Kritikan dan kebenaran : Saling berkait?
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia (jawab : Malaysia Boleh!) buat kau dan para tetamu yang membaca. Sebelum aku nak update post ni, aku nak gelak dulu.
Hahahahahahahahahahahahahahahahahaha!!!
Usah terperanjat dan tertanya-tanya kenapa aku gelak, but still aku menyusun sebaris jari kakitangan aku atas kesibukan aku dengan dunia yang tak pernah berhenti berputar ni. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku update blog kesayangan aku ni. So, ape cer?
Hurm, hari ni aku tertarik nak share dengan kau, pasal kritikan, cemuhan, cacian, kutukan, dan lain-lain yang agak-agak sama dengan mereka. But, yang pasti, ia merupakan suatu perkara yang sangat-sangat dibenci untuk didengar oleh organ manusia yang bernama telinga, dan diterima terus oleh organ manusia yang bernama otak. Apatah lagi, organ manusia yang bernama hati pasti sukar untuk menenteramkan diri yang hilang pertimbangan akibat kata-kata yang memedihkan. Yang pastinya, ia merupakan kebenaran, walaupun hakikatnya, ia disampaikan kadang-kadang dalam medium kata-kata yang memedihkan.
Pepatah Arab ada mengatakan : 'Berkatalah benar walaupun pahit.'
Ye, memang aku meng'admit' pepatah ni benar sebab kebiasaannya, the fact sangat-sangat pahit untuk didengari. Sebab itulah, kebenaran wajib untuk kita sampaikan walaupun kebenaran itu akan menyakitkan hati si pendengar.
Persoalannya, kritikan dan kebenaran adakah keduanya ada ikatan?
Bagi aku, ya. Kritikan menjadi simbol kebenaran sebab ia menandakan diri yang dikritik oleh si pengkritik TIDAK SEMPURNA dan PERLU DIPERBAIKI. Seriously.
Kau pernah tak berada dalam ZON SELESA? Maksud aku, zon selesa ni merupakan satu keadaan di mana kau rasa kau je BETUL, tak SALAH, dan orang di sekeliling kau membuat perkara yang hanya kau sukai. Pernah?
Jadi, hari ni aku nak bukak topik, iaitu : Bagaimana seorang pemimpin mahu berlapang dada dengan kritikan anak buahnya?
Aku tujukan post ni khusus buat pengetua ke, guru besar ke, ceo ke, tok imam ke, i.c squad ke, ketua pengawas unit koperasi ke, ajk kelab guru ke, pengawas tadika, dan semua PEMIMPIN yang ada ANAK BUAH dibawahnya.
Memang, kita adalah pemimpin. Dan secara factnya, kita dipilih sebagai pemimpin sebab kita ada suatu perkara yang 'lebih' daripada orang lain. Dan secara factnya, mana mungkin seorang pemimpin itu kurang daripada anak buahnya.
But, itu tak bermakna seorang pemimpin sentiasa betul. So, sebab itu pemimpin itu harus ditegur, kalau tak pemimpin tersebut akan terus-menerus melakukan kesilapan, sebab dia ingat dia je yang betul!
So, sebab tu adanya kritikan kan? Maka, seorang pemimpin tak boleh la bersikap macam dia seorang je yang betul, malah dia mesti berlapang dada menerima kritikan anak buahnya. Sebab, andai kata pemimpin tu EGO, maka pemimpin tu akan dikhianati, diabaikan malah, dimusnahkan.
Aku pernah berasa, diri aku ni betul sebagai seorang pemimpin. Aku rasa aku dah buat yang terbaik. Namun, actually aku silap. Anak buah aku nampak silap aku. Dan, aku rasa bertuah. Sebab anak-anak buah aku sudi MENGKRITIK aku. Kelemahan aku.
Sebab tu, dalam memimpin kebebasan suara tu perlu ada. Kalau tak, pemimpin akan rasa dia je betul, dan anak buah protes dalam diam. Pemimpin pun, janganlah down lepas kena kritik, bangun dan cuba buat perubahan. Sebab kau tetap seorang pemimpin, dan yang pasti anak buah kau perlukan kau!
Cukuplah untuk pemimpin. But, actually kita sebagai manusia memang tak sempurna. Rasulullah S.A.W yang maksum pun Allah S.W.T tegur, apatah lagi para nabi dan rasul.
Disebabkan kita ni tak sempurna, maka kritikan itu penting agar kita keluar daripada kelemahan kita. Sebab, kita hanya nampak kekuatan kita, namun hanya orang lain je yang nampak kelemahan kita. Sebab tu la, kita kena sentiasa bersifat berlapang dada, terima je apa yang orang cakap, kritik, kutuk.
Kawan baik kita takkan kutuk kita sebab dia kawan kita, tak sanggup tengok kita sedih dengan kebenaran. Kalau kau nak tahu kelemahan kau, baik kau jumpa orang yang benci dengan kau, yang asyik tak puas hati dengan kau. Hah, ambik! Satu list dia boleh bagi pasal kelemahan kau. Sebab tu, ' enemy is friend, friend is enemy'.
Mana yang betul kita ambik, mana-mana kritikan yang bersifat 'psycho' atau menjatuhkan kau, kau buang.
Just, kau kena ingat kau taklah betul sepanjang masa. Pun taklah salah sepanjang masa. Selagi kau boleh lenturkan EGO kau, kau akan menjadi manusia yang dihormati. Malah orang lain tak takut nak dekati kau, sebab kau mesra.
Turunkan ego ok? Aku minta maaf kalau ego aku tinggi sangat. Thanks kat semua yang beri aku pengalaman. Especially untuk manusia-manusia yang pernah merasa aku memerintah. Sorry eh kalau aku ni zalim dalam menjadi pemimpin.
p/s: Rasulullah S.A.W bersabda : "Sebaik-baik pemimpinmu ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihimu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Sejahat-jahat pemimpinmu ialah mereka yang kamu benci dan mereka membencimu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutukmu."(Riwayat Muslim)
trimas a lot.. :)
ReplyDeletesama-sama :)
Deletethanks ^^
ReplyDeleteur welcome :)
Delete