Family Man : Mencintai keluarga (review Ip Man 3)
Assalamualaikum warahmatullah kepada semua pembaca yang aku sayangi.
Aku doakan agar kalian semua berada dalam kebahagiaan hidup, dan semoga mata korang semua bebas daripada mengalirkan air mata kerana dihimpit permasalahan kehidupan.
Jika mengalir, biarlah kerana terlalu happy atau diserang mamai selepas bangun tidur. *insert lawak hambar di situ*
Macam biasa, muqadimah post aku mesti dimulakan dengan sesi bermaafan ala-ala seorang anak kepada ibunya, yang sudah lama tidak balik ke rumah - walaupun actually boleh balik - tapi tak nak balik sebab acah bajet nak stay di asrama nak buat assigment dan study, padahal seminggu tu makan tidur je.
Jadi maafkan aku, sebab dah lama tak update blog. Seriusly, kesibukan kehidupan yang menyerang aku secara tabieiyyahnya menyebabkan aku kadang-kala keliru samada aku betul-betul busy atau bajet busy.
Dan alhamdulillah, aku pun dah selamat kembali ke universiti, selepas seminggu bercuti - yang kejap gila -. Yang pastinya, walau sehingga sekarang aku masih susah untuk move on, nak terima hakikat bahawa cuti midsem aku sangat sekejap tahap gaban, tapi alhamdulillah, aku bersyukur.
Owh, dan cerita anak yang bermaafan kepada ibunya kerana dah lama tak balik rumah tu bukan aku ok? Rasanya lah, hahaha. Ada ke aku buat camtu, eh, rasa macam ada? *insert lawak hambar di situ*
***
Btw, sebelum aku memulakan post baru aku yang bukan sahaja ditunggu-tunggu oleh korang semua, malah termasuklah aku yang hari-hari terfikir bilalah aku nak update blog, izinkan aku untuk promote sikit tentang apps WowApps ni.
Ya ya, kalau korang perasan di banner blog ni ada aku tambah sikit dengan akaun WowApps aku, dan memang kepada yang mengenali aku pun tahu bahawa aku memang tak berminat dengan bisnes, macam topup, produk kesihatan, tudung, apatah lagi bisnes menjual burger di tangga-tangga asrama.
Dan aku pun join apps ni secara paksarela, sebab ayah aku bersemangat waja mempromote kat aku, dan disebabkan sayangnya aku kepada ayah, maka aku terima dengan hati yang redha.
Secara ringkasnya, apps WowApps ni lebih kurang macam Whatsapp, Telegram dan lain-lain, dan perbezaan yang paling besar adalah kita mampu buat duit dengan hanya chatting dengan member-member kita.
Walaupun WowApps lebih kurang macam MLM, sebab kita kena cari downline bawah kita, tapi WowApps bukan sistem piramid yang menguntungkan upline, dan walaupun upline akan dapat income - bukan banyak sangat -, tapi kalau kau yang berusaha banyak, chatting banyak, kau yang akan dapat lebih.
Kita dibayar oleh WowApps sebab kita membantu sebarkan iklan-iklan dan advertise, so semakin lama kita guna WowApps, semakin ramai downline kita, maka banyaklah income kita. Dengan menggunakan sistem wowcoin - 100 wowcoin yang masuk bersamaan dengan 1 US Dolar -, kita boleh pilih samada nak cash out ataupun donate kat 2000 lebih pusat kebajikan seluruh dunia.
Server WowApps sangat bagus, kalau buat call atau video call online pun jelas. Dan yang pastinya, WowApps ni PERCUMA, tak keluar duit walaupun sesen, takde modal itu ini. Dengan review seluruh negara yang baik, in sha Allah WowApps ni selamat.
So, kalau berminat, bukalah link yang aku letak di banner blog, join aku ok? Malah, aku harap, aku boleh buat satu group WowApps yang ada korang semua pembaca blog ni, so kita boleh sembang berkongsi dan lain-lain, tanpa ada had.
Ok? Jangan lupa klik di banner blog, dan jom sembang-sembang dengan aku ya?
***
So cukuplah dengan promote WowApps tu, lebih-lebih pulak. Patutnya aku kena kuatkuasakan akta no advertising kat blog aku ni. Ok, abaikan. *insert lawak hambar di situ*
Ehem-ehem.
Baru-baru ni, aku dan kakak aku yang tersayang tengok cerita Ip Man 3, tak tengok dekat pawagam pun, sebab jimat duit dan boleh tengok cerita sambil pelahap nasi berlauk dan pakai seluar je, bukannya pelahap popcorn sejuk dan pakai acah smart macam nak pergi kelas.
Cerita Ip Man 3 ni sangat best, macam sequelnya Ip Man 2 dan main Ip Man 1. Namun, sejujurnya, Ip Man 3 ni tak banyak sangat action dan koreografi martial art macam Ip Man 1 dan 2, tapi Ip Man 3 ni memberikan aku satu pengajaran yang sangat sempurna, betul-betul bernilai.
Disebabkan sampainya mesej tersebut kepada aku, aku dilihat beberapa melakukan percubaan mengelap mata, kerana mata seakan-akan berkaca dengan genangan air mata, dan cuba cover-mecover kerana aku tengok Ip Man 3 ni dengan kakak.
Hahaha.
Secara ringkasnya - sori sebab spoiler alert - Ip Man, seorang grandmaster Wing Chun, juga dikenali oleh orang ramai, terlalu banyak berbakti kepada masyarakatnya, sampai kurang meluangkan masa dengan familynya, terutamanya isterinya.
Mula-mula isterinya tak terasa sangat dengan perbuatan Ip Man ni, tapi bila anak mereka hampir-hampir dibunuh sebab Ip Man mempertahankan sekolah anaknya yang cuba dirampas oleh gangster, menyebabkan isterinya marah, sampai ditamparnya Ip Man, walaupun Ip Man seorang grandmaster Wing Chun yang terulung.
Kehadiran watak sampingan - entah apakah nama beliau aku tak ingat (EAN BATI) -, yang juga memiliki kepakaran dalam Wing Chun, berazam untuk mengatasi Ip Man, dan nak jadi terkenal macam dia dan ada madrasah kung fu sendiri.
Namun, dalam diam, isteri ip Man telah didiagnosis dengan barah, dan dijangka hidup dalam beberapa bulan lagi. Ip Man akhirnya sedar kesilapannya, dan meluangkan masa dengan isteri dan anaknya, tanpa mengambil kira apa yang berlaku dalam dunia kung fu.
Ean Bati, yang dulunya cuma bekerja sebagai perebet sapu, telah pun berjaya membina namanya dalam dunia kung fu, malah berjaya membina madrasahnya sendiri. Beliau telah pun mencabar Ip Man, untuk membuktikan siapakah grandmaster Wing Chun yang sebenar, namun tidak dipedulikan Ip Man yang sibuk meluangkan masa bersama isteri dan anaknya yang tercinta.
Tetapi, kerana sayangnya seorang isteri kepada suaminya, dan betapa dia mengenali suaminya, akhirnya Ip Man telah pun beradu kekuatan dengan Ean Bati, atas permintaan isterinya, dan Ip Man menang dan dia sendiri diakui oleh Ean Bati, sebagai grandmaster Wing Chun.
***
Alhamdulillah, Allah S.W.T telah memberikan aku begitu nikmat yang banyak, terutamanya kelebihan-kelebihan - walaupun masih lagi seorang manusia yang hina di kalangan manusia-manusia -, yang ada pada diri aku ni.
Aku banyak berbakti, program di sana sini, dengan komitmen aku sebagai seorang mahasiswa lagi, tapi sedihnya, betapa kurangnya masa yang aku luangkan bersama keluarga aku yang tersayang.
Aku masih ingat lagi, ketika aku berada di Tingkatan 3, di mana zaman itu Facebook diangkat sebagai medium perhubungan yang superb - dan bukannya krik krik krik macam sekarang -. Cuti aku di rumah selama 3 hari 2 malam sebagai cuti mingguan asrama, aku habiskan dengan berchatting online dengan member-member je.
Sehingga kurangnya masa aku berchatting dengan keluarga sendiri, terutamanya ibu dan ayah. Duduk rumah dengan menguncikan diri di bilik, hanya turun ke dapur untuk makan, malah jarangnya aku makan bersama keluarga.
Malah, dalam cuti yang singkat itu, aku juga kerap keluar bersama kawan-kawan di luar, ke mall, lepak bersama, sehingga ibu aku marah sebab kurangnya masa yang aku luangkan, dan akhirnya berakhir dengan pergaduhan aku bersama ibu.
Aku masih ingat lagi, hari di mana ibu meluahkan perasaannya kepada aku, yang tak banyak luangkan masa dengan keluarga acap kali balik ke rumah, Malah, ibu juga menyampaikan luahan ayah yang sedih, kerana ada ke takde aku di rumah, sama sahaja.
Semakin aku membesar, umur makin naik, wajah makin hensem, badan makin sado, aku menyedari bahawa pentingnya untuk aku luangkan masa bersama keluarga aku. Malah, masalah-masalah yang hadir ke dalam kehidupan aku - yang banyak berlaku dalam persahabatan dan percintaan - membuatkan aku semakin menghargai keluarga.
Kawan-kawan datang dan pergi, di awalnya kita bergelak bersama, tapi disebabkan keegoan, sifat mahu diikuti dan hanya kau sahaja yang betul, menyebabkan akhirnya bukan sahaja kita tidak lagi gelak bersama, malah hanya tangisan sahaja yang tinggal, sehingga kini.
Dan juga, kesilapan aku dalam memberi hati dan kepercayaan kepada orang yang salah, dahulunya.
Tapi tidak kepada keluarga, sentiasa berada tatkala aku suka mahupun duka. Dan menerima aku seadanya, dan tak pernah sesekali mengkhianati aku.
***
Actually, tak salah sebenarnya luangkan masa dengan orang lain, dengan kawan-kawan ke, orang kesayangan dan lain-lain. Tapi jangan sampai lupa kepada keluarga sendiri, dan biarkan masa-masa kita dihabiskan tanpa ada peruntukan masa tersebut untuk mereka.
Selalunya perkara ni berlaku kepada anak muda-mudi, yang tinggal di asrama, bila balik ke rumah, sibuk nak luangkan masa bersama kawan-kawan mereka. Rumah hanya tak lebih sebagai hotel, dan keluarga itu hanya sebagai isi rumah sahaja.
Aku teringat kata-kata Ustaz Azhar Yaakub, lecturer aku - juga seorang murobbi, member dan ayah kepada ku -, bahawa sementara masih muda ni, dengan tak lagi memiliki keluarga sendiri, maka luangkan masa sebanyak mungkin dengan mereka.
Sebab katanya, nanti kita akan kurang dah masa untuk luangkan bersama mereka, kerana kita dah pun sibuk dengan keluarga sendiri.
Jauh di sudut hati, aku mengakui kebenaran katanya, dan tidak ku sedari, mata aku berkaca.
Melihat kepada cerita Ip Man 3, Ip Man sanggup berbakti kepada masyarakat, malah beliau memiliki kelebihan yang banyak, dihormati masyarakat dan juga pandai berkung fu. Tapi kelebihan-kelebihan tersebut tak digunakan untuk keluarganya.
Samalah juga, kelebihan-kelebihan yang ada pada aku ni, berapa banyaknya yang aku gunakan untuk keluarga aku?
Malah, kita sanggup bersusah-payah untuk orang lain, yang bukan pun bertitle keluarga kita, seperti Ip Man yang sanggup menjaga kawasan sekolah setiap malam walaupun tak dibayar dan juga dicop masyarakat sebagai 'pak guard', tapi tak dapat makan malam bersama isteri dan anaknya.
Allahhu, betapa banyaknya masa yang kita luangkan bersama dengan orang-orang yang tak semuanya menghargai perbuatan kita, tidak seperti keluarga kita yang menerima kita seadanya, dan sentiasa menghargai kita.
***
Sehingga hari ini, aku akui aku bukan seorang family man yang sempurna. Seorang family man yang betul-betul bersama dengan orang-orang kesayangannya setiap masa. Disebabkan komitmen aku dengan pelajaran, persatuan dan lain-lain, maka masa yang ada kurang aku luangkan bersama orang-orang kesayangan aku.
Namun, aku mencuba. Mencuba sedaya aku.
Apabila aku dapat meluangkan masa dengan keluarga, aku gunakan dengan sebaik mungkin, urusan kerja aku tolak tepi, malah aku juga dicop oleh beberapa orang kawan lama yang katakan aku sombong tak mahu bergaul dan buang kawan, sedangkan aku mahu luangkan masa bersama keluarga.
Bagi aku, keluarga yang dianggotai oleh orang-orang kesayangan aku ni, adalah antara harta aku yang berharga. Jadi, sementara masa masih ada, aku hargai dengan sebaiknya, dan luangkan masa-masa yang aku ada bersama keluarga aku.
Walaupun jauh daripada sudut hati, aku sedar hakikat bahawa masa aku akan kurang bersama mereka tatkala aku berkeluarga kelak, dan aku percaya, bahawa mereka juga menyedari hakikat itu.
Mengakhiri post, cerita Ip Man 3 sarat dengan mesej-mesej yang berguna, terutamanya dalam menjadi seorang ahli keluarga, atau orang kesayangan, yang menyintai keluarga dan orang-orang kesayangannya.
Babak di mana Ip Man mengendahkan iklan Ean Bati di surat khabar, yang mencabarnya fight one vs one untuk buktikan siapakah grandmaster Wing Chun, walaupun isterinya jelas perasan akan iklan tu sebab duduk di sebelahnya, betul-betul mengusik sukma aku.
Malah, aku hampir menitiskan air mata, bila Ip Man dengan happynya menari cha-cha dengan isterinya - yang memang gemar menari, malah Ip Man sanggup belajar menari -, sedangkan waktu tu seluruh dunia kung fu menunggu kehadiran Ip Man, untuk membuktikan siapakah grandmaster Wing Chun bersama Ean Bati.
Jelas, bagi Ip Man, title tu takde gunanya nak dibandingkan dengan masa seorang isteri yang ada berapa bulan lagi nak hidup.
Aku mencuba sedaya upaya untuk luangkan masa bersama keluarga, walaupun dengan hanya menebalkan muka buat gaya budak 6 tahun manja-manja dengan ibu aku di khalayak ramai, dan pegang tangannya acap kali jalan bersama.
Siapalah aku, dengan semua kelebihan dan title yang aku ada, tanpa kehadiran keluarga yang senantiasa berada di sisi aku sehingga sekarang?
Malah, siapa aku hari ini, adalah kerana mereka.
Ya Allah, berkatilah kehidupan mereka-mereka yang aku sayangi ini, dan sediakanlah untuk mereka tempat di syurga-Mu kelak.
Mulai hari ini, luangkanlah masa yang banyak untuk keluarga kalian. Sesibuk mana pun anda, maka cubalah, walaupun dengan hanya seminit perhubungan telefon, ataupun sepatah perkataan 'Hai' di Whatsapp, Telegram mahupun WowApps.
Dan jangan menunggu sehingga suatu hari Allah S.W.T kurangkan masa itu, kerana saat itu, kita takkan mampu berbuat apa-apa, melainkan menyesali masa-masa yang telahpun pergi.
Bak kata Ip Man : "Nothing is more important than being around your loved ones."
Comments
Post a Comment