2020: Tahun betul-betul aku dewasa (Edisi Remake)

Assalamualaikum warahmatullah, buat semua para pembaca sama ada yang masih baharu membaca, atau pembaca yang masih kekal setia meskipun blog ini tiba-tiba berada dalam mode hiatus yang lama. 

Hahaha, punya lama dia punya mode hiatus tu sampai aku pun dah malas nak berharap kat diri sendiri dan kekal memberi harapan agar bolehlah aku menulis, senang cerita aku tunggu je waktu tu datang sendiri dan aku jelmakan, bukan sembang sampai boleh mimpi update post boskur haha.

Dekat situ actually dah boleh nampak betapa itu antara salah satu tanda aku sudah betul-betul dewasa, dan menginjak masuk ke alam dewasa. Iaitu malas nak berharap, memasang mimpi, instead of menunggu masa yang sesuai dan manfaatkan peluang yang datang.

Aku rasa masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menyambut Tahun Baharu 2020. Dalam ketandusan blog yang tiba-tiba dihembus angin gersang semenjak last post tahun lepas dalam bulan Ogos, kini dalam kelapangan yang tiba-tiba datang, aku wakafkan masa sekejap untuk menulis.

Bukan biasa-biasa, pewakafan dalam menulis ketika bekerja dan tidak ada kerja secara tiba-tiba haha. Ha, itulah namanya the perfect timing. Kalau timing ni aku tak manfaatkan - meskipun cuaca tiba-tiba mengajak mata aku berbuai -, jawabnya entah bila la ya aku akan menulis di sini?

Long short story, aku selamat memasukki pertengahan 30-an. Meskipun aku tidak lagi menyambut hari ini dengan ritual yang sama seperti dulu, tulis post pasal birthday blah blah, namun cukuplah dalam post pertama tahun 2020 ini, aku mulakan dengan post edisi remake, iaitu post yang bertajuk:

'Alam Dewasa: Sudah bersediakah kita?', korang boleh baca dekat sini, agar korang boleh buat perbandingan antara post latest dan aku tulis dahulu.

Post yang lama ni aku tulis 8 pada April 2013. Aku berumur 18 tahun ketika itu, walaupun aku rasa aku belum cukup dewasa umpama pisang yang ada dua colour sekali - hijau sebab tak masak, kuning sebab tengah otw - namun telah aku coretkan sebuah post bagi meluahkan kerisauan aku untuk memasukki alam dewasa.

Pergh, tetiba throwback masa birthday aku yang ke-20. Dalam kepekatan malam yang baru pukul 12, aku berfikir panjang sebab umur dah berpuluh, bukan berbelas lagi. Terciduk kamu!

Apa yang menarik tentang post yang lama ni ialah, korang boleh nampak betapa dalam umur aku yang baru 18, aku sudah boleh menulis mengenai alam dewasa yang setelah aku baca tadi, boleh dikatakan ketepatannya akurasinya mencapai 99.9 peratus.

Hebat bukan? Bukan selalu aku membajetkan diri aku ni. Tapi, apa yang kelakarnya, setelah aku baca balik apa yang aku tulis dalam post yang lama ni, dalam kesenyuman yang terselit buih white coffee di tepi bibir, aku simpulkan:

"Kita tahu alam dewasa tu camana meskipun kita belum lagi menginjak waktu itu. Tapi bila kau dah sampai, baru kau tahu ah camana sebenarnya alam dewasa tu bos!"

Maka daripada kesimpulan aku, sudah tentu korang akan terfikir dua soalan:

(1) Adakah alam dewasa itu seronok?
(2) atau lawannya kerana hukum alam ni setiapnya berpasangan, iaitu adakah alam dewasa itu sebaliknya?

Maka, akan aku beri jawapan sendiri at the end of the post, selaku orang yang sudah memasukki pertengahan 30-an, sudah bekerja, masih meneruskan pengajian di peringkat menara gading, dan sedang menempuh alam dewasa.

***

Dalam post yang lama, aku telah membuat perbandingan bagi empat item antara REMAJA dengan DEWASA, iaitu:

(1) WANG

Remaja: Kalau aku ada duit, aku nak beli I-phone 5, Samsung galaxy, baju seluar stylo gila, nak hangout dengan kawan-kawan, nak gi dating bla bla.

