Hidup Kerna Diri Sendiri : Menjadi Manusia Gagah
Tahun 2010...
Hujan turun dengan begitu lebat. Turun setitik-setitik membantai bumi Johor. Namun ia tetap tidak membantutkan perjalananku menuju tempat permainan - arcade yang ada banyak permainan - yang terletak tidak jauh dari hotel tempat aku menginap dengan ibuku tersayang.
Namun demi Allah S.W.T, ia tetap tidak akan pernah sama sekali selebat hujan yang membantai tiap inci hatiku ini. Di mana aku diuji oleh Allah S.W.T dengan ujian yang paling besar, meskipun ia sama sekali tidak gagah dibebani di atas bahu seorang kanak-kanak tingkatan 3.
Setelah aku meminta izin daripada ibuku untuk bermain di arcade berdekatan hotel, aku memulakan perjalananku dengan berjalan kaki - meskipun ibuku tidak membenarkanku kerna risau aku berjalan berseorangan - menuju ke arcade.
Sebenarnya, aku tiada tempat yang mahu dituju. Aku cuma perlukan sebuah tempat di mana aku boleh bersendirian. Suatu tempat di mana aku boleh menangis senangis-nangisnya. Suatu tempat yang boleh aku tunjukkan diri sebenar aku.
Sebagai seorang anak, aku tidak tahan melihat ibuku yang menangis setiap hari. Sebagai seorang anak yang baru sahaja tamat PMR dengan kelulusan yang superb, aku tidak menerima hadiah yang setimpal dengan kejayaan aku.
Sebagai seorang kanak-kanak, aku telah diuji dengan begitu banyak ujian yang sememangnya tidak sesuai dengan usiaku. Lantas menjadikan aku seorang lelaki yang matang daripada usia.
Sebagai seorang anak, aku tidak boleh menangis bersama ibuku. Tanganku menjadi sapu tangan ibuku - mengelap tiap air matanya - setiap hari. Mulutku lebih banyak memujuk diri ibuku, sedangkan tiada siapa yang memujuk mata hatiku yang juga menangis deras.
Aku hanya boleh berlagak kuat. Tunjukkan senyuman yang manis pada ibuku, meskipun aku juga menangis dalam diam. Dan aku tahu ibuku tahu.
Setelah aku meminta izin daripada ibuku untuk bermain di arcade berdekatan hotel, aku memulakan perjalananku dengan berjalan kaki - meskipun ibuku tidak membenarkanku kerna risau aku berjalan berseorangan - menuju ke arcade.
Dalam perjalanan aku, aku melalui sebuah bar disko. Suatu sudut dalam hatiku, memaksa kakiku menjejakkan kaki ke dalamnya. Sedar tak sedar, aku telah berada dalamnya. Lampu yang gemerlap menyilaukan mataku. Juga hatiku, melihat gelagat manusia-manusia dalamnya.
Mataku kemudian tertumpu pada deretan botol-botol arak di atas rak. Carslberg, Tiger, Guiness, Budlight dan beraneka lagi air kencing syaitan aku tatap satu persatu.
Tiba-tiba mindaku menerawang, mengimbas kembali movie dan filem yang aku pernah tonton, yang menguar-uarkan bahawa arak boleh menjadikan seseorang manusia yang bermasalah, lupa sejenak mengenai masalahnya.
Lantas, secara tidak sedar kakiku perlahan-lahan menuju ke kuanter. Tidak pernah aku percaya bahawa seorang kanak-kanak tingkatan 3 yang memiliki pendidikan agama, yang menghafaz beberapa surah dalam mindanya, yang lidahnya sentiasa meniti ucapan-ucapan yang mantap, juga seorang pelajar yang dihormati di sekolah, bakal melakar dosa baru dalam hidup.
Iaitu dengan meneguk air yang diharamkan Allah S.W.T.
Tiba-tiba langkahku terhenti. Secebis iman yang ada pada diri menggerakkan seluruh anggota badanku menuju keluar daripada bar disko tadi.
Semacam tidak percaya. Diriku diselamatkan daripada melakar sejarah noda dalam hidupku. Namun rahmat Allah S.W.T tidak berhenti takat itu sahaja.
Aku meneruskan perjalananku lagi, menuju arcade. Dalam perjalananku, aku melihat satu tangga. Tangga tersebut membawaku menuju ke suatu bangunan yang sangat tinggi, di mana aku boleh melihat pemandangan satu bandar Johor. Teramat tinggi.
Perlahan-lahan, aku menuju ke hujung bangunan tersebut. Aku melhat ke bawah. Manusia-manusia yang lebih besar daripadaku, aku lihat kecil seperti semut. Tiba-tiba aku terfikir, kenapa tidak aku mati sahaja? Aku tidak betah hidup dalam keadaanku sekarang. Bergelumang dalam masalah yang tidak layak dibebani oleh seorang kanak-kanak tingkatan 3?
Tatkala aku mula berkira-kira untuk membunuh diri, tiba-tiba berlaku suatu perdebatan yang amat dahsyat, dalam hatiku.
"Kenapa kau nak bunuh diri? Kau tahukan bahawa itu adalah dosa yang mustahil diampunkan Allah S.W.T?"
"Aku tahu, tapi aku tidak betah hidup begini. Ujian ini terlalu berat untuk aku pikul. Orang lain mendapat hadiah atas kejayaan mereka, namun aku pula mendapat bala atas kejayaan aku. Aku tak kuat!"
"Setelah pelbagai ujian getir yang telah kau hadapi, takkan hari ini kau dah mengaku kalah? Mana perginya ATHARI yang kuat? Mana perginya ATHARI yang tabah?"
"..."
"Hari ini, aku nak bertanya. Apakah punca kau belajar? Apakah sebab kau mencipta begitu banyak kejayaan? Apa? Apa sebabnya kau hidup?"
"Kerna ibu dan ayah aku. Mereka mahu melihat aku berjaya."
"Oh, begitu. Tapi aku rasa kau terlupa seorang lagi insan, yang perlu kau jadikan asbab paling utama mengapa kau perlu mencipta lebih banyak kejayaan, mengapa perlu kau teruskan kehidupan kau?
"Siapa? Adakah wujud lagi insan yang jauh lebih penting dari ibu ayah ku? Dari keluargaku? Siapa?"
"Hah, insan tersebut kau lebih kenali daripada semua insan yang kau pernah kenal dalam dunia ini. Dia sentiasa wujud bersama kau, dalam apa jua keadaan, dalam apa jua situasi."
"Siapa? Siapa? Aku tidak tahu!"
"Diri kau sendiri!"
...
Alhamdulillah, dalam beberapa hari lagi aku akan meneruskan pengajian dalam semester 5. Pergh! Rasa tak sabar muncul dalam diri. Excited sebab officially aku akan belajar subjek-subjek yang akhirnya berkaitan dengan course aku.
Tapi rasa cuak tu ada ah. Haha.
Alhamdulillah, result semester 4 yang lalu dah keluar. Berdebar la jugak aku nak menengoknya. Walaupun tak dapat 4 flat macam yang aku harap, tapi at least mantop, haha.
Aku menghabiskan sisa baki cuti di bilik yang baru, dengan udara yang baru. Sedangkan kengkawan aku masih lagi sedang enjoy-enjoy menghabiskan cuti mereka di rumah, aku pulak kat universiti. Nak buat camana, nasib badan. Haha.
Pagi-pagi buta ni, dengan ditemani secawan air yang aku campur macam-macam, dengan kopinya, dengan entah apa lagi air aku pun tak tahu - asyik kentut-kentut je aku - suddenly membuatkan aku terasa nak update blog aku ni. So, camnilah, aku pun gi la update.
Sekarang adalah musim pelajar degree mula nak masuk. So universiti aku yang senyap macam rumah hantu sebab pelajar diploma bercuti, tiba-tiba heboh. Dengan sirennya yang bingit, sebab nak gerakkan pelajar degree ke orientasi.
Haha, adakah itu menjadikan aku yang ambik diploma ni, senior?
Facebook aku penuh dengan stories pasal friends aku yang sambung balik degree. Penuh gambar masing-masing kat pintu pagar U diorang, gambar dengan kawan-kawan baru, bilik, loker, rak kasut, selfie dengan roomate baru?
Erk, what the hell? Macam tak pernah masuk U pulak? Dia punya excited? Haha, lantak korang ah, asalkan korang bahagia, dan tak berlagak sangat mentang-mentang kau dah degree. Haha.
Kurang hajo! Kengkawan yang sebaya aku dah ada yang sambung degree, sedangkan aku pulak masih diploma. Tension gak, tapi lantak ah, yang penting aku bahagia.
Beberapa hari lepas, group sekolah lama aku minta batch aku hantar maklumat terbaru mengenai latar belakang pendidikan. Aku scroll komen-komen dalam link tu, mak ai! Semua hebat -hebat belaka!
Dan aku biasa-biasa je. Tapi aku tak berasa malu. Walaupun wujud rasa jeles yang hebat, tapi aku percaya setiap rezeki masing-masing lain. Allah S.W.T dah tetapkan.
...
Pedulikan dengan cerita aku. So, cerpen yang korang baca tadi tu bukanlah copy paste dari mana-mana novel or storyline dari mana-mana drama Melayu or anime, but ia adalah true story.
True story aku. Serius.
Macam dulu aku pernah mention dalam blog ni, aku tak nak blog aku ni tempat aku nak cite tu ini pasal aku, aku suka makan apa, aku suka siapa, blah blah biografi pasal aku. Aku bukan budak hot or bajet-membajet nak heboh-heboh pasal hidup aku.
And yet, aku juga bukan seorang yang bijak ahli-ahli falsafah blah blah, yang banyak pengalaman banyak ilmu banyak pemikiran blah blah.
But, aku sangat suka berkongsi dengan orang ramai. Sebab aku tak mahu orang lemah macam aku, dan aku juga mahu orang kuat lebih daripada aku.
Atas dasar itu, aku kongsikan setiap pengalaman hidup aku yang penuh duka untuk korang jadikan ibrah pengajaran. Juga yang hepi-hepi supaya korang tahu aku juga manusia yang pandai senyum. Haha.
...
Kalau hari ini seorang manusia ditanya, "Kenapa kau belajar? Kenapa kau berusaha? Kenapa kau itu ini?" majoriti akan menjawab "Sebab ibu ayah. Sebab orang tersayang. Sebab itu ini."
Kalau tengok cite anime ke apa, kalau watak utama tu terbaring berdarah-darah, tapi tetiba dapat booster semangat untuk teruskan battle dia, dia juga akan jawab,
"Aku kuat sebab ada orang yang aku sayang, blah blah"
Tapi, pernah tak dalam hidup kita, kita belajar, kita cipta kejayaan-kejayaan kita, kita pekakkan telinga kita dari caci maki orang, kita hidup, sebab diri sendiri?
"Aku kuat kerana Allah S.W.T" kata orang beriman yang pakai kopiah.
Memang, aku tidak sesekali pernah menolak bahawa kita kena lakukan segalanya kerna Allah S.W.T, but majoriti manusia melakukan sesuatu perkara disebabkan benda yang mereka nampak.
Tak nak komen panjang-panjang, takut nanti korang yang hebat ilmu agama salah faham pula, haha. But seriously, memang setiap benda kita buat kerna Allah S.W.T. Disebabkan Allah S.W.T bukanlah suatu entiti yang kita boleh nampak dengan mata kasar, dan hakikat fitrah manusia yang buat suatu perkara dengan tujuan entiti yang boleh mereka nampak dengan mata kasar, membuatkan Allah S.W.T ciptakan untuk manusia, entiti-entiti tadi.
So, in logical, tu juga dikira buat kerna Allah S.W.T la kan?
...
Kenapa aku tekankan, bahawa kita kena juga jadi kuat sebab diri kita? Kenapa kita kena belajar sebab diri kita? Kenapa kita kena hidup sebab kita? Kenapa sebab diri kita?
Aku nak tanya, kalau kita belajar bersungguh-sungguh, siapakah yang akan berjaya? Ibu ayah kita?
Or suatu soalan yang paling mudah, kalau kita makan nasi, siapa yang kenyang?
Kalau korang jawab sebab parents or mana-mana insan yang korang sayang, maka jawapan korang untuk soalan aku tadi, ialah bila korang makan nasi, ibu ayah koranglah yang akan kenyang, bukan korang.
Setuju tak dengan jawapan aku? Try makan nasi sekali, tambah tiga pinggan, dan tanya ibu ayah korang yang sedang puasa sunat pada hari Isnin :
"Ibu kenyang tak?"
Konfirm ibu korang jawab, "Pahal anak aku ni?"
...
Tak paham apa yang aku nak sampaikan? Aduh! Takpe, aku akan syarah lagi, haha.
Aku bagi satu situasi, bayangkan korang memiliki seorang awek. Kalau perempuan pakwe la. Bila korang ada masalah, korang akan cite kat awek / pakwe korang. Bila korang perlukan semangat, korang pun mintak awek / pakwe korang beri semangat.
Dengan semangat yang korang dapat, korang mampu siapkan assignment. Dengan semangat itu tadi, korang boleh hadapi masalah.
So, bayangkan suatu hari, korang clash dengan awek / pakwe korang tadi? So, bila korang berhadapan dengan assignment yang susah tahap gaban, dan masalah yang lebih susah, adakah korang boleh siapkan assignment tersebut dan hadapi masalah dengan bersemangat?
Sedangkan korang telah kehilangan punca semangat? Sedangkan korang telah kehilangan sebab?
Dalam kehidupan, akan wujud ramai manusia yang akan menjadi sebab kenapa kita nak berjaya. Kenapa kita nak mencipta kejayaan. Kenapa kita itu dan ini.
Tapi, mereka ni semua takkan hidup selamanya. Mungkin akan mati dahulu, mungkin juga hidup, tapi telah putus hubungannya dengan kita.
Actually, aku nak mengajar korang untuk hidup di atas kaki sendiri. Koranglah yang akan berikan semangat bila korang down, koranglah yang akan berusaha sebab korang nak korang berjaya, pendek kata korang boleh teruskan perjuangan walaupun hanya berseorangan.
Sebab pratically, bila korang mati, maka memang korang akan mati. Mustahil korang boleh teruskan perjuangan dalam keadaan korang mati hilang roh, melainkan korang adalah zombi, saka, seruan, blah blah, dan tu pun mustahil.
Aku ada ramai kawan, bila dia sendiri down, dia terpaksa bergantung kepada orang untuk bangkit. Nak kena orang bagi dia semangat, barulah nak bangkit.
Ok, mungkin ada yang akan cakap setiap orang tak sama, setiap orang kekuatan lain-lain, orang tak sama macam aku blah blah.
Ini bukan soal aku kuat, orang tak sama ke apa. Ini adalah soalan sampai bila kita nak berharap kat orang?
Kalau dalam hidup kita, kita buat satu perkara sebab orang, dan bukanlah sebab diri sendiri, so apa gunanya wujudnya sambutan 'Hari Jadi'?
Besday merupakan hari di mana kita menghargai diri kita sendiri sebab masih lagi hidup. Tapi tu besday ni cuma sehari je. Sehari tu je kita hepi-hepi dengan diri kita, esok tak dah.
Sedangkan kita hari ini hidup, bersama dengan diri sendiri, and yet kita lupa letakkan diri kita sebagai punca utama kenapa kita nak teruskan perjuangan dengan matlamat dan agenda sendiri.
What the heck? Seolah-olah bukan kita yang kenyang walaupun kita dah bahan tiga pinggan nasi.
Bila kita letakkan diri kita sebagai punca utama, bila kita down kita nak bangkit cepat. Sebab kita tak nak diri kita hidup suram camni.
Bila kita gagal, kita sendiri yang nak berusaha gigih, sebab kita tak nak jadi bodoh dan kita nak hidup kita lebih best masa akan datang.
Pendek kata, kita akan fikir diri kita dahulu sebelum kita fikir orang lain.
Saban hari kita akan bina lebih banyak hubungan. Kita akan ada ramai kawan, sahabat, keluarga, awek? Tapi bukan semua mereka ini hubungannya berkekalan baik-baik dengan kita. Ada yang akhirnya akan jadi musuh, at the end mereka inilah yang buatkan hati kita berdarah.
So, kalau kita nak asyik bergantung kat orang, nak orang yang tolong semangatkan, nak orang tolong bangkitkan, so sampai bila-bila, kita akan jadi manusia yang lemah.
Kenapa? Sebab asyik bergantung kat orang.
...
Dulu, aku juga sama macam orang lain. Belajar sebab ibu ayah. Berjaya sebab keluarga, blah blah. Bila aku ada masalah, aku akan call ibu aku, dan ibu aku akan beri aku semangat.
Tapi, semenjak aku berada macam dalam cerpen yang korang baca tadi tu, aku berfikir, bahawa sudah tiba masanya aku hidup kerna aku.
Sampai bila aku boleh mengharap ibu aku tiap kali aku down? Suatu hari ibu aku juga akan mati, sedangkan aku masih hidup dan masih lagi perlu menghadapi cubaan-cubaan yang kaw-kaw punya. Takkan time tu aku nak kena gali kubur ibu aku dan minta tulang mulut dia cium kepala aku?
Memang, ibu, ayah, kakak, keluarga aku, cikgu-cikgu, sahabat-sahabat masih lagi menjadi asbab aku untuk teruskan perjuangan, untuk aku cipta lebih banyak kejayaan, tapi aku letakkan diri aku utama - selepas Allah S.W.T - untuk terus kuat, sebab at the end, hanya tinggal aku, seorang.
Prinsip 'hidup kerna diri sendiri' ni aku dah pegang agak lama, sehingga hari ini. Dengan prinsip ni, aku masih lagi mampu bangkit, masih lagi mampu tersenyum, masih lagi bernafas.
...
Tahun 2014...
Aku tidak sangka hubungan ini akan berakhir begini. Setelah begitu banyak janji yang diikat, setelah banyak kata-kata cinta dilafaz, setelah banyak memori dilakar, hubungan ini terputus jua.
Malam telah menjadi pagi. Namun aku tidak mampu menutup mata untuk tidur - meskipun ada kelas esokknya, juga perbincangan kumpulan tentang tugasan yang penting - walaupun subuh semakin tiba.
Mindaku umpama wayang, tidak berhenti memutar kembali semua memori aku dan dia, begitu juga dengan air mata yang tidak berhenti mengalir, sehingga membentuk lingkaran hitam di bawah kelopak mata.
Ini kali pertama aku menangis sebegitu rupa, meskipun aku sudah banyak kali menangis kerna cinta.
Aku gagahkan diriku untuk ke tandas, aku sucikan diriku dengan wudhu, dan aku hidupkan malamku yang begitu suram itu dengan Qiam. Berhadapan dengan Allah S.W.T menumpahkan lebih banyak air mataku.
Usai solat, minda ku sakit. Hati ku sakit. Kerna kesakitan yang maha dahsyat.
Aku duduk berteleku di atas sejadah, dan tiba-tiba hatiku datang menyapa :
"Ingat tak hari-hari di mana kau ditimpa dengan masalah-masalah yang lebih berat daripada masalah hari ini?"
"Ingat."
"Ingat tak di mana-mana semua cubaan tersebut kau hadapi dengan hati yang tabah dan fikiran yang matang?"
"Ingat."
"Aku faham dan tahu, kau sedang berduka sedahsyat-dahsyatnya. Ini bukan kali pertama, namun adakah kau sedar ujian ini tidak seberat ujian-ujian kau yang dahulu?"
"Aku sedar."
"Adakah kau sedar bahawa result sem lepas kau teruk, result test kau jatuh, kau ada banyak kerja yang perlu kau buat, kau ada kumpulan yang perlukan tenaga kau, kau sedar?"
"Aku sedar."
"Jadi adakah kau nak korbankan sem kau ni, sedangkan kau telah berjanji pada diri kau yang kau nak menebus kegagalan sem lepas? Sampai bila kau nak jadi lemah camni? Sampai bila?"
"...aku tak kuat. Aku terlalu cintakan dia."
"Cinta boleh dicari, dan Allah S.W.T telah persiapkan jodoh yang jauh lebih-selebihnya dari dia. Dia yang rugi kerna menolak kau, dan dia juga bukan yang terbaik. Namun, adakah kau nak biarkan hidup kau terus dilakar dengan warna putus-asa dan kelemahan?"
"...aku.. aku tak kuat."
"Ingat waktu kau di Johor dahulu? Waktu kau tingkatan 3? Kau hampir tamatkan hidup kau. Namun sehingga hari ini kau masih lagi hidup. Kenapa tak pernah wujud niat untuk mati walaupun kau kehilangan cinta?
"..aku.."
"Aku adalah kau, aku terlalu mengenali kau. Tabahlah duhai diri, kuatlah macam dahulu, malah lebih lagi. Sampai bila kau mahu jadi camni? Kuat, kuat, kuat duhai diri!"
Tiba-tiba suatu semangat datang menyinari malamku yang gelam itu.
Dan keesokkannya aku pergi ke kelas, melakarkan sebuah senyuman meskipun ia pahit, dan palsu. Alhamdulillah, aku masih lagi mampu meneruskan pembelajaran, masih lagi mampu ke kelas, masih lagi makan dan minum, masih lagi boleh gelak-gelak dengan member-member.
Masih lagi meneruskan kehidupan macam biasa, malah lebih gembira dan tabah.
Dalam ribuan kedukaan, Allah S.W.T ganjari dengan nikmat dalam Syawalku.
...
Mengakhiri post yang panjang tahap gaban, ingatlah duhai kengkawan yang membaca, jangan lupa kita memiliki diri sendiri.
Tiap apa yang kita nak buat, cipta, hidup, whatever, buatlah kerna diri sendiri.
Andai jatuh, bangkit sendiri.
Andai gagal, usaha sendiri.
Andai nangis, lap air mata sendiri.
Andai dihina, puji diri sendiri.
Sebab at the end, kau hanya punya kau sahaja.
Dan Allah S.W.T.
Comments
Post a Comment