Hakikat berkawan : 10 perbuatan kita yang membuatkan kawan kita TIBA-TIBA menjauhkan diri

Alhamdulillah, hari ni aku masih lagi bernafas. Bangun pagi tadi pun masih la boleh lap air liur yang meleleh kat bantal. Haha. Jijik gila.

Bangun pagi tadi, aku terfikir, umur aku pada hari ini sudah 18 tahun, silap-silap dalam beberapa hari lagi, umur aku akan naik 19 pulak. Aduhai, cepatnya masa berlalu kan?

Namun, apa yang bermain dalam mindaku, ialah mengenai, sepanjang aku 18 tahun hidup di bumi Allah S.W.T ni, mungkin aku dan berjumpa dengan tersangat ramai manusia. Samada manusia tu lelaki, perempuan, kanak-kanak, mak cik orang, awek member, pengetua dan lain-lain manusia yang malas aku sebutkan.

Malah, manusia yang aku jumpa tu tak tertakluk kepada satu bangsa je, malah aku pernah jumpa orang Cina, India, Bangla, Pakistan, Myanmar (owh, betapa ramainya pati kat Malaysia), dan orang Putih.

Kalau aku nak kira, aduh, kalkulator saintifik pon tak lepas nak kira. Namun aku curious.

Dalam tidak terkira banyaknya manusia yang aku jumpa tu, ada dalam 0.0005% je yang menjadi kawan aku. Iaitu kengkawan tadika yang memang aku tak pernah terjumpa lagi kat mana-mana, add fesbuk pon tak pernah. Juga kengkawan sekolah rendah aku yang pon sama gak, ntah-ntah ingat lagi tak aku yang kiut dulu.

Juga kawan aku, kawan sekelas time sekolah menengah, yang majoritinya masih mengenali aku, masih add aku di fesbuk, cuma kalau chat tu, agaklah jarang. Tidak ketinggalan, kawan-kawan aku di PLKN, ada beberapa kerat je yang masih lagi chat dengan aku, like gambar-gambar hensem aku.

Dan tahun ni, 0.0005% tu telah termasuk dengan kawan secourse aku, kawan yang bukan course aku, kakak-kakak yang comel, tak comel namun penyayang, blah blah blah. Haha.

Namun, dalam 0.0005% tu tadi, hanya ada beberapa manusia sahaja, yang betul-betul menjadi kawan aku. Kawan yang sangat baik. Sentiasa ada tatkala aku serabut, tatkala aku banyak sangat masalah, tatkala mata aku kabur disebabkan perihal manusia yang pelbagai, tatkala tu ini.

Dapat tak apa yang aku nak sampaikan?

Aku yakin, kau juga sama macam aku. Memiliki ratusan malah ribuan Friends di Fesbuk, Followers kat Twitter, ramai orang suka blog kau, ramai orang salute kau, ramai kawan sekelas, ramai tu ni, namun persoalannya :

"Berapa ramai dari kalangan mereka yang betul-betul menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang KAWAN?"

Sepanjang 18 tahun aku hidup, aku dah banyak MAKAN HATI dengan perangai kengkawan. Aku dah banyak TERKILAN dengan perangai kengkawan. Aku dah banyak sangat BERALAH dengan kengkawan.

Aku yakin, kau pon begitu juga kan?

Terlalu banyak episod yang membuatkan aku boleh menangis, kalau aku teringat camana hati aku begitu tersiat-siat dek perihal manusia yang berlainan. Haha, meskipon tersangat pahit, namun aku sentiasa ambil pengajaran.

Perkara yang paling menyakitkan, apabila aku ditikam dari belakang oleh kawan yang aku macam kawan dunia akhirat. Aduhai, sakitnya teramat sangat.

