Kehidupan Budak U : Amacam?
Alhamdulillah, akhirnya aku mendapat kembali semangat nak update blog. Haha, aku rasa memang lama gile aku tak update blog ni. Bukan sebab perasan sibuk, cuma disebabkan pelbagai faktor membuatkan aku malas. Diulangi, aku malas, haha.
Bila kau baca post ni, maknanye aku dah 3 bulan ah aku dah bergelar budak U. Kengkawan sekolah aku pon dah bertebaran, mengejar haluan masin-masing. Kira kat setiap tempat pengajian kat Malaysia ni, ade je kengkawan aku. Yang lagi best, ada kengkawan aku yang dah menjejakkan kaki kat negara orang, best siot! Jeles pon ade. Haha, anyway aku hanya mampu tumpang gembira.
Baru-baru ni, aku terima satu mesej daripada nombor yang tak dikenali. Masa tu aku tengah rekrut kat Besut. Mesej tu berbunyi :
"Salam, sebelum aku nak pergi ni, aku nak mintak maap sepanjang perhubungan kita mana tahu aku ade sakitkan hati kau. Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku."
Aku terkejut dapat mesej ni, sebab macam mesej orang yang dah nak mati je. Serius. Tapi bila aku tengok balik detail mesej tu, rupanya orang yang tak dikenali tu ialah, ex aku waktu aku sekolah menengah dulu.
So, keesokan harinya, aku cuba meng'call' ex aku ni, cuba punya cuba akhirnya panggilan itu berangkat. So, aku pon borak-borak lah dengan die, namun dalam hati aku ade debar-debar sikit. Iye ah, sebab sambil cakap tu, aku teringat sweet-sweet aku dengan die.
Rupe-rupenye, ex aku ni akan berangkat ke Jordan, untuk further study. Dan die akan bertolak pada pukul 3 pagi hari yang aku call die tu. Huhu, lastly aku hanya mampu gembira, sebagai seorang ex dan kawan lama.
Hurm, alhamdulillah aku sekarang bergelar budak U. Sedar tak sedar, aku rupenye dah semakin melangkah untuk menjadi orang dewasa. Memang beza ah, menjadi seorang pelajar sekolah dengan U. Kau pon boleh fikir kan? Siap boleh buat karangan lagi.
Dekat U, aku jumpe macam-macam jenis orang, yang ada macam-macam jenis perangai. Ade yang berlagak, ade yang gila kuasa, ade yang suka bangkang orang, ade yang tak pandai jaga hati perasaan orang dan lain-lain. Dan aku juga jumpa orang yang perangai sebaliknya, dan aku juga jumpa orang yang sekepala dengan aku. Haha.
Kelas aku padat, aku pon kadang-kadang terkejar. Sebab aku selalu bangun lambat, ye ah. Tidur lambat, tapi kelas awal. Haha, memang mereng ah otak aku. Tapi aku tak mengeluh, walaupun kengkadang aku termaki diri sendiri sebab kelam kabut. Sebab ia mengajar aku banyak perkara, kau pon tahu kan?
Sebab aku belajar kat Terengganu, so aku dapat rasa hidup di suasana rakyatnya yang berborak dengan loghat mereka. Tak macam kat negeri aku, yang hanya minoriti je yang cakap loghat. So, atas kesempatan ni, aku cube la nak belajar loghat Terengganu, kalau boleh 2 tahun aku kat sini, aku boleh lah bajet jadi orang Ganu, walaupon kena bahan dekat besfren aku sebab loghat Ganu aku buruk gile.
Tapi den cintokan noghori den bai!
Dekat U jugaklah, aku merasa manage duit sendiri. Dulu aku kat sekolah ibu aku bagi duit untuk sebulan. Sekarang dekat U, ibu aku bagi duit untuk sebulan lebih, dalam kuantiti yang lebih. Dalam bank ade banyak duit ibu aku bagi, so ia membuatkan aku kengkadang terboros dalam belanja. Diulang, terboros.
Nasib baiklah kat Ganu makanan murah, kalau tak makan roti dan megi sahajalah aku ini.
Dekat U jugaklah, aku semakin matang, walaupun hakikatnya aku masih dengan perangai gile-gile aku. Sebab subjek semakin susah, lecturer semuanya hebat-hebat belaka, kengkawan pula fikrahnya mantap, dan masalah yang datang kepada aku pon, memang serabot kepala aku dibuatnya.
Tapi yang paling penting, dekat U jugaklah, aku belajar untuk berjauhan dengan parents aku. Memang sebelum ni aku selalu berjauhan dengan diorang sejak aku Form 1 lagi, tapi ni memang jauhnya punya. Nak balik rumah aku naik bas 8 jam, sampai rata buntut aku duduk atas kerusi bas. Tapi, aku still juga rindu diorang walaupun kengkadang aku rasa macam tak nak balik rumah, hoho.
Dan aku begitu menyukai my new life. Kalau kat Facebook, aku dah like ah.
Kesimpulannya, tak kira di mana kita belajar, samada kat oversea ataupon kat Malaysia. Sebab kepandaian itu tak mengenal tempat, tapi kepandaian itu bergantung atas usaha kita. Dulu, aku pernah berpendapat, belajar kat Malaysia ni tak bagus, ataupon jujurnya (time tu la), aku katakan, lower standard.
Tapi selepas akhirnya aku melepas nak belajar kat Jordan, dan akhirnya aku belajar kat Malaysia ni, baru aku sedar, bagus rupanya belajar kat tanah air sendiri, sama je sebenarnya (ayat orang frust tak dapat fly).
Thanks Allah sebab campakkan hambamu yang bajet ni ke Malaysia.
Tak kira apa status kite, budak U ke, budak matrik ke, budak sekolah ke, budak-budak ke, tapi yang penting bukan status, namun yang penting samada kita ni rajin atau malas.
Dekat U mana ade orang pandai atau bodoh. Tapi dekat U hanya ade orang yang RAJIN dan orang yang MALAS.
Semakin aku menyelusuri perjalanan aku dekat U ni, aku sedar bahawa hidup aku masih panjang, masih lagi banyak benda yang aku tak rasa, dan aku semakin dekat untuk menjadi seorang dewasa. Aku semakin dekat untuk menjadi seorang pekerja, menjadi seorang suami, dan menjadi seorang ayah.
Persoalannya, adakah aku bersedia? Aku pon tak boleh jawab.
Sebab tulah, aku cuba mencari perkara yang tersirat di sebalik kehidupan aku di U ni. Sebab kadang-kadang Allah S.W.T selalu mengajar kita mengenai makna tafsiran sesuatu perkara yang perlu kita tahu, tapi disebabkan kita ni malas nak mencari, maka kita pon tak tahu apa yang Dia nak bagitahu kat kite.
Tak kisah lah siapa kita, di mana kita belajar, apa makanan favourite kite, tapi hakikatnya yang membezakan kita di U ialah, semangat dan ketekunan kita. Kita bersemangat untuk cuba mencipta sesuatu sejarah di U mengenai kehebatan kita, dan di masa yang sama kita cuba berusaha untuk mencapainya.
Kehidupan budak U bergantung kepada budak U tu sendiri. Kalau budak U boleh jaga diri die, maka die tetap boleh study walaupun baru lepas enjoy sakan. Kalau budak U tu tak boleh jaga diri, maka culture shock la jawabnya.
Aku out dulu, sebab aku ada kelas, ok? Budak U la katakan? Anyway, aku ucapkan selamat berjuang dalam medan ilmu. Kalau boleh, kita sama-sama berjaya eh?
Comments
Post a Comment