Masalah sebahagian daripada kita

Kau pernah tak makan nasi? Agak-agak, hari ni kau makan nasi lauk ape? Aku, sebagai seorang anak jati negeri sembilan, hari ni aku makan gulai daging salai. Peh, berapi beb. Air mata aku meghebeh (mengalir?) banyak gile, macam baru lepas abis kem motivasi.

Oh, aku saje je tanye kau makan nasi ke tak. Memang agak banggang pelik la soalan aku since kite duduk di negara (i luv u Malaysia) yang majoritinya breakfast nasi (patut ah jiran sebelah aku kuruih, agaknya  hari-hari makan nasi dengan mulut, silap, makan nasi tanpa mulut, argh), malah, hidup kite sebagai Malaysian ni memang tak dapat pisah dengan nasi. Subuh nasi, Dhuha nasi, Zuhur nasi, Asar nasi, Maghrib nasi, Isyak nasi, supper nasi, 1/3 malam nasi, aduh, pendek kate, kalau Malaysian makan roti dalam seharian hidup die, mungkin ade 2 kemungkinan, sama ada dia orang Arab, atau elergi nasi.

Argh, what ever. Hurm, berbalik kepada soalan bangang pelik aku tadi. Kau pernah tak makan nasi? "Pernah la bongok!" Hurm, aku tanya je kan? Ok, camni, kau makan nasi, kosong je ke? Mesti ada lauk kan. Ikan masak 3 rase, ayam panggang, nugget ikan, ulam-ulaman, dah macam-macam lauk-pauk yang semestinya normal manusia biasa makan dengan nasi. Even kalau dah takde lauk sangat, orang akan goreng je nasi tu, maka jadilah : NASI GORENG.

Kau pernah tak ada masalah? Masalah ape? Hurm, aku nak cuba listkan masalah yang pernah aku kena (mungkin still kena), sebab bila masalah tu kena kat aku, literallynya kena jugak kat kau. Masalah-masalah berikut ialah:

(1) Cinta : Keliru dengan perangai wanita, kai tak tahu die suke kau ke atau tidak? Atau mungkin, jatuh cinta dengan seseorang, but she simply buat kau sedih, butthurt je.

(2) Duit : Kau nak beli sesuatu, but kau takde duit. Or, kau dah terlebih belanja, sampai kau takde duit nak makan. Even worst, kau beli benda yang tak  berguna, cepat rosak. Oh!

(3) Kawan : Kawan tikam belakang kau, buat pakatan nak jatuhkan kau, kutuk kau berjemaah, atau, kau jatuh cinta kat kawan sendiri. Even worst, die kawan baik kau. Lagi even worst, kau jatuh cinta kat awek kawan baik kau. Argh. S***!

(4) Family : Aduh, macam-macam. Bergaduh, tension, sakit, argh.

(5) Education : Belajar tak bape bagus. Ade fail subjek. Nombor teruk. Subjek rase macam susah gile. Tension belajar. Kena cop 'anak emas', cikgu presure, family presure.

(6) Diri sendiri : Rase tak gune, banggang, sampah kepada masyarakat, tak hensem. Yang tu rujuk post first aku. hargai dengan ape yang kite ade

Hurm, ni je masalah yang dapat aku simpulkan, sebab ni je masalah yang selalu buat aku  bermasalah. Masalah, apa yang cuba aku nak cakap? "Masalah sebahagian daripada kita? WTF!"

Kalau mak kau masak gulai kan, mak kau letak apa? Oh, kau mane turun dapur tolong mak kau. Hurm, ok ah, cube kau senaraikan apa yang ada pada burger. Boleh ak? Kate peminat tegar McD?

Hurm, ok, ade roti, due roti kan. Ok, ade daging, tak kisah ah daging ape, hurm, ok, ade sayur. Ok, ade mayonis, sos. Ok, Lengkap! Perfecto!

Hurm, ok. Aku nak dengar betul-betul apa yang aku nak cakap ni. Even aku tak ah bercakap di depan kau, aku nak kau scroll berapa kali ayat ni sampai kau paham, yang MASALAH TU SEBAHAGIAN DARIPADA KITA.

Kau tahu tak, tanpa masalah, kau takkan dapat naik kereta pergi sekolah. Terpaksa ah kau jalan kaki je pergi sekolah. Dan, kalau takde kereta lah kat dunia, maka terpaksa ah negara tu mewujudkan tempat kerja yang ade asrama. Dekat bank ade asrama. Kat pejabat pos ade pejabat. Kalau orang tu berniaga, atasnya ade rumah. Kat Mydin ade asrama. Dan, kau pun mungkin duduk kat asrama yang ade kat sekolah kau. Sebab, kau manusia yang lemah, dan tak mampu nak berjalan jauh.

Cuba bayangkan kalau ade orang kemalangan, konfom orang tu mati punye. Yelah, sebab takde ambulan. Gile ape sekumpulan doktor berlari sambil bawak pengusung. Kesan tanpa kereta, banyaklah klinik kat seluruh tempat, dan populasi manusia akan berkurang, sebab ramai orang mati.

Tu baru kereta, cuba bayangkan, kalau takde kapal terbang, feri, jet, kereta kebal, kereta sorong, van jenazah, kereta lego, kereta dash, kereta kontrol. Dan kau taw tak, klu takde kereta, mustahil akan ada game Need For Speed. Pon takde gak cite Fast Furious, Kl Drift, Impak Maksima.

Nampak tak? Tak? Kau, ni, slow takpe. Aku akan jelaskan.

Orang yang cipta kereta, nama dia (kau rujuk lah internet, jangan asyik Facebook je memanjang), dia nampak satu masalah. Dan dia tak jadi salah seorang daripada orang yang meratapi masalah tu. Dia nampak masalah apa? Dia nampak, manusia tidak mempunyai kemampuan untuk berjalan jauh, tidak mampu untuk sampai dengan cepat ke sesuatu tempat dan tidak mampu mengharungi halangan seperti air.

Lantas, dia mencipta, KERETA. Dan dengan kereta itulah, taraf manusia diangkat. Tengok? Aku bagi contoh lagi. Kau tahu tak siapa yang cipta lampu. Hah, nama dia (kau rujuk lah internet), dia telah gagal berulang-ulang kali, dan percubaannya yang terakhir, dia telah  berjaya. Lagi, kau kenal tak pencipta KFC? Hah, itu pun kau rujuk lah internet (aku malas). Kau tahu tak, ayam yang dia buat tu kena reject kat banyak gile restoran, last-last, orang akan dipanggil pelik kalau tak pernah makan KFC.

Kau tahu tak, dalam dunia ni ada 3 jenis manusia. Dan aku gambarkan 3 golongan manusia tu dengan lobak merah, telur dan serbuk milo. Tambahan, air panas (air panas ni bukan golongan, ia adalah masalah).

(1) Manusia yang pertama macam lobak. Keras. Tapi bile aku rendam dalam air panas, dia jadi cair. Camtu ah majoriti manusia. Dia kuat. Dia berani dan sabar. Tapi bila dah banyak masalah sangat datang bertempek kat dia, dia jadi lemah. Last-last, dia pon tewas dengan masalah dia, dan jadi lembut macam lobak yang kena rendam dengan air panas tadi.

(2) Manusia yang kedua pula macam telur. Dalam dia, ade cecair kuning putih yang cair (kan cecair?). But, bile aku rendam dalam air panas, cecair kuning putih tu telah bertukar menjadi 'telur 3 suku', yang sedap dimakan dengan kicap. Hurm, daripada cair, menjadi keras. Golongan camni, memang jarang. Sebab dia menjadi lebih tabah, kental, kuat selepas masalah yang dia hadapi. Memang bagos depa ni, but kalau sekeras mana hati kau pun, kalau asyik datang masalah, kau akan tewas gak. Sama macam aku cedok telur 3 suku ni, untuk dimasukkan dalam mulut.

(3) Manusia yang ketiga adalah yang terbaik. The best. But lagi jaranglah daripada yang jarang. Diorang ni macam serbuk milo. Kalau aku rendamkan serbuk milo dalam air panas, kemudian kacau dengan sudu, pastu letak susu cap ibu dan anak sket, eh tu brand ape? Then aku kacau semua, ia akan menjadi, AIR MILO YANG SEDAP. Golongan camni memang rare lah, sebab diorang mampu tukar masalah jadi sesuatu yang, fantastic. Orang yang macam serbuk milo ni lah yang menyebabkan dunia semakin seronok untuk diduduki. Ada kereta, ada lampu, ada KFC? But, ramai ke orang camni? Kau? Aku?

Hakikatnya, kita lebih macam lobak. Kita tak berapa tabah untuk hadapi masalah. Cuba kita ingat balek, berapa kali kite menangis sebab ade masalah? Kalau pempuan, Allah, menangis sebab masalah tu, macam hidung dengan muka (baca : isi dengan kuku). Kalau laki, hurm, ade yang nangis, mengamuk, emo. Macam-macam.

Just, kita tak kuat nak hadapi masalah kan? Wei? Allah cipta masalah a.k.a dugaan, cubaan, halangan, sebab Dia nak kita menjadi lebih superb, mantap, dan menghargai kehidupan. Bila ada masalah, kita akan belajar daripada kesilapan kita, secara tak langsung kita menjadi lebih sempurna. Memang kita tak sempurna, dan dilahirkan dengan ketidaksempurnaan. But dengan MASALAHlah, kita ke arah KESEMPURNAAN.

Kau jangan risau ah, sebab dalam dunia ni semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Macam addmath, susah camana pun, mesti ade jalannya. Tinggal kau je nak cari. Buat. Even kalau kau lastik buntut Presiden mane-mane negara pun, still ade jalan penyelesaiannya.

So, advice aku, masalah memang akan berlaku. But kita boleh elak. Seriously, aku tak tipu. Caranye, senang untuk aku tulis, hakikatnya aku sendiri pun terbabas. Caranya,

'PIKIR DULU SEBELUM BUAT DAN CAKAP!'

Atau, lagi senang kalau aku cakap,

'JANGAN CARI MASALAH!'

Sometimes, masalah tak datang kepada kita, but kita yang datang kepada masalah. So, empat je pesanan aku about masalah :

(1) Jangan lari daripada masalah, overcome it dengan berani dan sabar.
(2) Cari jalan penyelesaian, tenangkan fikiran, mintak bantuan orang.
(3) Berdoalah kalau kau punya agama, ia lebih baik.
(4) ENJOY YOUR LIFE!

Kau akan bahagia, kalau kau dapat menerima fakta yang SETIAP ORANG ADA MASALAHNYA SENDIRI DAN MASALAHNYA ITU TELAH DITAKDIRKAN UNTUK DITAKDIRKAN KEPADANYA, DALAM KEADAAN MASALAH ITU DIA BOLEH SELESAIKANNYA.

Aku tahu, kau boleh, Kau kan kuat? Cuma jangan cari masalah. Boleh?

"Bang, apa kaitan nasi berlauk dengan masalah?"

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers