Azam tahun baru yang wajib kena buat bagi seseorang pelajar : Selamat Tahun Baru 1435 Hijrah

Aku baru je selesai solat Isyak berjemaah bersama-sama kesemua rakan-rakan satu course aku, kesemuanya rakan-rakan baik aku. Baru je lepas keluar makan, aku pon puasa sunat dengan bebudak ni. Alhamdulillah, berjaya jugak aku puasa, bukan senang kot, maklumlah agak susah berpuasa sunat.

Letih jugak aku buat assignment, ibu aku dah beberapa kali sms aku supaya tak lupa baca doa akhir tahun, parents aku pon sume dah pergi masjid. Memang suatu tradisi keluarga untuk pergi ke masjid sempena akhir tahun, bezanya, aku takde. Haha.

Lebatnya hujan tadi, seolah-olah bersedih dengan pemergian tahun lama. Boleh jadi juga, hujan turun dengan lebat, untuk meraikan kedatangan tahun baru yang dah tak sabar-sabar nak datang kepada umat Islam.

Yang penting, aku lepas jugak pergi makan naik motor dengan semua kengkawan aku. Maklumlah, tahun baru, takkan nak buka makan megi je kot?

Cukuplah dengan cerita aku yang memboringkan, namun malam ni aku ada suatu perkara yang aku nak sampaikan, sampai aku sanggup dahulukan blog ini daripada assignment aku. Haha, sori assignment eh?

Untuk kepada sesiapa umat Islam yang masih lagi tak tahu, loading atau memang tak tahu, sebenarnya malam ni dah masuk pon tahun baru dalam kalendar Islam. Sekarang dah tahun 1435 hijrah dah. 

Memang secara literallynya, memang lah takde perayaan, parti ke, keluar makan, bunga api, konsert-konsert ke, untuk raikan kedatangan tahun baru Islam, malah aku rasa kau boleh bezakan betapa bezanya sambutan Tahun Baru 2014 dengan sambutan Tahun Baru 1435 Hijrah, kan?

Namun, itu semua masing-masing, tak perlulah aku nak bincangkan benda yang sepatutnya semua orang tahu. Hidayah milik Allah S.W.T, semoga semua umat Islam masih lagi berpegang kepada kalendar Islam. Sebab Islam suatu agama yang menjadi gaya hidup, malah ada kalendar sendiri kot?

Enough with that, straight to the point tonight.

Malam ni aku nak mengajak kau dan sahabat-sahabat, yang masih lagi bergelar pelajar, tak kisahlah samada pelajar Universiti, pelajar Pondok, pelajar Sekolah, pelajar Kolej, pelajar tu, pelajar ni, bekas pelajar, menteri pelajaran, dan semua manusia yang masih lagi sedang belajar, untuk MENGINSAFI dan BERMUHASABAH tentang tahun 1434 yang lalu.

Kira kalau orang tua selalu kata, "al-Fatihah untuk 1434..."

Persoalannya, kenapa pelajar? Kenapa bukan umat Islam macam ibu bapa, anak-anak, guru, doktor, perdana menteri, tukang kebun, polis, artis, pelakon, gangster blah blah?

Sebab, ilmu adalah cahaya. Dan cahaya takkan bercampur dengan maksiat.

Sebelum aku sampai kepada apa yang aku nak sampaikan malam ni, aku nak mengajak korang semua untuk sama-sama bermuhasabah mengenai tahun 1434 yang dahulu, mengenai kebaikan dan keburukan yang dah kita buat, sebagai seorang PELAJAR.

Berapa banyak pahala yang dah kita buat, dah berapa banyak dosa yang dah kita buat? Mana lagi banyak agak-agak?

Macam aku cakap tadi, ilmu itu cahaya. Terlalu membiasakan diri dengan dosa membuatkan ilmu yang kita pelajari menjadi, semacam tak berkat. Umpama membasuh taik dengan taik, takkan hilang busuknya, malah bertambah pula.

Zaman sekarang, jaranglah seseorang pelajar tu nak belajar sebab kerana Allah S.W.T semata-mata. Semua sebab nak kejar 5A UPSR, 9A PMR, 11A+ SPM, pointer 4.0, nak kerja besar, nak kahwin, nak gaji lumayan blah blah.

Sebab tulah, unsur maksiat itu dah bercampur dengan ilmu. Aku cakap, berdasarkan pengalaman, sebab aku juga belajar kerana nak mengejar benda-benda tu. Semoga Allah S.W.T menetapkan hati kita semua untuk berjuang dalam bidang ilmu-Nya kerana Dia semata-mata.

Berbalik pada tajuk, cuba kita insafi apa yang dah kita buat tahun 1434 hijrah ni, sebagai seorang pelajar. Bandingkan, mana lagi banyak :

(1) Mengumpat cikgu, lecturer, pengetua, guru disiplin, kengkawan sendiri BERBANDING memuji, membantu dan mendoakan mereka?

(2) Berapa banyak solat fardhu yang dah kita miss BERBANDING solat fardhu yang kita buat secara awal, berjemaah dan di masjid atau surau?

(3) Pernah ke tinggal Subuh sebab tidur lambat dek stay up BERBANDING bangun tahajud di pertengahan malam?

(4) Berapa banyak rokok yang dah kita hisap BERBANDING makanan-makanan sunnah Rasulullah S.A.W macam kismis dan kurma, yang dah jadi darah daging kita?

(5) Berapa banyak perkataan lucah, mencarut, maki hamun yang dah keluar dari mulut kita BERBANDING ilmu-ilmu yang dah kita belajar, kita ajar pula kat sahabat-sahabat kita  yang tak tahu?

(6) Pernah tak menangis, berdoa kepada Allah S.W.T kerana susahnya belajar BERBANDING maki hamun takdir yang menetapkan kita sebagai seorang yang susah untuk menerima pelajaran?

(7) Berapa banyak sms yang kita sms ibu bapa kita, tanya khabar dan memohon doa mereka BERBANDING sms kengkawan, besfren, 'dia' untuk mendoakan kita? Konfom ke mereka tu semua mendoakan kita BERBANDING kedua-dua insan yang melahirkan kita?

(8) Berapa banyak solat sunat yang dah kita buat dan puasa sunat yang dah kita buat BERBANDING tidur disebabkan letih belajar dan makan banyak disebabkan banyak menggunakan tenaga?

Dan akhir sekali...

(9) Adakah pernah timbul di dalam hati kita, menuntut ilmu disebabkan Allah S.W.T, untuk menegakkan perkara yang haq, untuk perkara-perkara yang berkaitan ummah BERBANDING menuntut ilmu untuk mendapat flying colour, dipuji, dan mendapat habuan dunia?

Muhasabah lah duhai sahabat-sahabat ku yang bergelar pelajar, termasuklah diri aku, yang semua perkara buruk tadi, kesemuanya aku buat waktu tahun 1434 hijrah yang lalu. Allahhuakbar, hinanya aku. Kalau korang pon buat jugak sama, maka hinalah diri kita.

Namun, bersyukurlah kerana Allah S.W.T masih hidupkan kita, masih lagi buat jantung kita bernafas, masih lagi sedarkan kita dari tidur walaupun terkincit (terkencing : bahasa pasar) atas tilam asrama dan yang penting,

"MASIH LAGI MEMBERI KITA HARAPAN UNTUK BERUBAH"

Semuanya mengenai harapan yang Allah S.W.T berikan kepada kita, kerana kita masih lagi boleh berubah, masih lagi bertaubat, masih lagi boleh berhenti daripada terus menerus melakukan dosa.

So, tahun baru 1435 hijrah ni, aku nak listkan perkara-perkara yang WAJIB kita lakukan sebagai pelajar, kita kena berusaha untuk melakukannya, walaupun jeneral SYAITAN yang datang bertenggek dekat telinga kita, sebab itu sebagai jihad kita.

Sebab like I said before, ILMU ITU CAHAYA, DAN TAKKAN BERCAMPUR DENGAN MAKSIAT.

Lets proceed :

(1) Jika anda seorang pelajar, maka tahun ini anda perlu sentiasa solat di awal waktu. Biar lambat, asalkan jangan tinggal dan terlepas waktu. Subuh terutamanya. Tapi jangan sokmo lambat, pentingkan solat di awal waktu. Kan senang, takyah nak risau-risau dah solat ke belum, kan? 

(2) Jika anda seorang pelajar, maka tahun ini anda perlu lazimi dengan membaca al-Quran setiap hari. Walaupun satu muka, paling busuk (teruk) ah tu. Takpe lah kalau ulang surah yang sama, tapi lagi cantik kalau ikot je flow page. Lepas mukasurat 1, 2 pulak. Lpas 2, 3 pulak.

(3) Jika anda seorang pelajar, maka tahun ini anda perlu berusaha untuk bangun Tahajud, mendirikan Dhuha, baca al-Mathurat, banyakkan berpuasa dan mendisiplinkan diri dengan sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W yang lain. Sunnah baginda terlalu banyak, walaupun kau just masuk tandas dengan kaki kiri.

(4) Jika anda seorang pelajar, maka tahun ini anda perlu membiasakan lidah anda, untuk tidak lagi terbiasa untuk termencarut, termaki, terhamun, terkutuk, termarah, serta menjadi kata-kata kesat sebagai kata penguat bahasa anda, macam "apa sial", "babi ah", "bodoh sial", !@#$, %^&* dan lain-lain.

(5) Jika anda seorang pelajar, maka tahun ini anda perlu melarang mata anda, dari melihat benda lucah, dan benda-benda yang boleh merangsang nafsu syahwat anda. Malah, anda perlu biasakan diri untuk tidak melihat benda-benda kotor macam taik anda, kemaluan anda dan movie-movie yang 18 SG macam SAW, Final Destination, American Pie, Piranha 3D, HENTAI dan sewaktu dengannya.

(6) Jika anda seorang pelajar, dan anda juga seorang PEROKOK, maka tahun ni, cubalah berhenti secara perlahan-lahan, sebab ia ternyata HARAM, merosakkan tubuh kita, melambatkan otak dan membazir duit. Seriusly, aku malu dengan hakikat orang yang pandai, tapi hisap rokok. "Aduhai, zaman jahiliah ku..."

(7) Jika anda seorang pelajar, maka tahun ini anda perlu sentiasa berdamping dengan guru-guru anda, lecturer-lecturer anda, dan bersahabat dengan ilmu dan buku. Baru best, di samping tu, janganlah lupa kengkawan, selalu lah enjoy bersama, namun berkeraslah dalam bab-bab maksiat. Buat baik ramai-ramai, buat dosa sensorang.

Juga, anda perlulah banyak meluangkan masa dengan parents anda, jika sibuk, hubungilah dan sms lah walaupun just tulis "Ibu sihat?" or "Ayah wat pe?" daripada kosong tak sms langsung. Pohonlah doa mereka dan sentiasa mendoakan mereka eh.

(8) Jika anda seorang pelajar, maka tahun ini anda perlu menjadi seorang yang rajin, tak membuang masa, malah memanfaatkan masa dengan superb. Tugasan kerja sekolah kena siap, bukan setakat siap, tapi dengan bersungguh. Jangan tuang (ponteng) kelas. Ambik perhatian dalam kelas, dan kena selalu mendisiplinkan diri. Yang penting, kena sentiasa bersemangat dan tak kenal erti mengalah.

Dan akhir sekali...

(9) Jika anda seorang pelajar, maka tahun ini anda perlu menukar niat anda, untuk belajar kerana Allah S.W.T. Tak dinafikan, kesemua faktor-faktor dunia macam nak result cantik, nak belajar oversea, nak kerja besar, nak gaji lumayan, nak kahwin lalalala, tapi bila kita paksikan belajar kerana Pencipta semua benda hok dunia tu, In Sha Allah, kita akan dapat beb! Gua yakin. 100 peratus, no doubt.

Masih lagi terlambat untuk berubah duhai sahabat-sahabat, kalau tak mampu buat kesemuanya, buatlah sekurang-kurang yang no 1 tadi, sebab manusia yang menjadikan solat sebagai perkara pertama, In Sha Allah, semuanya akan boleh.

Aku juga tak sempurna, sebab tu aku nak ajak korang semua sama-sama buat dengan aku. Kita berubah  la sempena tahun baru 1435 ni. Aku pon tak yakin, adakah aku boleh buat kesemua yang aku tulis ni? Namun, Allah S.W.T memandang usaha kita, bukan hasil, yang penting usaha kot?

Cukuplah sampai di sini. Di kesempatan ni, aku nak mohon maaf, kalau sepanjang penulisan aku ni ada tertembak di mana-mana, or kepada kengkawan dan insan-insan yang aku kenali, yang sedang membaca di saat ini, aku ingin memohon maaf atas tiap-tiap kata-kata, makian, nista, tersepak, tertumbuk, tercaci ke atas korang semua.

Sama-sama kita berdoa, supaya tahun baru 1435 hijrah ni, banyak nikmat Allah S.W.T akan datang kepada kita di samping kita dijauhi daripada kelemahan diri kita, dijauhi daripada bala bencana dan dijauhi daripada dosa kebiasaan kita.

Semoga tahun baru 1435 hijrah ni, kita dapat mencipta sesuatu yang fantastic, dan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Amin ya Allah.

p/s: Doakan aku agar sukses dengan assignment, dimurahkan rezki dan diselamatkan daripada masalah-masalah, terutamanya cinta. Amin.

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers