Ayuh jauhi sifat KEREK di Aidilfitri
Assalamualaikum warahmatullah buat semua pembaca yang aku sayangi sekalian. Harapnya korang semua sentiasa sihat walafiat bersama keluarga yang tercinta, lagi-lagi di Hari Raya Aidilfitri yang baru sahaja memasuki hari yang ke-6.
Orang Malaysia ke raya sebulan? Itu pun nasib baik tiada yang pecahkan raya Syawal kepada tiga fasa iaitu, Fasa Satu 'Mencari Duit Raya', Fasa Dua 'Masih Mencuba Mencari Duit Raya' dan Fasa Tiga 'Redha Dan Pasrah Tak Dapat'. *masukkan soundtrack hambar*
Aku actually nak highlight yang aku tak dapat duit raya sebenarnya. Namun, syukur kepada Allah S.W.T, aku dapatlah dua setakat hari ini, daripada ibu ayah tercinta (semoga Allah S.W.T murahkan rezeki kalian dan murahkan rezeki aku untuk aku pula yang bagi duit raya) dan daripada Mak Teh aku (sepupu ayah).
Menceritakan mengenai Mak Teh aku ni, dalam ke'pishang'an aku beraya disebabkan ayah sentiasa membuka topik yang sama iaitu politik (bukan aku tak minat politik, cuma aku cepat jemu kalau topik yang sama diulang beberapa kali) dan juga kesebuan perut disebabkan sistem perut yang terperanjat,
Aku sempat scroll Twitter - yang aku tak tahu berapa kilometer dah jauhnya aku men'scroll' thread dan tweet - mengenai luahan nitizen pra-dewasa dan dewasa yang single (but not available) seperti aku, bahawa mereka layak dapat duit raya disebabkan mereka masih belajar.
Jauh daripada sudut hati, aku agak bersetuju. Namun aku kurang bersetuju dengan statement yang duit-duit raya tersebut akan dibelanjakan untuk perbelanjaan masa belajar nanti. Mungkin benar statement ni bagi sesetengah orang, namun kalau aku mungkin perbelanjaan ni aku akan buat semasa bercuti macam duit minyak kereta dan lain-lain yang berkenaan hahaha.
Ketika slow-slow nak beransur, Mak Teh bertanya adakah aku masih belajar, sambil tangan kanannya mengepal duit. Aku yang pura-pura tak nampak dengan muka yang sengaja di'inoccent'kan membenarkan pertanyaan tersebut. Dan lalu Mak Teh memberikan aku duit raya yang berwarna merah. *masukkan soundtrack kanak-kanak yang riang gila bila dapat duit raya*
Walaupun hanya satu not, namun aku bersyukur kerana rezeki itu masih ada. Alhamdulillah.
Dan dikesempatan ini, aku mengambil peluang untuk memohon seribu kemaafan kepada kalian semua, atas komen yang lambat sangat aku balas (mungkin urgent untuk dibalas), blog yang sepi tanpa post (kerana aku menulis dengan mood dan hati), dan segala kekurangan dari diri yang hina ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maafkan kesalahan dan kekurangan dari Zahirku dan Batinku :)
***
Aku tak pasti adakah ada suatu laman web atau kamus yang khas bagi pencarian perkataan yang 'urban' atau slang di Malaysia. Aku pernah mendengar ura-ura tentang pembikinan kamus untuk perkataan tersebut, namun aku tak pasti adakah ia kekal ura-ura atau aku sahaja yang masih katak di bawah sarung duit raya yang dilempar kanak-kanak.
Jadi, aku mendefinisikan sendiri perkataan 'kerek' sebagai suatu perbuatan manusia yang menyombong dengan orang lain. Kebiasaannya 'kerek' ni digunakan pada muka ketat yang diekpresikan oleh si penyombong itu tadi (Penulis: 2018).
Aku kurang menyukai manusia kerek ni. Dan aku lagilah tak suka - bukan setakat kurang menyukai - bila ada sesetengah manusia yang melabel bahawa aku ialah orang yang kerek.
Sebelum kita pergi lebih jauh dalam melabel seseorang itu kerek, sombong atau bajet, terlebih dahulu kita kena bersangka baik terhadap kenapa mereka ni kerek, sombong atau bajet. Kenapa nak bersangka baik dengan diorang ni? Ada dua sebab.
Pertama, dalam bersangka-sangka tu ada dosa (Al-Hujurat: 12). Dua, mereka buat camtu bersebab, malah boleh jadi sifat kerek, sombong atau bajet tu untuk orang tertentu sahaja, macam orang yang tak kenal. Malah, faktor emosi juga mempengaruhi watak seseorang tu juga. Contoh, dah beberapa hari raya ni aku tak dapat duit raya menyebabkan aku bad mood lalu aku meng'kerek'kan muka, walaupun di dunia nyata hakikatnya aku seorang yang friendly dan menantu idaman material.
Dan boleh kita katakan kat sini ialah, bukan semua manusia memang asal atau fitrahnya memang kerek, boleh jadi ada yang memang asal atau fitrahnya seorang yang friendly, namun faktor tertentu menyebabkan dia tertiba atau tanpa disedari menjadi kerek.
Ha, sebelum kita menjatuhkan apa jua hukum ke atas seseorang tu (walaupun hakikatnya siapa kita untuk menghukum manusia lain), maka sangat baik kita mulakan dengan meletakkan diri kita di kocek seseorang tu, baru tahu masyuk atau tidak (Lampiran untuk yang loading: meletakkan seseorang di kasut sendiri).
Ok, kalau seseorang tu menjadi kerek atas faktor tertentu sedangkan dia memang seorang friendly, aku rasa itu boleh dimaafkan lagi. Sebab biasalah semua 'angin' manusia ni rendang dan sempoi-sempoi bahasa, ada masa tiada langsung dan ada masa boleh puting beliung sampai orang lain yang terkena kesan.
Lagipun, takkanlah setiap masa dia akan kerek bukan? Dan suka untuk aku mentionkan kat sini, boleh jadi seseorang tu kerek dengan kita disebabkan dia memang tak suka kita, dan apa-apa yang sewaktu dengan 'tak suka' tu. Persoalannnya, camana nak tahu?
Senang sahaja umpama menghulurkan duit raya kepada aku, iaitu kalau dengan orang lain dia boleh cakap sweet-sweet sampai meleleh air liur, tapi time korang jangankan sweet-sweet, air liur dia pula yang dia ludahkan kat korang! Dengan muka kerek dia lagi!
***
Hari Raya merupakan sebuah perayaan yang istimewa bagi umat Islam. Selain daripada menjadi simbolik kemenangan umat Islam yang telah berjaya menahan nafsu lapar dan dahaga dalam menunaikan perintah Allah S.W.T selama sebulan (walaupun tak sepatutnya raya sebulan juga hahaha),
Hari Raya juga memiliki potensi yang besar dalam menjadi jambatan kepada silaturrahim, hubungan antara seseorang manusia tu dengan seseorang yang lain pula, espcially saudara-mara yang memiliki pertalian darah yang sama dengan kita.
Kita ada lifestyle kita sendiri, dengan kerjanya, belajarnya, masa bersama keluarga terdekat macam aku contohnya bersama dengan ibu bapa tercinta, kakak tersayang dan kucing yang dikasihi, sebab aku masih belum punya rezeki untuk berkahwin.
Dan kalau ada di kalangan korang yang dah berkahwin, mungkin dah ada anak, maka sepanjang 11 bulan Hijrah (tolak bulan Syawal, iaitu Hari Raya), maka korang akan spent masa dengan keluarga terdekat, even tak termasuk ibu bapa korang sebab mereka duduk di rumah mereka sendiri.
Dan dalam masa 11 bulan Hijrah tu agak lama, jadi melainkan association atau event yang tertentu macam ada kenduri kahwin, atau mungkin ada kematian, barulah kita berpeluang untuk berjumpa dengan saudara-mara ni.
Kalau tiada benda-benda camni, konfirm tak berjumpa, bertandang rumah dan sebagainya, melainkan kalau kita duduk dekat-dekat sampai berjiran dengan saudara-mara kita.
Sebab itulah, Hari Raya memiliki potensi, ruang dan peluang yang sangat cantik untuk digunakan untuk tujuan tersebut. Lagi-lagi apabila generasi keluarga tu semakin berkembang pesat, dan ada unsur penggantian.
Generasi W seperti atuk dan nenek mungkin ada yang lama dah meninggal dunia, generasi X seperti ayah dan ibu kita bersama adik-beradik mereka ada yang masih hidup, generasi Y seperti kita pula mungkin tak semuanya yang berkahwin, dan tak semuanya sudah ada cahaya mata, dan generasi Z perlahan-lahan mula mengenal dunia, dan mungkin tak berpeluang bertemu dengan generasi W tadi.
Silih berganti mengikuti resam dunia dan Sunnatullah Allah Jalla wa 'Alla.
Dan dalam transformasi dunia sudah pun menyinggahi seluruh pelosok dunia sebelum istilah 'Malaysia Baharu' diperkenalkan lagi pun, macam trend gajet dan media sosial, ia berpotensi meninggalkan budaya yang buruk terutamanya kepada generasi aku iaitu generasi Y dan generasi di bawah kita iaitu generasi Z.
***
Tanggungjawab anak selepas kematian ibu bapanya ada banyak, antaranya ialah menghubungkan silaturrahim mereka, sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban:
"Malik bin Rabi'ah As-Sa'idi meriwayatkan, kami sedang duduk bersama Rasulullah S.A.W., datanglah seorang lelaki daripada Bani Salamah, ia bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, masih adakah kebaikan (kewajipan) yang harus saya lakukan untuk berbakti kepada kedua-dua ibu bapaku setelah kedua-duanya meninggal dunia.'' Baginda menjawab: Ya ada, iaitu sembahyang atas (jenazah) kedua-duanya (maksudnya mendoakan kedua-duanya) dan memohon keampunan bagi kedua-duanya, memenuhi segala pesanannya (menyempurnakan janji mereka) setelah mereka meninggal dunia dan menghubungkan ikatan silaturahim yang tidak sampai serta menghormati para sahabat mereka."
Tiga tahun lepas, aku ada menulis mengenai luahan hati aku terhadap sukarnya menggalas tanggungjawab menjalin silaturrahim dengan saudara-mara dan juga pihak-pihak lain seperti kawan-kawan dan lain-lain yang berkenaan. Korang boleh baca kat sini.
Dan sekali aku menulis post mengenai benda yang sama, namun aku ingin memfokuskan kepada bagaimana sesetengah daripada kita yang tidak mahu bertegur sapa, hatta berbasa basi apatah lagi menghulurkan salam yang pertama.
Dan aku meletakkan perbahasan mengenai sifat kerek ni, kerana aku berpendapat sifat kerek inilah yang menyebabkan potensi Hari Raya sebagai medium yang sesuai dan bagus sebagai jambatan silaturrahim itu berkurangan dan dihilangkan.
Generasi Z dan generasi Y sibuk dengan gajet terutamanya phone masing-masing. Sama ada layan post Facebook, atau sedang tweet dia tak dapat duit raya lagi kat Twitter atau sedang sibuk fikir capiton nak letak kat Instagram nanti.
Bila bertandang ke rumah orang, tak nak bertegur, tak nak bersalam, kerek nak mampus. Orang yang lebih tua pula seperti generasi X malah W pula yang kena starter dulu. Mereka pula yang beria-ria menghulur salam! Ini dah terbalik.
Tapi, sekerek-kerek mereka pun, takkan boleh lawan dengan generasi X atau W yang kerek. Biasalah orang tua dan perasan mereka lebih makan garam dan makan garam yang paling masin dalam hidup mereka. Perasan bagus, lagi-lagi kalau rumah dah besar, bergaji banyak atau pekerjaan yang masyuk, ataupun dapat menantu yang bagus dan kaya.
Itu baru aku cerita bab saudara-mara beb, itu belum lagi aku cerita pasal kawan-kawan, sama ada kawan satu sekolah, satu pejabat atau satu praktikal!
Persoalan aku, nak kerek-kerek ni nak buat apa? Nak jadi apa? Apa yang dapat?
***
Seorang Muslim yang sejati, dia akan menyedari tanggungjawab sosial yang ada pada dirinya, antaranya tanggungjawab menjadi penjambat silaturrahim bagi ibu bapanya, menghubungkan silaturrahim bukan sahaja kepada adik-beradik atau kawan-kawannya, bahkan paling penting kepada anak-anak mereka macam generasi Z dan Y ni!
Sebab aku sendiri pun, jarang balik kampung. Bila balik kampung saudara-mara duk kata aku dah dewasa hensem kacak sado dan lain-lain (yang lain semua aku tambah melainkan yang dewasa tu). Memang kenalah dengan umur aku yang semakin dewasa.
Dan sebenarnya bukan aku sahaja semakin dewasa, tapi anak-anak sepupu sepapat juga ikut membesar! Dulu jumpa diorang masih kecil, sekarang ada yang dah sekolah bagai. Dan ingin aku timbulkan di sini di mana peranan ibu bapa mereka sebagai ejen penjambat?
Sepatutnya mereka yang memperkenalkan anak-anak mereka kepada saudara-mara mereka, ni Mak Long kau, ni Pak Usu, ni sepupu belah ni, ni dua pupu sekian-kian. Ni ibu ayah pun leka dek gajet dan membawang bersama, anak-anak pun tak didedahkan dengan benda-benda yang crucial camtu.
Dari pihak aku, aku mencuba sedaya upaya untuk membuang sifat kerek tersebut, sama ada berhadapan dengan generasi yang atas aku mahupun generasi yang di bawah, sebab aku menyedari tanggungjawab Muslim tu, walaupun ibu dan ayah masih sihat alhamdulillah.
Namun, perkara yang menakutkan aku ialah, sampai bilakah aku masih boleh bertahan melakukan perkara ni, menjadi permula sahaja daripada dulu sehingga sekarang. Sekiranya aku mula untuk berputus-asa dan akhirnya mengambil pendekatan untuk 'lantak kau ah' dan tak kisah, kerek seperti mana yang dilakukan mereka,
Jadi ke mana hala tujunya silaturrahim ni? Mungkin silap-silap, berjumpa berselisih pun tak kenal agaknya.
Mengakhiri post, untuk menjadi penjambat silaturrahim sama ada dengan saudara-mara mahupun dengan kawan-kawan lama, tidak memerlukan kemahiran soft skill yang tinggi seperti promoter atau bidang pekerjaan lain yang asyik bercakap,
Namun cukup dan memadai dengan kita campakkan sifat kerek, sombong, perasan bagus dan lain-lain yang mazmumah dan menyampah dek orang tu, dan kita manfaatkan sebulan raya ni.
Barulah memadai kita raya sebulan, dan itulah tujuan sebenar mengapa orang kita raya sebulan, instead of melantak mentekedarah sampai jadikan tandas rumah kedua dan lagi teruk masuk wad sebab cirit-birit dan sebagainya.
Dan aku mengambil peluang ini, untuk memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa sama ada saudara-mara mahupun kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang mengenali diri ini, atas penulisan post ni. Yang baik dan sedap kita ambil masuk mulut, yang buruk kita buang bersama kulit-kulit lemang dan ketupat.
Kalau muka hensem, tapi kerek, dia akan menyebabkan kehenseman tu sedikit berkurang. Tapi ni muka dahlah so so je, tak hensem pula, tapi kerek.
Aduhai, sabar jela.
Pesanan ikhlas tanpa iklan, katakan tidak kepada kerek, senyum sokmo dan jangan lupa duit raya aku!

Comments
Post a Comment