Falsafah cinta dari kisah Kasut Futsal, Kopiah dan Raket Badminton
Assalamualaikum wrh. wbt, buat semua pembaca yang aku kasihi. Apa khabar agaknya korang semua? Harapnya sentiasa di bawah lindungan-Nya, dan sentiasa gembira walaupun sebanyak mana hari-hari korang dipenuhi dengan air mata.
Aku dah malas nak mulakan muqadimmah dengan memohon maaf (kerek sekarang) sebab dah lama biarkan blog yang hambar ghomannya bak kata orang Nogori, dah la dua warnanya putih hitam, bayangkanlah blog ini pernah berada di fasa warna pelangi (bukan LGBTaik), bahkan juga pernah berada di fasa warna pink, jambu gituh!
Seingat aku, fasa kehidupan aku suka warna pink, dari beg notebook (zaman orang guna notebook macam notebook paling famous 1 Malaysia punya) - entah zaman sekarang tahu ke dop notebook -, kemeja (of course fit sebelum zaman sekarang perut tak berapa nak behave), sampailah ke Al-Quran. Bukan ashe-ashe Al-Quran warna humira' (merah jambu dalam Bahasa Arab) yang dibaca seorang Muslim pra-dewasa dalam surau sambil meratap kegagalan bercinta pergh ~
Ok aku tak habis kutuk diri sendiri, dah lah blog dua warna sekarang (sesuai dengan baki tiga angka sebelum masuk umur 30 dan masih belum kahwin), then dengan tak updatenya! Jadi, aku dah malas nak mulakan muqadimmah dengan memohon maaf haha. But still, maafkanlah aku!
Alhamdulillah, dipendekkan cerita yang esok-esok aku rajin dapat hidayah - akan aku panjangkan dalam blog ini, setelah empat bulan aku menjadi penanam anggur yang tak berapa nak berjaya, duduk rumah je tak ke mana (sebab duit dalam bank tinggal tiga angka = RMX.XX), akhirnya dengan izin-Nya, aku kini sudah pun kembali bekerja.
Alhamdulillah, setelah hampir empat tahun (campur menganggur) bekerja yang masih lagi di peringkat swasta di tiga buah institusi, akhirnya aku dapat juga bekerja secara rasmi sebagai pensyarah Bahasa Arab, plus seorang guru Bahasa Arab jua.
Aku tak nafikan of course sudah tentu ada beberapa kekurangan, namun aku teramat bersyukur. Tak sanggup dah nak kembali menganggur rasa macam anak tak guna, biawak hidup, sampai tinggal beringgit je dalam bank. Tak sanggup mat!
***
Ketika aku interview untuk kerja sekarang ini, aku perlu buat 'mock teaching'. Salah seorang cikgu ditugaskan oleh peng'interview' (sekarang bos) untuk membawa aku ke sebuah kelas Tingkatan 4. Sambil-sambil aku masuk ke kelas, mata aku terpaku kepada padang futsal yang ada di bawah.
Pada ketika itu, hati aku rasa berbunga sebab kalaulah aku diterima di situ, dapatlah aku main futsal setelah sekian lama tak bersenam. Mungkin taklah sekerap, tapi atleast adalah senam-senam sikit. #alasan #acah #yeyejekamu
Apabila bos umumkan bahawa aku diterima di sini, aku mengisi masa-masa yang ada dengan 'window shopping' di Shopee dan Lazada, aku try google apakah pattern kasut-kasut futsal yang latest. Tak kisah Nike ke, Adidas ke, aku search je semua.
Untuk kasut, aku tak berapa berani nak beli online sebab aku takut tak berapa ngam di kaki. Yelah, kadang-kadang kasut futsal ini tak boleh ketat sangat, tak boleh longgar sangat, dia kena sedap-sedap gituh. Kasut last aku dulu pun beli kat Ig, sekarang pun dah selamat arwah setelah ibu aku buang sambil-sambil kemas stor Raya lepas.
Sehari sebelum aku masuk kerja, dalam area tengah hari aku dah start gerak untuk mulakan operasi mencari kasut futsal. Macam biasa, kita kena mulakan dengan Al-Ikhsan selaku gedung kasut ori yang terbesar. Aku pergi dulu Al-Ikhsan kat Seremban 2 sebab dekat dengan rumah. Sekali tengok, trend kasut sekarang warna mak ai bukan main flashy. Terang bebenor macam jaket orang bawa motorsikal memalam.
Aku pun main bukan power sangat, umur pun bukan macam zaman sekolah dulu nak pakai flashy-flashy ini! Jadi aku abort mission di sini, dan aku cuba nasib untuk pergi Mitsui kat Sepang. Aku fokus kedai macam Nike dan Adidas.
Bila sampai kat Mitsui, dan aku dah pun masuk Nike dan Adidas, dengan Puma sekali, aku rasa frust dan stress sebab pergi jauh-jauh dari Seremban 2 ke Sepang, sekali yang ada kat kedai-kedai ini cumalah kasut jalan sahaja. Kasut futsalnya idok! Takkanlah aku nak buat Nike Air yang harga RM500 buat kasut menyepak!
Maka, kestressan aku itu menyebabkan aku cuba sekali nasib, dan aku google map Al-Ikhsan terdekat di Nilai. Sekali bila sampai sana, mak datuk, aku rasa rumah aku besar lagi berbanding Al-Ikhsan Nilai. Dahlah kasut futsal pun takde, jauh sekali apa yang aku nak!
Kestressan itu menyebabkan aku terduduk kepenatan memandu dari sana ke sini, dan akhirnya aku bertekad untuk pergi ke IOI Putrajaya. Mengenangkan ada Al-Ikhsan kat situ, dan juga boleh cuba nasib dengan kedai-kedai sukan yang ada.
Sampai di sana, alhamdulillah meskipun masih tidak berjumpa apa yang berkenan di hati, tapi atleast di Al-Ikhsan IOI Putrajaya, adalah juga pilihan untuk buat 'window shopping', setelah Nike, Adidas dan Puma kat situ pun sama sahaja tak jual kasut futsal.
Tiba-tiba, aku teringat kedai Sport Direct, dan aku pun masuklah. Bila cari bahagian kasut futsal, pergh, banyak betul pilihan, termasuklah brand Joma. Aku pun ambillah dalam dua tiga kasut, dan aku minta sales boy tolong carikan saiz. Kasut yang menjadi pilihan pertama ialah Adidas, lawa hijau dan tak flashy sangat. Pilihan kedua, Joma warna oren, dan ketiga Joma warna macam pink sikit, macam warna buat naga.
Kasut pilihan pertama saiz takde, sebab hanya ada saiz besar. Jadi abort pilihan pertama dan pindah ke pilihan kedua. Pilihan kedua bukan sahaja takde saiz, tapi itu sahaja stock yang ada. Tapi masalahnya terlalu kecil, jadi terpaksa ke pilihan ketiga. Pilihan ketiga takde stock, tapi stock yang aku pegang sekarang itu saiznya betul-betul ngam-ngam di kaki.
Macam aku cakap tadi, tak berapa selesa sangat bila kasut sukan ngam-ngam di kaki. Nanti takut kaki sakit. Tapi disebabkan aku pun dah mula suka, dan mula rasa macam ada harapan setelah ke sana ke sini mencari kasut, jadi aku pun mula 50:50 untuk ambil sahaja kasut ini walaupun saiz ngam-ngam.
Namun, masalahnya aku perasan kasut itu kotor! Macam dah pernah guna untuk berjalan, jadi daripada 50:50 dah rasa berat untuk tak nak ambil. Maka aku berusaha untuk cuba google map Sport Direct yang berdekatan, iaitu Puchong.
Setelah aku call kali ketiga, akhirnya barulah cawangan Puchong angkat. Setelah aku beritahu jenis dan kod kasut, aku cuba request saiz yang aku rasakan sesuai. Pap! Sekali caller cakap ada, tapi itu jelah satu. Aduhai! Tapi aku cuba tanyakan camana condition kasut itu, adakah kotor juga macam kasut yang aku tengah pegang? Caller cakap tak.
So, aku pun terus bergegas ke IOI Puchong yang memang aku tak pernah sampai, jadi aku pun parking merata dan terpaksalah berjalan kaki sebab aku parking jauh rupanya. Sampai je aku di Sport Direct Puchong, aku ambil kasut yang dah caller tadi simpan kat kaunter, aku try,
Alhamdulillah, muat! Aku check condition semua, alhamdulillah takde kotor. Pergh, lega amat! Setelah aku buat Selangor dan Negeri Sembilan macam sebelah-belah walaupun jarak sejam lebih, itu tak cerita jem la apa, akhirnya misi berakhir dengan baik.
Dan aku dah pun selamat rasmikan kasut futsal itu, dan memang aku puas hati. Dah score beberapa gol pun kat situ haha. #acahtapibenar
***
Dalam pertemuan kedua aku dengan bos sebelum officially masuk kerja, bos maklumkan bahawa aku perlu pakai kopiah atau songkok, sebab maklumlah sekolah yang aku ajar pun sekolah agama. #assalamualaikumostat
Maka, memandangkan aku hanya ada satu kopiah, iaitu kopiah Al-Azhar yang jual kat Mydin, dan aku beli pun dah lama time aku sekeluarga bercuti sambil tengok kakak di Penang. Asalnya, aku ada dua kopiah itu, satu yang atas warna merah, satu lagi semua fully putih yang aku beli kat Mydin Terengganu. Aku memang cukup sayang kat fully putih itu, dan aku lebih banyak pakai berbanding atas merah.
Silapnya, suatu hari bila aku basuh kopiah fully putih itu, aku terover pula gosoknya sebab biasalah basuh kopiah putih kotor dengan peluhnya dengan hitamnya apa, jadi terkoyak pula! Aduh sedih mat!
Maka, start dari sebelum Raya lagi aku dah start cari kopiah yang fully putih. Semua Mydin kat Seremban aku pergi, tapi tak jumpa.
Nak jadikan cerita, entah camana aku dapat seru untuk pergi cari kat Masjid India. Aku memang tak pernah pergi Jalan Masjid India ini, mungkin sebab aku tak berapa suka pergi KL sebab nak menghadap jem tanpa roti. #hambar
Tapi, bila aku sampai kat sana dan aku parking ikut pandai aku (acah-acah buat perangai macam dah lama duduk KL), aku pun 'window shopping' kat situ. Serius, terlalu banyak kopiah Al-Azhar yang aku cari, tapi masalahnya semua atas hijau dan merah. Lagilah aku tak nak yang atas hijau sebab dia macam parti politik haha (faham-fahamlah sendiri parti apa hijau putih).
Then, bila aku dah rayau semua kedai yang ada kat Masjid India, dan kena pulak banyak yang nak tutup sebab dah nak maghrib, akhirnya aku jumpa satu kedai yang ada banyak kopiah fully putih!
Tapi, masalahnya apa tuan-tuan? Masalahnya saiz tak ngam. Yang saiz tengah-tengah takde! Yang ada terlalu ketat, terlalu besar. Dia macam yang ketat saiz 1, yang besar saiz 3, tapi yang kau nak saiz 2. Pergh, stress mat!
Aku cuba banyak kali kopiah yang aku jumpa kat kedai itu. Aku guna camera depan, dia macam besar sikit, tapi nampaklah kulupnya. Aku cuba bina andaian macam nanti rambut aku akan panjang so kopiah itu akan fit, atau bila aku dah banyak kali basuh maka kopiah itu akan mengecil, namun disebabkan aku tetap tidak berjaya nak sedapkan hati, maka aku berlalulah pergi begitu sahaja.