Dewasa: Kalau aku ada duit, aku kena bayar duit kereta, sewa rumah, duit minyak, duit insurans, kredit kad, belanja rumah, bil letrik, air, anak nak I-phone, bini nak gelang bla bla. Argh! Ntah bila aku nak spent duit untuk aku? Nak menabung apatah lagi? (SiapaMahuBahagia, 2013)

Realitinya, masa aku remaja dulu pun, takde pun semua ni sebab aku bukanlah berasal dari keluarga yang kaya-raya. Namun, boleh aku katakan 99.9 peratus daripada semua yang aku ada waktu tu macam pakaian, laptop, phone dan lain-lain semuanya ibu ayah aku belikan.

Sebab tu aku tak nafikan orang kata "Eleh nak bercinta konon, spenda pun mak ayah belikan", sebab memang betul pun haha.

Namun, bila kau dah start guna hampir 100% duit kau sendiri, contoh daripada duit gaji kau bekerja, duit kau berprogram ke, atau pendek kata duit yang kau raih sendiri, masa itulah kau betul-betul dewasa. Tapi kena ingat,

Duit yang kau raih tu bukan kau guna untuk beli benda yang kau nak, tapi benda yang perlu. Bila dah kerja pakai kenderaan macam motor atau kereta, dan kena bayar duit minyak. Tak masuk tol lagi, belum kira lagi duit rumah, makan dll lagi. Maka itulah bermulanya alam dewasa.

Korang bayangkanlah, wang atau duit ni merupakan isu yang aku kira paling crucial dan penting dalam meniti alam kedewasaan, dan meskipun aku ketika 18 tahun tu menulis sedangkan aku tak merasa susahnya bila ada duit sendiri, nak manage supaya tak joli, menabung untuk nikah dan masa depan dll lagi,

Bila dah dewasa ni baru aku nampak betapa pentingnya wang ni sampaikan banyak hubungan boleh rosak dan punah, macam hubungan keluarga, cinta dll. Dan korang kena ingat, dalam keadaan ekonomi Malaysia yang kurang stabil ni, aku baru mention susahnya dalam status aku yang belum ada bini dan anak-anak. Tu pun nampak susahnya, kalau kahwin, ada anak semua?

Belum lagi aku mention kerja terabur, lari bidang, kerja tak setaraf kelulusan lagi, ha terciduk!

Bagi aku, suatu kepuasan bila aku dapat menabung sikit-sikit untuk masa depan terutamanya kahwin - sebab fokus aku nak kahwin cepat -, walaupun banyak-banyak yang keluar. Dan keluar tu actually mostly untuk minyak sebab aku drive, dan juga benda-benda lain, contoh macam mengidam ke apa.

Dulu masa aku belajar Diploma dan Degree, boleh dikatakan kerap aku makan Kfc, Mcd ke. Sekarang, aku sanggup berpuasa daripada semua tu, melainkan aku dah mengidam tahap gaban sampai dah masuk ah Mc Chicken dalam mimpi aku, maka terpaksalah aku beli bagi hilangkan mengidam tu.

Dan bagi aku, itulah waktu aku betul-betul dewasa. Dan paling puas, bila aku tidak lagi minta duit daripada ibu ayah aku, melainkan betul-betul terdesak meskipun agak terdesak juga.

(2) KERJAYA

Remaja : Aku nak kerja besar, banyak gaji, dapat jawatan besar. Haha.

Dewasa : Aku yang kerja pangkat rendah ni pun banyak masalah. Alhamdulillah ada jugak gaji walaupun tak la dapat beli Ferrari (SiapaMahuBahagia, 2013).

Daripada post yang lama ni, aku nampak diri aku yang lama mention pasal cita-cita dan impian. Namun, kita faham bila masuk alam dewasa ni, kita terpaksa terima apa jua pekerjaan yang kita dapat, selagimana kita tidak punya kuasa dan ruang untuk ubah.

Walaupun lari jauh daripada bidang, walaupun tak banyak gaji, walaupun serba kekurangan, asalkan kita punya gaji bagi mencapai item pertama iaitu wang tadi. Yang ni, serius. Bila dah terkena pada diri sendiri baru aku sedar betapa dewasanya aku kini.

Aku malas nak cerita detail pasal pekerjaan aku, cuma syukur Alhamdulillah aku sudah bekerja. Cuma ini apa yang aku nak kongsikan ialah, bila masuk ke alam dewasa dengan ekonomi negara kita ni, aish, kita betul-betul hilang kuasa untuk memilih kerja.

Pedulilah kau ada Degree ke apa, sedangkan PhD holder pun mereput, pishang, nikan pula graduan Diploma atau Degree. Bukan macam zaman ibu ayah kita dulu, dulu kerja yang cari kita. Sekarang, kita yang cari kerja.

