah pegang tu.
.....satu jam setengah berlalu.....
Hah. Mesti banyak gile nak mampus kan senarai kelebihan ko? Pandai math, disukai orang, ade family yang bahagia. Wow!
Sekarang, aku nak ko tengok cermin, dan korang tengok balik kertas tadi tu. Hah? Mesti korang takjubkan? Di sebalik muke ko yang tak bape nak hensem tu, ko ade 100 kelebihan. Subhanallah.
Ko bersyukur tak dengan kelebihan ko tu? Ko taw, bape ramai pempuan lawa kene rogol, kene bunuh, kene tetak sebab terlalu cantik di mata beberape orang lelaki? Ko taw, ade je laki hensem tapi gay? Sedangkan ko yang tak bape hensem tu ade jugak minat kat pempuan (walaupun kene reject).
Wei, kalau ko nak HIDUP BAHAGIA, ko kene berenti pikir pasal kehodohan, kelemahan, keburukan diri ko. Skang, aku nak ko pikir pasal kehebatan diri ko. Jangan sampai riak sudah ah. Dan yang paling penting, ko jangan sekali-kali pikir pasal KEHEBATAN ORANG LAIN. Sebab, ko boleh jadi gile dan menyirap dengan kelebihan orang lain. Dan lagi teruk, ko akan jadi salah sorang daripada hamba Allah S.W.T yang tak bersyukur.
Banyak orang, selalu pikir pasal orang lain. Asal tengok orang lain ramai awek, ko pun nak gak ade awek. Asal nampak orang bawak BMW, ko pun nak bawak gak even ko ade Kancil sebijik. Masalahnya pulak, ade orang yang banyak sangat pikir negatif, sampai die nak burukkan orang lak.
Asal nampak je budak tu pandai, die pegi SANTAUkan budak tu sampai fail. Asal nampak je budak tu lawa, die pegi simbah asid kat muke budak tu, dah muke budak tu macam jembalang. Ko jangan gelak, ni realiti.
Bukan tak boleh pikir pasal kelebihan orang lain, kalau boleh jadikan ko lebih positif. Contohnya, ko nampak member ko pandai, so ko pon berusaha belajar nak jadi pandai cam die. Tu ok ah, asalkan bende tu positif. Jangan lak member ko tu banyak awek, ko pun nak gak jadi macam die. Bodoh.
Sometime, there is something that you cannot change.
Memang ah, kalau ko dah umur 23 tahun pun, but still pendek macam budak form 1, so ko kene berserah je la. Ape, ko nak wat operation ke, tambah besi biar tinggi macam pemain basket?
Dose tu, ubah ciptaan Allah S.W.T. Tu ah, sape suruh tak nak makan sayur time kecik?
Kalau ko rase ko ni hampeh, dah ah tak hensem, math pun fail, pendek plus hitam pulak, jangan la jadi sampah. Buat orang menyirap dengan ko, maki orang, macam-macam bende buruk ko buat kat orang.
Sebab, aku nak habaq kat hang, kecantikan yang hakiki tu, bukan kecantikan luaran, tapi kecantikan dalaman. Ade je pempuan yang aku jumpe tak bape lawa, tapi sebab die baik, aku nampak die cantik je. Ade gak, pempuan yang hot, lawa gile. Tapi selalu buat aku menyirap dengan bajet die, aku nampak die macam orang tua bangka.
Wei, ko bersyukur tak dengan kelebihan diri ko?
Bagi aku, ape gune muka hensem kalau bodoh? Ape gune lawa kalau nak selesaikan x+y = 10 pun tak taw? Dan, ape gune jadi orang yang paling HENSEM, LAWA, PANDAI, kalau semayang tinggal, pose tinggal, sebab kalau Allah S.W.T kutuk ko, SEMUA MAKHLUK kutuk ko, tak kira ah nyamuk aedes ke, tikus ke, semut api ke. Kalau ko rase ko je hensem, ko still tak dapat lari daripada tue.
Biar kite tak hensem, tapi orang sayang kat kite. Biar muke kite hitam, asalkan hati kite putih.
Hargai segalenye yang kite ade, sebab kite hanye akan sedar mengenainya bile bende tu dah ilang. Sentiasalah bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T walaupun nikmat tu kite rase kecil.
Insyallah, kite akan bahagie dengan hidup kite, dan mati sebagai orang yang happy je memanjang.
Comments
Post a Comment