Misi gagal tanpa kopiah. Jadi bila aku packing untuk masuk kerja, aku guna jelah kopiah atas merah aku itu, walaupun kopiah lama dan ada kotor sikit.
Sebelum aku sampai check in ke tempat kerja, aku singgah sekejap ke sebuah pasar yang banyak kedai yang jual kopiah-kopiah. Macam biasa, kopiah Al-Azhar itu ada sahaja banyak, tapi atasnya merah dan hijau. Aku ada jumpa atas hitam, tapi takde saizlah pulak.
Last-last, aku jumpa satu kopiah yang bukan pattern Al-Azhar, aku try dan ada saiz, dan aku pun beli! Pap! Camtu jelah berakhir misi mencari kopiah haha. Sampai sekarang aku guna kopiah itu untuk pergi kerja haha.
***
Dalam bulan pertama aku kerja, suatu hari rakan-rakan sekerja lelaki ajak aku untuk main badminton. Wah wah, riadah pertama dengan rakan-rakan sekerja lelaki. Btw, aku bersyukur kerana setakat ini dikurniakan rakan-rakan sekerja yang baik-baik, ada yang masuk air pun haha!
Meskipun hari itu aku terpaksa pergi ke bengkel Bahasa Arab (bukan ashe-ashe baru kerja dah kena ke situ ke sini untuk kerja), tapi alhamdulillah, aku dapat juga main badminton bersama mereka, meskipun badminton bukanlah kegemaran aku, sakit tangan haha.
Cuma yang tak bestnya, aku terpaksa pinjam raket rakan sekerja sebab aku tak bawa raket, raket ada kat rumah. Aku sememangnya tak suka meminjam, sebagaimana aku juga tidak suka orang lain meminjam haha. Jadi, bila aku balik rumah, aku bawa raket yang ada, di mana ada satu raket aku pernah beli dulu. Cuma itulah, bila raket itu ayah aku dah pakai dan dah bawa bermain, pemegangnya jadi kotor.
Aku sempat bawa raket tersebut balik ke tempat kerja. Tapi dalam waktu itu, takde pulak nak ajak bermain. Mungkin biasalah kot pattern orang-orang dah berkeluarga bersukan, main sekali lepas itu next time mungkin tahun depan pula haha.
Disebabkan dalam tempoh itu tiada yang ajak aku main badminton, jadi aku sempat bawa sekali lagi raket tadi bawa ke rumah. Esoknya, sebelum aku pergi balik ke kedai yang aku beli raket ini tadi, aku sempat 'window shopping' di kedai-kedai yang berdekatan rumah. Disebabkan tiada yang berkenan, aku pergilah ke kedai yang aku beli raket tadi dulu.
Setibanya aku di sana, aku rancang untuk tukar tali raket, dan pemegang sekali. Disebabkan masa aku sampai ada orang tengah tukar tali, jadi sales girl kat sana rekemen aku beberapa raket. Ada raket yang aku suka sebab ringan, dan ada juga raket yang aku suka, tapi terasa berat.
Tapi entah, disebabkan badminton bukanlah sukan kegemaran aku macam futsal, dan aku tengok pattern main badminton pun bukan selalu macam aku main futsal, maka aku tak rasa berbaloi untuk beli beratus untuk sukan yang mungkin sekali dua aku main. Maka, aku tinggal je raket tadi kat rumah haha.
Namun entah mengapa, tiba-tiba datang mood nak 'window shopping', so aku mulakan di Shopee. Dan macam biasalah, bila kau melayan maka mesti dapat (eh tiba?), maka aku ada jumpa satu raket yang nice siap sarung yang nice.
Dalam bab membeli online ini, kalau aku boleh datang beli sendiri dan seller Shopee on je tiada alasan, aku lebih selesa camtu. Sebab aku nak cepat, faham-faham jela kalau bergantung kat delivery ini adeh! Tapi malangnya seller tak on, bagi alasan itu ini. Jadi aku pun biar jela perasan itu berlalu begitu sahaja.
Tapi itulah masalahnya, otak aku dah start fikir pasal raket itu. Jadi lepas habis kerja, aku pergi beberapa kedai raket di area Klang sampailah ke Shah Alam, dan ada satu kedai yang on di Lazada yang ada raket yang aku nak.
Masalahnya, bila aku sendiri pergi ke kedai itu, sales man cakap sarung yang aku nak dah habis stock! Aduhai, sedih juga sebab ke sana ke sini mari cari raket, tengok dalam Lazada ada, bila depan-depan takde. Mantap! Akhirnya aku balik dengan kekecewaan.
Setelah beberapa hari berlalu, aku putuskan untuk beli raket lain, sebab ada juga raket yang aku berkenan. Aku pergi balik kedai tadi, dan aku dah putuskan untuk beli satu raket yang lain, ringan dan all black. Cuma aku terpaksa beli sarung lain, takpelah aku layan sahaja.
Masalahnya, bila aku tengok di raket itu, dia macam ada calar, jadi tak naklah aku bila calar itu datangnya bukan dari aku. Bila aku tanya sales man, ada tak stock lain, dia kata takde itu jela satu! Aduhai, time aku betul-betul nak, stock pula habis.
Jadi aku berpindah cari raket yang lain. Sambil-sambil aku cari, dan hampir juga ada raket aku berkenan, aku suarakan di sales man lain (sales man yang haritu takde di kedai) tentang aku nak raket yang mula-mula aku berkenan, tapi sarung dia dah habis. Aku pun keluarkanlah ayat legend "kalau ada saya beli".
Sekali pap! Rupanya ada haha. Aku pun pelik adakah ini taktik perniagaan atau pun memang silap sales man haritu. Aku pun apa lagi, terus sauk je. Settle!
Alhamdulillah, aku sudah pun rasmikan raket itu. Walaupun setakat ini baru sekali main dengan raket baharu haha. Meskipun raket itu berat, tetapi disebabkan aku suka sarung dia, dan colour raket yang warna putih, jadi aku berpuas hati, walaupun esoknya aku sakit lengan haha.
***
Aku percaya, korang mesti juga pernah berada dalam situasi aku ini. Situasi punya payah mencari sesuatu barang, tapi takde saiz lah takde stock lah apa.
Cuma, aku perasan ada beberapa perkara, atau bahasa eloknya hikmah dan pengajaran yang seakan Allah S.W.T mahu ajarkan kepada aku, seakan falsafah Cinta, dalam usaha aku untuk mendapatkan ketiga-tiga barang tadi, iaitu kasut futsal, kopiah dan raket badminton, iaitu:
(1) Kasut futsal
Tiada satu pun kasut futsal dari sudut jenama dan jenis, yang memang aku nak daripada awal. Kasut futsal Joma warna pink buah naga aku sekarang ini, aku sendiri pun tak pernah jumpa daripada awal, tak pernah keluar pun dari aku search kat Shopee ke, bahkan di Al-Ikhsan pun aku tak jumpa.
Malah, untuk dapatkan kasut futsal ini, aku terpaksa ke sana ke sini, kejap pergi Negeri Sembilan, kejap pergi Selangor, kenapa tidak Allah S.W.T terus lorongkan aku ke Sport Direct Puchong sahaja at the first place, jumpa terus kan senang?
Kasut itu pula, bukanlah pilihan pertama aku, bahkan pilihan terakhir. But still, aku tak dapat nak pilih yang memang stock lain, sebab itulah satu-satunya stock yang ada, dan aku terpaksa ambil walaupun itu ialah display, sebab takut aku tak jumpa dah atau orang lain dah beli dulu.
Aku tak sanggup dah untuk ke sana ke sini lagi, meneruskan pencarian aku untuk cari kasut lain pula.