Sebab tu aku tak terngadah atau terciduk sangat bila ada sesetengah puak yang menyatakan buang masa belajar tinggi-tinggi ni, baik kerja cari pengalaman dll, sebab tetap ada benarnya walaupun aku tetap tidak bersetuju ada istilah buang masa dalam menuntut ilmu ke menara gading.

Cuma, ujian yang menimpa dalam mencari kerja di alam dewasa ni korang kena ukur daripada lima elemen penting, iaitu:

(1) Gaji
(2) Jarak tempat kerja
(3) Kena bidang atau minat
(4) Bos, perangai, ragam dll
(5) Rakan sekerja, perangai, ragam dll

Maka, di sini aku simpulkan antara ujian yang menimpa dalam mencari kerja di alam dewasa ni, iaitu:

(1) Gaji banyak, jarak tempat kerja dekat dengan rumah, kena bidang atau minat tapi bos macam taik, rakan sekerja pun lagi taik.
(2) Gaji banyak, tapi jarak tempat kerja jauh dengan rumah, dahlah tak kena bidang, tapi bos baik, rakan sekerja lagilah baik.
(3) Gaji sikit, tapi jarak tempat kerja jauh dengan rumah, tapi kena bidang, cuma bos taik, tapi rakan sekerja sangat baik.
(4) Gaji sikit, tapi jarak tempat kerja dekat dengan rumah, tapi tak kena bidang, dan alhamdulillah bos baik cuma ada ragam, dan rakan sekerja sangat baik.

Yang lain kau buatlah sendiri, penat aku nak fikir. Tapi aku rasa korang get the point. Mustahil untuk kita dapat complete lima elemen penting ni semua padu:

Gaji banyak, jarak tempat kerja dekat dengan rumah, kena bidang, bos baik, rakan sekerja lagilah baik. Pergh, tu syurga bos! Kalau kau memilih asyik tukar-tukar kerja sebab nak lima elemen ni semua terbaik, percayalah sampai bila-bila pun kau akan jobless!

Sebab tu kerana duit atau wang, orang sanggup je redah asalkan gaji banyak. Maka itulah alam dewasa.

(3) PASANGAN

Remaja : Apadahal, tak boleh 'ngam' clash ah. Carik lain. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Woha!

Dewasa : Kena jaga diri betul-betul. Percakapan, gaya beborak, bergaul. Jangan ada skandal, orang fitnah. Susah. Bercerai bukan senang, turun naik mahkamah. Kalau ada anak, aduh panjang lagi cerita. Isteri seorang pun dah tergigit lidah, apatah lagi dua tiga (SiapaMahuBahagia, 2013).

Di post lama ni, aku dahulunya seakan-akan terus highlight kepada perkahwinan. Sebab dahulunya aku ingat, bila dah kahwin tu baru dinamakan dewasa. Namun sekarang, barulah aku tahu, tidak semestinya yang kahwin itu dewasa, dan yang dewasa tu bila kahwin, eh ke terabur haha.

Aku tak nak kupas panjang pasal ni, kalau tak mahunya panjang nak mampus - cukuplah post ni warm up jari-jemari yang lama tak menari, selalu buat assignment dan pro**sal -, cuma beginilah serius talk, short dan simple:

Kita bercinta sebab nak kahwin. Bukan bercinta clash, move on pahtu bercinta clash. Kita bercinta sampai kahwin. Sebab umur ni bukan makin lama makin muda, kesemuanya yang melibatkan biologi macam rupa paras, kesuburan dll akan meningkat, dan kalau tak manfaat akan kelamaan menurun dan padam!

Perlu ke aku bahas panjang pasal ni? Takyah kot...

(4) POLITIK

Remaja : Gua tak minat politik.

Dewasa : Nak sokong apa ni? Semua kengkawan aku pakat mengundi. Sekarang mana-mana kerja pun kena main politik. Aduh! Confius aku! (SiapaMahuBahagia, 2013)

Aku boleh katakan, post yang lama ni juga menampakkan jelas minat dan concern aku terhadap politik yang berlaku di Malaysia dahulu.

Cuma, bila kita sudah mula dewasa dan dah dewasa, sama ada suka atau tidak kita kepada politik, kita akan mula berfikir pasal politik sebab keranalah politiklah, banyak perkara yang akan terkesan dengannya.

