Kuasa di sebalik tiga perkataan : AKU MINTA MAAF

Assalamualaikum semua pembaca yang aku sayangi. Subhanallah, betapa hebatnya kuasa Allah S.W.T. Betapa aku bersyukur atas semua nikmat-Nya dalam kehidupan aku.

Huhu, lamanya aku tak menulis. Alhamdulillah, semester kali ini bakal aku tutup tak lama lagi. Tapi kena la menghadap 8 subjek final wei. Hahaha. Kuiz, assignment dan apa yang berkaitan termasuklah karenah lecturer-lecturer kesayangan pun semua dah settle. Hahaha.

Sekarang aku sedang berada dalam study week, seminggu sebelum aku menghadapi paper pertama 28 nanti. Niat di hati nak lah balik ke rumah kejap, nak tengok muka ibu ayah, nak pohon restu sikit. Tapi, direject bulat-bulat oleh madam besar a.k.a ibu aku yang tersayang.

Aduhai, maka menetaplah aku kat bumi Terengganu yang awannya sentiasa menangis. Harap-harap aku tak pergi naik bot untuk jawab soalan final nanti, haha.

***

Suatu malam, aku terfikir sesuatu. Melihat kepada bulan disember yang semakin menuju pengakhiran, menandakan tahun 2014 bakal berakhir, maka aku akan berumur 20 tahun.

20 tahun. Dah takde la berbelas-belas umur. Satu simbol umur yang aku semakin dewasa. 

Rupanya jauh dah aku berjalan dalam kehidupan aku ni. Tapi ternyata masih lagi jauh, jauh gila. Aku terfikir macam-macam, mungkin berangan, mengenai kehidupan aku yang sentiasa berubah-ubah. 

Puas berfikir aku tidur, mungkin itu yang terbaik. Haha.

***

Baru-baru ni aku ada dengar iklan kat radio, tak silap aku iklan keselamatan jalan raya. Mengenai betapa tiga perkataan yang mampu mengubah kehidupan seseorang. 

Bagi aku, ia antara iklan radio yang paling deep pernah aku dengar sepanjang hidup, dan membuatkan aku terfikir bahawa tak perlu pun perkataan yang banyak pun untuk menyentuh hati seseorang. 

Betul lah kata Rasulullah S.A.W bahawa sebaik-baik kalam adalah yang simple but deep. 

Bila kata 3 perkataan, aku terfikir macam-macam, contoh SAYA CINTA AWAK, AWAK SANGAT CANTIK, TERIMA KASIH AWAK, SAYA SANGAT LAPAR, blah blah blah.

Tapi kali ni, aku nak terfikir, dan aku nak berkongsi mengenai 3 lagi perkataan yang memiliki kuasanya tersendiri, iaitu..

..AKU MINTA MAAF.

***

Aku ni boleh lah jugak layan anime-anime ni. Cuma tak lah tegar. Kalau aku boring-boring, or perlukan hiburan semasa baru nak jamah nasi, maka layan lu anime kat internet.

Banyak yang aku suka tentang anime, juga banyak jugak aku tak berkenan, tapi yang paling aku suka mengenai anime adalah, betapa walaupun ia hanya kartun, dan karakter dalam tu semua tak wujud kat dunia, tapi kata-kata or falsafah yang disampai gila deep.

Aku tertanya-tanya, mesti hebat orang yang buat anime ni kan?

Antara anime yang aku layan, tak dapat tidak mestilah Naruto. Tak tegar sangat, tapi banyak aku terkesan, kadang-kadang rasa berkaca mata, sebab falsafah yang disampaikan dalam anime ni gila deep.

Gila deep.

Dalam banyak-banyak yang gila deep tu, aku tertarik dengan bagaimana seorang karakter dalam anime tu, yang asalnya or dari kecik sangat baik, comel, tapi bila besar dan dewasa menjadi antara orang yang paling jahat dan kejam dalam dunia mereka.

Macam Obito, Nagato, Kabuto, Gaara mahupun Sasuke. Dan lain-lain, aku tak tegar, haha.

Kenapa, sebab mereka-mereka ni melalui masa lampau yang sangat pahit, dan kesemuanya disebabkan oleh orang-orang yang kejam, dan akhirnya mereka juga menjadi kejam macam orang-orang tadi.

Dan juga, sebab orang-orang tadi tak mengucapkan 3 perkataan yang berkuasa tadi.