Entah kenapa, aku rasa misi mencari kasut ini sama seperti kisah pencintaan aku sekarang. At the first place aku tak pernah bayangkan aku akan bercinta dengan orang Terengganu, ketika mana aku mula menjejaki masuk ke Universiti di Terengganu.
Untuk sampai ke tahap percintaan sekarang (doakan kami cepat kahwin), aku terpaksa melalui siri-siri percintaan, yang ada sampai tahap dahsyat sampai bengkak-bengkak mata nangis, ada bercinta dengan amoi lah apa. Kan senang kalau Allah S.W.T terus temukan aku dengan kesayangan sekarang dari mula?
Dan meskipun kesayangan aku juga ada siri-siri percintaannya juga, namun kesemua itu tidak aku endahkan, macam ada sesetengah orang yang poyo nak perempuan yang tak bercinta, padahal dia sendiri play boy? Ini aku tak sentuh lagi pasal nak perempuan yang 'suci' padahal dia sendiri merosakkan 'kesucian' perempuan lain.
Maka, kesusahan yang aku lalui itu mengajar aku erti bersyukur. Bersyukur setelah lama mencari, akhirnya aku dapat apa yang sesuai. Meskipun aku tak pernah bayangkan dari mula camanakah rupanya, bahkan bukanlah pilihan pertama dari awal,
Namun jelas, Allah S.W.T lebih tahu apa yang sesuai untuk kita, berbanding apa yang kita nak dan apa yang kita dah rancang.
(2) Kopiah
Berbeza dengan kopiah pula, pencarian aku dah pun bermula dengan sesuatu yang jelas terbayang dalam fikiran. Aku nak kopiah Al-Azhar yang warna fully putih. Aku dah jumpa, banyak pula, tapi terlalu sempit dan besar, takde saiz yang tengah-tengah sesuai dengan aku.
Aku hampir-hampir nak beli satu kopiah itu, walaupun besar sikit. Tapi disebabkan aku tak berkenan juga, maka aku tinggalkan. Penyudahnya, aku beli kopiah pattern lain, sudah lah muat kat kepala, banyak stock pula.
Aku sendiri pernah ada beberapa ciri yang aku nak pada bakal isteri. Aku pernah juga bercinta dengan beberapa orang perempuan yang ada ciri-ciri itu. Namun, kesemuanya tidak kekal lama, dan kesemuanya berakhir dengan tangisan air mata dari hati yang lara.
Untuk mendapatkan ciri-ciri, aku terpaksa terima beberapa 'feel' yang kurang sesuai dengan aku, sebab terlalu sempit dan terlalu besar, not truly fit dengan apa yang aku impikan. Tapi sebab nak memenuhi ciri-ciri itu, maka aku terima sahaja.
Penyudahnya, Allah S.W.T temukan aku dengan kesayangan yang betul-betul jauh daripada ciri-ciri asal yang aku nak, sehinggakan aku lupa dah apa ciri-ciri yang aku nak asalnya.
Sebab kesayangan memiliki ciri-ciri lain, yang banyak 'stock' daripada apa ciri-ciri yang aku nak, 'stock' ciri-ciri yang buatkan aku bahagia dengan kesayangan sampailah sekarang.
(3) Raket badminton
Pada asalnya, aku memang tak nak beli raket badminton sebab ia bukanlah sukan kegemaran aku, dan mainnya pula jarang. Tak berbaloi sebenarnya aku nak beli, tapi disebabkan aku tak suka meminjam, dan aku tak naklah nanti orang (lagi-lagi rakan-rakan sekerja) label aku ini datang bawa diri sahaja.
Berbeza dengan pembelian kasut futsal dan kopiah, di mana aku perlukan kedua barang ini, falsafah cinta di sini ialah pada raket badminton itu.
Di sebalik harga dia yang agak 'pricy' (walaupun belum tahap harga Yahudi lagi) dan face raket yang berat, aku tetap juga beli despite of aku dah tahu dah apa harganya, dan aku pun dah pegang dan dah rasa berat juga raket ini.
Tapi aku beli juga sebab aku suka colour raket itu warna putih, sarungnya yang style dan juga warna putih, dan paling penting aku perlukan sebuah raket untuk main badminton!
Samalah semua orang pun, di sebalik kelebihan-kelebihan yang ada pada orang yang kita sayangi, pasti ada juga keburukan-keburukan yang ada padanya. Namun, despite of kita dah tahu keburukan-keburukan itu, kita tetap sayang kepadanya disebabkan kelebihan-kelebihan yang dia ada.
Bahkan, despite of kita dah tahu dan dah acknowledge keburukan-keburukan dirinya, maka tiada sebablah untuk kita merengek, meratap atau bahasa kasarnya, dok bising-bising asal tak boleh ubah keburukan lah, dok bebel itu ini,
Kan kita dah pilih dari awal? Kalau tak suka, ada kelemahan, kenapa kita beria nak juga kan? Contoh dah tahu lelaki yang kita suka itu tak berapa stabil kewangannya, kita dok bising-bising kenapa tak bagi hadiah mahal atau apa yang kita nak, tapi suka sebab dia hensem.
Atau, kita bising macam menyesal kenapalah kesayangan duduk negeri jauh, kena LDR lah apa, tapi tetap nak juga pilih untuk sayang despite of dah tahu dah perkara itu dari awal.
Maka, sebagaimana kita ada kuasa untuk memilih, maka buatlah pilihan dengan bijak. Jangan dok bising-bising benda dah jadi,
Dan lagi-lagilah bercinta untuk buat pasangan halal teman hidup, maka kena faham semua orang ada kelemahan-kelemahan di sebalik kelebihan-kelebihan yang ada.
Kalau nak, kena terima semua baik dan buruk.
***
Mengakhiri post yang panjang, atau mungkin aku sahaja dah lama tak menulis panjang sampaikan kena berhenti dok main phone, kena baring kejap, kena pula aku menulis pagi buta hahaha. Dah puas tidur katakan?
Alhamdulillah, setelah sekian lama akhirnya dapat juga aku melunaskan hajat untuk menulis topik ini. Dan di hari yang berbahagia iaitu monthsary kami berdua, aku pilih untuk tulis dahulu tajuk ini.
Pendek ceritanya,
Kita perlu acknowledge bahawa Allah S.W.T lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Kena yakin dengan perancangan-Nya, dan kena redha dengan apa jua qada' dan qadar yang telah Dia tetapkan untuk kita.
Dalam bab pasangan ini, biasalah tak semua orang dapat apa pasangan yang mereka nak at the first place. Tapi majoritinya menerima pasangan yang mereka perlukan, yang betul-betul mengisi ruang puzzle yang kosong, ketika mana mereka dulu rasakan pasangan yang mereka nak mula-mula itulah yang terbaik.
Kita pun sebenarnya kena sedar, baik dan buruk ini ialah pakej bersama. Tak boleh dapat kelebihan seseorang tanpa menidakkan atau menyisihkan keburukan dia juga. Bukan macam kita makan nasi, apa yang kita tak nak macam sayur ke apa, kita boleh letak tepi pinggan, bersusun je. Orang kita tak boleh buat camtu!
Bukan apa, masa mula-mula bercinta, nak tackle, yang buruk itu pejam mata je. Katanya dah sayang. Sekali bila dah bercinta, dah mula nampak true nature, mulalah datang perangai tak bersyukur, bising itu dan ini, padahal masa mula-mula katanya dah sayang, terima seadanya.
Paling teruk, tinggal je cari lain. Adeh adeh!
Doa aku, agar kasut futsal sekarang tetap steady tak koyak, kopiah aku pula agar basuh-basuh tak koyak dan raket badminton aku agar main takdelah kerap sakit tangan haha.
Aku nak belajar smash, sebab aku tak pandai smash.
Paling penting, sama-sama doakan aku dan kesayangan agar cepat kahwin, dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki kami berdua, amin ya Rabb <3
Comments
Post a Comment