Berubah Kerana Cinta : Kalau Jadi Diri Sendiri?
Baru-baru ini aku telah diuji Allah S.W.T dengan suatu ujian yang sungguh berat. Haha, kenapa aku katakan berat? Kerana ia melibatkan hati aku. Dan apabila ia melibatkan hati, maka semestinya ia membuatkan aku mengalirkan air mata.
Adakah hina aku sebagai seorang lelaki menangis? Bagi aku, ia bukan satu penghinaan. Bahkan aku cuba mencontohi kaum Hawa yang menangis pabila dia kesusahan. Sebab daripada aku tumbuk pintu ke, sepak meja ke, baling botol air ke, or even worse, aku menjadikan manusia sebagai objek pelepasan kemarahan aku, it is better for me, untuk MENANGIS.
Sebelum aku nak bercerita, aku nak cakap, yang aku tak berniat nak jadikan blog ni satu tempat untuk aku nak kau kenal diri aku, faham? Jauh sekali aku nak berniat agar dicontohi mahu dijadikan ikutan, lagi-lagi kalau nak bajet-bajet kat kau. Cuma, aku cuma nak berkongsi, mana tahu kau juga mengalaminya, kan?
***
(Prologue)
Pada suatu malam, di bawah sepohon pokok yang gila seram bersebelahan rumah yang juga seram gila ala-ala rumah dalam The Conjuring, aku duduk mencangkung seorang diri. Sambil menangis, mengenangkan nasib diri aku. Meskipun bertalu-talu nyamuk mengigit seluruh bahagian badan aku, dan aku beberapa kali menggarunya, namun aku tetap tak nak berganjak meninggalkan tempat itu.
Sebab, aku merasakan tempat tulah yang paling suitable, untuk aku buat muhasabah diri. Kenapa?
Kerna, aku sudah kehilangan diri aku yang dahulu.
(Cerita satu)
Aku tak tahu kenapa dengan diri aku. Asal aku jumpa dia je, aku tak boleh menahan debar di jantung aku ni. Proses pengepaman darah yang mengejut oleh jantung aku secara tiba-tiba buatkan aku terasa sakit di sebelah kiri dada, lantas aku cuba mengelak tiap kali aku bertemu dengan dia.
Baru aku tahu, aku jatuh cinta rupanya.
(Cerita dua : berlaku sebelum cerita satu)
Satu pagi Jumaat, aku terbangun dari tidur. Lama jugak aku tidur, maklumlah, Jumaat cuti kot kat Terengganu. Namun, pagi tu lain. Kerna aku bermimpi di dalam tidur, yang aku telah berjumpa dengan ayah 'dia', untuk meminang dia menjadi insan yang halal bagi aku.
Mimpi yang, 'agak gila' itu, menyebabkan aku tertanya-tanya, adakah ia suatu PERTUNJUK, atau hanya MAINAN TIDUR belaka.
Lalu, ketika doa di antara 2 khutbah Jumaat, aku menangis, memohon agar Allah S.W.T memberikan makna dengan jelas di sebalik mimpi aku itu. Beside, doa antara 2 khutbah kan mustajab kan?
(Cerita tiga)
Aku jatuh cinta, aku jatuh cinta. Aku tidak tahu bagaimana hati aku boleh pantas menerima kehadiran baharu, walaupun sudah puas hati aku ni berbalut dek kesan torehan frustated mencari CINTA. Amboi, ayat!
Tapi yang aku pasti, ni bukan CINTA biasa, malahan boleh jadi JODOH aku. Aku perlu beristikharah, tapi tak tahu bila nak buat.
(Cerita empat)
Aku bercadang, nak berjumpa keluarganya selepas aku berada di semester lima pengajian aku. Bukanlah untuk meminang, tapi just nak jumpa je. Tapi bersama kengkawan aku ah. Gua bukan takut, cuma malu. Namun, takkan aku nak pergi ke sana sebagai mahasiswa yang bengap lagi bodoh, yang dapat result cukup-cukup suap je?
Malah, aku terfikir, takkanlah aku hendak menjadikan 'dia' sebagai isteri aku, dalam keadaan aku ni, tak berkelayakan? Kau pahamkan? Maksud KELAYAKAN?
Maka aku mula rajin membuka buku setiap malam, rajin menelaah kitab a.k.a mengulang kaji balik apa yang aku dah belajar. Sampai kengkawan aku pon ter'saiko' dan akhirnya juga mengikut aku?
Bukan tu je, tak cukup aku menjadi 'gila study', malahan aku cuba menukar perwatakan aku, kepada 'gila-gila' kepada, professional, mungkin?
(Cerita lima : berlaku sebelum cerita empat)
Satu hari, aku call salah seorang best friend aku. Dah nak abis ah bunyi 'tut tut', barulah dia angkat. Selepas berbasa-basi borak-borak, best friend aku ni cakap satu perkara yang, sentapkan hati aku.
"Tari, kau dah berubah ah. Dah tak macam dulu ah."
"Iye ke? Oh, sebab aku dah jatuh cintalah. Aku cuba menjadi matang, tak nak lagi buat perangai gila-gila aku. Takde lah aku tak nak lagi jadi gila-gila, tukan trademark aku. Cuma aku nak, 'dia' yang aku suka tu, nampak aku sebagai seorang lelaki yang layak menjadi suami dia. Tu je, haha"
"Owh, tapi kau janganlah berubah sebab dia, takut nanti, iyela kan? Kita tak tahu apa yang akan jadi? Hurm, kau pon jangan paksa diri, jadi diri kau je."
"Aku tahu apa yang aku buat, sori eh. Mungkin aku sibuk kot sampai tak tegur kau, haha."
(Cerita terakhir)
Aku sedar, aku telah terlalu banyak berubah. Malahan, tanpa sedar, perubahan aku ni menimbulkan keburukan pada diri aku sendiri. Aku sentiasa letih, selalu tidur lepas asar, tak turun padang bersukan, sebab selalu study. Namun, aku tetap meneruskannya demi mencapai suatu matlamat besar.
Suatu hari, aku berasa serabut sangat. Sebab otak aku berfikir tanpa henti berfikir, mencipta cerita bahagia sendiri, memproses maklumat yang masuk dengan banyak secara mengejut, di samping dengan masalah hati yang terseksa dengan perilaku 'dia' yang begitu indah. Aku ulang, aku terseksa.
Lalu, aku pon call besfren aku, yang kata aku dah berubah tadi tu.
Dan, aku menangis, sampai besfren aku tahu aku sedang menangis, walaupun aku sedar, aku merendahkan diri aku kepada besfren aku yang berjantina wanita. Lalu, aku sendiri engagedkan call, sebab aku perlu menangis. Bersendirian. Tanpa ditemani siapa-siapa pon.
Kerna, kata-kata besfren aku ni, meskipon benar, namun ia buat aku tersentap. Gila-gila.
Maka, aku menuju ke suatu tempat, di bawah sepohon pokok yang gila seram bersebelahan rumah yang juga seram gila ala-ala rumah dalam The Conjuring.
Di situ, aku duduk mencangkung seorang diri. Sambil menangis, mengenangkan nasib diri aku. Meskipun bertalu-talu nyamuk mengigit seluruh bahagian badan aku, dan aku beberapa kali menggarunya, namun aku tetap tak nak berganjak meninggalkan tempat itu.
Sebab, aku merasakan tempat tulah yang paling suitable, untuk aku buat muhasabah diri.
Baru aku sedar, aku berubah kerana CINTA, sehingga diri merana kerana aku kehilangan diri aku sendiri.
***
Setelah aku selesai bermuhasabah, aku buat satu keputusan, untuk aku hantar sms kat 'dia', sebab aku nak luahkan apa yang terbuku kat hati aku ni. Aku bukan nak berlagak gentlemen, tapi aku harus melakukannya.
Camana aku ada no 'dia', itu rahsia ok?
(AKU DAH DELETE APA YANG AKU TULIS MULA-MULA, SO AKU SKIP OK?)
Dia : Ye ke aq sdarkn ko.,aq x buat pe2 pun,..aq pun sbanrnye nk mnx maaf dgn ko, sjk dr aq msj kt ko psl yg ko tnye knpe aq marah tu, smpi skrg aq rasa serba slah sgt dgn ko.,xtau knape..mgkn aq trlalu ikut emosi kot,,,maaf sgt2 tari..
Aku : Sbnrnye, aq xtaw. Bile tibe2 aq blh jtuh cnta dgn ko. Mngkn sbb prsonaliti ko yg mnarik aq. Hari demi hari, cinta tu smakin mkar, smpi last2 aq xblh. Sjak ko mcg aq aritu, n smpi skrg prasaan aq tinggi. Bbrpe kali aq mimpi jumpe ayah ko utk mminang ko mnjd teman. Sjak tu aq brubah, utk tmpk hbat dimata ko. Tp aq sdar, aq trlalu kuat mnyksa diri aq utk brubah. Shngga aq ilang, dh xtaw spe diri aq. Hkkatnye, aq trseksa, nk jmpe ko pon jntung aq brdbar gile, hatta nk mcg ko ni pon aq trketar. Aq mnx maap, mesti ko mluat gile bce ni, tp ni prkare yg hrus aq lakukn. Jgn rsaw, aq xkn buat prkare2 yg ko xselesa. Maap... Tp ni prkare bnar.