Yang ni pun aku rasa aku tak perlu bahas panjang, cuma beginilah. Serius talk juga. Berdasarkan pengamatan aku daripada dahulu lagi, antara kerajaan dengan pembangkang, kedua-duanya akan membuatkan kita jadi stress dengan apa keputusan yang mereka buat.

Cuma, bila kita dah diberi peluang untuk mengundi, kita hanya perlu mengundi antara kedua-duanya mana satu yang akan memberikan bala yang lebih sedikit atau skala kecil kepada negara kita. Sebab kedua-duanya bukan bagus seratus peratus pun.

Dan kedua-keduanya juga bukan teruk seratus peratus pun. Cuma, alam dewasa ni membuatkan kita akan mula concern dengan perkara-perkara yang melibatkan isu politik negara, contohnya isu wabak Corona yang sedang melanda di seluruh dunia sehingga sampai ke Malaysia.

Dan, perlahan-perlahan kita bukan sahaja akan concern pasal politik negara sahaja, kita akan mula terfikir ekonomi, sehinggalah sosial, contoh isu langgar lari orang mabuk, isu artis atau agamawan yang menunggang agama, blah blah, dan kita akan sedar yang kesemuanya akan kembali balik kepada politik.

Bayangkan, masa dulu kita tak terfikir semua ni kan? Lagi-lagi yang ada media sosial macam Twitter dan Facebook yang memang menjadi penyebaran berita, sampailah berita palsu pun korang redah. Tu yang ada wabak Coronapalatau tu hahahaha!

***

Maka kesimpulannya, aku berpuas hati dan bersetuju dengan apa yang diri aku yang 18 tahun tulis empat item ni sebagai perkara yang akan menjadi isu penting dalam meniti alam dewasa.

Namun, setelah aku sendiri yang menginjak dan telah masuk ke alam dewasa ini, maka baru aku tahu banyak lagi yang perlu aku hadapi dalam keempat-empat item ni,

Malah, ada empat lagi item yang aku jumpa dan hadapi - walaupun terpaksa -, bila mana aku sudah membuka pintu dewasa dan melangkah masuk ke dalamnya, iaitu:

(1) Ibu bapa yang semakin menginjak usia

Betul, aku tak nafikan dalam kepayahan dan kesusahan alam dewasa ni, aku seronok sebab banyak perkara yang aku boleh buat dan mampu buat, meskipun dalam serba kekurangan.

Namun, aku tidak pernah lupa dengan uban-uban yang mula merumput dalam timbunan rambut-rambut hitam di kepada ibu aku, helaian-helaian rambut yang mula pergi meninggalkan kepala ayah aku, sakit-sakit yang mula datang menjemput ayah aku, tak larat demam dll yang singgah kepada mereka berdua,

Paling teruk, tahun lepas ayah aku masuk wad sebab sakit perut teruk.

Dalam keseronokan kita menginjak ke alam dewasa, kedua ibu bapa kita mula menginjak alam tua. Kekuatan fizikal mula berkurang, mental dan perasaan juga jadi lain.

Bila kita dah dewasa ni banyak perkara yang kita akan bercanggah dengan mereka, mula kita bergaduh meninggi suara, sebab kita dah dewasa dan banyak perkara kita dah mampu buat sendiri.

Itu belum cerita lagi soal mereka pula yang kini menuntut kasih sayang kita, harta wang masa dll. Sekarang kita pula yang berada di tempat mereka, dan mereka pula berada di tempat kita.

(2) Kawan dan sahabat mula menjauh dan circle semakin kecil

Dalam pertengahan 30-an ni, perlahan-perlahan seorang-seorang kawan aku sama ada sekolah mahupun universiti yang berkahwin. Yang perempuan jangan cakaplah, aku lost count bos! Tak boleh blah bila yang senyap-senyap tu yang kahwin dulu, yang dok hangat bercinta tak kahwin-kahwin lagi.

Kena muka sendiri baru tahu bos! Stress aku hahaha. Tunggu ah aku buat comeback!

Maka, tak kira serapat mana pun kita dengan kengkawan, at the end mereka akan mula menjauh dengan kita. Diorang akan ada keluarga sendiri, komitmen kerja dll, maka at the end kita akan mula menjadi pilihan yang ke-11, ke-12, dan bukan lagi antara top three macam masa mula-mula kawan dulu.

Maka di sinilah akan membawa kepada item ketiga iaitu:

(3) Hanya nak luang masa dengan family dan orang yang betul-betul treasure kita sahaja

Kalau dulu, kawan atau sahabat buat perangai mana pun, diorang mengajuk pun kita sanggup pujuk la apa. Bila dah dewasa ni, kita akan jadi malas nak fikir orang, dan hanya fokus kepada orang yang betul-betul sayang dan treasure kita sahaja.

Malah, bila ada waktu free, kita lebih nak fokus masa dengan ibu ayah, atau awek yang otw nak jadi bini, tunang ke apa, atau kawan-kawan sekerja camtu. Dulu reunion dengan kawan sekolah setiap bulan, raya ke apa, sekarang reunion tu boleh kira berapa kali yang rancang, berapa kali yang jadi, berapa kali yang sembang.

Malah, perlahan-perlahan, kita jadi malas nak layan perangai orang. Kita jadi kurang menangis, kurang ambil tahu apa orang yang nak kata, samalah macam apa yang berlaku dalam item keempat ini, di mana aku kira perubahan yang berlaku ketika alam dewasa, iaitu:

(4) Hanya nak fokus buatkan diri kita happy sahaja

Dulu, aku sanggup berjaga malam sebab nak main game dan layan anime. Aku boleh main game sehari dan aku boleh tengok anime yang ada 12 episod dalam masa semalam je.

Sekarang? Kalau dapat Sabtu Ahad tu betul-betul rahmat. Stress gila bila kau tengok-tengok harini hari Ahad dan esok kau dah kena pergi kerja, pergh!

Kalau dahulu, kita lebih fokus dalam membuatkan orang happy, contoh happy dengan kawan sahabat la apa. Sekarang, bila dah dewasa ni asalkan kita senang hati, kita buat even duduk rumah je layan movie. Even tidur seharipun kita happy bos!

Malah, kita juga akan mula 'happy'kan orang yang kita sayang dan treasure sangat-sangat, sebab kita sedar:

Bahagia itu ialah dengan membahagiakan orang yang kita sayang.

***

Mengakhiri post pertama tahun 2020, izinkan aku menjawab soalan pertama tadi, alam dewasa ni best ke tidak? Jawapannya, best dan tak best. Amacam, kurang klise bukan?

Best, sebab aku sudah boleh buat macam-macam benda yang aku tak boleh buat dulu, macam drive, ada duit sendiri, keizinan blah blah. Tak best, sebab ibu ayah aku makin tua, masalah semakin mencabar, dan mostly tak best, sebab kau kena extra careful dengan kehidupan dewasa. Rosak sekarang, maka susah juga kau nak right on track.

Sebab tu sekarang ramai belia yang beransur dewasa banyak tersalah jalan, muflis, berjoli, terlebih belanja, arak, maksiat, zina blah blah, sebab dah dewasa kan?

Sebab tulah ayat ibu aku setiap kali kalau aku bergaduh dengan beliau:

"Betul, adik dah dewasa, tapi adik masih lagi banyak tak tahu." Dan dalam kepahitan kata-kata itu, aku akui kebenarannya.

Maka tahun 2020 ni, aku simpulkan ia sebuah tahun yang betul-betul aku dewasa. Ni sebabnya:

(1) Aku sudah bekerja.
(2) Aku sudah ada gaji, dan aku boleh belanja gaji tu ikut suka aku.
(3) Dah jarang minta duit daripada ibu ayah aku, malah dah berbulan tak minta dah.
(4) Tapi tetap kena beringat dan kena saving, sebab nak kahwin dan masa depan aku.
(5) Aku sudah ada simpanan untuk kahwin walaupun tak banyak dan kena disiplin.
(6) Aku dah bawa kesayangan aku jumpa ibu ayah aku dan mereka restu (next post in sha Allah).
(7) Pekerjaan yang mencabar.
(8) Lingkungan kawan sudah ramai golongan yang lebih tua, yang tua dan veteran.
(9) Menempuh alam Master.

Dan, aku boleh simpulkan, kenapa aku rasa tahun 2020 ni aku betul-betul dewasa sebab:

Aku sayang orang-orang yang sayang aku, dan aku sanggup bersusah demi mereka.

Maka izinkanlah aku petik khotimah dan khulasoh post yang lama, walaupun ketika itu aku baru 18 dan tak berapa nak masuk alam dewasa, just boleh sembang ikut logik je, iaitu:

"p/s: Dewasa bukan kahwin je tau. Haha. Aku pun sedang belajar nak jadi dewasa. Sama-sama kita erk? (SiapaMahuBahagia, 2013)"

Hahaha, terciduk kamu!

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers