Bagaimana nak menjadi matang : Sifir-sifir kematangan mengikut kamus kehidupanku
Assalamualaikum semua. Sekarang aku berada di tengah-tengah kesibukan sebagai mahasiswa universiti. Ke sana ke mari, menuju ke perpustakaan mencari bahan assignment, menghadap laptop, tidur lambat, kepala pening menghadam subjek yang gila susah, perbentangan, blah blah.
Kadang-kadang rasa gila jugak, haha. Tapi tetap tak menghalang aku untuk mencari kebahagiaan aku sendiri. Kut la, haha. Tidur je memanjang.
Sejak semenjak ni, aku banyak luangkan masa kat bilik junior aku. Bukan apa, untuk melakukan kerja, study mahupun revision, aku perlu jauh daripada musuh utama aku, iaitu katil aku tersayang, wuahaha.
Bukan apa, bila aku melakukan aktiviti pembelajaran di atas katil aku, maka aku berpotensi untuk tewas. Mula-mula baring, pahtu tarik selimut, dan akhirnya aku berlayar di atas katil, haha. Bahaya bahaya.
Walaupun jarak bilik aku dengan bilik junior-junior aku tersangatlah jauh dan tinggi-tinggi belaka, namun daripada tewas semudahnya pada katil aku, so biarlah bersusah-payah mendaki puluhan tangga bilik junior-junior yang tinggi-tinggi belaka.
***
Post kali ini, aku suddenly berminat untuk berkongsi, mengenai kematangan. Yup, matang. Apakah itu matang sebenarnya?
Dalam drama kehidupan aku, pengalaman-pengalaman aku telah dihiasi, dan juga dicemari dengan kehadiran watak-watak manusia yang bermacam-macam karenah, karakter, rupa, mahupun kadar kematangan.
Sadly, majoriti kehidupan aku selalu dipertemukan dengan insan-insan yang tidak matang. Memiliki kadar kematangan yang rendah, meskipun pada kadar umur sebegitu, sepatutnya kematangan tu dah patut ada dalam diri, but, nak buat camana kan? Haha.
Aku tidak mengatakan aku matang, namun aku lebih selesa mengatakan aku cuba menjadi matang.
***
Aku mendefinisikan matang ni dengan bermacam-macam takrif dan definisi, dan aku lebih suka kata bahawa kematangan adalah ability atau kebolehan kita manfaatkan pengalaman yang kita peroleh.
Matang mengikut aku : Kebolehan kita untuk kita manfaatkan pengalaman yang diperolehi daripada kisah lampau untuk membaiki masa kini, dan membina masa hadapan.
Sebelum aku kongsi dan terangkan dengan lebih mengenai definisi tadi, benarkan aku bercerita mengenai konsep kematangan.
***
Manusia selalu ingat, dan selalu tersilap, bahawa kematangan itu diperolehi dengan pertambahan usia. Bermakna makin kita besar, kita pun makin matang. Persoalannya, kenapa aku kata statement tersebut adalah salah?
Sebab, kematangan itu diperolehi daripada ability kita memanfaatkan pengalaman, dengan cara mencari hikmah atas setiap masalah dan ujian yang Allah S.W.T berikan kepada kita.
Aduhai, semenjak aku sibuk dengan assignment, bahasa pun dah jadi ilmiah, hahaha.
Tak bermakna kita lebih tua daripada seseorang, bermakna kita secara automatik lebih matang. No no. Kita mungkin lebih berpengalaman, atau orang kata, lebih makan garam. Tapi itu tetap tak menjadikan kita matang.
Malah, ada manusia yang umurnya lebih muda daripada kita, namun dia lebih matang daripada kita. Sedangkan kita yang lebih tua ni, aduhai, tak matang langsung dari segala aspek, dari segala sudut.
Kadang-kadang, manusia untuk menjadi matang, mereka akan cuba bersifat dengan berperangai macam orang dewasa. Contoh orang dewasa gemar sembang politik, mereka pun pakat sembang politik. Orang dewasa minum teh tarik malam-malam, sambil gulung-gulung rokok daun mahupun rokok kerteh.
