Post Mortem : Muhasabah itu penebus kejayaan yang tertangguh

Assalamualaikum semua pembaca yang tersangat aku sayangi, aku sentiasa mendoakan agar Allah S.W.T memudahkan segala urusan kalian, termasuklah juga urusan aku. Dan mostly, aku sentiasa mendoakan agar bibir-bibir kita masih mampu mengukir senyuman dalam apa jua keadaan.

Dan alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, atas segala masa yang aku berikan kepada komitmen-komitmen yang lebih besar, tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan mahasiswa, dan juga masa yang aku terbazir samada tak sengaja atau bajet tak sengaja,

Hari ni aku pun dah selamat menulis post yang baharu untuk bulan Februari. Dan of course, selaku seorang blogger yang tak bertauliah, yang menulis sahaja-sahaja berkongsi pengalaman sejak aku masih lagi Tingkatan 4, sudah tentu setiap kali aku dah berjaya buat post baharu, aku akan rasa bersyukur dan puas.

Pertamanya bersyukur, sebab aku dah berjaya hasilkan post baharu. Korang ingat senang ke aku menulis? Kadang-kadang level semangat punya ah membara terbakar, lepas tu buka lappy, wifi universiti pula masa tu slow tahap gaban, terus terpadam dah tak menyala.

Ada tu, aku dah tulis panjang-panjang, kemudian aku mati akal dan rasa 'zauq' ataupun semangat menulis dari hati tiba-tiba hilang ditiup angin - angin sama yang menyebabkan line wifi universiti hilang -, aku pun dengan redha mendelete semua tu, dan aku tengok movie.

Itu kalau time rasa nak menulis, kalau kena pula time tu berpersatuan, time tu ada program induksi lah apa, masa tulah wifi tengah laju nak mati, masa tulah antara musuh utama aku bernama MALAS datang singgah, dia suruh jangan update blog, dia kata wifi laju-laju ni baik post kat Ig ataupun scroll 9Gag.

Keduanya, aku rasa puas, sebab menulis ni macam menahan berak. Hahaha. Kita mungkin mampu menahan kencing, tapi berak tak woi! Aku masih ingat aku sanggup terlepas komuter sebab nak terberak. Biarlah aku terlepas komuter, jangan 'terlepas' kat situ sudah.

Menulis ni macam satu luahan hati, luahan hati aku terhadap sesuatu perkara. Kadangkala ada post aku tu merupakan pandangan dan rasa aku. Adanya perkongsian pengalaman. 

Jadi bila tak menulis, aku tak meluahkan, jadi aku akan rasa macam padat sangat hati. Dan bila dah padat, lama-lama hilang macam line wifi universiti aku kerana ditiup angin, dan akhirnya aku memilih untuk layan Gintama walaupun berapa kali refresh page sebab wifi universiti.

Apa khabar korang semua? Aku harap semuanya sihat-sihat. Maafkan aku ye kerana sudah lama tak menulis. Kalau ada yang merindui post-post baharu, maka doakan aku supaya aku diberi kekuatan untuk post lagi.

Kalau yang rindu aku tu, pesanan aku baik move on cepat, sebab aku dah ada orang yang rindu wuhahaha.

Cukuplah dengan muqaddimah aku, aku rasa korang dah cukup menyampah sebab aku kuat sembang, kata nak tulislah apa, kata ada kerjalah busylah, tapi kat Ig Twitter boleh je post. 

Aku masih ingat ada suatu hari tu aku tiba-tiba demam. Demamnya mengejut camtu, mungkin sebab udara Terengganu yang panas, atau mungkin kelas aku yang 'panas', tak tahulah aku kenapa, tapi demam aku macam line wifi universiti, kejap datang kejap pergi.

Dan dalam demam-demam tu, tangan aku masih ligat scroll Ig dan 9gag. 

Jadi dalam diam, tatkala kepala aku pun macam dah pening sebab main phone dalam demam, maka aku tutup, dan aku rehat. Dan aku membuat muhasabah diri, kan bagus kalau dalam-dalam aku demam tu, aku masih mampu buat ibadah, baca Quran, pergi surau, dengar kuliah.

Ni tak, kata demam, solat pun dalam bilik je, tak mampu pergi surau. Sedangkan kalau bentangkan jarak kilometer aku scroll 9gag tu, dah boleh sampai ke Mekah agaknya, malah siap kena saman sebab laju sangat menscroll.

***

Today's post is about Muhasabah. Orang duk selalu sebut muhasabah muhasabah muhasabah. Apa dia? Dan aku yakin, mungkin ada dua benda je yang korang akan ingat setiap kali sebut muhasabah. Satu, mesti berkaitan dengan dosa. Dua, mesti berkaitan dengan kem-kem pemantapan jati diri ke anak soleh ke apa.

Muhasabah dia mesti endingnya nangis-nangis meraung. Fasi yang handle slot muhasabah pun buat nada-nada sedih, padahal orang tak tahu bila fasi tu lepak dengan kawan-kawan fasi dia, diorang duk gelak je korang yang nangis meraung tu, hahahaha.

Ayat starter muhasabah, "Adik-adik, ingat tak suatu hari adik-adik..."

Muhasabah ni adalah perkataan Bahasa Arab, ia merupakan kata terbitan - masdar - daripada kalimah Haasaba, bermaksud menghitung atau penghitungan. Jadi, secara harfiahnya, muhasabah ni satu bentuk penghitungan la camtu lebih kurang.

Tapi persoalannya, apa yang nak dihitung? Apakah? Berapa yuran universiti aku untuk wifi yang hilangkah? Jeng jeng jeng.

Bagi aku, bila sebut je muhasabah atau penghitungan, sudah tentu aku suka sebut ia sebagai Post Mortem. Walaupun bidang aku adalah bidang Bahasa Arab, tapi kerana aku berkongsi fakulti dengan sahabat-sahabat dalam bidang Bahasa Inggeris, so I'm prefer to use muhasabah, as post mortem.

Apa pulak post mortem? Oh sudah! Hahaha. Ada setengah orang, bila sebut post mortem ni, diorang akan ingat bedah mayat. Dan bagi orang yang berpersatuan, bila sebut post mortem ni, diorang akan ingat nak cari kelemahan dalam program mereka.

Jadi, post mortem yang aku nak sebutkan kali ni, bukanlah berkaitan dengan bedah mayat siapa-siapa, bukanlah nak cari kelemahan program apa, kalau nak cari pun, cukuplah dengan kelemahan saya dalam mendapat hati awak, sampaikan awak perlu bedah hati saya, dan tengoklah betapa awak ada di situ.

#SupportMember # LawakHambar #PickupLineHambar #MuntahHijau #SiapaMahuBahagia

***

Alhamdulillah, dalam kurang sebulan, aku dah pun nak midsem dah. Alhamdulillah, walaupun aku rasa semester lepas sangat susah dan mendebarkan, dengan tiga subjek yang aku tak sempat nak check pun, siap-siap, habis masa terus hantar tanpa check dulu, tapi alhamdulillah aku berjaya.

Walaupun ia masih lagi bukan kejayaan yang aku mahu capai, tapi aku bersyukur, tersangat bersyukur, dan of course ia adalah berkat doa guru asatizah khususnya ibu bapa aku yang teramat aku sayangi.

Perkara pertama yang aku akan buat, setiap kali dapat result, dan setiap kali sebelum masuk semester baharu, adalah muhasabah a.k.a post mortem.

Pertama, aku akan mulakan dengan subjek yang aku dapat lemah, ataupun tak mencapai apa yang aku nak. Aku akan menghitung, membedah sedalam-dalamnya, kenapa punca aku tak dapat gred yang aku mahu untuk subjek ni.

Bukan setakat faktor luaran macam subjek ni susah ke, kelas panas ke, tak cukup study ke apa, punya detail sampai aku akan gali faktor dalaman, macam aku ada salah dengan ustaz ke, tinggal solat ke, cakap tak elok ke apa.

Dan usai aku post mortem subjek yang aku dapat lemah, so aku sambung dengan post mortem dengan subjek yang aku dapat tinggi. Mencapai gred yang aku mahu. Cara ni tersangat beza dengan post mortem program, di mana semuanya tentang mencari kelemahan dan meninggalkan kekuatan.

Aku gali dan hitung, faktor luaran kenapa, subjek ni senang ke, aku study awal ke, lecturer lawa ke camana dan lain-lain, dan juga faktor dalam kenapa, ustaz sayang aku ke, ni kafarah atas ujian Allah S.W.T ke dan lain-lain.

Dan persoalannya, untuk apa aku menghitung, membedah semua ni? Sudah tentu jawapan aku senang je:

"Untuk tahu apa keburukan yang telah aku buat pada masa lalu, dan aku takkan mengulanginya pada masa akan datang. Dan untuk tahu apa kebaikan yang telah aku buat pada masa lalu, dan aku bukan sahaja mahu mengulanginya, bahkan aku mahu menambah membaik pulih kebaikan tersebut dalam masa akan datang."

Maka itulah bagi aku muhasabah a.k.a post mortem.

***

Masa aku diploma dua tahun yang lepas, semester lima merupakan semester yang menyedihkan bagi aku. Kerana hanya dalam semester lima sahaja aku tak berjaya meraih dekan. Gred A pun tak banyak, dan aku tak mencapai gred yang aku mahukan.

Sedih, aku betul-betul sedih. Nak tambah lagi kesedihan tu, pointer aku hanya 0.01 je lagi nak dekan. Lagi sedih, ralat dan terkilan.

Setelah puas aku menangis meraung macam muhasabah dalam kem solat ke apa, maka sebelum aku tidur, aku membuat post mortem, menggali dan menghitung, buat muhasabah apa kelemahan aku sepanjang sem lima tu.

Hasilnya, aku mendapati, daripada sudut faktor luaran, hanya dua sahaja sebab yang aku dapat, iaitu banyak ponteng kelas dan carry mark aku sangat rendah. Daripada sudut dalaman pula, ia bersangkut paut dengan rasa malas yang menebal.

Aku akui, aku banyak ponteng kelas masa sem lima. Kelas pula banyak pukul 8 pagi. Kena pula dengan hujan yang bukan macam titik-titik rentik, tapi lebatnya menghanyutkan aku dalam sejuk sedap selimut.

Maka aku banyak terlepas point-point penting di dalam kelas, dan aku bajet pandai dengan belajar sendiri, kemudian pening, kemudian bertawakal dan bertaubat atas kesilapan sendiri.

Masuk sahaja sem enam, aku berubah 180 darjah. Aku mencatatkan zero ponteng, sampaikan ketika Terengganu dilanda banjir termasuklah universiti aku sekali, aku dengan tenang meredah banjir dengan memakai boot askar aku, dan sampai tepat pada waktunya.

Dan alhamdulillah, sem enam aku bukan sahaja kembali merebut pointer dekan aku yang tertangguh di sem lima, bahkan ramai asatizah perasan aku ni kuat berusaha, walaupun aku perasan aku tak usaha kuat mana pun.

#TakRiak #SayaSayangAsatizahSaya #AkuBudakDekan #TeriakSori

***

Setiap kali aku berjumpa dengan sahabat-sahabat mahupun junior-junior aku di semester baharu, sudah pasti soalan wajib ditanya pada aku adalah berapa pointer. Walaupun aku kadangkala tak jawab, tapi kadangkala mereka bagitahu pointer diorang pula ke aku tanpa berselindung.

Malah, mereka bukan sahaja bagitahu pointer, malah nada mereka agak sedih, dan minta pula pandangan aku bagaimana. Dan aku dengan tenang, menyuruh mereka membuat muhasabah, membuat post mortem, sebelum mereka masuk semester baharu.

Dan mengakhiri post, actually muhasabah a.k.a post mortem ni, aku bukan sahaja amalkan dalam bab pelajaran sahaja, tapi aku amalkan dalam hampir setiap perkara.

Bila tiba-tiba ada kawan-kawan yang buat pedajal kat aku, kata aku itu inilah, pulaukan semua, maka aku akan membuat post mortem. Kenapa mereka buat aku camni, apa salah aku, mana silap aku semua.

Dan walaupun aku menjumpai kebanyakan samada faktor luaran dan dalam aku hanya menjadi diri sendiri sahaja, tapi kadangkala aku rasa aku tak patut aku menjauhi mereka, kadangkala aku dengan muhasabah itu aku cuba meletakkan diri aku dalam tempat mereka, dan cuba memahami diri mereka yang tak matang dan tak faham.

Bila dalam perhubungan kadangkala aku bergaduh marah-marah, maka dengan muhasabah itu aku menyedari betapa banyak silapnya aku, asyik ikutkan emosi, hanya nak difahami instead of nak memahami, maka dengan muhasabah itu aku bukan sahaja dapat menyelamatkan perhubungan malah ia menjadi lebih kuat dan utuh.

Malah yang menariknya, muhasabah ni bukan sahaja aku membuatkan aku hanya melihat sudut perkara yang berlaku tu, malah aku dapat macam-macam termasuklah kekuatan, semangat dan azam.

Semangat dan azam tak nak ulang kelemahan tersebut, dan semangat dan azam nak berjaya.

Dan of course, sebagai seorang hamba Allah S.W.T yang penuh dengan kelemahan kerana aku yang tidak pernah sempurna, sudah tentu begitu banyak muhasabah dan post mortem aku perlu lakukan, bukan untuk mencapai tahap sempurna, tapi untuk mendapatkan keredhaan Yang Maha Sempurna.

Bak kata Saidina Umar R.A:

"Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab (di hari Qiamat kelak), dan timbanglah diri kalian sebelum kalian ditimbang (di hari Qiamat kelak)..."

Buatlah muhasabah a.k.a post mortem dalam semua perkara ok? 

Aku melakukan muhasabah dan post mortem, sehinggalah kenapa aku tak berjaya update blog aku pun aku akan hitung dan gali, adakah sebab wifi universiti yang tak laju atau aku sahaja yang pemalas.

Dan aku tak dapat jawapannya, sebab jawapannya lebih kurang sama je hahaha.

#Alasan #WifiLajuSangat #SiapaMahuBahagia #DoakanAku #FollowIgAkuPles #SayangKorang

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers