#RoadToDegree : Meraih burger idaman, 1st Class Degree
Assalamualaikum warahmatullah korang semua, para pembaca yang aku sangat sayangi sekalian. Aku berdoa agar kalian semua sentiasa berada di bawah naungan-Nya, sentiasa ceria dan happy, mengukir senyuman-senyuman yang manis walaupun hidup kadangkala pahit.
Alhamdulillah, aku personally betul-betul bersyukur kepada Allah S.W.T - kerana setelah sekian lama aku bermonolog sendiri siang dan malam, luaran dan dalaman, hingga kadang kala aku lena bermimpi jari-jemari aku ligat bershuffle di atas keyboard menaip post-post untuk korang -.
Bermonolog menanyakan diri sendiri bilakah aku akan kembali menulis, dan kini alhamdulillah, persoalan itu terjawab.
Dan, tanpa sebarang iklan, muqaddimah, dan konfirm sesi bermaafan atas kelewatan kemalasan ketidak sampai seruan blah blah blah alasan tu alasan ni, sebab-sebab aku tak update blog dan lain-lain tu, kita simpan untuk post-post aku berikutnya.
Hahaha, aku cuba untuk tidak memberikan janji palsu, seumpama batu-batu alasan yang aku letakkan saban hari.
Next post, aku begitu thrilled dan excited tahap gaban nak share macam-macam kat korang semua, but first, biarlah aku menaip di tengah-tengah pagi yang hening - sekitar 4 pagi - post istimewa buat korang semua yang merindui, sebuah post istimewa.
Post yang istimewa buat adik-adik yang bakal memasuki gerbang universiti, sebagai mahasiswa mahasiswa yang mengambil Ijazah Sarjana Muda, atau Degree.
***
Tahniah aku ucapkan kepada korang semua yang officially menyambung lagi pelajaran korang ke satu lagi tahap tertinggi - iaitu Degree -, samada dengan tiket STPM, STAM, Matrikulasi mahupun Diploma.
Tidak kisahlah apa jua tiketnya, yang paling penting korang semua diberikan peluang dan ruang untuk sambung Degree, bukan senang beb! Diberi kelebihan, peluang dan ruang, dan mostly rasa "aku nak sambung Degree" ni, adalah seumpama artis kita yang mula bertudung slow-slow, dengan alasan "i dah sampai seru!"
Tahniah, tahniah dan tahniah.
Aku yakin, kepada korang semua yang sambung Degree kat IPTA di belah-belah pantai Timur, sudah pun sampai. Kalau mereka yang duduk jauh-jauh, mungkin sekarang sedang lena membuta kat homestay, rumah kawan mahupun saudara mara.
Atau probably tak boleh tidur, sebab excited tahap gaban, mahupun tak boleh tidur sebab memikirkan kehidupan sudah pun sampai ke stage berikutnya. Dah dewasa, dah Degree pun!
Saat aku menulis ni pun, dah pun Ahad, so ada beberapa jam lagi sebelum ke universiti, nak daftar dan sibukkan diri dengan urusan pendaftaran yang busy gila nak mati.
Aku dulu daftar Degree seorang sahaja, tanpa keluarga. Pergi pun naik bas je, sebab aku masih lagi sambung di universiti tempat aku Diploma dulu. So, takde la rasa sedih sangat, cuma penat sebab bawa barang banyak, dan kena pulak naik bas.
Dan mostly, confirm akan sibuk dengan orientasi, ceramah-ceramah yang berderet, taklimat sana sini, urusan-urusan pejabat, layanan abang akak fasi yang sedaya usaha memudahkan korang, ke sana ke sini, hahaha.
Jadi jangan stress-stress, beruruslah dengan baik, lagipun hang dah besaq, pepandai lah urus. Berkenal-kenalan dengan rakan-rakan baru, cuba cari kawan-kawan yang sekos, usha slow-slow, tapi jangan usha awek-awek dulu, sabar-sabar, sebab yang lain-lain tengah cuti, termasuk aku hahahaha.
Tapi aku non-available sorry eh adik-adik wuhahaha, ok abaikan.
Masa kemasukkan Diploma dulu, aku ada tulis post pasal tips tentang survival di universiti. Dan pada awalnya, aku pun nak buat yang sama jugak untuk kemasukkan Degree ni.
Tapi disebabkan aku pun masih lagi belajar, Degree pun jauh lagi, malah korang semua pun dah besar, ada pulak yang datang dengan Diploma dari IPTA atau IPTS, so rasa tak perlulah kot hahaha.
Cuma aku nak highlight korang semua tolong ah jangan jatuh cinta dengan abang akak fasi, sebab ramai lagi tak balik, yang hensem dan baik macam aku contohnya.
Ok abaikan lawak hambarudin itu, tapi serius ah!
***
Aku yakin majoriti daripada kita menyukai burger. Biasanya, burger itu adalah sekeping daging bulat yang diapit dengan sayur, sos, mayonis dan of course 2 biji roti bulat. Sebab aku tak pernah lagi tengok burger satu roti je.
Istimewanya burger ni, kerana ia antara makanan yang digemari masyarakat dunia. Malah, setiap franchise macam KFC dan McD siap ada jenama burger diorang sendiri, macam Zinger untuk KFC dan Mac untuk McD. Tu belum lagi aku cerita Burger King, A&W, mahupun burger Ramly.
Dan surprisingly, ada manusia yang hanya bekerja sebagai penjual burger sahaja, dan boleh kaut untung beribu-ribu sebulan!
Burger ni sangat simple, tak memerlukan kos yang banyak, juga penyediaan yang rumit macam nak masak ikan siakap 3 rasa.
Dan aku percaya, semua orang ada resipi dan burger kegemaran masing-masing. Bagi aku, burger idaman dan kegemaran aku ialah daging ayam, yang diapit dengan roti burger yang disalut dengan planta, 2 keping cheese, dan hanya ada mayonis je.
Kadangkala aku tambah telur, tapi just ni pun dah mampu membuatkan aku menangis kesedapan. Apatah lagi kalau aku yang buat sendiri, dan dimakan masa panas-panas dan masa tu pulak hujan lebat. Pergh!
Pekena pulak air susu panas lepas tu. Burger aku ni, tetap ada umph dia, dan sedap dia takkan sama macam Mc Chicken mahupun Zinger Burger. Bukan sebab aku baca 30 juzuk Quran siap doa-doa nak jadi kacak atau genius ke apa, dan juga bukan sebab air tangan aku.
Tapi satu sebab je, sebab bagi aku tu adalah sebiji burger yang sangat-sangat sedap, burger ideal, perfecto!
Tak sama dengan burger lain, ada sayur, ada sos, dagingnya campur Ajinomoto, roti pulak ada bijan, memang sedap, tapi sedap dia takkan pernah sama dengan burger version aku.
Burger aku ni pulak, bukanlah burger dongeng mahupun burger tahyul. Dia adalah sebiji burger yang realistik, aku ada snap gambar kalau tak percaya, aku boleh buat kalau korang nak, malah korang semua pun boleh buat sendiri burger aku tu!
Just beli je barang-barang tu kat Giant, Mydin, Tesco, Family Store, The Store, 99, Zimart, malah kat kedai runcit pun ada!
Korang hanya perlukan 2 biji roti burger, sekeping daging ayam, 2 slice keju (mana-mana keju, aku beli murah sebab keju mahal haha), planta dan mayonis.
Malah, tak perlu pun ada aku! Dan tak perlu usha awek-awek sebab semua tengah cuti, yang hensem dan baik macam aku pun tengah cuti, seriusly!
***
Semua mahasiswa dan mahasiswi yang belajar di universiti, mengimpikan result 4 flat, dalam setiap final exam diorang. Kalau tak capai pun 4 flat, atleast dekan, tu pun dan sujud syukur sampai rata dahi.
Mencapai semua A dalam tiap-tiap subjek dan 4 flat setiap semester, kedengaran macam mustahil, dongeng dan tahyul. Even dapat dekan setiap sem pun dengar macam mustahil.
Tapi, ada yang capai, so perkara tu bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah yang dapat result tu bukanlah seorang alien, jin, titan, apostle, hollow, kyuubi, kaizu, gorilla mahupun syaiton nir rojim, tapi adalah seorang manusia.
Malah, yang capai tu bukan semua genius, ada yang capai sebab rajin, gigih, dan berusaha tanpa mengira berapa banyak air mata yang jatuh dek kepenatan dan rasa letih.
Banyak perkara yang dikorbankan demi nak capai result yang superb dan daebak macam tu, kena korbankan tidur, rasa malas, nafsu main game, ke sana ke sini, kena marah lecterur, dapat kawan yang tak support assignment, itu ini, macam-macam halangan dan dugaan!
But yet, it really doesn't impossible!
Jadi, berbeza dengan Diploma, Degree pulak ada tingkat kelasnya, ada kelas ketiga, kelas kedua dan kelas yang dikejar dan diimpikan ramai orang, iaitu kelas pertama a.k.a First Class Degree!
Sudah tentulah, untuk mendapatkan 1st Class Degree ni, begitu banyak perkara yang perlu dilakukan dan dikorbankan, ia perlukan effort yang banyak, azam yang tinggi dan semangat yang kental.
Tapi mendapat result 1st Class Degree bukan satu cerita tahyul, mistik, dongeng mahupun sinetron, ramai yang berjaya dapat, termasuklah aku nanti in sha Allah!
Mungkin ada korang yang sambung Degree ni dengan keputusan atau pointer yang so so je, tak capai pun result 3.0, tapi ia bukanlah satu penghalang atau kayu ukur, untuk korang tak dapat raih 1st Class Degree ni.
Asalkan korang semua tak putus asa, bersemangat waja, dan sanggup berusaha keras, maka pasti akan berjaya.
Masuklah ke alam Degree, seolah-olah korang semua tu baru je lahir dari perut ibu korang. Suci, tanpa sebarang permulaan.
***
Setiap orang ada burger kegemarannya sendiri, ada resipi tersendiri. Walau bagaimana pun, mendapat peluang untuk makan sebiji burger yang nikmat heaven gila rasa, bukanlah sesuatu yang mustahil.
Bahkan, kita boleh buatnya sendiri, tanpa perlu pergi ke franchise macam KFC atau McD. Tapi kita perlu ada bahan-bahannya. Kalau tak, sampai kiamat pun takkan dapat makan burger tu.
Sama jugak bagi korang semua yang menyambung pembelajaran korang di peringkat Degree ni. Korang semua datang dengan pelbagai result, samada Diploma, STAM, STPM mahupun Matrikulasi, cemerlang atau tidak, tapi masing-masing mahukan 1st Class Degree tu.
Dan bukanlah suatu yang mustahil untuk dapatkannya, asalkan korang semua ada 'bahan-bahan' yang korang perlukan.
Tujuan makan burger adalah mahukan kesedapannya. Tujuan Degree adalah mostly untuk dapatkan 1st Class Degree.
Walaupun dengan sayur, atau dengan sos, dengan apa jua daging, apa jua jenamanya, berapa banyak kuantitinya, rotinya lagu mana, makan sekali ngam atau makan satu satu, yang penting korang kenyang, dan dapat merasa nikmatnya sebiji burger.
Walaupun dengan apa jua gaya study, study seorang atau ramai, menghafal atau faham, goreng atau 100% hafal fakta, study sejam atau 10 jam, yang penting korang berjaya, dan dapat meraih kemanisan 1st Class Degree.
Malah, ia bukan setakat rasa nikmat burger atau 1st Class Degree, tapi ia tentang membuatkan korang rasa bahagia.
Mengakhiri post, tatkala korang masuk sahaja pagar universiti untuk menyambung Degree, maka pasanglah azam dan niat, untuk meraih apa jua kejayaan samada 1st Class Degree, ilmu-ilmu lain, pengalaman, soft skill, sahabat dan apa jua sekalipun yang baik-baik.
Paling penting lillahi ta'ala.
Alam Degree sememangnya berbeza, corak pembelajaran dan subjek juga berbeza, namun ia takkan berbeza, setiap kejayaan yang manis-manis tu jalannya penuh dengan pahit tawar kelat.
Tapi, selagi mana korang tak berputus asa, usaha sedaya boleh, maka bukit juga boleh kau ratakan. Apatah lagi 1st Class Degree.
Masuklah alam Degree seumpama bayi yang baru perjalanan hidupnya, dan campakkan zaman kegemilangan dahulu, atau zaman pembelajaran dahulu yang tidak berjaya diakhiri dengan result yang diimpikan.
Make a fresh start!
Moga-moga kejayaan sentiasa bersama dengan kita semua, dan dikurniakan Allah S.W.T kekuatan dan kemampuan untuk meraihnya.
Selamat datang ke alam Degree, marilah kita bersama-sama meraih 1st Class Degree.
Bukan setakat cinta-cinta mereka yang tak pulang bercuti lagi, macam hensem dan baik macam aku ni!
Salam Ijazah Sarjana Muda buat korang semua, tegurlah aku jika masuk universiti yang sama :)
Comments
Post a Comment