Bercinta SAMPAI Nikah

Assalamualaikum warahmatullah, kepada semua pembaca yang sangat aku sayangi, yang setia membaca dan melontarkan komen minta aku berikan pandangan, walaupun aku bukanlah orang yang punyai banyak pengalaman mahupun ilmu.

Dan aku yakin korang semua - termasuklah kesayangan - dah muak dengan hiatus blog yang panjang dan lama. Ada yang komen bulan Mac lepas, tapi baru harini dah bulan Ogos baru aku balas. Oh zalimnya diri ini!

Dan dalam kemuakkan itu aku tak mahu teruskan dengan sesi muqadimah minta maaf atas kelemahan aku tak update blog, atau kelemahan dalam menepati janji dan azam 2019 ni aku nak banyak menulis,

Dan aku nak straight to the point meluahkan segala kesakitan yang aku pendam dalam dua tiga harini, dan setelah aku hanya menulis di dalam kepala dan dalam deretan tidur yang panjang, izinkan aku meroyan dengan berhikmah dan moga-moga ia bebas daripada emosi semata-mata tanpa satu hapak pun hikmah.

Disclaimer: Post ini akan diselangi dengan deretan lagu-lagu jiwang sebagai rujukan, menambahkan mood atau menambahkan garam di luka. Mode sendu on!

***

Ekamatra: Hanya Satu Persinggahan

Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabadian yang rela
Pemergianku oh kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurna

Long short story, masa aku Degree dulu, aku berkenalan dengan seorang senior perempuan. Dan aku pulak boleh berkenalan dengan minah ni disebabkan minah ni bercinta dengan seseorang yang rapat kepada kesayangan aku. Minah ni dan seseorang yang rapat kepada kesayangan aku ni satu kelas, senang cerita diorang ni bercinta satu kelas.

Jadi, boleh aku katakan kitorang berempat ni macam double date gitu. Walaupun kitorang takdelah pernah lagi official double date ke sana sini, tapi disebabkan faktor kitorang berempat sama-sama bakal menjadi sebuah keluarga keluaran universiti yang sama, menyebabkan perlahan-lahan aku bonding dengan minah ni.

Siapa je yang tak seronok, bila buat reunion esok lusa bawa anak bagai, kitorang berempat ialah keluaran universiti yang sama, kira macam universiti ni menjadi tempat kami mula jatuh cinta, dan menjadi saksi bagaimana kami membina sebuah ikatan.

Minah ni pula sebaya dengan kakak aku, dan surprisingly, walaupun kami beza dua umur, namun kadangkala dia akan minta pandangan aku tentang hubungan mereka berdua. Dan aku rasa segan, sebab siapalah aku ni, umur pun beza dua tahun.

Dan minah ni pula kadangkala selalu share masalah hubungan diorang dengan kesayangan aku, dan of courselah kesayangan aku akan share dengan aku sebagai topik otp kitorang memalam.

***

Ekamatra: Hanya Satu Persinggahan

Biarlah jauh dari pandangan
Daripada dekat penuh seksa
Biar berduka biar melara
Dari sengketa sepanjang masa

Long short story juga, sepanjang pengamatan aku dan kesayangan aku - kitorang bukannya jenis busy body jaga tepi kain orang lain - hubungan mereka berdua ni macam on off. Masing-masing keduanya merupakan orang berpersatuan, jadi sudah tentu bila dah berpersatuan ni dengan pergaulan berlainan jantina pasti akan mengundang perbalahan sekiranya berlaku salah faham.

Seseorang yang rapat dengan kesayangan aku ni, aku akui dia memang ada rupa. Ditambah dengan karisma dan kemahiran soft skill, common ah perempuan mana je yang tak tertarik bukan? Dan sehingga satu tahap ada perempuan yang macam tergedik-gedik dan acah-acah kat dia. Dan sudah tentulah benda ini akan perlahan-lahan menjadi topik perbalahan, yela dengan penat berprogram dan lain-lain.

Minah ni aku akui dia mempunyai rasa cemburu yang kuat, dan aku pun tidaklah menentang atau tak suka cemburu dia tu, sebab itu adalah fitrah, dan cemburu itu tandanya sayang. Namun kalau cemburu tu tak ditangani dengan betul, maka daripada cemburu yang asalnya sayang, menjadi cemburu yang memusnahkan perhubungan.

Dan bayangkan, dalam kejap on kejap off tu, empat tahun juga beb hubungan itu terbina. Kalaulah ambil Degree, dan boleh grad kot! Dan daripada kejap on kejap off tulah minah tu sendiri dah datang ke rumah berjumpa ibu kepada seseorang yang rapat dengan kesayangan aku tadi, untuk berkenalan dan untuk perlahan-lahan go on to the next step, iaitu perkahwinan.

***

Slam: Gerimis Mengundang

Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan

Seseorang yang rapat dengan kesayangan aku ni pula - ah panjang sangat nak sebut, aku namakan SYRDKA, asal macam Hail Hydra ok hambar - kebetulan kitorang pernah beberapa kali satu program. Namun kitorang ni tak beberapa nak rapat sangat sebab jumpa pun jarang. Masing-masing ada life sendiri.

Namun, bila aku amati SYRDKA ni, dia tak pernah tonjolkan tentang minah dan hubungan mereka di media sosial. Mungkin ada sebab dia tersendiri, tapi aku sendiri tonjolkan kesayangan aku di media sosial sebab sebagai penghargaan, rindu atau juga itu media sosial aku suka hati aku ah. Namun, minah ni pernah suarakan kepada aku betapa SYRDKA ni kurang menyumbang dalam perhubungan mereka.

Pernah je kadangkala mereka tak contact sebulan dua, Whatsapp pun kurang, kadangkala gaduh, kadangkala gaduh mereka panjang dan tiada kesudahan, isu cemburu yang diketengahkan, dan mostly yang menyebabkan minah ni tension adalah bila SYRDKA ni tiada menunjukkan semangat atau effort untuk membawa hubungan ni ke jinjang perkahwinan.

Dan aku sendiri pun, yang lebih banyak mengenali dan berhubung dengan minah tu berbanding SYRDKA confirm-confirm akan side dan menyebelahi minah tu, berbanding dengan SYRDKA. Malah, aku juga beberapa kali pernah bash SYRDKA tu dalam otp atau conversation face to face aku dengan kesayangan aku, padahal aku tahu betapa rapatnya SYRDKA dengan kesayangan aku tu.

Aku katakan, menjadi tanggunjawab lelaki untuk command perhubungan, tak boleh biarkan semuanya perempuan yang buat. Orang lelaki kena selesaikan pergaduhan, tak boleh biarkan lama. Dan paling penting, jangan sia-siakan kesabaran perempuan terhadap kita, kerana andai suatu hari nanti hilang sabarnya, maka confirm akan hilang perhubungan itu.

Minah tu sendiri pun banyak kali cerita, betapa sabarnya dalam perhubungan mereka. Dan dalam empat tahun berhubungan yang on off itu, suatu hari aku menerima berita yang mengejutkan daripada kesayangan aku, bahawa mereka berdua...

...telah pun clash, putus hubungan.

***

Slam: Gerimis Mengundang

Kusangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis rupanya gerimis
Mengundang ah ha ha ha
Dalam tak sedar ku kebasahan
Pernah juga kau pinta perpisahan
Aku sangkakan itu hanyalah
Gurauan ah ha ha ha
Nyata kau serius dalam senyuman

Dalam suatu pagi, aku Whatsapp minah tersebut, dan saja jela try try nak korek rahsia kenapalah boleh sampai clash tu. Dan dalam kesedihan, putus asa yang aku rasakan dalam Whatsapp itu, minah tu menyatakan kerana SYRDKA tidak menunjukkan effort untuk berkahwin. Dan akhirnya dia tak mampu bersabar, dan dia sendiri yang memutuskan hubungan.

Lalu aku pun menyuarakan kesedihan aku kepada kesayangan, sambil menyatakan bahawa apa yang aku takuti telah berlaku, di mana apabila seorang perempuan hilang sabarnya dalam perhubungan, maka perhubungan itu juga akan hilang akhirnya jua.

Dan dalam perbualan itu, aku jelas menunjukkan aku menyebelahi minah itu, dan betapa aku menyalahkan SYRDKA kerana kelemahan conduct hubungan, dan itu adalah sesuatu yang patut dia dapat agar dia sedar betapa berharganya pasangan, dan sayangnya kita akan menyedari betapa berharganya pasangan kita apabila dia telah berlalu pergi.

Namun, semua itu aku ketahui, dan aku sebelahi minah itu, sehinggalah suatu hari SYRDKA tiba-tiba membuka mulut, dan membuat luahan kepada kesayangan aku, sehinggalah aku sedar apa yang berlaku, dan aku tegas membuat pendirian untuk membawa hati aku menyebelahi dirinya, bukan lagi diri minah itu,

Dan aku membiarkan hati aku merasai apa yang dia rasa, walaupun aku berdoa aku tidak akan sesekali merasai apa yang dia rasa.

***

Lestari: Mahligai Dari Air Mataku

Izinkan diriku meluahkan rasa
Maafkanlah aku andai kau terasa
Biarku paparkan apa yang terjadi
Moga engkau tak ulangi

Sungguh tak kusangka kau berpaling tadah
Setelah lamanya menjalinkan cinta
Dalam diam-diam kau sudah berpunya
Tanpa aku menyedari semuanya

"Dia kata aku takde effort? Hahaha, kalau aku takde effort buat apa aku kerja siang malam semua, sedangkan aku ni dahlah sambung master. Aku sanggup kumpul duit mana yang mampu, semata-mata nak usahakan biar boleh kahwin cepat macam dia nak. Ceritanya sekarang, sebab dah ada orang yang masuk cucuk dalam perhubungan, yela, aku ni bukan ada apa-apa pun."

Kesayangan aku kata, bila diorang dah clash tu, SYRDKA tu pecahkan tabung dia, korang bayangkan punyalah banyak sampai lepas beli phone yang harga RM1k lebih, dah still tu baru separuh yang dia belanjakan tu.

Haha, aku pulak tertiba throwback aku pecahkan tabung kahwin bila clash dengan ex aku dulu, cuma bezanya aku tak beli phone sebab tak cukup banyak lagi hahaha.

Namun, apa yang buatkan aku terkesima dan terfikir dalam-dalam, adalah pasal kehadiran orang ketiga yang mencucuk dalam diam ketika perhubungan. Bayangkan, dalam tingginya jealous dan cemburu minah tu terhadap mana-mana perempuan yang approach SYRDKA tu, takde lagi SYRDKA tu pasang atau contact mana-mana perempuan lain.

Punyalah suruh orang setia bagai, at the end minah tu yang membiarkan hatinya dicucuk orang ketiga. Kehadiran orang ketiga yang lengkap serba-serbi, terutamanya dalam sudut kewangan, menyebabkan perhubungan yang dibina selama empat tahun musnah, hanya sebab alasan tiada effort yang ditunjukkan.

Dah kalau sampai boleh beli phone baharu tu, tiada effort juga ke? Dan kalau minah tu betul-betul menghargai perhubungan, maka kenapa perlu ceritakan atau buat luahan perasaan kepada orang ketiga? Bukankah itu memang sengaja membawa kepada perpecahan, dan mencipta ruang untuk seseorang yang baharu masuk ke dalam hatinya?

Dan, dalam kurang dua tiga bulan selepas mereka berdua clash, aku dikejutkan lagi sekali dengan berita yang cukup-cukup menjentik perasaan hiba hati, iaitu...

...minah tu akan berkahwin dengan orang ketiga tu time Raya Haji nanti.

Lestari: Mahligai Dari Air Mataku

Oh aduhai
Ku masih ingati
Janji manis dan saat romantis
Kau pintaku supaya setia
Akhirnya kau yang berubah

***

Lestari: Mahligai Dari Air Mataku

Aku mendoakan agar kau bahagia
Bersama si dia
Insan yang kau suka
Percintaan kita tak sampai ke mana
Setakat di bibir saja
Sayang

Kau bina mahligai dari air mata
Yang jatuh berderai di wajah sepiku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diriku

Dalam dua tiga harini, minah tu buat beberapa post di media sosialnya pasal perkahwinan dia. Kesayangan aku berkesempatanlah untuk tengok beberapa bulan lepas, Story di media sosialnya pasal persiapan kahwin, pelamin bagai, termasuklah rumah untuk dia dan bakal suami duduk nanti.

Dan paling tak boleh blah, dia siap hantar kad kahwin, suruh kesayangan aku datang, siap bawa aku sekali. Wajib datang katanya, wajib kepala hotak dia hahaha.

Dan dua tiga hari lepas, kesayangan aku sempat tengok minah tu buat Live Story tentang majlis akad nikah. Kesayangan aku kata, terus takde rasa apa-apa dah bila tengok si suami dah selesai akad, dan akhirnya minah tu sah menjadi isteri dia.

Aku? Jangan cakaplah. Bad mood dan terus rasa sendu yang amat. Padahal bukan aku pun. Tapi macam aku cakap tadi, aku dah serahkan hati aku untuk rasa apa yang SYRDKA rasa, walaupun aku tak tahu apa yang dia rasa dan lain-lain.

Korang bayangkan, punyalah aku rasa sendu, terus buka playlist jiwang aku. Mendengar lagu jiwang tatkala broken atau sendu ni umpama menambah garam di atas luka yang masih berdarah. Nak padu lagi gantikan garam dengan air limau, perghhh!

Aku ajak kesayangan aku sendu sekali, dia kata "buat apa nak sendu, bukan ada kaitan dengan kita pun!" Pergh kesayangan aku punya level, bukan ashe-ashe, untung aku haha.

Aku pun duk tunggu juga, bagaimana reaksi SYRDKA tu pasal minah tu. Aku tengok Story Whatsapp dia duk up main badminton je memalam haha. Sampailah dalam esok tu, dia up Story dan Tweet:

"If is fate. Each person has a different heartbeat. It's like no one has the same face and appearance as you.

Try to listen to my heartbeats is the same with you yesterday. But now day it's not anymore. #thanksAlot"

Tak cukup aku dah broken baca status tu, ditambah lagi dengan caption yang memang dari seorang lelaki yang gentlemen, yang tak perlu acah spill tea buat thread Twitter, yang berterima kasih atas segala memori yang tercipta.

Sendu bos!

***

Spring: Butakah Cinta

Kiranya semua itu
Tak memadai bagimu
Apa sebenarnya yang kau mahu
'Ku tak tahu
Kau hilang bila 'ku tiba
Kau datang bila kukecewa
Terasa diri dipersenda
Di mana berakhirnya nanti
Permainan sandiwaramu ini
Sesungguhnya aku tak mengerti

Apa yang buat aku rasa mengamuk atau broken tahap gaban, adalah bila minah tu update status sebagai caption bersama gambar sebelah suami, ialah:

"Perkenalan ringkas moga membawa berkat" Berkat kepala hotak kau! Ya, soal keberkatan tu memang tak boleh nak disangkal, itu semua diberi oleh Allah S.W.T.

Tapi tang perkenalan ringkas tu, kenapalah minah tu tegar untuk update status sebegini rupa, seolah-olah empat tahun yang dia bina bersama tu tak memberi keberkatan langsung! Tiada nilai ke, sampai boleh dibakul sampahkan sebegitu rupa?

Dan lagi sekali, kesayangan aku dengan perasaan selambanya menenangkan aku yang sedang terbakar hati dan jiwa, "semoga menjadi pengajaran untuk kita". Ya, moga-moga ia menjadi pengajaran untuk kita semua.

***

Scan: Kau Dipaksa Aku Terpaksa

Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah aku berkorban selama ini
Andai dirimu tak mampu aku miliki

Dalam beberapa tahun lepas, dunia kita dipenuhi dengan saranan supaya Bercinta SELEPAS Nikah. Aku tidak mahu mengulas apa-apa pasal saranan ini, kerana aku akui ada kebaikannya, dan selepas aku melihat deretan pasangan muda yang bercerai, aku juga akui ada keburukannya.

Namun, izinkanlah untuk aku menyarankan dan menyeru akan Bercinta SAMPAI Nikah. Biarlah penutup dan noktah kepada siri percintaan yang bertempoh, sama ada pendek mahupun panjang diakhiri dengan nikah, bukannya berpecah belah.

Untuk umur yang semakin meningkat dewasa seperti aku, aku tidak betah lagi untuk terus bercinta dan putus, dan putus kemudian bercinta. Hati aku tidak mampu lagi untuk senang dimasuki atau senang mengeluarkan mana-mana individu. Dan begitu juga SYRDKA yang tuanya daripada aku dua tahun, lagilah tidak.

Bukan niat aku nak menyatakan orang Barat itu bagus, namun kadangkala apa yang bagus aku nampak adalah mereka bercinta memang sangat lama, bertahun, kemudian mereka akhiri dengan perkahwinan. Mungkin itu antara rahsia perkahwinan mereka tahan lama, tapi yang tak bagusnya macam-macamlah yang mereka dah buat kan?

Juga bukanlah niat aku nak meremehkan mana-mana, namun apa gunanya bercinta lama-lama kalau tidak ditutupi dengan pernikahan? Dan mengapakah sudi bercinta lama-lama kalau tak sudi nak berjuang untuk perkahwinan?

Maaf aku cakap, tapi pada pengamatan aku, orang perempuan selalu gatal sangat nak kahwin. Nak kahwin cepat, tak larat nak bercinta panjang-panjang, sedangkan pasangannya belum ada apa-apa kewangan yang stabil untuk ke arah itu. Ni perkahwinan, bukannya kos singkat macam setakat pergi date tengok wayang.

Tu belum aku timbang lagi faktor perempuan tu anak bongsu, atau dia seorang je lagi tak kahwin sedangkan adik-beradik semua dah kahwin, macam minah tu contohnya. Lagilah dia punya pressure nak kahwin tu lain macam! Penyudahnya, siapa yang ada serba-serbi masuk meminang pun dia on!

Scan: Kau Dipaksa Aku Terpaksa

Kau dipaksa lupakan aku
Dengan rela kau menurut
Kuterpaksa lepaskanmu
Walau sayangku bertaut

***

Mengakhiri post yang panjang ini, aku tahu, mungkin ramai yang tak bersetuju dengan post aku ini, atau mungkin juga yang menyebelahi minah tu. Apa-apa pun aku tak kisah, mana yang baik aku jadikan teladan, mana yang buruk aku jadikan sempadan.

Namun, apa yang aku nak sampaikan ialah, kemanisan itu adalah bila kita berjuang sehingga ke akhirnya. Betul, aku sendiri pun tak boleh nak cakap apa-apa, aku sendiri pun terkontang-kanting mencari duit untuk menghalalkan kesayangan, aku pun juga tak tahu apa kesudahan siri percintaan yang bakal berusia 4 tahun 6 bulan ni, adakah ia akan berakhir macam aku harapkan, atau sama sahaja macam dulu.

Cuma yang pastinya, aku akan bercinta sampai nikah, dan aku juga menyeru kepada mana-mana yang bercinta dah sampai tahap lebih setahun, maka fightlah sehingga sampai kahwin, walaupun kesusahan mana yang korang hadapi, sama ada kewangan mahupun lain-lain.

Kepada orang perempuan yang berada dalam hubungan yang lama, aku nak beritahu, hampir semua lelaki bukan sekadar nak geli-geli atau just couple je kalau dah hubungan lebih setahun dua, percayalah, mereka juga nak bercinta sampai nikah. Jadi supportlah mereka, dan sama-samalah bantu. Kalau tak boleh bantu soal duit, bantulah soal emosi dan berikanlah mereka semangat.

Percayalah, bukan biasa-biasa lelaki punya berjuang nak halalkan kesayangan. Dan orang lelaki pun, kenalah merealisasikan usaha perjuangan tu, jangan sekadar sembang kot mulut sahaja.

Paling penting, jauhilah daripada orang ketiga. Betul, kita mesti nak terbaik, namun tak dinamakan perjuanganlah kalau kita sentiasa yang terbaik. Kadangkala yang terbaik itu boleh dibentuk, bukan ia terjadi sendiri.

Buat kesayangan, terima kasih kerana terus memberi semangat untuk berusaha menghalalkan dirimu, meskipun progressing yang teramat perlahan, dan terima kasih kerana tidak menekanku dan percaya bahawa betapa diriku mahu mengakhiri perhubungan kita dengan pernikahan. Semoga perhubungan kita ini sentiasa mekar dan jika ia layu,

Biarlah perhubungan ini layu di atas nama pasangan couple, dan mekar kembali sebagai pasangan suami isteri. 

Aku doakan agar semua percintaan kita sampai nikah. Akhiri perhubungan kita semua bukan dengan clash, tapi nikah!

Jauhi orang ketiga, dekati ahli keluarga.

Spring: Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta

Kau Dan Aku
Sudah Di Takdirkan Bertemu
Dan Tiba Tiba Kita Jatuh Cinta
Ini Semua Sudah Suratan iIlahi
Dan Kita Harus Hadapi Kenyataan
Biar Apa Pun Terjadi
Aku Harap Engkau Tabah
Menerima Ku Sebagai Teman Baru Mu
Semoga Kita Saling Sayang
Bahagia

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers