Hari Malas Sedunia : Berehat sebentar bersama Kit-Kat
Assalamualaikum warahmatullah.
Apa khabar semua pembaca yang aku sayangi sekalian? Aku sentiasa mendoakan, agar semua urusan kita dipermudah Allah S.W.T. Yang paling penting, kita sentiasa dikurniakan kekuatan dan kemampuan untuk terus senyum, walaupun situasi tu tak memberikan kita ruang untuk tersenyum.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T. *diminta korang jangan skip sebab aku nak buat sesi luahan macam biasa, sebab lama tak update blog wuhahahah* aku masih diberikan kekuatan, dalam bilik aku yang macam oven disebabkan El Nino yang melanda bumi Malaysia,
Aku masih mampu menulis, berkongsi, melontar keluar semua perkara yang duk bermain-main kat dalam kepala aku ni. Mungkin korang dah muak dengar, tapi percayalah, aku tak pernah sesekali lupa untuk update blog. Untuk menulis, berkongsi kat korang.
Walaupun ada je beberapa post dalam blog ni aku tulis selepas beberapa bulan, tapi entah kenapa, aku rasa macam terlalu lama aku tak menulis di sini.
Kebanyakan masa aku bersama lappy putih yang dah nak kopak, percayalah, aku ada je bukak Blogger.com, dan nak update blog dengan post-post yang bermain di dalam kepala aku yang dipenuhi rambut yang serabut sebab minyak habis dan tak dapat nak beli kat Mydin.
First, aku akan check kalau ada comment. Dan aku merasa sangat dihargai, ada juga yang comment walaupun sekian lama aku tak menulis. Second, aku akan check beberapa dah orang usha blog aku untuk hari, minggu dan bulan tu.
Dan of course, bilangan tu semakin berkurangan dan berkurangan. Jadi aku bermonolog dengan diri aku yang semakin gemuk berisi disebabkan banyak makan, tapi takde langsung kurang bersenam, yang aku perlu menulis kembali.
Bukan kerana mengejar rating, tapi aku merasa macam ramai yang merindui post aku.
Tak kisahlah betul atau tak, ada orang rindu atau tak, aku menulis bukan sebab rating famous fame dan semua-semua yang keduniaan tu! *betulkan kopiah yang lama tak berbasuh sebab solat kat bilik je*
Aku dah menulis dekat 5 6 tahun, jadi aku menulis untuk berkongsi.
Jadi, aku dengan rasa merendah diri, memohon jutaan maaf, sebab terlalu lama menyepi daripada menulis. Beberapa perkara mengengkang, selain daripada sifat malas yang dah biasa, kepenatan dan liku-pilu kehidupan sebagai seorang mahasiswa kelas pertama pun turut menyumbang.
Macam biasa, mohon doakan aku. Doakan aku supaya diberi kekuatan untuk menulis, bukan sekadar blog, tetapi cerpen, puisi dan juga novel. Life goal 2017 sekarang ni.
Doakan aku gais! *cuba memuncungkan mulut untuk cium tapi sebab macam geli so batalkan niat*
Percaya atau tidak, selepass balik daripada Bengkel Penulisan Kreatif anjuran DBP bulan lepas, aku menjadi lebih bersemangat seolah-olah mendapat chakra tambahan daripada Kyuubi a.k.a Kurama.
Tapi, semangat je tak mencukupi. Sebab aku menulis dengan jari, bukan dengan semangat. Jadi, semangat tu panasnya macam tahi ayam. Walaupun aku sendiri tak pernah pegang tahi ayam, tapi cukuplah aku katakan yang semangat aku tu macam hangat-hangat tahi ayam.
Dan aku sering menyumpah diri sendiri dengan memperumpamakan aku adalah tahi. Wuhahaha.
Suatu hari, otak aku dipenuhi dengan idea-idea nak menulis. Aku kira, dalam 10 jumlah cerpen dan 3 buah novel yang berpotensi untuk jadi best seller kat Malaysia. Dan bodohnya aku, aku bawa pemikiran itu di dalam solat. Sudah jelas tanpa perlu bersuluh, solat aku tu tak khusyuk.
Kelakarnya, masa tu aku tengah solat Hajat. Mostly dia macam suatu ibadat wajib untuk aku yang selalu berdosa ni. Dan, pada rakaat kedua, tanpa disedari aku mengangkat tangan lalu membaca Qunut dalam Subuh.
Aku pulak masa tu, dafuq? So pengajarannya, sebelum angkat takbir, pastikan korang menggantung urusan dunia korang kat bilik, dan bersolatlah di surau atau masjid tuan-tuan puan-puan semua.
Takbir! Allahhu Akbar!
***
Sem ni, jadual kuliah aku tak berapa padat, secara atas kertas, first impression. Kelas semua pagi, start pukul 8 pergh hahaha. Tapi petang takde kelas, so nampak peluang untuk, er, berehat hahaha.
Tapi, sukatan pelajaran masha Allah tabarakallah, tersangat padat. Dan paling terbaik, aku selaku budak Bahasa Arab, sem ni aku berjumpa subjek Syair haha. Kalau korang ambil course Bahasa Arab, confirm tahu yang Syair tu memang kena hafal.
Bulan lepas, aku merosakkan midsem aku selama kurang seminggu di rumah dengan menyibukkan diri aku dengan perkara-perkara yang mustahil, iaitu buat assignment dan menghafal syair.
Aku rasa aku dah bagitahu, yang acap kali aku balik ke rumah, jangan mimpilah untuk buat semua assignment dan lain-lain, study ke apa. Aku sendiri kurang pasti, samada otak aku memang dah dimindset begitu, ataupun dia jadi begitu sebab faktor usia yang semakin dewasa.
Aku belajar jauh, jadi bila rumah, semakin aku dewasa ni, aku semakin nak duduk kat rumah je. Kalau lepak pun, aku lepak dengan dua orang ladies kesayangan aku, iaitu ibu dan kakak. Jadi driver diorang, lagi-;agi ibu hahaha. Ke mana dia nak pergi, akulah yang membawanya.
Tapi disebabkan faktor assignment yang memerlukan kepada kajian dan bahan yang banyak, dengan masa yang tak banyak, tu tak campur lagi dengan pembetulan yang banyak gilos daripada ustaz hahaha, maka aku pun start buat awal-awal.
Maka midsem ni, aku memaksa diri untuk ubah mindset, balik ni tak boleh berehat. Kena buat assignment, pagi-pagi kena stay lepas Subuh, hafal syair.
Sampai rumah masa midsem, aku terus tulis kat white board dalam bilik aku, siap ada azam lagi hahaha.
Dan ketika dalam bas, aku nak berangkat balik ke universiti, aku hanya mampu termenung sambil merasa terlalu sedih. Kerana aku tak dapat nikmati cuti yang best sebab mindset bukan untuk berehat, tapi sebab nak buat assignment dan menghafal.
Tapi, tak sentuh langsung pun kat rumah. Banyak tidur. Dan aku cipta rekod seminggu tak Subuh di rumah. Semuanya qadha belaka. Nasib baik aku tak meninggal masa tu. *sila meninggal*
Serius, aku sedih. Cuti tu memang betul-betul aku bazirkan. Kalau nak berehat, biarlah berehat betul-betul, spend time dengan family, main beberapa game, tengok movie dan anime ke. Tapi, aku seksa diri aku dengan hidangkan mindset yang jelas fantasi dan kayangan, takde satu pun kerja yang jalan.
Penyudahnya, sepanjang malam aku buat story kat Ig, menceritakan bahawa sedihnya aku, dan selamat membazirkan midsem aku dengan jayanya.
***
Walau bagaimanapun, segala puji bagi Allah S.W.T, assginment tu selamat aku siapkan Sebulan jugak aku rasa. Walaupun aku tersangat yakin sudah tentu akan ada pembetulan dan komentar daripada ustaz aku, tapi biarlah, at least aku dah berjaya siapkan.
Terasa lega seolah-olah baru sahaja sah melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz. Eh?
Mostly, berdasarkan survey awal antara kalangan kawan-kawan - sebab aku bukan busy body, tak berminat langsung nak tahu -, majoriti tak siap pun assignment. Ada yang tak start pun hahahaha. Biarlah, tu hal masing-masing dan kehendak diorang. Takde kaitan dengan aku.
Kalau korang nak tahu, assignment tu aku ambik dalam masa dua hari je untuk siap. Dua hari penuh, dari pagi sampai malam, aku berikan komitmen habis untuk taipkan sekali go, 7 muka assignment aku tu.
7 muka Bahasa Arab beb! Dengan rujukan yang banyak.
Yang menyebabkan ia lama sudah tentu adalah peringkat penyusunan bahan. Nak cari bahan tu pulak kena awal, kalau tak hilang sebab dirembat oleh budak perempuan macam berebut tudung kat jualan murah.
Kemudian, bila dah dapat bahan, suddenly aku diserang perasaan takde mood, takde idea. Sebab bagi aku, mood sangat penting. Sebab mood mencambahkan idea.
Dan bila takde mood, maka malas pun datang. Bila malas pun datang, aku datang berbaring ke atas katil. Kita pun main scroll-scroll 9Gag. Then, tiba-tiba gelap, dan gelap, dan gelap. *bunyi dengkur kedengaran*
Beberapa hari seterusnya, aku masih gagal menjumpai mood untuk menulis assignment. Dengan komitmen kepada beberapa program persatuan, incharge beberapa program, tu belum masuk menghadapi karenah manusia samada ahli kumpulan mahupun persatuan dan lain-lain lagi.
Semua tu menyumbang kepada mood aku yang lari. Lalu setiap kali aku pulang ke bilik, aku just tenung je assignment, sambil berdoa supaya dia boleh siap sendiri hahaha.
Setelah puas aku berehat, aku bermalas-malasan, tidur lambat sebab tengok anime, sebab main Yugioh - game henset -, aku melihat diri aku sudah betul-betul bersedia untuk buat assignment, mood dah dapat, aku bangun dan mula menyusun bahan-bahan.
Selepas aku susun, aku ambil kertas kajang a.k.a testpad, dan aku buat lakaran apa yang aku nak mengarang ni. Supaya aku ada idea, supaya aku tak mati idea. Daripada satu idea, dia berkembang. Tiba-tiba semuanya jadi mudah, tiba-tiba sel-sel otak aku berkembang macam iklan Dugro tu.
Aku bukak lappy, then aku menulis dengan laju. Dan, selepas dua hari, aku tersenyum sampai telinga selepas aku selamat print 7 muka surat assignment aku tu, untuk ditunjukkan kat ustaz.
Walaupun mula-mula tu stress, sebab aku terletak hamzah di atas alif yang takde hamzah wuhahaha. So kenalah print baharu.
Tu baru satu assignment, masih ada lagi dua tiga, malah mungkin ada yang sedang menunggu.
Tapi, dalam keadaan sekarang, badan memilih untuk berehat. Dia jadi malas. Bila nak buka buku je untuk buat kerja, mata tiba-tiba jadi merah macam Sharingan. Kepala jadi panas, sama panas macam dalam bilik aku ni.
Aku pun sedapkan diri, sebab aku penat dengan kelas dan komitmen lain-lain. So tak boleh buat kerja ni. Jadi aku pun tengok anime dan scroll 9Gag kejap. Tapi bila dekat dua jam aku buat benda tu tanpa rasa panas mata, aku sendiri mula ragu-ragu samada aku ni betul-betul penat mahupun pemalas.
Tiba-tiba pulak komitmen persatuan datang, so kena pula take over. Nak buat camana, tu adalah amanah yang aku dapat. Dengan karenah ahli persatuan yang pelbagai, argh, semua tu memang betul-betul mematikan mood untuk buat assignment.
Tapi at least aku busy, bukan acah busy.
Paling bala, bila perasaan malas tu mula menyerang ibadat pula. Lima waktu solat, aku sedaya mungkin cuba istiqomah untuk solat berjemaah kat surau, Magrib dan Isyak.
Tapi bayangkan, bila aku betul-betul malas, sampai lima waktu aku solat kat bilik je, sampai nak je aku tampal stiker surau kat depan pintu bilik aku ni.
***
Betul, semua orang ada hari malas mereka sendiri. Hari malas ni, dia bukan untuk orang yang pemalas. Orang pemalas ni, memang setiap hari hari dia pemalas je, tak pernah nak rajin.
Hari malas ni, maksud aku ialah hari di mana kita suddenly jadi malas. Dan malas ni sebenarnya, ialah disebabkan kita penat, kita nak rehat. Kita dah penat buat kerja.
Contohnya, setiap hari Jumaat aku akan dedikasikan diri aku untuk basuh baju. Kadangkala aku basuh baju hari Khamis dah, kadangkala hari Sabtu. Iron baju pula, kadangkala dua hari lepas kering. Kadangkala bila hari malas menyerang, seminggu tu aku biar je kat ampaian. Takpun aku ambil, dan just gantung je dalam almari.
Aku bukan yang seorang yang malas ok? Walaupun kadang-kadang aku liat sikit nak basuh pinggan lepas makan kat rumah - sebab kakak aku ada wuhahaha -, tapi aku jarang biarkan katil aku tak berkemas.
Even aku dah lambat ke kelas pun, aku sempat lagi tegangkan katil dan lipat selimut.
Tapi, bila tiba hari malas aku ni, katil dengan loji terbiar, lebih kurang sama je. Tapi 'air-air kotor' tu takdelah, ish jangan pikir macam-macam!
Baju-baju pula, mana yang boleh digantung dalam almari, samada pakai sekejap mahupun macam blazer atau baju melayu, kalau datang hari malas aku ni, aku letak je atas kerusi. Tu belum masuk buku-buku, aku biar je berselerak serabut tahap gaban atas meja.
Tu belum masuk lagi bab media sosial. Whatsapp beribu-ribu noti, belum masuk yang urgent nak tu nak ini, aku tak baca langsung sebab kalau baca, dah kena nak balas pula! Tapi, kalau dalam hari malas tu aku masih boleh balas, maksudnya orang tu sangat penting, macam family aku.
Pernah satu hari, bila tiba hari malas aku, orang call aku banyak kali, sebab aku ada meeting yang aku lupa nak pergi, sebab aku ada kerja yang nak disiapkan, camtulah.
Tapi, aku tak pergi, bukan sebab aku mengabaikan kerja dan amanah, tapi aku terpaksa menghadapi orang-orang yang tak suka kat aku - dan sebaliknya -, jadi aku malas nak menghadapi diorang. Lalu aku silent je phone aku, wuhahaha kering tak kering kan?
Dan percaya atau tidak, sebenarnya aku hampir-hampir terlelap dalam area pukul 9 malam tadi. Baju-baju macam blazer dan kemeja yang pakai sekejap, semuanya bertaburan di atas lantai, atas kerusi atas katil.
Aku ke surau pula dengan keadaan tak mandi, rambut macam pokok bonzai.
Tetapi, setelah aku rasa macam puas berehat, aku bangun dan terus mandi. Aku solat Isyak dalam masjid a.k.a bilik aku je, siap beli makanan di cafe, dan yet, aku update blog ni.
Dan setelah sekian lama aku menghadapi hari malas aku, maka aku dapat juga siapkan satu post, walaupun aku tak pasti bila lagi post terbaharu.
Yang aku pasti, ia sudah tentu bukan yang terakhir.
***
Mengakhiri post, apa yang aku nak sampaikan dalam post kali ni ialah, tentang makna berehat actually.
Kita ni bukan robot, yang boleh beroperasi 24 jam non-stop, takyah makan minum berak mandi update blog solat semua. Malah, even robot pun akan berhenti selepas habis bateri atau terputus bekalan elektriknya.
Jadi, bila kita rasa macam takde mood nak buat kerja, takde mood untuk rangka program persatuan dan lain-lain, so kita kena berehat, untuk hilangkan rasa penat tu.
Memang, kita tak dapat nak rehat sangat sebab kita terikat dengan jadual orang lain, program dan assignment pun ada masa-masa yang memang kita kena allout kaw-kaw.
Tapi, bila otak pun dah penat, maka badan tak dapat nak beroperasi 100 peratus. So, tulah yang menyumbang kepada hari malas sedunia yang aku cerita sekarang ni.
Aku percaya, korang menghadapi hari ni. Tapi, selepas berehat, everything gonna be alright, walaupun hari malas sedunia ni adalah hari di mana korang malas menghadapi karenah manusia.
Mood kena cari, mood kena happy, dan hanya korang je tahu bagaimana nak cari mood tu. Kena berehat ke, kena jenjalan ke, kena makan ke, kena call someone ke, tengok cerita ke, solat baca Quran ke, ikutlah mana yang sesuai.
Tapi, bila korang seakan lost, jadi jangan segan-segan untuk berbaring di atas katil dan ambil satu tidur yang panjang.
Biarlah beberapa hari korang burn pun, jangan bersedih hati. Sebab, berehat itu juga salah satu langkah untuk berjaya.
Tapi, bila bateri korang dah penuh, hari malas sedunia pun nak berganti dengan hari rajin sedunia, masa tu jangan bazirkan peluang tu. Bangun, siapkan kerja assignment, program-program, gosok baju basuh baju update blog, semua.
Rebut peluang tu, sebelum sampai balik hari malas sedunia tu.
Tak salah berehat sebentar ketika bekerja yang memberatkan seluruh kepala, minda, badan dan spiritual.
Kerana itulah tanda kita ni manusia, ada had, ada batas.
Berehat sebentar bersama Kit-Kat. Takde Kit-Kat sebab mahal, Coki-coki pun jadilah.
Then, sambunglah pekerjaan tu balik seolah-olah korang akan mati esok!
Comments
Post a Comment