***

Masa aku sekolah dulu, dalam sekitar form 1 dan form 2, senior-senior selalu claim bahawa mencuci tandas merupakan antara cara yang berkesan dan efektif dalam menghilangkan ego.

Lalu senior-senior pun datangkan cerita bahawa ada ulama yang singgah ke masjid selepas selesai memberi kuliah di sesuatu tempat, dan singgah ke masjid untuk mencuci jamban.

Bila ditanya oleh drivernya, ulama tadi cakap sebab dia nak menghilangkan ujub dalam dirinya, sebab dia merasakan dirinya hebat di dunia.

Suatu hari, aku nak mencuba apa yang senior-senior kata. Aku pun pergi la kat tandas asrama, dan aku mencari tandas yang paling kotor.

Nak kata bau memang macam baXX, dengan najis-najis yang masih basah, pergh! Tapi aku try juga, sebab aku nak benarkan hipotesis yang senior-senior kata tadi.

Semakin banyak tandas kau cuci, semakin rendah ego kau miliki.

Persoalannya, adakah berjaya hilangkan ego aku? Jawab aku, tak.

Walaupun kita mencuci beribu-ribu tandas, walaupun kita mencuci tandas yang paling kotor dalam dunia, tapi percayalah, ego kita takkan turun.

Selagi kita tak meminta maaf atas kesalahan kita kat orang.

***

Kadang-kadang, kita tak sedar, betapa kehadiran kita membuatkan orang berdoa supaya cepatlah masa berlalu supaya mereka tak jumpa kita lagi. Aku sendiri pun pernah berdoa camtu, cepatlah masa habis supaya aku takkan jumpa lagi manusia-manusia yang buatkan hati aku sakit.

Bila seseorang sanggup berdoa supaya masa dicepatkan semata-mata dia tak lagi melihat muka-muka manusia yang dia tak suka, percayalah, ini adalah perkara yang besar.

Kenapa besar? Sebab itu dinamakan benci, dan kadangkala benci boleh mencipta dendam. Dan tidak ada kebaikan dalam dendam walaupun satu zarah.

Hari ini dunia diterangi dengan kilauan cahaya api senapang, meriam, bom mahupun nuklear disebabkan dendam. Hari ini dunia basah dengan darah dan cebisan-cebisan daging manusia kerana dendam. Hari ini dunia menjadi saksi manusia hilang sifat kemanusiaan disebabkan dendam.

Maka manusia membelanjakan berjuta-juta dolar, dinar mahupun ringgit, semata-mata untuk mencari solution kepada permasalahan ini.

Sedangkan benda boleh diatasi dengan 3 perkataan yang berkuasa tadi, iaitu AKU MINTA MAAF.

Mendengar kalimah AKU MINTA MAAF memadamkan api amarah dendam, menghilangkan kebencian dan menyuburkan kembali pokok silaturahim dan menghasilkan buah kasih sayang yang manis.

Bagaimana? Dengan hanya 3 perkataan tadi.

***

Bila orang buat aku menyampah, buat aku sakit hati, buat aku sedih, aku akan rasa marah, benci, menangis, rasa nak  bergaduh, malah juga berdendam, tapi bila orang tadi ucapkan AKU MINTA MAAF kat aku, automatik semua yang negatif tadi hilang.

Hilang macam tak pernah ada langsung dalam hati.

Bila aku pula yang buat orang menyampah, sakit hati or sedih, bila aku ucapkan AKU MINTA MAAF kat orang tadi, aku rasa bahagia. Sebab baru aku tahu akhirnya, bahawa untuk menundukkan ego aku yang tinggi gila ni adalah dengan mintak maaf kat orang atas tiap khilaf aku.

Maka aku mengamalkan dalam hidup aku, untuk jangan malu dan segan dalam mintak maaf kat orang lain atas khilaf aku.

Sampai satu tahap, aku tak lagi mintak maaf atas khilaf aku je, tapi aku juga mintak maaf kepada orang yang sepatutnya mintak maaf kat sebab buat aku sakit hati.

Kenapa, sebab bila aku mintak maaf, walaupun aku tak salah, aku rasa tenang dan bahagia. Kenapa, sebab aku tak lagi dikawal oleh ego dan perasaan bahawa aku yang paling bagus.

***

Mintak maaf adalah antara perkara yang paling susah nak buat dalam dunia. Kenapa? 

Bukan sebab mintak maaf memerlukan keberanian, tapi susah sebab kita kena tundukkan ego kita, di mana tundukkan ego pun antara perkara yang paling susah nak buat dalam dunia.

Ego mengikut aku adalah suatu perasaan di mana kita rasa pendapat kita adalah sentiasa betul. Sentiasa betul tak pernah salah.

Meminta maaf menurunkan ego kita dengan kita mengaku bahawa kita salah. Mengaku kita juga ada khilaf. Mengaku kita ni lemah dan taklah hebat sangat. Bukanlah minta maaf tanda kita mengaku salah kita?

Sebab itu aku berpendapat, tak rugi mintak maaf walaupun kau tak sepatutnya mintak maaf, dan orang yang berani mintak maaf mendapat tabik spring dari aku.

Dalam kehidupan aku sehingga kini, aku banyak berjumpa dengan orang yang hebat-hebat. Tapi selalu buat orang sakit hati dan sentiasa claim dia betul. Tak salah walaupun satu. 

Walaupun aku pelik camanalah orang camni tetap ada ramai kawan yang akan mebackup dia, namun aku berpegang bahawa tak semestinya kebenaran itu berpihak kepada ramainya orang yang menyokong.

Bila bertelagah, bertegang kepala dengan orang-orang begini, akulah orang pertama dan satu-satunya orang yang akan mintak maaf. Kenapa? Sebab bukan aku takut atau lemah, tapi aku letih bergaduh. Aku letih membenarkan diri sendiri.

Kerna itu hanya akan buatkan aku ego dan ego dan ego, maka aku mintak maaf supaya aku sedar bahawa itu jalan yang paling baik. Meskipun aku betul, dan dia salah.

***

Hari ini dunia penuh dengan penghuni umat manusia yang pendendam. Hatinya hitam gelap tanpa cahaya melainkan cahaya yang terhasil daripada api dendam yang marak menyala.

Hari ini juga dunia penuh dengan penghuni umat manusia yang hebat-hebat bukan sahaja dalam memberi manfaat dan faedah, tapi juga dalam menyemai sifat benci dan menyampah dalam hati manusia lain.

Amat menyedihkan, manusia yang terperangkap dalam kehitaman dendam yang terhasil dari kepekatan kisah lampau, kini melepaskan dendamnya kepada manusia yang tak bersalah, dan akhirnya mencipta kisah dendam yang tak putus-putus, sentiasa diulang dan diulang.

***

Mengakhiri post, aku nak menyeru kepada semua pembaca supaya jangan segan meminta maaf kat orang lain. Kita tak sedar, mungkin perkara remeh yang kita buat kat orang sebenarnya menjadi mimpi ngeri dia seharian.

Takut takut, kita mencipta manusia yang paling jahat disebabkan kesalahan yang kita buat kat orang lain, sedangkan kita tak tahu pun.

Tak rugi mintak maaf, malah tak jatuh pun martabat kita pun. Makin naik dan dihormati orang lain.

Buat kesilapan adalah fitrah, menyakiti hati orang lain juga adalah fitrah, tapi meminta maaf adalah pilihan. Kita boleh memilih samada menaut tali perputusan dan kebencian juga dendam, atau mengukuhkan simpulan ukhuwah silaturahim.

Kita manusia yang hina dina ni pun, masih lagi tak nak mintak maaf sesama kita. Sedangkan Allah S.W.T adalah Maha Pengampun, walaupun dosa yang dilakukan hamba-Nya sebesar langit dan bumi, namun kalau dia bertaubat nescaya Allah S.W.T ampunkan.

Aku mintak maaf banyak-banyak atas semua khilaf aku, semoga keburukan aku ni tak putuskan walaupun satu urat benang tali ukhuwah kita.

Mohon doa semoga aku dipermudahkan dan dapat flying colour for final. Mintak maaf sekali lagi kepada sesiapa yang mengenali diri aku yang hina ni.

AKU MINTAK MAAF.

Comments

  1. bila baca blog awk ni,, byk menyedar kn..awk byk mgkaji,, saya suka.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, xde la banyak mngkaji, saya bukan saintis. cume sy jadikn pngalamn cikgu sy dlm mntadbir idop, haha, truskn mmbaca :)

      Delete
  2. nice blog.. :)
    terima kasih atas ilmu yg dikongsi ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks awak, sharing is charing :)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts

Terima Kasih Followers