Dia : Owh, jiwang nyer ayat ko..haha,,mcm ko knal ayah aq smpai bleh jupe dlm mimpi..maaf la,, sbb kan aq ,ko jd ade prasaan ni..slah aq la ni, xjaga diri...tp soe, aq mmg x minat cinta cintun ni,,mcm ne nk ckp ar,,ksian plk kt ko,ada prasaan tu,ko cubalah cket2 buang prasaan tu..asif jiddan3
Aku : Dr hati, msti jiwang. Argh, mrepek sume tu. Hurm, ko xslh, aq je. Jgn rsaw, aq akan buang sumenye, bsok aq akan jd aq yg dulu. Tp xbrmkne aq akan lupekn cinte aq. Cume aq mnjd matang sbb hal ni. Aq phm, aq terime je ko nk ckp pape pon, aq xkn trguris. Tp seriously, mngkn aq tringin nk jumpe wali ko, nk nyatakn hasrat aq.
Dia : Perlu ke ko pkir psl tu skrg ni,,,mgkn lg elok kot klu ko cari pompuan2 yg laen..aq x nk truh harapan kt ko..aq hrp ko fhm..x pe lah..x yah ckp lah psl ni,,maaf sgt2,, mmg aq x mnat
Aku : Aq taw. Jgn rsaw, ni hal aq. Aq sdang bemujahadh. Maaf, ni mcg last aq.
***
Hari keesokannya, aku mulakan hidup aku semula, sebagai aku yang dulu. Bila terserempak dia, aku cuba kawal, walaupun hakikatnya aku masih berdebar.
Aku tak lagi paksa diri aku untuk study gila-gila, kalau aku letih aku rehat. Aku tak lagi berfikir, nak serabut-serabut otak aku nak pikir masa depan dan apa-apa lagi pasal aku dengan dia. Dan aku bahagia sekarang, cuba menjadi kembali diri aku yang gila-gila.
Sampai aku berjaya kembali buat seluruh ahli kelas aku ketawa dengan aku. Haha.
Tapi tu tak bermakna aku akan lupakan dia. Dan itu tak bermakna aku takkan study. Cuma, niat aku kena betul. Aku kena berubah kerna diri aku sendiri, bukan kerana CINTA.
Sebab aku STAY je dengan diri aku, tapi mungkin aku TAK STAY dengan CINTA tu. So, sia-sialah aku berubah, kan?
Baru aku sedar, rupanya aku ni masih lagi tak matang. Haha, tapi cubaan dugaan Allah S.W.T ni, banyak mengubah aku. Memberikan satu pengajaran yang bermakna. Aku sedar, berubah kerana orang yang kita suka tak bagus sebenarnya, haha.
Tapi kau jangan salah sangka, aku bukan nak kata salah berubah kerana CINTA, tapi aku merasakan, mungkin lebih elok kita just jadi diri kita sendiri. Sebab aku yakin, CINTA ialah kita merelakan kelemahan pasangan kita.
Tapi kalau perangai kau tu teruk, memang wajib berubah ah. Aduhai.
Kita tak tahu, mungkin kita disukai kerana telatah dan perangai kita sendiri. Kalau kita berubah, tak jadi diri kita, mungkin orang tu tak suka kita, perhaps? Malah, kemungkinan ia lebih worse lagi?
Silapnya aku, kerna berubah untuk meraih PANDANGAN MANUSIA. Sedangkan seandainya Allah S.W.T memandang aku dengan PANDANGAN RAHMAT, maka seluruh penduduk langi dan bumi memandang aku begitu.
Silapnya aku, kerna aku tak berubah kerna Allah S.W.T. Niat sudah salah bro!
Allah S.W.T yang menciptakan CINTA, dan semestinya Dia telah menciptakan untuk aku insan yang layak untuk aku. Silap aku, aku lupa yang jodoh itu di tangan-Nya.
So, ingat!
NEVER CHANGE BECAUSE LOVE, BUT LET THE LOVE CHANGE YOU!
p/s: Doakan aku agar aku berjaya mendapat jawapannya, ok?
Comments
Post a Comment