Namun, perkara ini mematangkan aku, aku menjadi terbiasa apabila berhadapan dengan situasi ni bila-bila masa pon, walau kat mana aku berpijak. Sebab aku sedar banyak perkara, bahawa :

(1) KAWAN bukan seorang yang sentiasa ada di mana kita ada, sentiasa buat perkara yang sama dengan kita, sentiasa bergelak ketawa dengan kita, tapi KAWAN ialah seorang yang sudi dengar masalah kita, dan membuatkan kita tenang, bukan bertambah serabut.

(2) KAWAN tidak boleh dibina dalam masa sekejap, KAWAN perlu dibina dengan masa yang sangat panjang. KAWAN yang dibina dalam masa sekejap, dia tidak mampu mengenal siapa diri kita.

(3) Kalau kawan kita selalu buat kita terasa, maka tinggalkanlah dia. Dia tak layak digelar KAWAN.

(4) Jadilah seorang KAWAN yang baik, dan bila kita bertemu dengan KAWAN yang baik, jangan tinggalkan dia. Hargailah dia.

AKU TIDAK MENGATAKAN DI DALAM POST INI BAHAWA AKU ADALAH SEORANG KAWAN YANG TERBAIK, SEKIAN

Aku cuba mengamalkan dalam hidup aku, untuk menjadi seorang KAWAN yang begitu menghargai KAWAN. Sebab bagi aku, cari KAWAN yang betul-betul, lagi susah dari cari AWEK.

Sepanjang hidup aku, aku dah banyak dikecewakan oleh kawan-kawan yang dekat dengan aku, mungkin disebabkan dengan aku sudah lama banyak beralah dengan mereka, sebab aku sayangkan persahabatan aku, namun disebabkan aku lebih terluka dalam menjaga persahabatan aku, maka aku berundur.

Kerana aku tidak mampu untuk terus kuat dalam kekecewaan berkawan.

Walaubagaimanapun, aku bersyukur kepada Allah S.W.T, sebab walaupun aku banyak dikecewakan, banyak dikilankan, banyak terasa hati, namun aku berjaya menjumpai KAWAN-KAWAN yang membuatkan aku kuat.

Setiap hari, aku cuba bermuhasabah diri, tengok aku ni banyak buat orang suka aku, atau sebaliknya. Aku paham, bukan semua orang karakternya sama dengan kita, namun aku bukan mencari kawan yang sama perangai, yang hot, yang pandai, yang cantik, blah blah blah.

Namun aku mencari KAWAN, yang buat aku selamanya tenang. Macam Saidina Abu Bakar R.A yang selalu ada di sisi Rasulullah S.A.W.

Walaupun KAWAN aku taklah mungkin sanggup biarkan kaki dia digigit ular seperti Saidina Abu Bakar R.A (rujuk sirah ketika hijrah Rasulullah S.A.W), namun aku hanya memerlukan seorang KAWAN yang :

"MENGHARGAI AKU SEADANYA, DAN LAYAN AKU MACAM KAWAN."

Aku sentiasa cuba untuk mengamalkan, bahawa kalau kita nak dihargai, maka kita hargailah orang lain. Namun, bukan selama-lamanya kita harus beralah dalam persahabatan. Walaupun mungkin teori aku ni tak dipersetujui, namun aku berpendapat, lagi elok kita jaga perasaan kita sendiri, daripada jaga perasaan orang lain, apatah lagi kalau kita lebih banyak rasa pahitnya hempedu, daripada manisnya madu kan?

So, aku nak menyenarai 10 perkara besar, yang membuatkan KAWAN kau, terasa hati, terkilan, tersangat kecewa dengan kau, iaitu apabila :

(1) Kau selalu nak MENANG setiap kali kalau berbeza pendapat. Meskipun kau hanya nak buktikan bahawa KFC lebih sedap dari McD. Mula-mula memang KAWAN kau boleh sabar, tapi bila dah selalu kau je yang betul, maka saat tu berhati-hatilah, KAWAN kau mula akan berjauhan.

(2) Kau terasa hati dengan KAWAN kau, namun KAWAN kau tahu bukan dari mulut kau, tapi dari mulut orang lain. Dah nama pun kawan, so kenapa kau tak terus terang je dengan KAWAN kau yang KAWAN kau tu buat salah. Mungkin sebab kau tak nak KAWAN kau kecik hati, tapi kenapa pulak kau cerita ketidakpuasanhatian kau tu kat orang lain? Yang menjadi bala kat sini, bila orang lain tu yang bagitau dengan KAWAN kau yang kau tak puas hati dekat KAWAN kau. Maka saat itu, KAWAN kau akan sangat kecewa, sebab kau tak berterus terang dengan dia.

(3) Kau buat seolah-olah KAWAN kau tu tak wujud di depan mata kau. KAWAN kau tu rasa macam loser gila, padahal kan selalu lepak sama-sama?  Waktu tu, rasa loser yang amat menyebabkan KAWAN kau tu mula benci kat kau.

(4) Bila 2 orang kawan kau yang sama lepak-lepak, di depan kau, kau melebihkan kawan yang seorang lagi daripada KAWAN kau yang seorang lagi. Memanglah, tak salah, sebab kita ada kawan rapat. Tapi kalau dah sama-sama rapat, tiba-tiba kau lebihkan yang seorang lagi, mestilah KAWAN kau tu rasa TAK DIHARGAI. Masa tu, jaga-jagalah, KAWAN kau tu dah nak berpisah dari persahabtan kau.

(5) Bila KAWAN kau sudah puas beralah dengan kau, sanggup ikut kepala kau, tapi kau tak pernah nak beralah dengan KAWAN kau. Kalau camni, mana-mana orang pon tak tahan.

(6) Bila KAWAN kau cerita masalah dekat kau, kau ambil mudah je. Memanglah kau tak boleh selesaikan masalah dia, namun sekurang-kurangnya, jadilah pendengar yang baik, bukan buat bodoh je. Sebab itu tanda KAWAN kau tu percaya dekat kau.

(7) Bila kau buat seolah-olah kau yang je yang terbaik, dari mana-mana segi pon, KAWAN kau akan terasa sangat. Sebab KAWAN kau rasa rendah diri, dah kau je yang terbaik?

(8) Bila gurauan kau tersangat pedih. Meskipon kau dah lama kenal dengan KAWAN kau, tapi jangan buat lawak-lawak yang menyentuh peribadi dia. Mungkin KAWAN kau gelak, namun sebenarnya dia sangat terasa.

(9) Bila kau buat KAWAN kau sebagai ALAT. Time ada kerja baru nak cari KAWAN kau, time-time lain takde pon kau nak layan KAWAN kau tu. Mungkin mula-mula KAWAN kau tu buat biasa je, tapi bila kau rapat dengan dia disebabkan KAWAN kau tu ALAT yang berguna, masa tu KAWAN kau akan sedar hakikat, bahawa dia seorang ALAT, bukan KAWAN.

Dan, KAWAN kau akan mula menjauhkan diri daripada kau, bila kau,

(10) TAK HARGAI KAWAN KAU.

Walaupun hanya 10, namun itu sudah cukup menyakitkan hati seseorang, apatah lagi dia rapat dengan kita, selalu ke mana-mana, tapi kita mula buat dia begitu. Mestilah dia rasa terkilan, terasa hati.

Sepatutnya, bila kita rapat dengan dia, maka kita kena lebih jaga persahabatan dengan lebih elok. Mungkin dia KAWAN kita yang terbaik, tapi kita dah sia-siakan dia?

Bila KAWAN kita selalu beralah dengan kita, maka itu tanda KAWAN kita tu sayangkan persahabatan, sebab dia boleh je nak tegakkan pendirian dia, namun disebabkan ia lebih membawa kepada pergaduhan, so dia rela kalah, rela nampak loser di depan mata kita, padahal kita tak sedar hakikat ni.

Sekarang ni susah nak jumpa KAWAN yang betul-betul HARGAI kita, jadi bila kita dah jumpa, jagalah dengan baik-baik.

Bila kita ada seorang KAWAN yang dulu memang rapat gila dengan kita, ke kelas sama-sama, tidur bilik sama, cerita sama-sama, makan sama-sama, DAN KAWAN kita tu sekarang mula jauhkan diri dengan kita, itu disebabkan kita banyak buat dia terkilan, terasa hati, kecik hati, makan dalam.

Maka kita pon jangan buat-buat BODOH, atau jadi BODOH, atau EGO sangat, PERGILAH cari KAWAN kita tu, dan mintak maaflah dengan bersungguh-sungguh. Kalau kau sedar kau bersalah, tapi kau hanya mintak maaf dengan SMS atau REPLY KOMEN FESBUK, apa benda tu?

Kau hanya mengeruhkan hati KAWAN kau yang dah tersangat keruh dengan perangai kau.

Common on la, tak boleh ke jadi matang?

Hargailah semua KAWAN kita. Memang semua manusia akan berubah, namun janganlah dengan perubahan kita tu menyakitkan hati KAWAN kita. Jika salah, belajarlah mintak maaf secara bersemuka, bukan just SMS je, tu EGO namanya.

Hidup kita kena sentiasa menghargai KAWAN kita, sebab mati kita ni BUTA, mungkin KAWAN kita yang sungguh kita sayang tulah yang akan kecewakan kita, macam story aku?

Hakikatnya, mungkin dengan KEMAAFAN YANG TULUS, mungkin boleh jernihkan keadaan. Bila kita angkat EGO kita terlalu tinggi, apa? KAWAN kita tu pon takde EGO ke?

Jangan rasa diri kita hebat, sebab siapalah manusia tanpa KAWAN?

Bila suatu hari nanti diri kita pula yang menjadi MANGSA, masa tu baru kita tahu, bagaimana perasaan KAWAN kita yang dah kita kecewakan tu.

Jadi jangan buang masa lagi, kalau ada KAWAN anda yang mula menjauhkan diri dari anda, maka TURUNKAN EGO ANDA, dan sambungkanlah tali UKHUWAH yang dah nak tercabut.

Sebab andai tercabut, maka anda akan menyesal.

Comments

  1. Memang susah nak cari kawan yang betul2 blh di buat kwn . kdg2 ada perselisihan faham . tapi tk pe , kta sama2 muhasabah diri .

    ReplyDelete
  2. huhu, kan? brmuhasabah itu lbih baik, n jgn skali2 xmnghargai kwn... mcm kte Saidina Abu Bakar R.A, "jd mcm pokok, dlmpar batu dbri buah", yg pnting, kamu msti mghargai kwn, hargailh, nescaya kmu akan dhargai..

    ReplyDelete
  3. memang susah..sampai sayapun selalu sedih..n sakit hati dengan kawan saya

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. haha, sama-sama. harap kita boleh jadi kawan yg bagus. nnti kite brdua pon blh jadi kawan.

      Delete
  5. good job saudara.. intipati yg sgt menarik dan benar trjadi pd kte dlm khidupn sharian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, sume ni saya amik drpd pengalaman n pencerapan sy sendiri. Smoga kite brdua dpt jadi kwn yg bagus

      Delete
  6. huhuhuhuh dulu aku ade sorang kwn baik gila nie, kenal masa balajq dri sijil sampai diploma, rapat gila tp bkn gay ye, hanye sbb x tegoq je..lama2 dia hilang tros, satu bilik tp mula dok bilik lain tnggai la aku sensorang amek kau, 6bulan ditinggalkan ade la kawan laien tp xsame la nan dia, btw maybe aku ego nie la balasan untuk aku kan, dia mmg seoran kawan 5Bintang , ssh senang , suka duka sntiasa ada .. hope sapa yg kwn or be roomate dy or partner dia pasnie hargai la dia ... he the best friend u should get

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts

Terima Kasih Followers