Cinta ada expired date ke?
Biasa ah, kalau kita pegi shopping kat kedai, tak kira ah The Store ke, 7Eleven ke, atau mana-mana kedai kat dunia ni, time nak beli sesuatu makanan mesti kita akan tengok bila expired date dia, kan? Kenapa? Sebab kita nak pastikan yang kita still boleh makan makanan tu sebelum expired date dia datang. Biase nye, kalau beli roti lah sebab expired date dia cepat.
But, ada apa pada expired date? Expired date ni memainkan peranan yang sangat penting dalam dunia permakanan. Sebab ia memastikan takde manusia akan sakit perut, muntah-muntah sebab makan makanan yang dah tercemar, atau expired.
But (sekali lagi), adakah CINTA pon ada expired date?
Jawapan aku, ia depends. Hahaha. Jawapan yang klise. Kenapa? Sebab ia bergantung macam mana keadaan cinta tersebut. Ingin aku tekankan, CINTA yang hakiki, yang sebenar, yang abadi, MUSTAHIL ada expired date. Sebab CINTA bersifat constant, dan tidak boleh dipatahkan, dimusnahkan, dihancurkan walaupun oleh KEMATIAN sekalipon.
Persoalannya, bagaimana CINTA yang constant tu?
Sebelum tu, aku nak cuba buka minda kau. Nak ajak kau kembali bermuhasabah, bagaimana kedudukan cinta kau sebenarnya. Bagaimana kau letakkan kedudukan HATI kau, sebagai antara tempat yang sesuai selain akal, untuk meletakkan CINTA.
(1) Inikah yang dikatakan CINTA, kalau mata kau masih lagi boleh usha perempuan lain, sedangkan kau tengah text awek kau?
(2) Inikah yang dikatakan CINTA, kalau kau masih lagi boleh main surat-surat dengan lelaki lain, sedangkan baru je tadi kau call pakwe kau?
(3) Inikah yang dikatakan CINTA, kalau kau boleh lagi try ayat-ayat perempuan lain kat wall dia, sedangkan kau baru je post "i love you forever" kat wall awek kau?
(4) Inikah yang dikatakan CINTA, kalau kau senang je cair dengan ayat-ayat manis lelaki? Text baru 3 kali, terus couple?
(5) Inikah yang dikatakan CINTA, kalau sekejap je clash, selepas bercinta gila-gila?
(6) Inikah yang dikatakan CINTA, kalau kau menyintai seseorang atas dasar nak try-try, dan hati kau sebenarnya kosong?
Macam yang aku cakap, ia depends. Kalau kau bercinta sebab just nak try-try, atau sebab kau tengok member kau pon berawek, konfom ia akan ada expired date. Kalau kau bercinta sebab kau baru je lepas clash, konfom cinta kau tu akan expired.
Dan yang paling penting, kalau kau suka atau jatuh cinta kat seseorang sebab dia HENSEM dan LAWA, konfom perasaan tu akan hilang bila kau dah jumpa seseorang yang lagi HENSEM dan LAWA. Kenapa? Sebab :
'Cinta akan hilang bersama hilangnya sebab.'
Cuba kau check balik, kenapa kau couple, atau kenapa kau boleh jatuh cinta kat awek / pakwe kau? Kalau sebab dia ada rupa, aku konfom kalau kau dah kahwin, dah ada anak, bila dah tua mesti cerai. Iye ah, sebab muka dia dah krepot, kedut-kedut.
Kalau sebab dia kaya, konfom bile miskin, krisis ekonomi ke, inflasi ke, konfom cerai. Iye ah, poket dia tinggal habuk je. Kad ATM pon kena gigit anai-anai.
Sebab tulah, aku nak membicarakan tentang hati. Hati, kita tak boleh buat dia macam barang permainan. Sebab, kalau kita main-main tak serius dalam bercinta, bercinta pon macam nak buat eksprimen je, kesian. Hati kita yang jadi mangsa. Hati kita yang sakit, sampai boleh merana beb!
Sebab tu bila bercinta, kita kena tengok tujuan kita. Elok kalau kita bercinta dengan seseorang tu, sebab kita nak jadikan dia yang halal buat kita, baru cun. Maka, kita akan serius dalam bercinta. Sebab ni soal hidup beb! Bercinta sebelum kahwin dengan selepas kahwin lain beb. Sebelum kahwin, kita hanya nampak sisi ELOK dia je, but selepas kahwin kita akan nampak sisi BURUK dia sekali. Boleh tahan ke?
Kalau kita bercinta, sebab kita nak melengkapkan separuh syariat kita a.k.a kahwin, maka boleh lah aku kategorikan CINTA tersebut, unexpired. Bak kata orang, BERCINTA SAMPAI KE SYURGA.
Terserah kepada kita, sama ada kita sendiri yang nak jadikan CINTA tu ade expired date, atau kita nak jadikan CINTA tu unexpired. Tepuk dada, tanya diri sendiri. Bukan ape, aku nampak CINTA zaman sekarang (tak lah semua) tak lebih macam nak try-try je, ingat buat eksperimen ke? Ni mesti pengaruh subjek sains dan biologi, asyik nak main eksperimen je.
Persoalannya, CINTA tu tak pernah ade expired date, tapi apa yang kau dah buat sampai CINTA kau tu asyik expired je?
BerCINTA memang senang, yang susah adalah kau nak bentuk CINTA tu samada CINTA tu buat kau happy, ceria, makin bersemangat nak buat kerja, makin kuat, MAKIN DEKAT KAU PADA TUHAN. Atau CINTA tu akan menjahanamkan your entire life. Pilihan kat tangan kau.
p/s: CINTA yang unexpired hanyalah CINTA kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Hati kita ni asyik digunakan ke arah CINTA sesama manusia je, bile lagi nak usha CINTA kepada Allah S.W.T, Rasul-Nya, kepada Islam, Rasulullah S.A.W dan sunnahnya, kepada orang-orang alim, soleh dan orang miskin dan anak-anak yatim. Bile lagi nak menyintai, KEBAIKAN?
u right..
ReplyDeletecari pasangan biarlah memenuhi 4 ciri2 yg adew dlm islam..
kalo couple setakat suke2 ..serius bung mase,buang duet,,
biar kite cintakn orng yg comfirm halal buat kite..
=)