Hepi berguling, frust menonggeng

Result PMR pon dah klua ah semalam. Hurm, aku pasti hari ni dan beberapa hari yang lain sudah tentu ada adik-adik (layak lah aku panggil mereka adik-adik) yang hepi je memanjang, atau frust je memanjang. 

Semalam aku pergi ah sekolah lame aku untuk meninjau keadaan suasana nak amik result PMR, di samping aku pon cecube lah nak imbas (mengimbau) kembali perasaan dan kenangan aku time nak amik result PMR. Time aku sampai, aku  nampak lah pemandangan yang sama macam aku tengok time aku nak amik result dulu, iaitu yang si anak a.k.a yang nak amik result sibuk beborak dengan member diorang, matlamat utama mereka bersembang kencang semestinya nak hilangkan perasaan nervous yang dah macam tsunami ah kat dalam jantung diorang. Manakala yang kaum 'parents' lak, sibok juge berborak pasal macam-macam, kat member yang  baru je tak sampai sepuluh minit kenal. Yang bezanya tahun ni, aku bukan lagi orang yang sembang dengan member aku, tapi aku sembang dengan bapak bebudak ni. Oh, mentaliti orang pra dewasa.

Peduli yang itu. Haha. Btw, selepas result PMR diumumkan, maka golongan pelajar yang tadi riang-ria raya bersembang face to face tadi, akhirnya telah berpecah menjadi dua golongan. Satu golongan yang di atas, satu golongan di bawah. Mereka ialah :

Golongan di atas

Aku gelar mereka ini 'golongan di atas' sebab diorang ni sume kat atas PENTAS. Dan diorang ni sume mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Time ni, diorang rase diorang adalah orang yang paling bahagia kat atas muke bumi ni, terase beban yang diorang pikul selama tiga tahun belajar kat menengah rendah hilang camtu je. Diorang rase diorang puas. Ade tu dah siap pikir, nak order hadiah ape untuk meraikan kejayaan mereka yang semestinye disupport oleh parents mereka. Kamera asyik  tangkap gambar diorang je. Then, bile diorang jumpe parents diorang, diorang peluk cium nangis. Parents diorang bangge anak diorang dapat keputusan cemerlang. Dalam otak parents, mesti diorang tertanye-tanye saudara-mara dapat berape lak dalam PMR, dan dah standby jawapan yang menggembirakan untuk jawab call kalau ade yang tanye result anak mereka. Then, permulaan kehidupaan si anak yang dapat keputusan cemerlang dan si parents yang empunya anak yang dapat result cemerlang penuh dengan gule-gule (kalau kau tak paham, maksudnye penuh dengan happiness, slow betol!).

Golongan di bawah

Mereka adalah orang yang berlawanan dengan semua statement yang kau bace kat atas. Aku malas nak cite.


Ape pon, aku dedikasikan post ni buat mereka yang tergolong dalam golongan di bawah. Dah, kesatlah airmata korang tu. Hingus tu, dah naik geli ah aku tengok. Terutamanye yang pempuan.

Aku paham kesedihan korang, iyalah, dah macam orang gile ah belajar tapi result masih lagi tak macam orang gile belajar. Jangan sedih, sebab bak kate orang, it is not the end of your world. Buat parents yang memiliki anak-anak yang berada di golongan di bawah, jangan sekali berputus asa dengan anak-anak anda, sebab saya (aku macam kurang haja lak) yakin mereka telah berusaha dengan bersungguh-sungguh (saya paham apa itu belajar dengan bersungguh-sungguh), and mostly mereka sangat-sangat memerlukan support anda sebagai seorang parents.

Wei, jangan sedih lagi. Aku taw, kau sedih sebab kau tak dapat keputusan yang cemerlang kan? Kawan-kawan kau semua dapat. Ok ah, izinkan aku untuk cube kurangkan kesedihan kau, boleh?

bersambung...

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers