Rambang Mata : Semuanya tampak cantik di mataku
“Seandainya seseorang lelaki itu meletakkan kriteria CANTIK untuk mencari calon teman hidupnya, maka dia takkan berkahwin selama-lamanya”
Di dalam sebuah kelas yang kecil, seorang guru perempuan sedang mengajar anak-anak muridnya. Pada hari itu, guru perempuan itu mengajar mengenai, apa itu KASIH SAYANG. Tiba-tiba, seorang anak muridnya bangun, dan mengajukan sebuah soalan ‘killer’ kepada gurunya.
“Cikgu, camane nak cari teman hidup, sedangkan saya hari-hari rambang mata tengok ramai je perempuan lawa. Tak tahu nak pilih mana satu?” Pertanyaan pelajar itu disusuli dengan gelak ketawa kawan-kawannya yang lain. Termasuklah si cikgu.
“Awak ni, ingat teman hidup tu macam barang ke, nak rambang-rambang mata. Ok, begini. Cikgu nak awak buat satu benda.” Guru perempuan itu meminta anak muridnya yang bertanya tadi membuat sesuatu perkara.
“Awak pergi ke luar kelas ini, dan saya nak awak berjalan ke pasu bunga pertama hingga ke pasu bunga ke sepuluh. Ketika awak berjalan, saya nak awak pilih sekuntum bunga yang paling lawa di antara sepuluh-sepuluh pasu bunga tu, tapi dengan SYARAT, awak tak boleh berpatah balik ke belakang untuk mencari bunga yang lain sekiranya awak telah berjumpa bunga yang awak rasakan cantik, boleh?”
“Owh, maknanya saya kena pilih satu bunga jela kan? Gitu?
“Aah la, pandai student cikgu. Berusaha ok?”
“Ok cikgu.”
Lalu pelajar itu memulakan perjalanannya. Sewaktu dia melalui pasu bunga yang pertama, dia melihat sekuntum bunga yang cantik, lalu dia ingin memetiknya. Namun kelakuannya terbantut. “Mungkin ada lagi kot bunga yang LEBIH CANTIK kat pasu-pasu seterusnya”, fikir pelajar itu.
Lalu dia meneruskan perjalanannya ke pasu bunga seterusnya, sehinggalah habis kesepuluh-sepuluh pasu bunga itu dirondanya. Kemudian dia meneruskan perjalanannya ke kelas tadi.
***
Huhu, mesti korang nak tahu apa kesudahannya cerita ni, jangan risau. Aku bukan jenis lelaki yang mempermainkan perasaan orang. Haha, nonsense. Hurm, untuk post kali ni, aku berminat untuk berkongsi mengenai, RAMBANG MATA.
Kepada sesiapa yang mungkin terlupa, atau memang tak tahu apa itu RAMBANG MATA, meh sini aku nak bagitau. RAMBANG MATA ni merupakan peribahasa Melayu yang bermaksud, suatu perlakuan di mana, seseorang itu serba salah nak pilih satu barang sahaja di antara dua barang yang telah seseorang itu pilih, disebabkan kedua-dua barang itu memiliki tarikan yang tidak dapat ditolak olehnya.
Panjang gile. Erti kata lain, ah, kau rujuk la kamus peribahasa. Malas aku nak cerita, dulu kelas Bahasa Melayu kau buat apa?
Maka, aku nak berkongsi, bagaimana konsep RAMBANG MATA tu, aku olahkan kepada, RAMBANG MATA dalam memilih teman.
Sebagaimana kita tahu, di dalam dunia ni begitu ramai perempuan yang cantik-jelita dan lelaki yang hensem-kacak. Malahan, kalau kita tahu yang cantik itu bersifat subjektif dan tahu bahawa cantik itu juga pada peribadi, maka lagilah ramai perempuan dan lelaki yang indah dan anggun di dunia ini.
So, kaitan dengan apa yang aku nak cakap?
Pernah tak kau rasa, yang kau begitu menyukai ramai perempuan? Disebabkan aku lelaki, maka aku ceritakan dari sudut seorang lelaki. Namun sama je dengan perempuan, actually.
Maksud suka di sini, bukan kau seorang yang playboy, tapi kau tak tahu nak pilih, siapa yang betul-betul kau suka. Pernah tak kau rasa begitu? Atau kau masih lagi rasa begitu?
Aku ada seorang kawan, kawan aku ni hensem orangnya. Malahan, dia pun antara orang yang style dalam course aku, ofcourse ah aku salah sorang yang style jugak. Tapi, kawan aku ni, ada satu perkara yang aku tertarik.
Dia seorang yang RAMBANG MATA. RAMBANG MATA terhadap perempuan. Contoh, bila dia jumpa A, dia suka kat A tu. Bila dia jumpa B, dia suka pulak kat B tu, yang A dia dah lupa pulak. Jumpa C, D aduhai, jadi gila kawan aku ni. Haha, kengkadang lawak, kengkadang menyirap pun ada jugak.
