Niat belajar sebenarnya : Memperbaharui niat belajar

Sistem pembelajaran di Malaysia berlainan dengan sistem pembelajaran kat negara-negara lain. Kat Malaysia ada banyak institut pembelajaran macam tadika, tabika, pasti, prasekolah, sekolah rendah, sekolah jenis kebangsaan, sekolah intergrasi, sekolah menengah, sekolah berasrama penuh, sekolah berasrama penuh integrasi, sekolah itu sekolah ini, pondok, ipta, ipts, blah blah.

Banyak gila. Tu baru institut pembelajaran, tempat di mana kita yang duduk kat Malaysia ni nak belajar. Nak cita pasal tahap pendidikan, lagi la.

Majoriti rakyat Malaysia bermula jadi budak sekolah masa darjah satu. Majoriti rakyat Malaysia berakhir jadi budak sekolah sekolah masa tingkatan lima. Minoriti yang bermula dari tabika atau pasti seawal usia 4 atau 5 tahun. Blah blah.

Mula-mula tabika, tadika atau pasti. Lepas tu pergi pulak ke prasekolah. Lepas tu pulak baru la jejak kaki ke sekolah rendah, dari darjah satu sampailah enam. Then bila dah besar sambung pulak ke sekolah menengah, dari form 1 sampailah form 5. Nak power lagi sambung lagi dua tahun, form 6 rendah, form 6 atas.

Tu baru alam persekolahan, bila tahap akhir sekolah hanya sampai form 6 atas je, tak kira secinta mana pun korang pada sekolah, tetap tak boleh nak sambung sampai form 7, 8, 9, 100, sebab takde lagi kat Malaysia. Maka terpaksalah sambung ke, ipta ataupun ipts. Level?

Mula-mula ambik diploma, lepas tu bila dah grade, dah baling topi semua, sambung pulak degree, then sambung lagi master, nak power lagi, sambung lagi ke PhD. PhD je ada 3, pangkat Doktor, Prof Madya dan Prof. Nak up lagi, sampai dapat Prof Ungku.

Then, bila habis semua level belajar kat Malaysia, dari start tabika sampailah ke Prof Ungku, akhirnya belajarlah kat pondok. Tamat, khatam, prefect dah sistem pembelajaran kat Malaysia.

Rasa aku lah. Kalau salah minta perbetulkan. Wuhaha. Aku sendiri bermula seawal usia 5 tahun sebagai budak tadika, hingus meleleh terberak dalam seluar, then kini aku berada dalam tahun akhir sebagai mahasiswa dalam diploma.

Impian aku, nak terus belajar sampai PhD, semoga aku dipermudahkan, Amin.

***

Kita sekarang hidup dalam dunia globalisasi, dunia maju, serba moden serba canggih, juga serba maksiat serba musnah punah. Dan, sekarang ni, semua orang kat dunia, majoritinya pandai-pandai belaka. 

Malah hari ini, semua negara berlumba-lumba nak tunjuk kat negara lain mengenai kepandaian mereka dalam certain bidang, bidang politik negara aku power, bab teknologi negara aku power, tentera negara aku paling kuat dan canggih, blah blah.

Itu baru skop yang besar, kalau aku kecikkan lagi skop, kat Malaysia pun berapa banyak sekolah, malah sekolah tu pun ada taraf, ada sekolah biasa, sekolah asrama penuh, sekolah kluster, sekolah prestasi tinggi. Sama la dengan universiti, ada yang awam dan swasta. Pun banyak, banyak sangat.

Ini adalah bukti. Bukti di mana dunia kini penuh dengan orang bijak pandai. Setakat nak belajar, bersepah merata tempat yang nak belajar, di setiap inci dunia. 

Ini adalah bukti, di mana belajar dan menuntut ilmu ni bukan lagi satu benda rare. Benda yang jarang, sebaliknya belajar dan menuntut ilmu ni adalah benda yang common, tersangat selalu sampai orang jadi pelik bila seseorang tu tak belajar, tak pergi sekolah.

Sebagaimana orang pelik bila kita cakap kita takde fesbuk, takde hepon. Camtulah.

Belajar dan menuntut ilmu ni bukan lagi milik orang kaya dan ada kedudukan je, tak macam zaman sebelum merdeka dulu. Sekarang ni orang yang miskin pun boleh belajar, tempat yang susah kereta nak lalu pun dah ada sekolah.

Dan belajar dan menuntut ilmu di sekolah bukan lagi benda yang budak-budak dan remaja je buat, malah orang dewasa mahupun orang tua, pun belajar jugak walaupun kat sekolah rendah. Walaupun satu kelas dengan depa semua.

Tapi persoalan yang aku nak bangkitkan, adalah why? Kenapa manusia belajar? Kenapa manusia beria-ria sangat nak belajar, kenapa banyak negara berlumba-lumba dalam bab dan soal ilmu? Why, kenapa?

