Angau? Involuntary action or Voluntary action?


Haha, aku sangat mengemari post ni. Bukan pe, semasa aku nak 'mengarang' post ni, macam-macam ingatan tetibe datang terjah minda aku, seolah dah macam video player ah otak aku. Hah, pedulikan yang itu. So? Nak tanye, pernah tak kau angau kat seorang?

Ok ok, sebelum aku nak menerangkan lebih lanjut tentang post aku ni, aku nak terangkan ape itu angau. Angau ah, bukan bangau! Huh!

Aku tak taw ah camane angau ni dari prespektif seorang pempuan, sebab aku pon bukan pempuan walaupun ibu aku seorang pempuan. But, bagi aku, angau ni adalah satu keadaan di mana kite (aku gune kata nama 'kite') sentiasa teringat akan seseorang. Dan, dalam keadaan kite teringat kat die tu, kondisi kite tak normal. Malah, mungkin ia boleh menyebabkan kite jatuh sakit disebabkan kite terlalu 'angau' kat seseorang tu. Angau ni, biasenye terjadi apabile kite dengan 'orang' tu berada di tempat yang same, pada mase yang same dan pade malah mungkin ia berlaku dalam jangka mase yang kerap. Ok, contohnye, kau dan 'die' bersekolah di sekolah yang same, malah mungkin 'die' sekelas dengan kau. Dan mungkin 'die' satu kelas tusyen dengan kau. Dan macam-macam lagi perkare yang kau dan 'die', secara tak sengaja (mungkin takdir) telah melibatkan kau dengan 'die'. Hah.

Mungkin disebabkan muke 'die' lawa atau hensem, atau mungkin telatahnye lawak, atau 'die' baik, mungkin menyebabkan kite tertawan kat die. Hati kite dah cair disebabkan 'die'. So, setiap mase kite akan tetibe teringat kat die. Sampai satu tahap, tetibe je kite boleh tergelak or tersenyum sorang-sorang sebab teringat kat die. Hurm, angau ni boleh jadi best, but boleh jadi tak best.

Kalau time tu relationship kite dengan 'die' ok je, mungkin angau tu memang best giler kat kite. Sebelum tido, mesti kite asyik terbayang kat die, kadang-kadang siap boleh mimpi kite kahwin dengan die, ade anak-anak yang comel dengan die. Serius, ni mungkin pengalaman aku juge, aku tak tipu! Cube tanye kat sape-sape yang pernah angau.

But, kalau time tu relationship kite tak ok dengan die, mungkin gaduh ke, atau 'die' tak layan cinte kite, aduh! Memang sakit wei! Kite asyik teringat kat 'die', kecantikan wajahnye, kebaikan 'die', lemah-lembut, gedik-gedik manja 'die', dan dalam pada masa yang same kite pon terpikir, kenape die tolak cinte kite, kenapa die kejam buat kite camni! (BERHENTI JAP, LAP AIR MATA!) Dan pade mase tu, angau sangat-sangat membuatkan hati kite sakit. Kadang-kadang sampai boleh mengalir air mate kite, even laki sekalipon. Aku pon pernah jugak menangis sebab angau camni. Haha, tu la, kalau kite menyayangi seseorang yang bukan konfom menyayangi kite, memang sakit, pedih. So, bercintelah kalau 'die' konfom milik kite. Cehwah!

So, dah taw kan angau itu ape?

Ok. Aku nak masuk tajuk ni. Nak bagi intro sikit lagi. Korang kan belajar sains. Apatah lagi kalau yang amik biologi kan? Aku nak habaq pasal otak. Otak, yang selalu orang marah, "kepala hotak hang!"

Otak terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, CEREBRUM, CEREBELLUM dan MEDULLA OBLONGATA. Cerebrum merupekan bahagian otak yang paling besar, malah berfungsi menyimpan data dan memori kite. Malahan, cerebrum juge berfungsi mengawal voluntary action (arab = ikhtiari) ataupon gerakan yang boleh kite kawal. Cerebellum pule berfungsi mengawal keseimbangan badan. Medulla oblongata pule berfungsi mengawal involuntary action (arab = 'idhtirori) ataupon gerakan yang kite tak boleh kawal.

(PERHATIAN : MUNGKIN KORANG LAGI TAW DARIPADA AKU MENGENAI FUNGSI OTAK, AKU MINTAK MAAP KALAU TAK CUKUP, KAU TAMBAH AH SENDIRI!)

So, daripada 3 fungsi otak ni, aku nak pilih due je, iaitu voluntary action dan involuntary action. Antara contoh voluntary action / gerakan yang kite boleh kawal ialah :

(1) Buat kerja sekolah. Alang-alang cuti sekolah dah nak abis, mesti kau bersungut-sungut sambil buat kerja sekolah yang tak siap, malah mungkin baru nak sentuh. Kau kan boleh kawal, untuk buat kerja sekolah awal-awal, daripada tunggu dua hari lagi nak start sekolah?
(2) Makan kat kedai. Kau boleh pilih nak makan kat mane. Kat McD ke, restoran ke, or warung mamak?
(3) Rujuklah google. Ni bukan blog sains.

Manakala contoh bagi involuntary action / gerakan yang kite tak boleh kawal ialah :

(1) Mengelipkan mate. Boleh tak kalau tak berkelip mate satu hari? Tapi boleh je kalau tak nak letak klip kat kertas.
(2) Bersin. Cube ah kau tahan bersin. Fakta mengatakan, kalau kite tahan bersin nanti pembuluh darah kite pecah.
(3) Kau ingat aku cikgu sains kau ke?

So, kesimpulan daripada tajuk yang aku nak habaq kat kau ni ialah :

ADAKAH ANGAU TU KITE BOLEH KAWAL ATAU TAK BOLEH KAWAL?

Dalam hal ni, aku tak boleh suruh kau pilih, dan sebenarnye ade ulama yang membahaskan mengenai hal ni. So, disebabkan perbezaan pendapat itu adalah rahmat, maka terdapat dua golongan dalam hal ni. Satu golongan yang kate angau ni INVOLUNTARY action, satu lagi sebaliknye (VOLUNTARY action).

Untuk pengetahuan kau, aku petik tajuk ni dalam  sebuah kitab iaitu Raudhah al-Muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin karangan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah. Kitab ni telah diterjemah ke edisi Indonesia, iaitu 'Taman Para Pecinta'.

Aku beli kitab tu, dalam lebih kurang RM60 macam tu ah. Aku beli kitab tu pon, sebab mase tu aku tengah sedih gile, pasal cinta ah. Aduh. So, aku beli kitab ni dan aku study betul-betul. Memang best ah content kitab ni. Untuk pengetahuan korang, tak ramai ulama yang nak membicarakan bab cinta sesama manusia, but Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah ni antara ulama hebat yang membicarakan soal cinta sesama manusia. Hebatkan?

Ok, cukup ah tu, aku nak start ni.

Disebabkan aku merupakan generasi Q (tak kisah huruf ape pon) iaitu generasi alaf baru, so aku telah menggunakan perkataan 'angau'. Ulama telah mendefinisikan 'angau' ini kepada ISYQ', atau dalam bahasa melayunya ialah MABUK CINTA.

Maka, para ulama telah bercanggah pendapat sama ada isyq' atau mabuk cinta ni perbuatan involuntary ke, atau voluntary. So, aku bukan nak bias, cume nak suruh kau decide lah sendiri. Aku takkan ejek kau, kalau kau pilih mane satu pon yang kau rasekan sesuai dengan kau. Ok?

Bismillah, aku hadiahkan Al-Fatihah buat Imam Qayyim al-Jauziyyah kerana telah berjaya menghilangkan ombak yang pernah bergelora hebat di hati aku, malah memberikan aku nafas baru mengenai cinta yang haqiqi. Al-Fatihah.

GOLONGAN SATU (Golongan Yang Mengatakan Angau Itu Involuntary Action)

Mereka beranggapan angau (mabuk cinta / isyq') ni sebenarnya satu paksaan, mereka tak memilih untuk berada dalam kondisi angau. Mereka ini berkata, "mabuk cinta ni serupa dengan cinta seseorang terhadap air yang dingin saat mereka kehausan, atau cinta mereka kepada makanan saat mereka kelaparan." Jadi ini di luar kemampuan mereka.

Ada pula yang berkata, "demi Allah, jika aku punya pilihan, nescaya aku tidak akan terseksa dalam keadaan mabuk cinta seperti ini. Sebab dosa bagi para pemabuk cinta itu adalah suatu keterpaksaan yang harus mereka terima."

Sebenarnye, orang yang angau ni, diorang tak wish pon nak diorang berada dalam keadaan angau ni. Contohnye, mase kau dah jatuh cinta kat 'die', kau nak ke kau ade perasaan angau kat 'die'? Takkan? Sebab, angau ni, macam tadi diumpamakan macam cinta orang yang haus kat air time die haus, cinta orang yang lapar kat makanan time die lapar. Kalau kite lapar, semestinye kite nak makanan, baru ilang rase lapar kite. Benda tu tak boleh ubah, tak boleh kite telan angin je, baru kenyang!

'Dosa bagi para pemabuk cinta itu adalah suatu keterpaksaan yang harus mereka terima' tu maksudnye, (dosa ni sini bermaksud seksaan) kepedihan yang kite rase kat hati disebabkan angau yang datang tanpe kite nak. Kite tak wish pon angau tu datang kat kite kan? But sakitnye, aduh. Sakit beb!

Abu Muhammad bin Hazm berkata, "seseorang berkata kepada Umar al-Khatab r.a : "Wahai Amirul Mukminin, aku melihat seorang wanita, lalu aku dimabuk cinta olehnya." Umar al-Khatab r.a menjawab : "Itu di luar kekuasaanmu." 

Al-Qadhi Abu Umar Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Salman an-Nuqati menulis dalam kitabnya Mihnah azh-Zharraf, 'Orang-orang yang dimabuk cinta itu terseksa dengan pelbagai keadaan. Musibah yang mereka alami adalah di luar pilihan, jadi menimpa mereka di luar keinginan. Seseorang akan dicela pada hal-hal yang mereka mampu melakukannya, bukan pada hal-hal yang telah ditentukan dan telah ditakdirkan.'

Orang yang angau ni, dia akan terseksa dalam pelbagai keadaan. Contohnye, die menangis. Mate dah sakit menangis, then hati lagi yang pedih. Sakit gile time tu. Disebabkan hati sakit, effect selera makan pulak, dah takde selera nak makan. Kemudian otak hari-hari teringat kat die, tengok tu teringat, tengok ni teringat. Pendek kate, orang yang angau ni terseksa. Jadi, kite ni hanye akan dicela pada hal-hal yang telah ditentukan dan telah ditakdirkan je, contohnye Allah S.W.T mewajibkan kite untuk solat 5 waktu. So, kalau kite tinggal, jadi kite akan dicela oleh Allah S.W.T, sebab ia telah ditentukan dan ditakdirkan. Contoh lagi, kite mampu untuk berpuase, so kalau kite tinggal puase, kite akan berdosa, kan?

Ada beberapa orang kalangan salaf yang menafsirkan firman Allah S.W.T : "...Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya...(al-Baqarah : 286)" adalah supaya Allah S.W.T tidak membebankan mereka dengan mabuk cinta, yang tidak dapat mereka memikulnya. Walaubagaimanapon, ini bukanlah suatu pengkhususan, tapi hanya perumpamaan. 

Dimaksudkan 'beban memikul' itu adalah beban yang sifatnya takdir, bukan beban perintah syarie. Ada juga golongan yang dimabuk cinta berjalan mengelilingi orang yang berdoa kepada Allah S.W.T agar dapat menyembuhkan mereka daripada mabuk cinta. Sekiranya mabuk cinta adalah masalah pilihan, nescaya mereka dapat menghilangkannya sendiri.

Maka, jelaslah kesalahan bagi kebanyakan orang yang suka mencela keadaan mabuk cinta, kerana secara tak langsung, mereka juga mencela orang yang menghidapnya.

Kan maksud firman Allah S.W.T tadi kan, ia bukan suatu pengkhususan tapi just perumpamaan. Maksudnye, ayat tadi bukan diturunkan untuk tujuan mabuk cinta, tapi mereka mengumpamakan quote 'beban yang tak sanggup dipikul' itu adalah angau.

Macam yang aku cakap tadi, kite tak boleh anggap perintah syarie tu satu beban, melainkan yang bersifat takdir. Contohnye, syariat Allah S.W.T yang suruh kite puase sebulan mungkin kite rase agar berat, but kite tak boleh rase macam tu. But, angau itu adalah takdir, jadi kite kena terima dan mungkin ia menyakitkan, tapi sebagai hamba Allah S.W.T yang beriman dengan Qadha dah Qadar, kite terima je la, kan?

So, kalau kite nampak kawan kite yang angau, kite jangan kutuk die, but kite beri die semangat. Sebab kan dose kalau kite kutuk-mengutuk? Lagipon, kite tak berada kat tempat die. Tak rase lagi angau camane?

GOLONGAN DUA (Golongan Yang Mengatakan Angau Itu Voluntary Action)

Golongan kedua ni sangat berbeza dengan golongan yang pertama tadi. Golongan kedua ini lebih banyak menggunakan hujah agama, untuk mengatakan sebenarnya mabuk cinta ini boleh dikawal. Mereka berpendapat, isyq' (mabuk cinta) ini merupakan hawa nafsu seseorang dan keinginannya. Malah, mabuk cinta itu merupakan dominasi hawa nafsu, di mana orang yang menahan diri daripada nafsunya mendapat pujian dari Allah S.W.T.

"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya." (an-Naaziat : 40-41)

Mereka berkata Allah S.W.T mencela para pengidap cinta yang merosakkan, iaitu yang mencintai tandingan-tandingan selain Dia. Seandainya cinta itu adalah suatu keterpaksaan, nescaya mereka tidak akan dicela.

"Kerana cinta itu adalah keinginan yang kuat, maka seseorang hamba akan dipuji dan dicela kerana keinginannya itu. Maka, orang yang mengkhendaki kebaikan akan dipuji, meskipun ia belum dilaksanakan. Sedangkan orang yang mengkhendaki keburukan pula akan dicela, meskipun ia belum dilaksanakannya."

Jika cinta itu berada di luar kemampuan manusia, mereka tentu tidak akan diancam dengan azab, kerana melakukan sesuatu yang diluar kemampuan mereka. "Orang yang pintar pasti akan mencela orang yang mencintai sesuatu yang membahayakan. Ini adalah fitrah yang dianugerahkan Allah kepada makhluk-Nya. Jadi apabila dia beralasan bahawanya hatinya tidak mampu menahannya, maka alasannya itu tidak boleh diterima."

Pening tak? Jangan risau, aku akan terangkan. Sebenarnya, angau ni merupakan hawa nafsu yang berlebihan.  Malah, ia mungkin mendominasi kite. Contohnye, mase mule-mule kite ingat die, mungkin kite akan pikir die just kawan biase. But bile kite dah angau, mungkin fikiran kite dah berubah, sampai kite pon boleh mimpi dia kahwin dengan kite, silap-silap kite boleh mimpi basah sebab die! Kan nafsu tu, sedangkan kite takde ape-ape relationship yang halal pon! Malah, angau mungkin mendominasi kite sampai kite takde selera makan, tak lena tido, malah mungkin kite tak khusyuk nak solat! Kan bahaya tu!

Kadang-kadang, bile kite terlalu mencintai seseorang, mungkin kita akan cenderung menyintainya melebihi cinta kite kepada Allah S.W.T dan Rasulnya. Tak salah untuk menyintai manusia, malah Allah S.W.T menyuruhnya makhluknya supaya menyebarkan cinta, Nabi S.A.W pon kahwin jugak, but apabila kite TERLALU menyintainya seolah-olah kite akan mati tanpa cinte 'die', hah, tu yang dosa! Boleh jugak jatuh syirik. Aduh, banyaknye dose kan? So, menyintai manusia tak salah, tapi biarlah tak lebih cinta kite kepada Allah S.W.T dan Rasulnya. Ok?

Normal manusia biase bercinta, sebab tu fitrah atau tabi'e normal manusia. Jadi, banggang bodoh lah sape kate cinte tu haramlah, kotor ah, hina ah, sebab Allah S.W.T yang menciptakan cinta dalam diri kita. Namun, fitrah manusia juga, bahawa mereka boleh mengawal kuantiti cinta. Maksudnye, kite boleh kawal cinte kite kat orang lain. Kite cinta kat mak kite, takkan same dengan kite cinta kat pokok kaktus jiran sebelah punye . Kite sayang kat kucing kite, takkan same dengan kite sayang kat cikgu kite. Kan? So, apabila orang yang angau ni kate, diorang tak dapat nak kawal cinta diorang, so kan bertentangan dengan fitrah? Sebab tu  ah alasan mereka ni DIREJECT!

Ada prinsip-prinsip dan penyebab mabuk cinta yang merupakan perkara pilihan (ikhtiari) yang masuk ke dalam beban syarie. Misalnya memandang, berfikir dan kehendak adalah perkara pilihan. Tapi akibat yang terjadi kerana perbuatannya itu muncul di luar pilihannya.

Secara jujurnya, semakin aku tulis post ni, baru aku tahu sebenarnya salah aku sebenarnya angau ni. Haha. Bukan nak bias, just tetibe je aku rase. Sebab, ade perkara-perkara pilihan yang termasuk dalam voluntary action sebenarnye adalah perintah syarie. Contohnye, pandangan. Kite boleh jage mate kite kan? Nak tengok tu, nak tengok ni. Ia adalah satu choice! But, Allah S.W.T memerintah kite untuk jage pandangan kite. So, voluntary action tu telah diadaptasi Allah S.W.T menjadi perintah syarie. So, kite boleh elakkan angau kalau kite jage pandangan, tak gitu? Haha. But, hasil atau outcome yang terhasil daripada 'ketidakjagaan mata' itu merupakan perkara yang di luar kuase kite. Sebab kite kan tak tahu masa hadapan? Contohnye, kite asyik pandang seorang perempuan, mungkin kite takkan angau? Mungkin juga angau? Sape tahu, kan?  

Mabuk cinta sama halnya dengan mabuk disebabkan arak. Sebab meminum arak adalah perkara pilihan, sedang kondisi mabuknya adalah keterpaksaan. Sama juga dengan mabuk cinta, ia sendiri merupakan suatu pilihan sedang hasilnya adalah di luar kemampuan. Maka, apabila penyebabnya dihalang, maka kondisi mabuk pun dapat dihindarkan.

Jadi jelaslah, menjaga pandangan mata dan memikirkannya terus-menerus sama kedudukannya dengan minum arak, dan ia adalah penyebab yang dicela. Kerana itu, apabila mabuk cinta itu terjadi akibat dari sebab yang tidak dilarang, maka pencintanya tidak dapat dicela. Contohnya, apabila orang yang memandang secara spontan, dan segera mengalihkan pandangannya itu. Namun, meskipun sekejap sahaja mata yang memandang namun itu sudah cukup untuk menanam benih cinta di dalam hatinya. Ini sebuah keterpaksaan, kerana dia tidak dapat membuangnya meskipun sudah berusaha untuk membuangnya. Dia juga berusaha untuk untuk melenyapkannya dari hati dengan melakukan perkara yang berlawanan, namun ternyata cinta itu mengalahkannya. Ini bukan sesuatu yang tercela.

Lastly, kite bolehlah samekan angau ni macam orang mabuk disebabkan dia minum arak. Sebab minum arak tu satu pilihan, orang yang minum arak tu sendiri yang gerakkan keretanye ke bar, then die order arak, then die minum. Itu pilihan die. Boleh je untuk die pilih untuk minum teh tarik di warung mamak kan? But, sama ada dia mabuk, atau tak, itu adalah diluar pilihannya. Kadang-kadang, mungkin disebabkan dia dah selalu teguk 'kencing syaitan' tu, mungkin dia dah tak mabuk? Maka samelah juge dengan angau.

Macam yang aku tulis tadi, kalau kite sekat sebabnya, maka kite akan dapat sekat hasilnya. Contohnye, kalau kite dapat sentiasa menjaga pandangan kite, mungkin kite tak angau. Ataupon kalau kite dapat sekat pengilangan arak di Malaysia, mungkin takde orang minum arak. Sebab tu lah, sebab tu pon dicela, apatah lagi hasilnya?

Walaubagaimanapon, macam yang dah aku cakap awal-awal lagi, kite akan dicela atas perkara yang mampu kite kawal. But, ade satu hal, di mane kite terpandang 'die' sekejap je, but angau pulak. Kite dah buat macam-macam, senang aku bagi contoh aku ah. Aku angau kat sorang muslimat ni. Aku dah puas buat macam-macam nak lupakan die. Delete facebook die, tak beli gambar kelas die, tak bukak blog die, malah aku pernah sebulan puase daripada tengok muke die. Cume satu gambar je aku beli ade muke die, sebab ade muke aku jugak dalam gambar tu. So, terpaksalah aku beli. But last-last, kalah jugak aku. Bukanlah aku nak kate yang ni boleh, ape-apelah yang kau rasekan, cuma kalau betul kite angau, kite kena pastikan kite kembali balek kat landasan kite. Mungkin kita dah terkeluar ke?

Ok ah, macam aku. Ok, memang aku ade suka sorang muslimat ni. Dia lawa, pandai, ape-apelah yang aku suke kat die. Mainpoint die, aku suke kat die sebab die faham aku. Haha, baik lagi, cute. But, bile aku layan lebih-lebih, tu angau. Hasilnye, result aku jatuh. Aduh. Tu baru sket, aku malas lah nak cite, kan? Last-last, aku kecewa sorang-sorang. Pedih auw! Sampai aku kena cite kat ibu aku, baru lega sket hati aku. Bile aku dah beli buku 'Taman Para Pecinta', aku study balek, then aku buat macam-macam nak lupakan die. Haha. Yang penting bukan hasil, but sejauh mane effort aku untuk lupakan die. Tak aku nafikan, die perfect, but mungkin die juge ade kekurangannya. Mungkin juge die bukan untuk aku. So, aku belajar untuk jadi sorang laki yang tough, dan sentiasa berhati-hati. Terutamanya perempuan. Aku bukan anti-perempuan auw! Haha.

So, terserahlah kepada kau, kau nak kate angau ni involuntary ke, voluntary ke, yang penting :

(1) Mencintailah seseorang itu seadanya. Bersederhanalah, mungkin dia yang kita cintai berlebihan akan menjadi orang yang paling kite benci.
(2) Tak salah untuk mencintai manusia, namun jangan sekali-kali lupa akan cinta kite kepada Allah S.W.T dan Rasul, Islam, dll, malah melebihkannya sebab itu adalah wajib.
(3) Camana kite sayang seseorang pon, jangan lupe tanggungjawab kite sebagai pelajar, lebih-lebih lagi tanggungjawab kite sebagai seorang anak.
(4) Jangau angau! Khususnya buat remaja yang belum lagi amik SPM, ingatlah sekarang belum lagi mase untuk korang bercinta, bercintalah dengan ilmu, nescaya dunia ni milik kamu, ok?
(5) Jangan sedih kalau cinta kita kepada manusia ditolak, sebab mungkin akan ade manusia lain yang akan menerima cinta kite. But, kalau Allah S.W.T yang menolak cinta kita, maka tak gunelah kite bersedih kerana saat itu, seluruh penduduk langit dan bumi takkan ade yang nak menerima cinta kite.

p/s: jangan angau ok? dah keje besar, duit dah berlambak, umah dah besar-besar, kereta dah dua tiga bijik, mase tu kalau kau nak kawin, kawin ah! jangan lupe jempot aku! ok?

Comments

  1. rajin nye adik akk ni menulis... pnjang and ada makna tersendiri...best gak la dpt baca..troskn menulis dik ea...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts

Terima Kasih Followers