Kengkadang aku cakap, “Kaulah budak yang terakhir akan kahwin dalam course kita, haha.”
Maka, tergeraklah aku untuk update blog kali ni.
***
Apabila pelajar tu sampai ke kelas, dia berkata. “Maaf cikgu, saya tak dapat nak cari sekuntum bunga pun.”
“Kenapa kamu tak dapat cari, bukan susah pun nak cari sekuntum yang paling lawa, kan?”
“Susah cikgu, sebab cikgu cakap saya hanya boleh cari sekuntum je. Masa saya lalu ke setiap pasu, saya jumpa je sekuntum bunga yang paling cantik, tapi saya tak petik. Sebab saya ingat, mesti ada yang lagi cantik pada pasu-pasu yang berikutnya. Kalau saya nak undur balik ke pasu sebelumnya, dah tak boleh, sebab cikgu cakap tak boleh patah balik.”
Cikgu perempuan itu, hanya tersenyum, dan menerangkan kepada semua seisi kelas.
***
Cerita dongeng ni aku ambik kat Youtube, dan berdasarkan video dan situasi kawan aku ni, membuat aku terilham untuk buat post ni. So, tak perlulah aku nak sambung lagi cerita cikgu perempuan dan pelajarnya lagi. Kerna, aku sendiri akan menceritakan sendiri, makna tersirat di sebalik cerita dongeng ini. Walaweh!
Kenapa kita boleh rambang mata, tak tahu nak pilih mana yang menjadi pilihan hati kita? Sebab kita tak tahu nak pilih mana satu, sebab semua perempuan yang kita lihat (aku ambik konteks sebagai lelaki), memiliki wajah yang cantik. Sebab kita jadikan faktor CANTIK tu, sebagai faktor utama kita nak memilik calon teman hidup kita.
Bila kita nampak perempuan cantik pertama, kita jatuh hati sebab dia ada kriteria yang kita nak, iaitu CANTIK. Then selepas sepuluh minit, kita jumpa pulak perempuan yang lagi cantik. Terus kita lupa perempuan yang pertama kita jumpa tadi. Sebab dia lagi cantik, kan?
Maka, percayalah cakap aku, sampai bila-bila pon, orang begini sentiasa bergelut untuk mencari pasangan hidup, sebagaimana pelajar lelaki yang akhirnya pulang ke kelas tanpa membawa sekuntum bunga pon.
So, untuk menangani masalah ni, cikgu perempuan tu dah beri ah solution, actually. Iaitu dengan menghargai hanya SEORANG insan yang kita betul-betul suka. Kerna, apabila kita menyukai seseorang dengan setulus hati, maka secara automatiknya kita menerima baik buruk dia.
Walaupun hakikatnya memang ada pon perempuan yang lebih cantik daripada teman hidup kita, tapi kita hanya nampak orang yang kita cintai je CANTIK.
Cuba bayangkan kalau seorang suami yang dah berkahwin, dah ada anak, tapi masih lagi tak dapat buang sikap RAMBANG MATA dia, maka susahlah hidup dia. Sebab baginya, isteri dia masih lagi tak tampak awesome pada mata dia.
Sebab itulah kengkawan, jangan jadikan faktor CANTIK itu sebagai faktor utama kita memilih pasangan. Kerna CANTIK wajah itu, hanya sementara. Bila dah tua, dah berkedut. Masa tu, takkan kau nak cari bini lain walaupun time tu kau merupakan datuk kepada 10 cucu?
Sebab tulah, cikgu perempuan itu suruh pelajar tu JANGAN BERPATAH BALIK, supaya kita takkan menyesal dengan pilihan kita. Kerna, setiap hari, setiap jam, setiap detik, sentiasa akan muncul manusia-manusia yang cantik jelita hensem kacak.
Bila kita mencintai seseorang, terimalah keburukan dia. Cintailah sebab dia CANTIK peribadinya, bukan hanya CANTIK wajah sahaja.
Andai kita meletakkan faktor KECANTIKAN PERIBADI ITU sebagai faktor utama kita mencari pasangan hidup, maka percayalah, mustahil boleh RAMBANG MATA. Apa? Kau ingat semua perempuan cantik wajahnya, cantik perangainya? Silap besar ah bro.
Kalau kau memiliki seorang awek atau balak saat ini, tapi kau masih lagi usha atau ada perasaan kat orang lain, maka percayalah, itu bukan jodoh kau. Dan kau pon saat itu, belum lagi matang dan LAYAK untuk bercinta.
Kerna CINTA itu bermaksud,
"Hanya kau sahaja yang tampak sempurna di mataku."
Jadi, katakan TIDAK pada RAMBANG MATA.
p/s: Kalau dialah jodoh kita, maka kita takkan pandang siapa-siapa pon, takkan tergerak hati nak usha atau rambang mata, sebab dia je lah yang awesome kat mata kita. Percayalah, aku pon sedang menghadapinya.
Comments
Post a Comment