Maka, bila kita membicarakan mengenai sebab, matlamat, kenapa, maka takkan boleh lari dari, niat.

Tanyalah pada diri korang sendiri, apa niat aku belajar?

***

Kalau pergi ke sekolah agama, bila orang tanya apa niat belajar? Maka pelajar atau bekas pelajar atau jurusan pendidikan Islam akan menjawab, niat belajar sebab Allah S.W.T. Haha. Jawapan klise.

Tanya lah kat budak sekolah, atau mahasiswa mahasiswi universiti, apa niat dan sebab depa belajar, maka korang akan dapat macam-macam jawapan, antaranya sebab mak ayah, sebab nak kerja besar, nak gaji banyak, nak jadi pandai, nak jadi lebih dari orang, nak bantu orang, sebab minat belajar, sebab minat orang, blah blah.

Tapi, ada jugak yang takde niat dan sebab. Ni macam lalang tiup angin jela. Angin tiup kanan, lalang pun bergerak ke kanan. Ke kiri, pun ke kiri. Last-last sekali angin kuat, dengan tanah-tanah sekali terbang.

***

Masa aku sekolah rendah dulu, aku sangat suka dan gila suka bila sanak saudara, guru cikgu, kawan-kawan puji aku ni pandai, bijak sana blah blah riak, sebab bagi aku adalah dipuji pandai adalah jauh beza dengan dikeji bodoh.

Paling aku suka, bila dalam kelas tu aku je budak pandai, dan bila cikgu tanya satu soalan yang sekelas tak dapat jawab, then aku dengan riaknya menjawab, kemudian sekelas macam wosh wosh bila cikgu kata aku betul.

Masa aku sekolah rendah dulu, aku antara yang tergolong dalam kategori budak-budak pandai. Ada beberapa orang lagi - tak tahulah apa dah jadi dengan mereka semua, lost contact - dan aku selalu bersaing dengan mereka.

Maka, aku belajar sebab nak bersaing. Tulah niat aku belajar. Sebab nak bersaing merebut takhta no 1. Supaya dapat hadiah time anugerah kecemerlangan. Supaya mak ayah aku kembang bila datang kelas ambik report card.

Bila aku semakin membesar, dah masuk sekolah menengah, aku menggunakan asbab nak banggakan mak ayah, sebagai niat aku belajar. Kalau siapa-siapa tanya aku, maka itulah jawab aku. 

Bila kita berada kat tempat baru, jumpa dengan ramai lagi manusia yang tak pernah kita jumpa, dan mereka pulak pandai-pandai, maka niat akan berubah. Bila aku tengok kengkawan aku ni pandai-pandai, maka niat aku bertukar, iaitu aku belajar sebab nak jadi orang yang paaaaaling pandai.

Adalah suatu benda yang memuaskan hati, bila aku antara orang yang menjadi tempat rujukan member-member dalam belajar, sebab itu tandanya aku antara orang terpandai di sekolah. 

Tapi walau camana pun adalah sikit riak, tapi dalam diri jela, dan aku bersyukur sebab aku tak bangga diri dengan orang, dan tak pernah perkecikkan orang yang kurang pandai dari aku. So kalau riak pun, dalam diri aku je, takde orang perasan.

Dan kalau aku panggil orang bodoh pun, bukan bermaksud aku kata dia bodoh, cuma macam bahasa standard bahasa pasar orang melayu kita lah, bodoh! Haha.

***

Agak lama jugak aku menggunakan niat belajar sebab nak jadi orang paling pandai ni. Sebab bagi aku, orang yang paling pandai adalah orang yang ramai orang sayang. Kenapa, sebab dia pandai. Semua orang suka orang pandai, apatah lagi cikgu guru. Memang diorang akan sayang lebih sikit, haha.

Namun, bila aku jumpa orang yang lagi pandai dari aku, dan dia pulak asyik kena puji, ramai kawan datang minta tolong dengannya dia, maka niat aku belajar sudah berubah, iaitu aku belajar sebab aku nak bersaing dengan dia, dan aku nak surpass dia, nak dahului dia. Supaya title paling pandai tu, adalah milik aku.

So, bila aku ke mana-mana tempat, dan jumpa ramai lagi budak-budak baya aku yang pandai-pandai, maka itulah niat aku. Tapi, bila aku berada di satu enviroment yang majoritinya budak-budaknya pandai-pandai, dan ada pulak yang genius, genius beb! Dan aku pulak tak mampu nak mencapai tahap budak genius ni, dan aku sedar aku  ni taklah sepandai budak-budak yang pandai-pandai tadi - apatah lagi genius - maka aku perbaharui niat aku.  

Iaitu belajar dan menuntut ilmu supaya aku tak jadi jahil, tak bodoh, supaya aku jadi orang pandai. Jadi alim.

***

Hari ni, umat manusia menilai seseorang itu pandai pada sijil dia, pada tempat dia belajar, pada bidang dan ilmu yang dia belajar, dan pada grade dia.

Kalau nak kerja besar dan banyak gaji, employer takkan ambik orang-orang yang sijil dan grade yang cap ayam. Kalau nak sambung belajar ke sekolah-sekolah atau ipta ipts yang ternama, mana main result SPM yang cikai-cikai.

Maka siapa yang dapat flying colour dalam peperiksaan awam Malaysia, maka umat manusia akan gelar depa pandai. Siapa yang belajar sekolah atau universiti yang masyhur, atau kat luar negara, maka umat manusia akan kata mereka pandai. Siapa budak universiti yang dapat pointer dekan, maka orang akan panggil mereka pandai.

Tapi, umat manusia tak peduli, dari mana dan cara bagaimana kita dapatkan flying colour dalam result exam kita. Takde orang tanya, valid ke result kau tu, atau kau ni menipu ke, atau macam-macam jenis soalan. Sebab umat manusia tak peduli, yang penting sijil korang dari sekolah ternama, dari universiti masyhur, dari lulusan luar negara, dan ada grade dan pointer yang tinggi.

Akibatnya, wujudlah isu orang beli sijil, wujudlah pelajar-pelajar sekolah mahupun ipt yang sanggup menipu demi dapat flying colour, dan lagi worse, wujudlah manusia-manusia yang hanya pandai atas kertas, yang hanya pandai dalam sijil je, pointer je tinggi, tapi bila nak pakai di dunia realiti, zero! Takde beza pun dengan mereka-mereka yang result ala kadar je.

Ni bukan salah siapa-siapa, sebab ni adalah realiti, mana ada employer nak ambik fresh graduate yang result cikai-cikai, dan contoh, kalau kita ambik di universiti jurusan bahasa arab, maka kita akan dimarahi oleh lecterur kalau kita tak pandai satu habuk pun bahasa arab, padahal logiknya, proses pembelajaran adalah bermula dari zero. So sepatutnya taklah kena bebel, tapi tu lah, haha.

***

Bila aku masuk ke universiti, aku jumpa macam-macam jenis orang. Ada yang pandai-pandai, ada yang bajet pandai, ada yang average. 

Aku ada jugak jumpa, sesetengah mereka yang pandai, tapi merendahkan orang. Macam dia je pandai. Bila bertanya kat lecterur, seolah-olah macam nak uji ilmu lecterur pulak. Menyampah aku.

But aku menjadi benci, bila mereka-mereka yang pandai ni, tak mahu nak berkongsi ilmu mereka dengan member-member yang average ni, atau mereka-mereka yang betul-betul lost dalam belajar. Lagi bangang, diorang memilih-milih pulak!

Kalau perempuan mintak ajar, diorang tengok comel atau tak. Kalau comel maka seluruh ilmu akan ditumpahkan kepada budak comel tadi, tapi kalau tak comel, maka hujah agama akan dikeluarkan yang melarang belajar lain jantina, aduhai. Hipokrasi.

Tapi sebenarnya, yang buat aku marah, bukan isu budak comel tadi, tapi tak mahu berkongsi tadi. Belajar sebab apa, sebab nak jadi orang paling pandai, sebab nak surpass semua orang di sekeliling depa.

Yup, aku faham betapa nikmatnya bila cikgu lecterur puji bila kita pandai. Mesti rasa kembang gila rasa. Aku faham sebab aku pernah merasa. Aku faham betapa bestnya bila kawan-kawan dok bersorak bila kita berjaya jawab satu soalan yang susah.

Dan aku faham, perasan kita takut orang lain pun pandai macam kita. Sebab akan wujud persaingan yang kuat. Kita nak jadi pandai sorang-sorang je. Kita nak cikgu lecterur puji kita seorang je. Kita nak hebat sorang-sorang je. Sebab tu kita perkecilkan orang, dan kita tak nak berkongsi dengan orang lain, kalau kita berkongsi pun, sikit je.

Aku yakin korang kenal Bruce Lee. Pengamal martial art terulung dunia. Paling power sampai orang cakap dia unbeatable. Boleh buat tekan tubi dengan dua jari je, boleh jatuhkan orang dengan tumbukan jarak satu inci je.

Bruce Lee bermula sebagai pengamal Wing Chun, antara seni bela diri China. Tapi Bruce Lee ada impian, nak bina martial art dia sendiri. Untuk mencapai matlamat Bruce Lee, dia merantau merata-rata dunia untuk belajar martial art orang lain, supaya dia boleh cipta satu seni bela diri yang perfect.

Bila Bruce Lee sampai satu tempat seni bela diri, dan dia mencabar orang yang paling power kat situ. Selepas Bruce Lee menang, dia minta supaya berkongsi dan bertukar-tukar buah-buah pukulan dalam martial art masing-masing.

Tapi mereka-mereka ni, hanya berkongsi buah-buah pukulan yang asas dan tak power pun kat Bruce Lee, sebab diorang takut martial art diorang akan lemah dan takde orang lagi nak belajar dengan diorang. Paling penting, diorang takut Bruce Lee akan jadi paling power dalam sejarah martial art.

Tapi Bruce Lee, walaupun dia menang, tapi dia share semua yang dia tahu. Termasuklah buah-buah pukulan dia yang paling power, tanpa ada perasaan takut pun macam yang mereka-mereka ni tadi. 

Sebab tu, Bruce Lee dihormati dan disegani lawan dan kawan, dan akhirnya berjaya cipta martial art dia sendiri, Jeet Kun Do.

***

Aku tak tipu, aku juga suka bila dipuji pandai. Suka bila orang jadikan tempat rujukan, malah aku juga takut bersaing, takut orang jadi pandai macam aku, dan lebih pandai dari aku. Sebab aku nak jadi pandai sorang-sorang, satu-satunya yang the best.

Tapi bila aku lihat orang-orang yang bersifat macam aku tadi, aku jadi annoying dan marah, dan tersangat terkesan bila tengok orang-orang yang sangat memerlukan, yang betul-betul lost dan hanya nampak mereka sebagai pembantu, menjadi mangsa mereka yang takut berkongsi sebab takut ramai orang akan jadi pandai.

Dan aku terfikir, mungkin inilah yang menyumbang kepada negara-negara yang suka berlumba-lumba tunjuk kepandaian mereka, tapi tak mahu berkongsi sebab takut mereka akan kehilangan sumber duit dan keuntungan mereka yang selama ni milik satu-satunya negara mereka.

Dan akhirnya aku membayangkan, bahawa inilah yang akan menyumbang kepada lahirnya sedikit orang yang bijak pandai tetapi akhlaknya jahat-jahat, dan ramainya umat manusia yang bodoh jahil tetapi akhlaknya baik-baik.

Maka, setelah 15 tahun aku menjadi seorang penuntut ilmu, akhirnya aku menjumpai niat sebenar dalam belajar dan menuntut ilmu, iaitu..

..sebab nak bermanfaat kepada orang lain. Bermanfaat kepada umat manusia.

***

Mengakhiri post yang panjang gaban ni, aku menyeru kepada korang semua, termasuk aku, agar kita muhasabah balik, fikir balik sepanjang kita ni belajar, apa tujuan kita sebenarnya?

Walaupun aku tak pandai, tapi itu bukan penghalang untuk aku berkongsi dengan mereka-mereka yang lain. Tanpa mengira umur, jantina, musuh atau kawan, aku cuba sedaya mampu aku untuk membantu mereka yang kesusahan dalam bab ilmu.

Mungkin aku tak tahu lebih, tapi at least aku tahu sikit. Bagi aku jauh lagi better daripada mereka yang alim tapi nak tolong orang pun, nak berkongsi pun seribu alasan diorang bagi.

Malah yang menyakitkan hati, ada yang kata belajar dengan aku ni salah, ilmu aku salah, bukan bidang aku, aku tak thiqoh blah blah. Memang yang melabel aku tu ilmunya jauh lagi mantop dari aku, tapi kenapa kau tak tampil untuk menggantikan tempat aku? 

Aku bukan nak membanggakan diri, tapi aku nak buka minda korang, dan aku nak ajak korang, supaya berhenti pentingkan diri sendiri, dan marilah kita bermanfaat kepada orang lain, dan bermanfaatlah kepada ummah kita ni.

Hari ni ummah kita kekurangan manusia yang nak memanfaatkan kehebatan dan kepakaran mereka kepada masyarakat, negara dan ummah, sebab masing-masing ada kepentingan masing-masing, dan diikat dengan perbezaan politik, team bola mahupun jenis telefon.

Sebab aku berpegang, yang penting bukan berapa banyak kita ada dalam diri, tapi berapa banyak kita sumbang kepada orang lain. 

Bermanfaat kepada ummah, kalau tak mampu at least kepada negara, tak mampu jugak at least pada masyarakat, tak mampu jugak, at least kepada orang-orang yang terdekat. Ikut kemampuan kita la kan? Yang penting bermanfaat kepada yang memerlukan.

Jadilah macam hujan, di mana ia turun ia memanfaatkan. Sebab ilmu takkan habis bila dikongsi kepada orang, bahkan semakin mekar umpama bunga yang dititis dengan embun hujan.

Apa niat anda belajar dan menuntut ilmu? Katakanlah kerana mahu bermanfaat pada ummah :)

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers