Cincau Soya is LIFE
Assalamualaikum semua pembaca, semoga sehingga kini masih dikurniakan Allah S.W.T kemampuan, kekuatan dan kudrat untuk meneruskan ibadah puasa. Semoga sihat tubuh badan, juga sihat jiwa raga.
Kalau perempuan, jika sehingga kini masih berpuasa penuh, maka alhamdulillah aku ucapkan. Satu nikmat kan bagi perempuan, jika sehingga kini dapat berpuasa. Yelah, perempuan, makhluk istimewa. Setiap bulan ada cuti umum, tak yah sibuk-sibuk nak cari mc, nak buat surat ke mohon.
Hohoho. Dan kalau lelaki pula, aku harapkan semoga penuhlah puasa. Jangan pepandai nak cari cuti umum, kan Allah S.W.T bagi kau cuti umum bebetul baru kau tahu!
Alhamdulillah, aku kini dalam proses nak elok daripada demam. Demam aku ni macam jemaah kat masjid time tarawih. Kejap ramai, kejap sikit. Kejap imam baca panjang, kejap imam baca pendek. Hari ni moreh sedap, esok tawar rebeh, haha.
Ada satu hari tu, aku diserang haus yang amat sangat. Menangis aku, mengenangkan adakah Ramadhan aku tahun ni tak cukup, sebab kena berbuka. Tak pernah lagi seumur hidup aku rasa camtu. Kat asrama, tak sahur pun rilek je ke sana ke mari, ni aku duduk kat rumah je, Allahhu.
Ibu kata panas dalam. Aku ingatkan ada Kyubi dalam badan aku, tak pun Hollow. Jangan syaiton sudahlah. Maka dekat dua hari aku menjadikan air Cap Badak sebagai minuman utama.
Jadi kepada u alls, jagalah kesihatan ok time berpuasa ni. Bila berbuka janganlah terus sepuluh jenis air masuk, berbukalah dengan tamar, walaupun bukan Yusuf Taiyoob, walaupun just beli di Mydin sahaja.
"Yusuf Taiyoob".
Hari ni, dah pun 19 Ramadhan. Allahhu, betapa cepatnya Ramadhan melangkah. Aku sehingga kini, beberapa kali tersadung terjelepok tergelecoh dalam nak mengejar jauhnya Ramadhan.
Aku teringat, kalau kita merentas desa, mesti mula-mula lepas je, bapak ah lari nya bukan main laju lagi. Berdesup ala 100 meter. Tapi separuh jalan, akhirnya berjalan slow-slow macam kereta yang minyak dah nak E.
Meskipun syaiton dah dibelenggu, hilang kemampuan untuk membelenggu kita pula, tapi aku meratap diri yang seakan-akan macam kereta minyak dah nak E. Pace makin slow, nafsu tidur semakin kuat pulak mengambil alih.
Hampir-hampir untuk aku hilang istiqomah untuk mengaji Quran dan tarawih 20 rakaat, tapi alhamdulillah, moga-moga istiqomah sehingga ke akhir hayat.
Oh, bukan tarawih 20 rakat dalam semua bulan oi, haha.
Moga-moga, sehingga ke akhir Ramadhan, kita dikurniakan kekuatan, bukan setakat nak berjalan jauh sekilometer uptown mencari baju raya, tapi kekuatan beribadah, ambil peluang pahala melimpah ruah ni.
Mostly, diberi kesempatan untuk dipertemukan dengan malam yang ganjarannya lebih banyak dari seribu bulan, Amin ya Allah Rabbul A'lamin!
***
Sehingga hari ni, aku berbuka puasa ringkas-ringkas je. Takde lah sampai penuh meja, dan perlu ditambah meja lain pula. Kadang-kadang tu berbuka satu lauk je, on dengan nasi putih je.
Pada permulaan hari, ada juga berbuka dengan makanan yang kami beli dari bazaar. Tapi setelah ada satu hari tu aku sekeluarga pakat ramai-ramai berjemaah ke tandas sebab cirit-birit, Allahhu, sejak tu tak beli dah.
Sedih jugak, sebab wujud juga peniaga yang betul-betul ambil kesempatan dalam bulan yang barakah ni, tak jujur dan hanya kejar keuntungan semata-mata je.
Paling sedih bila tengok ibu, dekat berbelas kali ke tandas. Yang menariknya, ibu siap kira lagi berapa kali dia pergi tandas. Tu kalau aku tanya di mana, pukul berapa dan berapa kali jatuh berak tersebut siap saiz dan patition, aku rasa ibu mampu syaroh lebih lagi.
Cukuplah dengan story aku, aku harap story ni boleh buat korang lupa hakikat aku agak lama tak update blog. Hahaha. Macam biasalah, semangat menulis aku ni macam orang yang nak buat tarawih 20 rakaat. Bila habis 8, duduk bebaring, langsung terlelap sebab kekenyangan.
Macam akulah, bila dah buat benda lain, langsung malas. Hahaha. Maafkan aku, aku sendiri sedang mencuba istiqomah menulis selagi tak buzy dengan komitmen-komitmen lain macam dulu.
***
Aku yakin, masa mula-mula korang tengok tajuk post ni, confirm korang akan ingat aku akan tulis post ni dalam bahasa Inggeris kan? Maaflah, kita Inggeris tak power mana, setakat sebut I Miss You So Much tu boleh lah, wuhahaha.
Tapi, jika korang rasa aku akan tulis tentang Cincau Soya, yes, you're right babeh!
Dalam dua tiga hari ni, aku berbuka puasa dengan Cincau Soya. Seingat aku, baru hari ni aku minum Cincau Soya, sebab lagi baki hari tu aku minum asing, minum soya hari lain, minum cincau hari lain pulak.
Cincau Soya ni adalah air minuman yang legend. Di mana sehingga kini serasa aku, takde lagi produk yang jual minuman Cincau Soya. Aku tak jumpa lagi, kalau korang jumpa, feel free untuk tak yah bagitau aku ok, hahaha.
Yang aku tahu, cincau je dah berbelas-belas brand dan packaging, soya pulak macam-macam peseng, samada buat sendiri, tiruan pengawet, mahupun campur itu ini.
Aku kurang pasti, minuman-minuman yang famous dengan main campur-campur ni. Setahu aku, minuman yang seakan dengan Cincau Soya ni ialah Neslo. Kalau ada lagi minuman-minuman semacam Cincau Soya ni, sama jugak, feel free untuk tak yah bagitau aku, senyap sudah, hohoho.
Kalau korang tak tahu, ataupun tak pernah minum soya, cincau apatah lagi Cincau Soya, sebab korang kan minum kopi hipster je, green tea mocha cappucino, Soya warnanya putih, digemari sebab berkhasiat bagi mereka yang nak jaga kulit.
Sampai ada yang siap mandi dengan Soya lagi. Manakala Cincau pula warnanya hitam, berkesan dalam menghilangkan panas dalam, seakan macam jus asam jawa.
Aku pun tak pasti, siapakah pengasas atau founder yang memperkenalkan Cincau Soya ni. Tak pula aku cari dalam Wikipedia, Google ke apa, tak tahu camana beliau boleh nampak Cincau dan Soya, dan terfikir :
"Kalau campur sedap ni."
Besarnya kuasa Allah S.W.T, yang mencampakkan ilham kepada manusia, untuk mereka melakukan inovasi demi memiliki kehidupan yang lebih sempurna.
Dan sama juga macam biasa, kalau korang tahu siapa pengasas atau founder Cincau Soya, feel free untuk...
***
Lalu, kenapakah aku katakan Cincau Soya itu kehidupan, adakah kerana rasanya yang sedap, refreshing gitu, menyebabkan aku memuji Cincau Soya tersebut dengan mujamalah, balaghah, majaz dan perkataan yang bombastik.
Jawapannya, ya. Hahaha. Taklah, actually.
Semua ini bermula 4 jam terdahulu - flashback seakan-akan Naruto, filler-jutsu mula keluar - ketika aku meneguk Cincau Soya usai aku menghabiskan nasi dan karipap yang tak tahu berapa biji aku bahan.
Oh, karipap ni ibu aku buat, so rasa dia umph dan inti masha Allah banyak gila.
Ketika aku menambah lagi Cincau Soya ke dalam cawan aku untuk second trip pula punya minum, aku terfikir bahawa betapa kehidupan kita ni menjadi indah dengan gabungan dua elemen.
Elemen hitam, elemen putih. Hitam, signifikannya dengan kesusahan, keperitan, penderitaan, sedih, tangis, duka, luka. Putih, signifikannya dengan tenang, semuanya indah belaka, senang, kegembiraan, tiada apa yang menganggu.
Mula-mula aku tak dapat mencari elemen-elemen kesusahan keperitan tangis duka tu semua dalam cincau, sebab aku hanya melihat dalam warna sahaja, bukan pada rasa cincau yang manis tu.
Tapi, aku sedar, rupanya, kesusahan keperitan tangis duka tu semua, manis-manis, macam cincau.
Kerana ia tak membuatkan kita tenggelam dalam kehidupan, malah membuatkan kita berenang lebih jauh, dan jauh, dan jauh, menuju ke daratan.
Indahnya kehidupan manusia, yang diatur oleh Allah S.W.T - sebaik-baik Perencana -, ialah tidak ada manusia yang menjalani hidupnya hanya dilitupi dengan elemen soya sahaja. Semuanya baik-baik belaka, tiada musibah, tiada flaw, tiada kesedihan, tiada episod duka.
Para anbiya pun, termasuklah Rasulullah S.A.W sekalipun, menjalani kehidupan mereka seharian tidak semata-mata dengan elemen soya sahaja, malah elemen cincau juga turut sama muncul, melitupi kehidupan mereka, Alaihum Salam.
Walaupun aku tak pasti, cincau, soya mahupun Cincau Soya ada ke tak zaman mereka.
Tapi yang aku pasti, adunan 'cincau' dengan 'soya' dalam kehidupan manusia, betul-betul menjadikan kehidupan manusia terasa menyegarkan, menyedapkan, malah seronok untuk dinikmati sehingga akhir.
Allah S.W.T maha Berkuasa, Dia boleh sahaja mencipta dan mengatur kehidupan manusia dengan dipenuhi dengan ketawa, gembira, keseronokan, semua yang dirancang semuanya menjadi, semua yang diminta semuanya dapat, semua nak kawan dengan kita, semua sayang kita, indah aman belaka tanpa musibah.
Tapi ini dunia, bukannya Syurga.
Nikmat dunia dan Syurga takkan pernah sama, di mana seorang manusia yang hanya menikmati rasa soya tanpa dicampur dengan rasa cincau, dia takkan pernah merasa nikmat sebenar kehidupan.
Mereka yang hanya bergembira sahaja, tanpa matanya tak pernah basah dengan air mata, takkan pernah menikmati kegembiraan sebenar kehidupan.
Mereka yang hatinya sentiasa tersusun kemas, tak pernah berkecai, takkan pernah merasanya seronoknya menjadi manusia, tanpa hati yang ada parut seletip stapler sana sini.
Takkan.
***
Pembaca yang aku sayangi sekalian,
Jika saat ini korang sedang bersedih, dengan apa jua kesedihan, permasalahan, orang buat korang, orang bash korang, result yang tak bagus, apa yang korang hajati tak dapat, hati korang disakiti, dan apa jua kesakitan yang korang hadapi,
Berhenti sekejap, belilah soya dan cincau, campurkan keduanya, letakkan ais supaya sedap, hidangkan dalam cawan, dan letakkan payung kecik dan cucukkan hirisan oren atau tembikai kat cawan tu supaya nampak classy dan mewah,
Dan saat korang meneguk Cincau Soya tu, saat ia mengalir menyegarkan di anak tekak, melalui asofagus dan mengalir laju terus ke perut,
Ingatlah bahawa, kesegaran yang korang rasa tu, adalah hasil gabungan dua minuman, cincau dan soya.
Dan, jika mata korang basah dengan kesedihan, tunggulah, kerana ia akan turut datang bersama dengan kegembiraan, yang akan mengeringkan mata korang tu tadi.
Mengakhiri post, Cincau Soya is LIFE.
Untuk rasa yang lebih umph, aku cadangkan minum bersama dengan aku, yang dibeli oleh duit korang sendiri.
Dah-dah, jangan bersedih, kan Allah S.W.T janji, di setiap kesusahan tu ada kesenangan?
Salam 19 Ramadhan, selamat menikmati Cincau Soya bersama orang tersayang :)
Comments
Post a Comment