Menangis : Kelemahan atau Kekuatan?

Sebelum korang terus membaca post ni, aku nak ingatkan, ini semua hanya pendapat aku semata-mata. Mungkin ada daripada korang yang tak bersetuju dengan pendapat aku, but aku alu-alukan 'ketidak setujuan' korang tu. Sebab aku paham, kite semua tak same.

Btw, aku nak tanye, kau pernah menangis tak? Menangis yang aku maksudkan ialah mata kau mengeluarkan cecair yang 'colourless' dan 'odourless' dipanggil AIRMATA? Kau pernah tak? Hurm. Aku pernah menangis. Bile kali terakhir kau menangis? Semalam ke, minggu lepas ke, sebulan setengah yang lalu ke, atau dah lame tak menangis?

Kadang-kadang, tak semestinya orang menangis sebab perkare yang menyakitkan hati die. Boleh jadi jugak orang menangis sebab terlalu gembira. Contohnye kalau kite dapat sesuatu yang memang kite nak, kite akan terlalu happy, sampai menangis. Kan? Ade juge orang menangis sebab terharu. Contohnye macam ibu kite ah, cuba kau buat sesuatu perkare yang di luar jangkaan die. Contohnye macam kau beri hadiah rantai emas 22 karat time besday die. Huiyoi. Mesti die terkejut. Jangan kau tetibe balik umah bawak 'baby' sudah ah. Tu memang menangis mak kau, silap-silap kau pon menangis? Kalau orang yang tinggi darjatnye, boleh jadi die akan menangis ketika mengingat semua dose die, kan? Kite pernah tak camtu? Ke kau menangis sebab tengok cite korea?

Watever. Aku tak kisah ah kau nak nangis sebab ape. Mate kau, bukan mate aku kan? Hurm. Menangis ni, semua jantina buat. Tak kira ah laki ke, pempuan ke. Due-due menangis. Walaupon bapok, pondan, tomboy dan khunsa juge menangis, tapi mereka bukan jantina kan? So, aku hanye nak kate, kaum lelaki juge menangis walaupun kaum pempuan majoritinye berkate bukan.

Semua makhluk menangis. Bukan manusia je menangis. Binatang pon nangis gak. Contohnye penyu menangis sewaktu die bertelur. Buaye pon menangis gak, sebab die nak keluarkan garam yang berlebihan dalam badan die. Kalau kau berani, kau pergi ah usha airmate buaye, pastu bagitau aku kalau tak mati ah! ok?

Tapi orang cakap, menangis ni lemah? Betul ke? Contohnye, kalau lelaki menangis, nanti orang kate "kau ni lelaki ke pempuan ah?" Ataupon "kau ni bapok ah nangis". Dan macam-macam lagi.

Sebelum tu aku lupe nak habaq, menangis ni bukan hanye khusus untuk bayi dan budak-budak yang belum baligh je, budak sekolah menengah pon nangis, budak kolej pon nangis, doktor pon nangis, bomba, chef yang siang bawang pon nangis, parents, hatta orang tue pon nangis. Apatah lagi orang yang kena 'down syndrome'?

Ok, but, betul ke menangis ni satu kelemahan?

Kalau betul menangis tu satu kelemahan, maka kenape Allah S.W.T menciptakan mate kite dengan ability untuk mengalirkan airmate? Kalau betul menangis tu satu kelemahan, maka kenapa Nabi Nuh a.s menangis time anak dan bini die mati ketike banjir besar berlaku, sampai jadi sungai Nil auw? Kalau betul ah nangis tu satu kelemahan, maka kenapa Nabi S.A.W menangis time satu-satunya anak lelakinya Ibrahim wafat?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Ok ok ok, but, kau pernah tak menangis time kau betul-betul berada dalam kesedihan? Atau, kau berada dalam situasi kau betul-betul tertekan? Atau, contohnye kalau kaum pempuan, kalau diorang berada dalam keadaan tertekan, tension, mesti diorang nangis. Mesti kawan mereka yang anjurkan mereka menangis, sebab nanti die kate, "menangis ah, nanti release sket tension kau.

Malah, para saintis dan pakar psikologi juge berpendapat menangis merupekan terapi yang mujarab bagi mengatasi kemurungan. Aku pon setuju gak, sebab selepas aku nangis kalau aku dalam masalah, mesti aku rase satu kelegaan yang amat sangat. Kau pernah rase tak?

So, aku tahu ape yang kau tengah pikir. "So, kau nak kate menangis ni satu kekuatan lah ni?"

Sabar, aku tak abis lagi. Tapi kalau betul menangis tu satu kekuatan, kenapa kalau contohnye, aku tengok cite omputih kan, contohnye dalam cite perang, kalau ade sorang askar tu menangis ketakutan, mesti ketua die cakap " hey you, don't cry like a pussy, go get them f*** up, show them who's they dealing with!" Hurm, maksudnye, kalau kite nangis itu bermakna kite ni penakut. Orang yang berani menghadapi cabaran kehidupan, dia takkan menangis. Sebab tu menangis je, takkan boleh ubah ape-ape. Kite kena berani menghadapi cabaran, sebab semakin bertambah usia kite, makin up ah kite punye cabaran.

Kalau betul ah menangis tu suatu kekuatan, jadi kenapa Nabi S.A.W cakap kat Saidina Abu Bakar r.a. "la takhaf wala tahzan inallaha ma'ana (jangan takut dan jangan bersedih, Allah S.W.T bersama dengan kita)", ketika mereka bersembunyi di Gua Thur? (NOTA : KATE-KATE NABI S.A.W TU TADI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA AYAT KE-40, AT-TAUBAH)

Malah, Allah S.W.T juge berfirman : "Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman." (ali-'Imran : 139)

So, aku taw, mesti kau dah makin pening. "Wei, abis tu menangis tu satu kekuatan ke kelemahan?"

Haha, jawab aku, "KAU DECIDE AH SENDIRI."
 
Tak ah, gile aku nak buat post kalau nak suruh kau decide. Haha. Ok, camana yang dah aku cakap awal-awal lagi, ni merupakan pendapat dan pandangan aku je. Mungkin aku tak ah sepandai macam kau, but at least orang yang kurang pandai macam aku ni still ade pandangan gak. Haha.

But first, aku nak terangkan, yang penggunaan ayat Quran dan cite-cite pasal nabi tu bukan lah aku bertujuan untuk peningkan kepale kau, sebab ia diturunkan bukan untuk aku jadikan hujah pasal post ni, just aku cume nak buka minda, harap kau tak kate aku ni bukan-bukan (aku berlindung daripada kejahilan).

Ok. Bagi aku, menangis bukanlah satu kelemahan, ataupon kekuatan, tapi ia adalah ANUGERAH. "Bukan anugerah tu satu kelebihan ke?"

Haha, tak. Anugerah bukanlah satu kelemahan, bukan juga satu kekuatan. Ia sebagai satu pemberian atau lebih tepat lagi, satu ganjaran. Contohnye, kau dapat 11 A+ dalam SPM, then kau dapat anugerah Pelajar Cemerlang, adekah kau akan cakap "ni KELEBIHAN yang saya dapat daripada sekolah." Takkan? Mesti kau akan cakap "ni sekolah yang bagi". But, semestinye, anugerah tu satu benda yang baik.

So, menangis itu merupakan satu anugerah yang baik yang Allah S.W.T beri kepada makhluknye yang bernama manusia. 

Ok, aku tak nak kau pening-pening, so, kau dengar jela explaination aku ni.

Menangis merupakan tande kite ni LEMAH sebab kite bukan insan yang sempurna. Hampir 70% masalah yang melanda kehidupan kite adalah disebabkan kite yang cipta sendiri masalah tu. So, sebagai manusia yang LEMAH, kite kadang-kadang akan menangis sebab hati kite tak mampu nak simpan masalah yang terlalu berat. Lagipon, hati ni tempat kite simpan benda yang baik-baik je kan? 

Sebagai manusia kuat, kita tak boleh simply just nangis je, bile kite masalah. Sometimes, kite kena nangis gak sebab secara tak langsung, kite rase lega. Nampak, ia kan satu gift? Kalau kite lepaskan tension kite dengan menangis, kite akan rase perbezaannye dengan kite lepaskan tension dengan bace buku, tengok movie atau kartun, makan, main bola, atau minum arak (kalau kau bukan Islam ah). Sebab, hakikat masalah ialah, IA PERLU DISELESAIKAN, BUKAN UNTUK DIBIARKAN APATAH LAGI DITANGISI!)

Dengan menangis, ia membuatkan kite rase tenang. Pandangan kite yang berkecamuk tadi, dah makin clear sebab kite menangis. Mungkin selepas menangis, kite akan mule nampak solutionnye satu persatu. 

Walau bagaimanapon, jangan asyik menangis je. Sebab kalau kau asyik nangis je, masalah kau tak kan boleh selesai. Sebab tu ramai orang kate LEMAH kalau menangis. Sebab, masalah sesuatu yang kau kena FACE TO FACE! Kau tak boleh lari daripada masalah, sama ada masalah yang cari kau, atau kau yang cari masalah. Jadi, duduk menangis sepanjang hari, takkan boleh menyelesaikan masalah.

Orang yang beriman, mereka menangis kerana mereka teringatkan dosa mereka. Disebabkan kelemahan mereka dalam mengawal hawa nafsu, mungkin mereka kadangkala tenggelam dalam dosa mereka. Namun, disebabkan mereka kembali untuk menyedari kesalahan mereka, maka mereka bertaubat. Lebih tepat lagi, taubat nasuha.  Bile mereka menangis, ia akan membuatkan mereka semakin sedar bahawa mereka makhluk Allah S.W.T yang sangat lemah kalau nak dibandingkan dengan Allah S.W.T Yang Maha Kuat. Namun, selepas itu, mereka akan jadi lebih kuat untuk menghadapi rintangan dan onak duri cabaran kehidupan mereka. Sebab, makin beriman seseorang itu, makin kencang cabarannya.

Conclusionnye, menangis bukan tande kite ni LEMAH, juge tak semestinye kite akan jadi KUAT dengan menangis. Menangislah bile kite rase perlu, dan jangan sentiasa menangis sebab takut air mate habis masalah takkan selesai dengan menangis je. But, kau jangan lupe, kau boleh menangis, so jangan lupe ANUGERAH Allah S.W.T ni, ok?

“Sesungguhnya Allah tidak mengazab kerana air mata yang bercucuran dan hati yang bersedih. Akan tetapi, Allah mengazab atau mengasihi kerana ini.” Rasulullah s.a.w menunjuk ke arah lisannya. (Bahagian dari hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)

p/s : membazir amalan syaitan, jangan lupe tutup air selepas digunakan.

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers