Bangkitlah : Post Buat Mereka Yang PUTUS CINTA

Subahanallah, aku kini kembali di medan penulisan. Agak sibuk dengan kerja universiti, dengan belajar lagi, terlalu banyak perkara aku nak kena buat.

Sebenarnya, aku malas, haha. Seriusly.

Abaikan. Aku rasa masih tak terlambat, untuk ucapkan Selamat Hari Raya, juga Selamat Hari Raya Puasa 6, kepada siapa yang dah settle lah, kalau belum, boleh la mula, eh?

Aduh, aku kalau boleh nak elak post-post bab CINTA ni, tapi, apakan daya, ada sesuatu yang perlu aku luahkan kepada korang semua, kepada semua manusia, espcially yang baya-baya aku ni.

Aku rasa terbuku sangat kat hati aku ni, dan setelah aku beberapa kali aku cuba untuk lawan rasa malas aku ni, akhirnya aku cuba untuk luah apa yang terbuku dalam hati aku ni.

Tu pun selepas aku tulis, pastu padam balik, tutup Blogger, bukak balik, tulis, padam, haha.

Dah-dah. Enough. 

...

Semenjak beberapa hari ni, aku selalu tengok post-post kat Facebook, pasal ramai la senior-senior yang dah bina masjid. Seronok aku tengok, dalam masa yang sama, hati ni terdetik jugak, bilalah giliran aku ni nak sampai.

Masa aku pergi beraya kat rumah saudara-mara, dan juga saudara-mara yang datang ke rumah aku, aku telah ditanya mengenai soalan-soalan yang agak gila panas and agak cepumas soalannya, iaitu tidak dapat tidak, bila nak kahwin?

Umur aku baru 19, duit pun takde, lagi terbaik, aku disakat agak membabi-buta oleh saudara-mara yang agak-agak lingkungan umur aku yang dah kahwin, ada anak. Aduh, tension jugak aku. Kakak aku, tak pulak disakatnya, aku jugak jadi mangsa.

Actually, bila aku ditanya soalan-soalan mengenai bila nak kahwin, masa aku balik raya ni, dalam gelak-tawa aku menjadi mangsa bahan, dalam aku riang-riang dengan karenah mereka, sebenarnya hati aku menangis. Badly. Kenapa?

Sebab aku baru lepas clash. Sekali lagi diuji dengan CINTA, dan, ni adalah the worst dalam hidup aku.

...

Aku clash dalam bulan puasa, yang menyaksikan bahawa Ramadhan aku tahun ni bukan tahun ibadah aku. Tarawih pun banyak miss, Quran pun tak habis baca 30 juz, nasib baiklah puasa aku masih full.

Ramadhan aku tahun ni, bukan tahun ibadah, tapi adalah tahun PEMBELAJARAN.

Betapa Allah S.W.T pilih bulan yang mulia ni, untuk berikan aku begitu banyak hikmah, yang paling penting, Allah S.W.T kembalikan aku dalam ruang lingkup cinta kepada Tuhan, yang aku telah betul-betul terbabas dari ruang lingkup tadi.

Sebab, aku telah lebihkan cinta manusia, aduhai.

Aku tak berminat untuk sharekan kisah cinta aku, untuk share punca keclashan, meskipun hingga hari ni aku masih samar-samar, cuma, aku nak cerita apa yang berlaku, selepas aku clash. 

...

Selepas aku menerima berita yang mengejutkan, bahawa hubungan aku ni tak dapat aku teruskan lagi sehingga ke taraf bina masjid, hati aku betul-betul berkecai. Terasa seolah-olah buat kali pertama dalam hidup, aku terasa macam aku telah kehilangan arah tujuan, lost.

Selepas aku menyusun begitu banyak strategi untuk merealisasikan matlamat aku, untuk bawa hubungan ni ke gerbang perkahwinan, selepas aku berusaha simpan duit sikit-sikit dalam tabung khas yang aku wujudkan, selepas begitu banyak memori manis yang aku bina, setelah banyak janji yang tercipta.

Dalam bulan Ramadhan ni, Allah S.W.T uji aku dengan clash. 

Malam tu, aku berbuka agak lambat. Pukul 8. Dalam keadaan aku yang lost, aku jalan kaki dari bilik aku, ke kedai makan yang begitu jauh dari universiti aku. Aku pujuk diri aku untuk terima makanan, kesiankan perut aku yang mencucuk, sakit minta diisi. 

Selepas makan, aku buat keputusan, aku pergi ke kedai gunting rambut. Dan, aku biarkan rambut aku dimesin, botak.

Malam tu, air mata menjadi teman setia. Seumur hidup, aku tak pernah menangis camtu. Sampai bengkak mata. Lepas dah nangis, hati jadi panas, aku tumbuk pula almari kayu. Sampai luka, berdarah tangan.

Tapi tetap tak boleh hilangkan luka di hati. Semua memori indah aku sepanjang bercinta, dah macam movie. Bermain-main kat otak aku, non-stop. Gila, sakit. Betul-betul sakit.

Aku tak tidur seharian malam tu, hati aku terlalu parah. Berkecai-kecai sampai tak boleh disusun lagi. Aku cuba memberi semangat kepada diri aku sendiri, namun, aku gagal.

Minggu ni aku sibuk dengan perbentangan, terlalu banyak kerja yang aku perlu buat, sampai tak tidur malam, sampai tak tarawih aku, dan aku pula clash?

Pergh, saat aku perlukan booster semangat, time tu Allah S.W.T putuskan. 

Lalu, aku duduk bersandar kat lantai bilik. Aku imbas kembali semua perjalanan hidup aku. Dari aku kecik, sampai aku dah besar. Aku imbas kembali semua masalah, yang aku pernah hadapi dalam hidup. Semua masalah, semua masalah yang dah berjaya aku hadapi.

Kemudian, aku fikir pula, apa target aku di universiti? Aku fikirkan ibu ayah aku yang betul-betul mahu melihat aku berjaya, aku fikirkan lagi mengenai perjuangan-perjuangan aku, aku fikirkan lagi mengenai semua matlamat aku, dan semestinya, aku fikirkan,

Sampai bila aku nak menangis camni? Sampai bila aku nak habiskan waktu aku camni? Takkan aku nak korbankan sem aku ni, sebab benda camni? Takkan aku nak meratap, saat assigment aku tak siap lagi? Perbentangan? Kumpulan aku camne? Result? Masa depan?

Lalu aku gagahkan diri aku, aku ambik wuduk, aku solat. Dalam solat, aku menangis. Aku luah segala-galanya kat Allah S.W.T.

...

Pagi tu aku ke kelas, dalam keadaan mata yang bengkak, tapi dengan senyuman yang sampai ke telinga. Kenapa? Sebab aku nak orang tahu yang aku seorang yang kuat.

Walaupun tak semua tahu tentang masalah aku, namun aku nak tunjuk kat ex aku, yang aku betul-betul kuat. Walaupun aku yakin, ex aku tahu apa yang aku rasa, ex aku tahu yang senyuman aku tu palsu. Ex aku tahu segalanya yang terbuku dalam hati.

Aku buat perbentangan assignment aku dengan yakin dan bergaya, aku menerima tepukan yang gemuruh atas perbentangan kumpulan yang superb, aku berusaha untuk jaga mata aku, untuk tidak memandang ex aku, walaupun aku dapat lihat pakaiannya, walaupun aku tahu yang dia sedang memandang aku.

Namun aku keraskan mata aku, sambil aku ukir senyuman palsu. 

Aku meniti bulan Ramadhan aku, dengan duka. Dalam masa yang sama, dengan suka. Aku baru terfikir nak beraya kat rumah ex, maklumlah dah ada lesen, terfikir tu, terfikir ni, tapi, apakan daya?

Time solat, aku luahkan kepada Allah S.W.T. Perlahan-lahan, aku cuba buang kesedihan ini, dengan muhasabah balik diri aku, cari apa kelemahan diri aku, dan perlahan-perlahan, aku mula belajar untuk redha, belajar untuk lepaskan.

Aku block Facebook ex aku, Whatsapp, WeChat, aku delete no dia, mesej, gambar, semuanya, juga dalam hati aku. Aku berusaha untuk lupakan segalanya, semua memori indah, gelak ketawa, sweet-sweet, semuanya.

...

Raya pertama, aku betul-betul sebak. Dikuasai hati yang betul-betul terkilan. Air mata mengalir. 

Aku tak boleh tipu diri aku. Meskipun aku berlagak kuat, aku cuba senyum, namun akal aku ligat memainkan kembali memori indah aku dan ex aku. 

Dalam masa yang sama, akal aku ligat mengulang kembali semua janji yang terbina dulu. Nak kekal bersama, oh, hanya tinggal kenangan.

Raya-raya yang seterusnya, aku dihujani dengan pertanyaan-pertanyaan maut dari saudara-mara, bila nak kahwin, bila nak berajak, dah tunang ke belum, lepas tu kena bahan pula, kena sakat.

Aku? Ketawa, dan menangis.

...

Hari-hari yang mendatang, aku penuhkan dengan muhasabah. Aku muhasabah setiap episod dalam cerita cinta aku dengan ex, yang baru tamat. Setiap babak, setiap dialog, semuanya.

Betapa ia penuh dengan penipuan, pendustaan, licik tipu-daya syaitan, kesakitan. Walaupun cinta aku tu, aku bina atas dasar Allah S.W.T. Yang mahu aku akhiri dengan perkahwinan. Yang mahu aku jadikan sebagai asbab untuk aku berbakti kepada ummah.

Hakikatnya, tu semua bullshit. Aku meratap result sem 3 yang menurun, aku meratap result test sem ni yang teruk, dan aku meratap, bahawa aku kehilangan cinta Allah S.W.T, sebab aku terlalu lebihkan cinta manusia.

Betapa dalam aku merancang, aku merancang melebihi perancangan Allah S.W.T. Aku terlalu yakin, yang ex aku nilah jodoh aku, dialah yang akan jadi isteri, pembantu, ibu kepada anak-anak, rusuk kiri?

Sedangkan aku hanya hamba. 

...

Hari ini, dalam beberapa hari sebelum final sem ni, aku terasa bahawa diri aku begitu bahagia. Tiada lagi hari-hari aku yang dipenuhi dengan kepala aku yang memikirkan pasal cara nak dapat duit cepat, pasal camana nak menangi hati ibu, tentang masalah ex aku, dah takde pape.

Meskipun sehingga hari ini, otak aku masih ligat memainkan babak-babak manis dalam cinta aku ni, tapi, aku anggap tu hanyalah cerita lama, sebab aku sudah kembali ke landasan hidup aku. 

Kalau nak ikutkan, aku nak jadi macam orang lain. 

Kalau terjatuh, lutut berdarah, adakah perjalanan akan diteruskan? Ya, perjalanan tetap akan diteruskan. Tapi mesti setelah lutut itu sembuh lukanya, at least darah berhenti pun ok.

Tapi aku terjatuh, lutut aku berdarah. Tapi aku takde masa untuk tunggu lutut aku sembuh. Aku terpaksa teruskan perjalanan aku, dalam keadaan darah yang menitik-nitik di sepanjang jalan.

Aku seorang mahasiswa. Aku ada matlamat. Aku ada ibu ayah yang mahu tengok aku berjaya. Aku ada cita-cita. Aku ada banyak kerja. Aku sibuk.

Dan aku takkan biarkan masalah clash ni, mengganggu aku. 

Takde masa untuk rebah, perjalanan harus diteruskan.

Dan, aku ada Allah S.W.T, yang mahu naikkan taraf aku, dengan uji aku dengan ujian sebegini berat. Kaw kaw punya.

...

Aku tengok Facebook, aku tengok WeChat, ada je orang post pasal clash. Post pasal betapa sakitnya, betapa parahnya luka yang terbina.

Aku faham, aku kasihan, tapi aku bengang.

Bengang sebab mereka-mereka ini tak mahu bangkit. Bengang sebab mereka-mereka ni nak terus tenggelam dalam air mata. Bengang sebab dayus mengharapkan orang yang menolak, menerima semula. Bengang sebab, hidup seakan berhenti dengan clash.

