Bukan semua yang kita nak kita dapat

Pernah tak kau menangis, sebab kau tak dapat score dalam satu subjek, yang kau agak power dalam kelas kau? Pernah tak kau menangis, sebab kau tak dapat keputusan yang kau nak dalam peperiksaan kau? Pernah tak, kau nak team yang kau sokong menang, tapi last2 kena bantai dalam final? Pernah tak?

Pernah tak, kau tak nak sesuatu tu, tetapi kau dapat gak akhirnya? Kau target lepas SPM nak kerja, amik lesen kereta, kerja, ajar kafa, macam2 yang kau nak buat, tapi last2 kau kena PLKN? Pernah tak, kau menangis, atas SUATU BENDA YANG KAU TAK NAK IA TERJADI?

Mesti pernah kan? Dan aku pernah menangis atas benda yang aku tak nak.

"Apa nak buat? Dah takdir. Benda tu tak boleh ubah, dah jadi ah pon." Tu yang selalu aku cakap kat diri aku bile something happen. Memang ia agak frustated, but, ia bukan sesuatu yang patut kita risaukan, kalau betul kita dah lama hidup sebagai seorang manusia.

Kamon ah, kita bukan budak kecik lagi. Kite bukan baru nak mula berjalan atas lantai rumah kite. Kite dah lepas daripada amik UPSR, malah mungkin kite juga dah lepas peperiksaan kat universiti. But yet, kita still tak paham peraturan a.k.a sunatullah yang telah ditetapkan oleh pencipta alam ni?

"Dunia tak adil." Selalu aku dengar orang cakap camtu bile dia tak dapat ape yang die nak. Tak kira dalam novel ke, manga ke, drama TV3 ke, hatta member2 aku pun pernah gak cakap camtu, nada frust je.

Dunia bukan tak adil, kalau dunia ni tak adil, mungkin aku tak lahir. Kau pun. Why? Dunia tak adil? Bukan camtu?

Ok, aku nak tanye, kau pernah tak tak dapat apa yang ko nak? Tipu ah kalau ape yang kau mintak kau tak dapat. Kau pernah pergi kedai mamak ak?

"Mahu makan ape?" Adik tukang amik order tanye.
"Teh tarik satu, nasi goreng ayam satu, ah, letak banyak sket eh." Kau jawab.

Aku nak tanye, adakah 10 minit selepas tu, adik tu bawakkan kat kau sepinggan Maggi sup dengan air kosong?

Hurm, simple je. Kalau kau ni betul beriman, kau akan paham yang kita takkan dapat apa yang kita nak, selagi kite ni bergelar manusia, insyallah manusia beriman. Sebab, kalau kau ni seorang yang ada pemikiran yang luas, kau akan punyai sifat kemanusiaan yang tinggi. Kenapa?

Okay, kau nak sangat berjaya dalam peperiksaan? Tapi kau tak dapat kan? Tapi dalam mase yang sama seorang kawan kau berjaya. Mungkin, untuk kawan kau tu berjaya, kau perlu gagal. Kau pernah terpikir ak? Takkan?

Aku  nak tanye, kalau kau fail dalam peperiksaan, ape yang kau buat? Goyang kaki minum teh je ke? Takkan? Mesti kau berusaha, pulun sampai kering dakwat pen belajar. Sifir dia, senang je.

KAU KENA BELAJAR CARI HIKMAH ATAS SETIAP DUGAAN YANG BERLAKU.

Kau pernah dengar tak istidraj? Yang ni kau tak yah search internet, biar aku habaq. Istidraj ni, sesuatu yang kita dapat, tapi ia membuatkan kite sesat.

Kau dapat kejayaan, kemudiaan kau jadi lebih sombong, riak, takbur, kau musnahkan kehidupan orang.

Kau pernah tak, orang yang dapat 11A+ SPM, tapi lepas tu mati accident? Mesti pernah kan? At least kau masih hidup walaupun fail dalam Addmath.

Allah S.W.T tu Maha Adil, Maha Bijaksana. Kenapa? Sebab Dia akan beri sesuatu ganjaran yang kau tak pernah mintak pon. Even Dia tak makbulkan sesuatu yang kau mintak. Kebiasaannya, bende Allah S.W.T bagi secara 'tidak pernah kau mintak' tu, lebih SYOK.

Wei kawan? Kau pernah tak dengar, TAWAKAL DAN REDHA?

Kalau kau ada 2 bende ni dalam diri kau, kau akan menjadi orang yang paling bahagia kat dunia. Bile ade masalah atau dugaan, kau redha je. Kau anggap ia memang takdir, or mungkin balasan atas mistake yang kau buat. Di samping tu, kau cuba untuk overcome it, dengan menjadi person yang lebih hebat.

Bile kau dah berusaha, ganbatte dengan bersungguh-sungguh, kau akan tawakal. Kau serahkan semuanya kepada Allah S.W.T, walau camana pun keputusannya, kau redha.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." 
(Al Baqarah : 216)
Nasihat aku untuk semua candidates PMR dan SPM, doalah banyak2, solat 5 waktu jangan kau simplifykan, dhuha tahajud hajat taubat jangan tinggal, puase sunat pon. Kau dah tak boleh ah curi balek kertas pekse kau kat Lembaga Peperiksaan Malaysia, nak betulkan balek apa yang kau rase salah. 
Aku doakan yang terbaik untuk semua. Tak kisah ah ape pon keputusannya, tak kisah samada kita dapat apa yang kita nak, dan tak dapat, bersyukurlah.
Sebab, Dia lebih tahu segale-galenye.
p/s: jangan sedih atas ape yang kite tak dapat, tapi bergembiralah atas sesuatu yang kite dah ade.

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers