#TipsMasukU : Tips dan pesanan buat bakal mahasiswa oleh mahasiswa

Assalamualaikum wbt, apa khabar kalian semua, pembaca yang aku sayangi sekalian? Aku doakan agar kehidupan kalian semua sentiasa dipenuhi dengan senyuman-senyuman yang sampai ke telinga.

Alhamdulillah setelah sekian lama aku menyepi daripada menulis, disebabkan komitmen sebagai mahasiswa, juga dengan exam-exam yang penuh dengan permainan emosi - walaupun kelihatan setiap hari berwasup dan kuat bertweet di Twitter - akhirnya aku kini duduk di depan lappy sambil meneruskan pekerjaan sampingan sebagai blogger tak berlesen.

Akhirnya sem selamat melabuhkan tirai, dan kini aku duduk di rumah menikmati cuti dengan senyuman yang panjang sampai ke anak rambut, selama 3 bulan lebih. Moga-moga cuti aku ni dipenuhi dengan perkara yang berfaedah, bukannya tahi mata yang entah ape jadah.

Hohoho.

Terima kasih aku ucapkan kepada kalian semua, kerana masih lagi setia membaca walaupun aku berhenti menulis sekejap, oklah bukan sekejap, lama. In sha Allah, aku akan cuba lebih istiqomah menulis berkongsi bersama kalian semua.

Aku memohon maaf kepada kalian yang komen, dan email yang tak sempat aku balas. Kadangkala aku sibuk, kadangkala aku rasa tak mampu menjawab, jadi in sha Allah, aku akan tulis satu post untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut.

***

Sebelum aku sampai ke post, izinkan aku untuk mengucapkan tahniah kepada mereka yang dah berjaya menghabiskan pelajaran, mostly aku rasa SPM dan Diploma. Junior-junior aku bukan main seronok depa semua, sebab habis dah diploma 2 tahun.

Aku yakin, setiap daripada mereka ada sebab kenapa diorang happy. Samada sebab dah habis paper, takyah belajar lagi, ataupun sebab dah puas jadi patung cendana menghadap kawan-kawan yang berperangai macam syayathin (jama taksir kepada syaitan).

Aku masih ingat lagi, setelah habis je last paper aku Diploma dulu, perkara yang membuatkan aku ekcited adalah ibu dan ayah dalam perjalanan mereka, dan dah nak sampai untuk jemput aku kat universiti. Ialah, sepanjang aku belajar, mereka datang dua kali je, masa aku mula belajar dan masa aku habis.

Sebab apa lagi, nak ambik barang akulah, hahaha.

Baru-baru ni result UPU dah pun keluar, untuk kemasukan Diploma. Jadi tahniah kepada adik-adik yang lulusan SPM, sebab berjaya melangkah ke satu lagi frasa dalam kehidupan. Walaupun ke mana kau, ke IPTA, IPTS, kolej, matrikulasi, insitut kemahiran, ke luar negara samada dengan biasiswa kerajaan, bukan kerajaan mahupun biasiswa FAMA (father mother).

Aku tengok kat Twitter, diorang semua dok bagi tips-tips nak masuk universiti, dengan hastag macam tajuk post ni. Ada yang betul, ada yang mengarut, tapi dah nama media sosial, mesti banyak mengarut daripada betulnya. Tapi ada satu tweet yang aku setuju, camni bunyinya :

"Jgn jatuh cinta dgn abg Fasi. Kena sabar bnyk2, sebab yg hnsem2 semua tngh cuti. #TipsMasukU"

Alhamdulillah, walaupun aku masih lagi belum pertengahan tahun-tahun degree, tapi alhamdulillah aku dah pun berjaya menamatkan diploma, dah ada sijil pun.

Jadi, selama 2 tahun aku di universiti, aku rasa aku mampu memberikan sedikit tips dan pesanan, dan jangan risau kesemuanya adalah betul - in sha Allah - dan bukannya mengarut dan dipenuhi dengan pikup line chia chia chia.

Seriusly, post ni panjang gila, alang-alang boleh biasa sebab nanti nota, slide, buku, kitab atau muzakiroh nanti lagi panjang. Semoga tips dan pesanan ni berguna untuk adik-adikku sayang, yang bakal memasuki alam universiti, dan menjadi manusia terhebat permata negara kita yang tercinta.

Aku pecahkan kepada 4 tajuk besar, dan setiap di bawahnya ada point, senang tak serabut dan kemas. Oh, sistem ni sesuai dan bolehlah start slow-slow guna masa nak buat nota kat universiti nanti ok?

Eh, awal sangat terbagi tips.

***

(A) Pelajaran

(1) Mungkin korang bertuah, sebab dapat kos yang korang minat. Tapi ada juga di antara korang yang tak bertuah, dapat kos yang korang tak minat langsung. Silap-silap, dapat kos yang memang lari jauh daripada minat, malah lari daripada stail dan perangai korang.

Contoh, masa mohon nak ambil kulinari sebab minat memasak dan nak lembutkan hati bakal mertua. Sekali dapat law, ambik kau, mau berdebat dalam court bawak senduk. Masa mohon nak Tesl, sekali dapat Syariah, ambik kau, dah lah muka takde tokoh langsung.

Ok tu just joke je, mohon jangan bash aku dengan akta-akta law dan juga dalil Quran, fatwa dan qias.

Walau apa pun, cuba teruskan, cari minat dan buat semampu boleh, kalau tak mampu, jangan risau, kalau ada rezeki korang boleh tukar. Tapi cubalah dulu, mana tahu memang kos tulah yang betul-betul sesuai dengan korang, ok?

(2) Setiap kos ada sem, banyak atau sedikit bergantunglah kepada kos. Tapi actually, setiap kos ni darjat pembelajaran dia makin susah, bukan makin senang. Jadi scorelah di awal-awal, kalau boleh dapatkan 4 flat, supaya result diploma nanti cun melecun.

Janganlah mentang-mentang awal, malas nak belajar. Start belajar, biasa-biasakan belajar di awal waktu, jangan nak tunggu akhir sem baru nak pulun gila nak mati.

(3) Di universiti, sistem pembelajaran bukan macam sekolah, bergantung kepada hafalan, juga bijak atau pandai. Di sekolah, mereka yang bijak markahnya tinggi, dan yang kurang markahnya rendah. 

Tapi kat universiti, takde orang yang bijak dan pandai. Yang ada hanya orang yang malas atau rajin je. Walaupun korang di sekolah dahulu tak pandai, tapi itu bukan maknanya ia akan kekal camtu kat universiti.

Dan tak keterlaluan aku cakap, bahawa di universiti, yang result tinggi tu bukan semuanya pandai, dan yang result rendah bukan semuanya tak.

(4) Di universiti guna sistem carry mark, kadangkala 50 carry mark, 50 final, kadangkala ada carry mark sampai 60 atau 70. So, untuk dapatkan markah tinggi dalam final, so score betul-betul kat carry mark.

Nak score carry mark bukan payah, buat assignment, dan score dalam kuiz. Silapnya, masa kuiz dapat rendah, sebab besok nak kuiz dua jam sebelum baru terhegeh nak revision. So, untuk dapatkan markah tinggi dalam final, rahsianya adalah pulunlah carry mark sebagaimana anda memulun untuk final.

(5) Di universiti, biasakan diri buat assignment dengan cantik, kemas dan bukannya setakat nak siap, lepaskan batuk di tangga je. Semua tu ada nilainya di mata lecturer, dan boleh jadi ia akan jadi imej lecturer kenal kita lagu mana.

Rahsia nak buat assignment yang cantik 2 je, satu buat dengan passion dan minat, dua pulak, BUAT DI AWAL WAKTU!

(6) Kalau ditakdirkan Allah korang dapat group kumpulan yang memang malas, suka buat kerja last minit, buat kepala sendiri, bajet semua, maka korang kena ambik tindakan, dan jangan biarkan kerja tu tak bersiap.

Dapat ahli group yang macam haramjadah bukan alasan, jadi jangan sampai korang terkorban bersama mereka. Buatlah, berbincanglah, persuade mereka dan ajak mereka buat sekali.

(7) Jangan sesekali ponteng kelas! Di universiti, takkan ada siapa yang akan gerakkan korang, bunyikan loceng, ketuk pintu, rotan kat kaki, spray ke apa, semuanya sendiri. Malah ada universiti yang ambik serius kedatangan mahasiswa, sampai ada kalau beberapa kali tak datang, akan dapat surat amaran malah sampai tahap tak boleh masuk exam!

Datanglah kelas 10 minit awal, gerak ke kelas awal supaya tak kelam kabut. Bagi aku, rasional tak ponteng kelas ni bukan sekadar berkat semata-mata, tapi takut lecturer buat kuiz carry mark mengejut, ataupun tertinggal nota syarahan dan penerangan mereka.

Aku merasa, belajar sendiri satu topik, dengan bahasa Arabnya lagi, dengan gaya penulisan kitab lagi, sebab aku ponteng kelas tu, sebab ngantuk kelas awal sangat. Allahhu, sampai sekarang tak ponteng, selagi takde masalah.

(8) Jangan lupa ambil berat dengan apa yang berlaku di universiti, contoh macam bila tarikh akhir daftar kursus, mentor mentee, jadual exam dan lain-lain. Dah tak boleh malas dah masuk universiti ni, apatah lagi bergantung dekat orang lain.

Mostly, tentang apa yang berkaitan dengan pelajaran. Tahu kelas kat mana, pukul berapa, kelas ganti, ujian kuiz bila, semua tu kena ambil berat dan cakna.

(9) Belajar jadikan perpustakaan sebagai antara tempat wajib pergi, untuk belajar, cari bahan rujukan, dan diskusi. Jangan just setakat lepak, curi wifi, nak rasa ekon, apatah lagi just nak dating je.

Jangan sampai tak pergi sudah. Bebawaklah pinjam satu dua buku sekali kat library universiti.

(10) Hormat lecturer. Lecturer ni pelbagai karenah dan stail. Ada yang garang, ada yang sempoi, ada yang annoying, macam-macam.

Tapi walau camana pun perangai mereka, ingatlah mereka tu memberikan kita ilmu, jangan kutuk perkecilkan dan disrespect diorang semua. Mereka tu umpama ibu dan ayah, dekati dan rapatlah dengan mereka. Belajar dan cari pengalaman dalam mendekati mereka.

Bukan just mengampu atau ada kepentingan tertentu. 

Jangan lupa untuk save nombor mereka semua, takut ada hal yang perlu korang bincangkan. Dan jagalah adab korang sebagai seorang mahasiswa, janganlah sampai pukul 3 pagi wasup lecturer tanya assignment nak cari buku apa!

(B) Ko-kurikulum

(1) Di universitilah, antara tempat paling bagus membina jati diri dan membina soft skill. Jadi cubalah aktif dengan persatuan atau sukan di sana. Jangan hanya duduk di bilik main game, lepak dengan kawan je.

Percayalah, ramai orang hebat bermula di universiti.

(2) Tapi, janganlah sampai terlalu aktif sehingga pasif pelajaran korang.

Ingat, tujuan korang masuk universiti adalah belajar dan dapatkan sijil, jadi janganlah sampai komitmen korang semua terhadap persatuan atau sukan menganggu komitmen korang terhadap pelajaran. 

(3) Jadikan persatuan tiket untuk  membina sahsiah dan peribadi diri, bukan untuk membangga diri seolah-olah korang mahasiswa paling power di universiti.

(4) Berjawatan dalam persatuan atau dah anjur banyak program bukanlah tanda korang adalah orang yang hebat, bijak dan sentiasa betul. Belajarlah untuk menerima pendapat dan idea mereka yang hanya mahasiswa biasa.

Dan jangan lupa, sentiasa ada orang yang lebih hebat daripada kita di universiti, cuma mereka memilih untuk tidak aktif seperti kita.

(5) Andai berjawatan tinggi dalam persatuan, jadilah mahasiswa yang bermanfaat kepada universiti, mostly kepada mahasiswa-mahasiswa lain. Buatlah program-program yang menajamkan minda mereka, bukan menumpulkannnya sehingga rapuh dan patah.

(6) Semakin tinggi kita mendaki, semakin kuat kita beringat kepada tempat rendah. Jangan lupa kepada yang rendah, kerana yang tinggi takkan kekal tinggi.

Berbuat baiklah kepada semua orang, ingatlah jawatan-jawatan dalam persatuan universiti ni hanya sebagai pemudah cara je, bukannya melabelkan kita lebih daripada semua orang.

(C) Persahabatan

(1) Kalau korang masuk ke universiti bersama kawan-kawan sekolah, so janganlah asyik dengan mereka je. Aku tak suruh korang lupakan mereka, jauh daripada mereka ke, tapi berkawanlah dengan ramai orang, sebab di universitilah kita akan jumpa macam-macam jenis orang.

Setiap daripada mereka tu, akan berikan pengalaman dan pengajaran kepada kita.

(2) Bagi aku, kawan yang betul-betul korang kena rapat dan mesra adalah roomate, then kawan secourse, dan barulah yang lain.

Kenapa roomate dahulu? Sebab percayalah cakap aku, bergaduh dengan roomate yang seorang tu jauh lebih teruk perasaannya daripada gaduh dengan satu batch korang.

(3) Belajarlah untuk menghormati perasaan, ideologi, pemikiran dan idea seseorang. Berbeza kesemua itu dengan korang bukan alasan untuk korang menyakiti perasaan fizikal dan mental mereka.

Walau camana korang tak bersetuju, ataupun nak ikutkan hati perasaan dan kehendak, ingatlah bahawa mereka pun ada juga hati perasaan dan kehendak.

(4) Sem pertama adalah sem yang paling seronok, sebab korang akan merasakan bahawa korang memiliki kawan-kawan yang sekepala, malah korang rasakan macam kawan-kawan tulah dunia akhirat.

Tapi bersedialah, sebab dekat-dekat nak habis nanti, masing-masing akan tunjuk perangai sebenar. So, jangan terkejut, apatah lagi bersedih. Be happy, dan teruskan kehidupan korang.

(5) Contribute lebih samada dari sudut idea mahupun gerak kerja dalam assignment grouping. Bukannya jadi parasit, ataupun pekerja pasif. Hormati dan patuh masa bila nak mula gerak kerja. Kalau janji pukul 9 malam, bukan pukul 11 malam baru nak cari orang. Ingat, semua orang ada hati, perasaan ada masa mereka masing-masing.

Bila dapat markah, semua dapat markah sama padahal gerak kerja tak sama. Camana nak berkat?

(6) Di universiti, disakiti oleh kawan-kawan samada sebab assignment, perangai diorang atau apa ke, tu biasa. Tapi menyakiti orang tu adalah bukan biasa. So tolonglah, jangan jadi yang bukan biasa ni.

Biarlah kita disakiti, jangan kita yang menyakiti. Dan sesakit mana pun, jangan biarkan ia sampai menyakitkan pembelajaran kita.

(7) Kalau ada kawan-kawan yang buat baik atau kebajikan kepada mereka, maka hargailah mereka sepenuhnya. Memang mereka tak minta untuk dibalas kebaikan mereka, tapi kalau korang nak membalas, jangan balas dengan menyakiti perasaan mereka.

Dan jadilah manusia yang banyak berbuat baik dan kebajikan kepada kawan-kawan. Tapi ingat, jangan sampai korang dipijak dan dipergunakan pula.

(8) Jika korang adalah golongan yang sentiasa tasbih di tangan, maka jangan korang perkecilkan golongan yang sentiasa rokok di tangan.

Berkawanlah dengan semua orang, jangan sesekali merasakan korang adalah orang yang sempurna. Jauhi stereotype, perjudis, syak wasangka, dan dekatilah cinta persahabatan dan saling menerima.

(9) Jangan salah pilih kawan. Ada kawan yang akan membawa kita ke syurga, ada yang sebaliknya. Malah, jangan lupa menjadi seorang kawan yang sentiasa membawa kawannya jauh dari neraka.

Orang yang korang lihat ramai kawan tu bukan tanda dia betul, itu hanya disebabkan dia disukai ramai sahaja. Adatlah, yang betul itu memang tak disukai.

(10) Jauhilah kawan-kawan yang menjadikan kita aset, sedangkan bagi kita mereka adalah liabiliti yang perlu disusutkan nilainya.

(D) Percintaan 

AKU BUKAN MENGGALAKKAN KORANG BERCINTA DI UNIVERSITI, TAPI KALAU DAH ITU TAKDIRNYA, MAKA APA BOLEH BUAT? YANG PENTING BUKAN KORANG YANG TERHEGEH-HEGEH, MENCARI-CARI, APATAH LAGI DI AWAL SEM, DESPERATE BRO! IT'S ALL ABOUT TIME AND MATTER.

(1) Jika dah takdirnya korang bercinta, jangan sampai percintaan tersebut memusnahkan diri korang, terutamanya maruah dan pelajaran.

Ingatlah ibu dan ayah yang bersusah payah di rumah. Diorang hantar bukan suruh korang bercinta je. Kalau betul nak, belajarlah sambil bercinta betul-betul, nanti bawa pulang menantu dan sijil untuk parents korang.

(2) Sesakit mana pun penderitaan clash, sesakit lagi penderitaan gagal sem. Ingat tu!

(3) Kalau betul nak bercinta, carilah mereka yang betul-betul mahu bercinta. Jangan desperate sangat, benda-benda baik majoritinya datang lambat. Biarkan cinta itu datang sendiri, bukan dicari-cari.

(4) Bukan semua universiti suka burung merpati, juga bukan semua orang boleh terimanya, apatah lagi kalau korang adalah kos pengajian Islam.

Jadi, jika korang harus memilih antara kawan-kawan atau dia, jawab aku tengoklah mana yang betul-betul membuatkan korang gembira. Kadangkala kawan-kawan tak pandai membuat kita gembira, tapi tatkala kita mahu gembira, mereka menghalang pula.

Gembira di sini sudah tentu bukannya benda yang mengarut-ngarut jauh lagi maksiat. Tapi perkara-perkara yang membuatkan kau hidup sebagai manusia fizikal mentalnya. Walau bagaimana pun, jangan lupa memerhatikan suasana, dan buatlah keputusan samada mahu kalah atau membiarkannya.

(5) Kalau boleh, elakkan bercinta dengan classmate korang. Memang ada yang kekal lama, tapi mostly aku jumpa tak.

(6) Jangan lupa, tujuan utama korang di universti adalah belajar. Jadi sekiranya percintaan yang kini menjadi tujuan utama korang di universiti, tu tandanya korang dah tersalah jalan. Baik undur, sebelum mundur.

(7) Berhati-hati dengan semua orang. Ada orang kopiah di atas kepala, tapi awek keliling pinggang. Ada orang senyap je tak banyak bicara, tapi mulutnya berbisa, sekali cakap sekali tu jatuh.

Percintaan di universiti ni kadangkala complicated, kadangkala mengarut, kadangkala serius. Tapi kalau percintaan tu dicetuskan oleh rupa paras sahaja, ingatlah bahawa di universiti ramai mahasiswi cantik melecun, mahasiswa hensem mengiur.

Dan kalau percintaan tu hanya dicetuskan oleh kata-kata tanpa perbuatan (bukan yang menggadai maruah), maka percayalah ia takkan boleh kekal lama.

(8) Jadilah seorang mahasiswa dan mahasiswi yang mahal. Biarkan mereka yang kaya-raya je yang boleh membeli cinta dan hati korang, bukannya terlalu murah sampai boleh dibeli mereka yang miskin-fakir.

Oh, jangan baca tips ke-8 ni dengan terjemahan lafaz dan kata, aku tumbuk nanti!

***

Mengakhiri post yang panjang bersama 38 tips dan pesanan daripada aku yang penuh dengan kelemahan ni, suka untuk aku ingatkan korang semua, samada yang bakal menjejakkan ke alam universiti, juga kepada yang sedang menjejakkinya seperti aku ni :

"Tujuan kita ke universiti bukan sekadar untuk mendapatkan sijil semata-mata, tapi lebih kepada memantapkan diri sendiri, kerana tergalas di atas bahu kita bukan hanya sekadar amanah dan harapan ibu ayah, universiti, negara dan agama, tapi juga amanah dan harapan diri 'the future us' kepada kita 'the present us."

Terima kasih kerana setia membaca post aku yang panjang lebar ni.

Selamat menjejakki alam universiti, kalau jumpa aku tegurlah ok? Jangan risau, aku takkan suruh basuh baju apatah lagi suruh jadi adik angkat jauh sekali kesayangan (sebut slow-slow kesayangan tu).

Sungguh, kalian adalah permata negara. Hashtag, Saya Sayang Negara Saya.

Comments

  1. Wahh.. post yg cukup menarik akh tari. Watla pulak post utk kami yg bakal mlgkh ke degree pula ini... #permintaanramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ukhti alwani. Belum boleh buat lagi, sebab aku tak habis dgree lagi. Permintaan siapa yang ramai tu, hohoho

      Delete

Post a Comment

Popular Posts

Terima Kasih Followers