Kadang-kadang aku tengok, ramai anak muda sekarang berkarakter - secara luaran - dengan gaya orang dewasa. Berjalan-jalan ala-ala orang dewasa, dengan dada ditegakkan, dengan tangan yang berasap dek rokok, pandai bawak kereta, macam-macam.
Yang tak boleh blah, rokok dia gila mahal, haha.
Tapi itu dengan berperangai dan bergaya dengan gaya orang dewasa tetap tak menjadikan kita matang. Serius. Mungkin nampak geli, jelik di mata sebahagian manusia. Terutamanya aku, haha.
Akhir sekali, tidak bermakna memiliki wajah yang jauh tampak tua, muka ala-ala gangster parut sana sini, atau memiliki badan yang besar, muka cam mak ayah orang, tak bermakna kita matang.
Bila orang tengok kita, orang tak tanya kita ni belajar mana, tapi orang terus tanya kita ni dah kahwin belum. Pertanyaan itu tetap tak membuktikan bahawa kita adalah matang, walaupun mungkin wajah kita tak padan dengan usia.
Manusia tersilap, bahawa kematangan dibuktikan :
-Semakin bertambah usia, semakin matang
-Bersifat dan bergaya dengan gaya orang dewasa
-Wajah yang tak padan dengan usia
Tiga ciri-ciri ni, memang keluar daripada konsep kematangan. Serius.
***
Sepanjang aku hidup selama 19 tahun, di mana 12 tahun aku mengumpulkan pengalaman yang aku kutip daripada berkeluarga, berkawan, bersahabat, mahupun bercinta.
Pengalaman-pengalaman ni aku ambik, aku polish, aku buang mana yang patut, aku ambik mana yang berharga, dan aku gunakan sebagai bekalan aku dalam meneruskan kehidupan kini, dan untuk membina kehidupan yang akan datang.
12 tahun aku hidup, aku bermula sebagai seorang manusia lelaki yang kebudakan, yang langsung tak matang. Namun dengan cabaran, dugaan, mahupun memori manis, kematangan itu mula perlahan-perlahan hadir, seterusnya akhirnya aku melalui kehidupan aku, dengan cara aku sendiri.
Aku telah membuat satu sifir, di mana sifir-sifir ini aku cipta untuk membuatkan aku sentiasa mencuba mematangkan diri, dan juga aku melabel seseorang itu tidak matang, apabila seseorang itu terkeluar daripada sifir-sifir yang aku dah tetapkan, mengikut standard kamus kehidupan aku.
***
Sifir-sifir berikut ialah :
(1) Meminta maaf dan memaafkan
Seseorang yang matang, tak boleh dipisahkan dengan maaf, samada dia yang meminta maaf, mahupun dia sendiri yang memaafkan.
Kadang-kadang dalam kehidupan kita, mesti berlaku kita akan berbalah, bergaduh, sesama manusia, samada dengan keluarga, kengkawan, mahupun teman istimewa.
Bila bergaduh, akan ada 2 kemungkinan je, samada kita yang salah, mahupun kita betul.
Bila kita salah, kalau kita ni matang, kita akan menjadi manusia pertama yang memulakan sesi kemaafan. Walaupun dah maki-maki orang, dah bergaduh, tapi kita tolak rasa malu, tolak ego ke tepi, kita mintak maaf kat orang yang kita salah tadi.
Sebab, mintak maaf adalah perkara yang susah nak buat dalam dunia. Sebab kita ada ego, sebab dalam bergaduh pun kita masih lagi boleh rasa kita betul, padahal kita yang salah.
Bila kita mintak maaf, dan kitalah yang mulakan dahulu, itu adalah tanda kita ni matang. Kita tak mahu panjangkan pergaduhan, malah kita nak tebus balik silap kita, yela, sebab pergaduhan itu berpunca daripada kita. Dah kita yang salah, kan?
Masalahnya, dalam kehidupan kita, berapa kali kita mintak maaf kat orang atas setiap perbuatan kita? Bila bergaduh, kita hanya biarkan masa sahaja yang elokkan perhubungan, tanpa ada pun sesi mintak maaf kat orang.
Aduhai, betapa besarnya ego kita. Dah la salah, tak mintak maaf langsung. Betapa kita ni tak matang langsung.
Persoalannya, ini kalau kita yang salah. Kalau kita betul?
Ya Allah, betapa hebatnya, betapa matangnya manusia yang meminta maaf, sedangkan dia betul. Kenapa?
Sebab manusia ini lebih sayangkan ukhuwah, daripada ego dan kepentingannya sendiri. Pernah tak berlaku dalam kehidupan korang, ada orang yang minta maaf kat korang, sedangkan yang salah adalah korang? Pernah tak?
Kalau pernah, maka bersedihlah korang, sebab korang tak matang. Dan bergembiralah korang, sebab korang dapat kawan yang matang.
Bila seseorang tu mintak maaf, tak bermakna dia salah, dia kalah. Orang yang mintak maaf, adalah orang yang merendahkan egonya, yang mengaku kesilapan dirinya, yang sanggup mengenepikan kepentingan diri sendiri demi menjaga tali silaturahim.
Why not, mulai hari ini, bila kita bergaduh dengan orang, kitalah yang pertama mintak maaf, walaupun kita betul, apatah lagi kalau kita yang salah. Kita tak rugi apa-apa pun, malah kita semakin dekat dengan kematangan dalam diri.
Dari sudut memaafkan pulak, orang yang matang ni akan cuba memaafkan orang. Kenapa cuba?
Kadang-kadang, mungkin kita disakitkan dengan perlakuan seseorang. Perlakuan dia tadi mungkin membuatkan kita sampai tahap mengalirkan airmata. Maka, mungkin susah untuk kita maafkan orang tadi, walaupun dia mintak maaf.
Untuk memaafkan orang, kita tak perlu terlalu fikir, mengenai nilai maaf si pemintak maaf. Kenapa? Wei, nak mintak maaf adalah perkara yang gila susah, dan walaupun orang tu mintak maaf just hantar sms sahaja, maka itu tanda dia meminta maaf atas kesalahannya.
Bukan senang nak memaafkan, apatah lagi yang mengulangi kesilapannya sampai berbuah pisang berpuluh-puluh kali, atau mungkin kesilapan yang dilakukan oleh orang yang sangat kita sayang.
Jika tak mampu untuk memaafkan, at least cubalah, namun ketahuilah bahawa memaafkan lebih baik.
-Benda yang susah : Meminta maaf walaupun kita salah
-Benda yang lagi susah : Meminta maaf walaupun kita betul
-Benda yang lagi lagi susah : Memaafkan orang
(2) Faham orang lain
Perasan tak, kita selalu nak nak orang yang faham kita. Kita nak orang bersifat kat kita, dengan sifat yang kita suka.
Ketahuilah, bahawa itu merupakan perkara yang paling mustahil dalam dunia. Kita takkan pernah selamanya dapat apa yang kita nak, apatah lagi dengan semua manusia di dunia, akan bersifat kat kita dengan sifat yang kita suka.
Pernah tak kita tanya diri kita, berapa banyak kita pulak yang cuba faham orang?
Apa maksud faham orang? Mudah sahaja, kita meraikan mereka. Mereka ada kelebihan, kita raikan. Mereka ada kelemahan, kita pun raikan.
Bila kita matang, bila orang ajak kita bergaduh, kita tak cepat melatah atau marah, sebab kita terfikir betapa orang yang ajak kita bergaduh tadi tu, memang tak matang. Kalau dilayan, maka kesianlah dia, juga kita, sama-sama tak matang.
Bila kita ajak orang bergaduh, dan orang tu tak layan ajakkan kita tadi, bukan bermakna dia takut dengan kita, tapi dia matang. Mungkin dia sedang meraikan kelemahan kita yang membabi buta dalam tindakan, tak fikir panjang pun.
Ada situasi, kita kena faham orang, kena beralah. Ada situasi, kita kenalah pentingkan diri sendiri. Bila kita matang, dan betul-betul kenal diri kita sendiri, maka kita akan pandai corakkan diri kita, samada nak beralah, ataupun jaga hati sendiri.
Tepuk dada tanya selera, adakah kita ni pernah tak mencuba memahami orang lain, raikan mereka, atau kita nilah manusia yang banyak mintak orang yang faham kita?
Ingatlah, dunia ni umpama roda. Hari ni kita faham, besok orang pulak faham kita. Hari ni kita beralah, besok orang pulak beralah. Hari ini kita mintak orang faham kita, besok orang pulak mintak kita faham diorang pulak.
Maka, bersifatlah dengan sifat, yang kita nak orang bersifat kat kita.
Kalau kita nak orang sayang kita, maka sayangilah orang lain. Kalau kita nak dihormati, hormatilah orang lain. Kalau kita nak difahami, fahamilah orang lain.
Jangan marah kalau kita dicaci, direndahkan mahupun dihina. Mungkin roda kita sedang berputar. Zaman-zaman kita yang mencaci, merendahkan dan dihina itu sedang berpusing ke bawah.
(3) Mampu membezakan penting dengan lebih penting
Bila kita sebut mumaiyiz, adalah kemampuan kita bezakan mana baik, mana buruk, kan?
Tapi matang, adalah kita mampu bezakan antara yang penting, dengan mana yang lagi penting. Dalam kehidupan kita, kita banyak perkara yang kita nak buat, dan semuanya mestilah memberi kita manfaat yang inifiniti dalam kehidupan kita.
Walaubagaimanapun, ia tetap terbahagi kepada yang penting, dan juga yang paling penting.
Benda yang penting, kita kena buat selepas benda yang paling penting siap. Contoh, kita ada diuji dengan masalah yang besar, saat kita sibuk dengan assignment.
Menguatkan diri sendiri adalah penting, tapi buat assignment lagi penting. Kalau tak siap assignment, kita berpotensi untuk gagal subjek tadi. Sedangkan menguatkan diri sendiri atas masalah, berhajat pada masa yang lama.
Antara bercinta dengan belajar, keduanya berperanan dalam hidup kita. Namun selagi takde lagi komitmen sebagai seorang suami, isteri, ayah mahupun ibu, baik kita sibukkan diri dengan mencari ilmu. Bercinta penting, namun belajar itu lebih penting.
Kita ada perasaan diri sendiri, dan kita juga ada perasaan orang lain yang hendak dijaga. Menjaga perasaan diri sendiri adalah lebih penting daripada menjaga perasaan orang lain. Take note ok? Siapakah lagi yang mahu menjaga diri kita sendiri kalau tidak kita?
Tahu tak, dalam kita mengutamakan benda yang paling penting, secara tak langsung, benda yang penting akan turut seiring dengan perkara yang lebih penting.
Janganlah kita lalai bab ni, kerana silap-silap, kita mungkin akan menjatuhkan diri kita dalam masalah dan beban yang sendiri kita cipta. Aduhai, takde beban batu digalas!
(4) Professional dan tak terlalu ikutkan emosi
Kematangan tak pernah dapat dipisahkan dengan keprofessionalan. Apa itu professional? Professional adalah kita mampu berurusan dengan sesiapa jenis orang, tanpa mengira siapa dia, walaupun dia adalah orang yang kita tak suka.
Contoh dalam buat kerja berkumpulan, mungkin dalam masa kita nak buat kerja berkumpulan, masa tulah kengkawan buat hal. So, kalau kita tak siapkan kerja, dengan kita-kita sekali terkorban, maka kena professional, berkorbanlah asalkan kita tak terkorban.
Mungkin kita diminta oleh orang yang kita kurang berkenan, untuk tolong dia. Kalau mampu, kita cubalah tolong. Kalau kita tak mampu, tolaklah dengan sesopan mungkin. Janganlah sebab kita tak suka dia, maka kita biarkan dia dalam kebuntuan sedangkan kita mampu. Mungkin kita yang paling mampu tolong dia.
Pleaselah, bergaduh dan tak suka perkara lain. Membantu perkara yang lain. Professional pun perkara lain.
Semua manusia ada emosi, ada ego, ada pendapat, pendirian masing-masing. Namun kadang-kadang, bila kita terlalu ikutkan emosi kita sendiri, mungkin kita mampu membuatkan orang kurang senang, mungkin juga kita mampu merosakkan organisasi, malah kita mungkin membunuh setiap manusia dengan emosi kita tadi.
Contoh macam dalam kerja berkumpulan, disebabkan kita malas, atau tak ambik kisah, maka kita menyusahkan kawan-kawan lain, dan membunuh mereka dengan ketidak perhatinan kita. Bila kita ditimpa masalah, kita tinggalkan tanggungjawab kita sebab kita beremosi.
Aduhai, kadang-kadang terlalu emosi adalah tanda kita tidak matang. Check check, haha.
(5) Tidak lari daripada masalah
Masalah dicipta bukan untuk dijauhi, juga bukan untuk didekati. Tapi masalah untuk dihadapi, untuk diselesaikan.
Kadang-kadang orang matang ni, air mukanya tenang. Perangainya happy go lucky. Tapi kisah hidupnya basah dipenuhi titisan air mata.
Orang yang matang, dia memandang masalah sebagai satu rahmat. Sebagai medan untuk memantapkan diri, muhasabah dan sebagai kasih sayang Allah S.W.T padanya, yang nak diri dia jadi lebih perfect dan superb.
Orang yang tak matang pulak, dia mencipta masalah yang lain pulak daripada masalah yang sedia ada. Malah dia juga menjadi masalah kepada orang lain, aduhai.
Masalah masalah, haha.
***
Akhir sekali, adalah yang keenam, iaitu takrif kematangan dari sudut kamus kehidupan aku :
(4) Manfaatkan pengalaman yang diperolehi dari masa lampau untuk baiki masa kini, dan untuk bina masa hadapan
Kata orang, pengalaman adalah sekolah yang terbaik. Tidak dapat tidak, aku begitu bersetuju dengan statement ni. Kalaulah aku jumpa siapa yang mengeluarkan kata-kata sebaik ini, aku akan belanja dia masakan tersedap Negeri Sembilan, serius!
Hari ini, aku adalah aku kerana pengalaman aku. Dan kita adalah kita disebabkan pengalaman kita sendiri.
Kadang-kadang pengalaman diperolehi daripada peristiwa-peristiwa kehidupan kita yang begitu pahit dan memedihkan. Kadang-kadang sebaliknya.
Namun, yang penting kita mengambilnya, tak kisah pahit atau manis.
Manusia yang paling rugi, adalah manusia yang tak mengambil pengajaran, tak cari hikmah dan tak bermuhasabah atas setiap dugaan dan cabaran yang dia hadapi dalam hidup. Rugi seruginya.
Bermuhasabah bukanlah dengan mengutuk kelemahan diri sendiri, tapi dengan kenal pasti kelemahan diri kita supaya kita takkan ulang lagi kali seterusnya, itu barulah muhasabah yang munasabah!
Allah S.W.T sengaja ciptakan kita dalam keadaan kita ni tak sempurna, kerana dengan mengambil hikmah dari setiap cubaan dan dugaan kehidupan kita, maka itulah cara kita menyempurnakan kekurangan yang wujud dalam setiap inci diri kita.
Dengan pengalaman yang kita kutip dari masa lampau - samada buruk mahupun baik belaka - kita gunakan untuk baiki kesilapan dan mantapkan kehidupan kita yang sedang kita lalui, masa kini! Jangan sampai kita ulang kesilapan tu untuk kali seterusnya, dan kita boleh upgrade benda-benda kebaikan yang tak pernah lagi kita buat.
Dan berbekalkan pengalaman, muhasabah itu tadi, kita bina, rangka, rancang masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pergh!
Sebab, mengulangi kesilapan buat berapa kali adalah lebih teruk daripada melakukan kesilapan yang baru. Dan kebaikan yang baru dicipta adalah lebih baik daripada kebaikan yang diulang-ulang. Kan?
***
Mengakhiri post, sebenarnya kematangan ni sangat penting. Dengan matanglah, manusia itu dibezakan.
Aku tak kisah dilabel tak hensem, tak pandai dan lain-lain, tapi bila aku dilabel tak professional, juga tak matang, pergh! Aku rasa begitu hina, tahap kaw kaw punya.
Biarlah walaupun umur kita muda, biarlah kita ni masih lagi main game Clash Of Titan, biarlah pakai macam budak-budak, tapi yang penting kita matang.
Dan sebenarnya, bila kita matang, orang boleh nampak dari wajah kita. Orang boleh nampak dari perlakuan kita. Tanpa perlu pun kita bersifat atau bergaya macam orang dewasa, seriously!
Kesemua ini adalah sifir-sifir kematangan mengikut kamus kehidupanku. Kongsi-kongsikanlah kematangan mengikut kamus kehidupan korang pulak. Sebab aku percaya yang membaca ini adalah manusia yang matang, pemikiran dan perbuatan.
Tak rugi jadi matang. Yang rugi bila diri dah dewasa, tapi pemikiran masih lagi macam tumbuhan yang tumbuh kat simen. Hidup segan mati tak mahu gitu. Tak matang langsung.
Kesiannya, kepada manusia yang dilabel tak matang. Sebab itu tandanya pemikiran dan perlakuan standard budak-budak yang main pondok-pondok je. Aduhai.
Maafkan aku atas kesalahan aku, tegurlah aku atas kesalahanku, ego aku mengkaburi mata hatiku. Aku sedang cuba untuk matang, kerana aku tidak matang.
"Bersifatlah dengan sifat yang kita nak orang bersifat pada kita"
AllahumasollialaMuhammad.. thanks bro...errr..sis...eerr...wteva la.. Aq nangis kowt baca blog kau.. Kau bgy jawapan utk soalan yg aq caqi selama ini..Semoga Allah berkatihidup kau..Sumpah, kau dh tlong aq weyh!
ReplyDeleteAlhamdulillah, ada manfaat juga dalam penulisan saya ni. Allahhu, terima kasih kerena mendoakan. Smoga Allah turut memberkati khidupan kamu.
Deletep/s : aku lelaki, haha :)
Teruskan mencari jawapan kepada persoalan yang ada. Teruskan support blog ni ok? Mana tahu ada lagi jawapan secara xsngaja.
AllahuAkbar...untungnya sape yg wat blog mcam ni..aq pon trase gak yg aq pon tak matang...tapi bile bace ayat aq segan dgan diri aq knape lah slama ni aq jdi seprti kebudakan...tpi lpas aq bce ni ya allah perfect betul ape tg di katakan dlam ni...smue yg owner ni citer ade dala kisah hidup aq...thankz geng...ya allah betapa byak nye pahala bile org bace ni...aq pon nak kongsikan kat smua org...berganda-ganda pahala yg kite akan dpt...thankz skali lagi...😘
ReplyDeleteAllahhu, segannya. Saya hanya menulis sebagai suatu luahan daripada apa yg berlaku dalam dunia khidupan sy. Drpd situ, saya bina sifir kmtgn mnurut sy, spya saya jadi manusia yg matang.
DeleteMmiliki sifat kbudakn, xbrmkne xmatang. Matang itu drpd fikirn, dan ia dhasilkn dgn prbuatan. Alhmdllh, smoga kita trus mnjadi manusia yang matang n mmatangkn org lain.
Alhmdulillah, truskn support blog ni ok? Yg baik tu drpd Allah S.W.T belaka.
Assalamualaikum, Alhamdulillah syukur, kata-kata penuh hikmah dan berkesan kat hati. Semoga anda dirahmati Allah selalu dan meneruskan perjuangan ini. Saya terjumpa blog ini ketika saya dilanda kekalutan dan dalam dilema. Syukur dan terima kasih atas pertemuan dengan blog yang indah hasil tulisan penuh dengan hikmah. Saya akan cuba untuk mengamalkannya InsyaAllah doakan saya tetap dalam iman ya, Aamiin.
ReplyDeleteWaalaikumslm. Alhmdllh, syukur kpd Allah S.W.T atas sgalanye.
DeleteSume tu hnya milik-Nya, sy hnya manusia biasa yg bnyk klemahn n pnuh dgn dosa. Alhmdllh, jika prbuatan sy yg kcil n lemah ni bnyk mmbntu awak.
Truskn prjlnn anda, jgn brputus asa wlu skuat mne glombg yg dtg melanda.
Smoga anda juga drahmati Allah S.W.T selalu, smoga sntiasa kuat dlm stiap urusn.
Terima kasih ye atas doa, smoga kita drahmati Allah S.W.T selalu.