Aku bengang, sebab CINTA boleh buatkan orang yang kuat melawan arus ombak, lemah terkulai tak berdaya.

CINTA yang Allah S.W.T cipta, menguatkan manusia, menggembirakan manusia, bukan buat manusia lemah, bukan buat manusia menangis.

Tapi, bila manusia tu bercinta melebihi cinta mereka pada Allah S.W.T, ketahuilah bahawa Allah S.W.T tu merindu setiap hamba-hamba-Nya.

Lalu Allah S.W.T putuskan cinta aku, agar aku tak hilang cinta-Nya.

...

Dunia ni penuh dengan manusia. Ramai lagi yang hensem-hensem, cantik-cantik, alim-alim. 

Pelikkan? Jodoh suatu benda yang pasti. Allah S.W.T dah tuliskan untuk kita. Maknanya, dah tersedialah jodoh tu untuk kita. Cuma tak jumpa je lagi.

But yet, kita masih lagi sibuk-sibuk. 

Memanglah, orang kata jodoh kena jugak cari, takkan nak biar datang sendiri. Tapi, disebabkan kita ni hamba yang jahil, kita ni tak tahu, adakah jodoh yang kita jumpa, betul-betul dari Allah S.W.T? So, apa salahnya kalau kita biarkan Allah S.W.T yang tetapkan untuk kita?

Ni tak. Dalam nak mengejar benda yang pasti, kita terlupa nak kejar benda yang tak pasti. Sebab CINTA, semua benda terabai.

Bangkit la wei! Bangkit la kawan-kawan! Saudara kat Palestine masih lagi boleh berjuang, walaupun keluarga mereka mati di depan mata!

Kita pula menangis meratap, sebab clash. Bullshit!

Seclash-clash kita pun, kita masih lagi ada family, kita ada kawan, ada anggota badan, ada negara?

...

Mengakhiri post, aku juga sedih. Kalian juga sedih. Siapa yang tak berduka atas kehilangan cinta? Apatah lagi macam aku?

Aku dah bagitahu ramai kengkawan aku yang aku nak kahwin, aku dah mula menabung slow-slow untuk kahwin, aku serahkan hati aku 100% kat ex aku, aku betul-betul yakin yang ex aku tu lah jodoh aku.

Tapi, nak buat camana? Tu takdir Allah S.W.T. Hanya Dia je yang tahu siapa jodoh aku, jodoh kalian? Allah S.W.T dah standby untuk kita, seseorang yang jauh lebih baik, yang betul-betul layak untuk kita.

So, kenapa nak sedih? Sampai bila kita nak meratap? Sampai bila nak jadi lemah? Sampai bila kita nak rendahkan maruah menagih cinta orang yang tak sudi?

Sanggup ke kita nak korbankan masa depan yang berpotensi untuk gemerlap, dengan cuba membaiki masa lampau yang tidak berpotensi untuk elok?

Bangkitlah. CINTA yang Allah S.W.T cipta, takkan sesekali buatkan kita lemah.

Bangkitlah. Kembalilah pada landasan kita yang telah kita terbabas.

Bangkitlah. Rebutlah kembali CINTA LILLAH yang telah kita kurangkan demi CINTA manusia dulu.

Bangkitlah. Moga Allah S.W.T berikan jauh yang lebih baik buat kalian.

Bangkitlah. Tiada masa untuk rebah. Perjuangan harus diteruskan.

Layanlah video aku ni, sebagai rumusan post kali ini, lots of love u all <3


Comments

  1. Allahuakbar .. kena tunggu lagi la ni nak makan nasi minyak athari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dh makan.. Aq skang dh nk kahwin dgn diploma ni.. Huhu.. Buat mse ni aq lbih slesa ikut takdir.. drpd mrencana takdir sndri :)

      Delete
    2. terima kasih bermanfaat tulisan awk.:)

      Delete
    3. terima kasih awak, alhamdulillah bermanfaat, teruskan membaca ok :)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts

Terima Kasih Followers