Aku rindu kamu yang dulu : Pabila sahabatmu memilih lorong kegelapan
Semua orang mempunyai ramai kawan. Samada kawan-kawan dari alam persekolahan macam tadika ke, kelas kafa ke, sekolah rendah, menengah, sekolah memandu, mahupun PLKN ke, ataupun kawan-kawan dari alam universiti, matrik mahupun kolej.
Malah mungkin ada juga kawan-kawan yang kita kenal bukan disebabkan belajar kat satu tempat, namun dikenali disebabkan ada event, dalam persatuan dan sebagainya.
Cukuplah dengan intro aku yang mengantuk tadi. Secara amnya, semua orang memiliki kawan, kan?
Namun, di dalam beribu-ribu kawan yang kita kenal tu, mesti akan ada beberapa orang je, atau hanya ada seorang je yang betul-betul kita sayang. Dalam Inggeris, kita gelarkan dia sebagai 'bestfriend'. Semua orang akan ada bestfriend ni, tak kisah samada lelaki, wanita, budak perempuan, err, dan 'lain-lain jantina', semuanya mesti ada bestfriend.
Tapi bukan semualah kan?
Bestfriend, ah, aku malaslah nak mengagungkan bahasa omputih ni, so aku tukarkan istilah 'bestfriend' itu kepada 'sahabat'. Ok, apa macam?
Walaupun aku tak beberapa nak ambil tahu pasal perbezaan 'kawan', 'sahabat', 'awok', 'sep', 'geng' dan pelbagai lagi istilah kawan dari sudut bahasa, namun aku memilih kata nama 'sahabat' sebagai ganti kepada 'bestfriend' tu, sebab aku sendiri yang gelarkan kepada bestfriend-bestfriend (ohmyenglish) aku, huhu.
At least, beza dan nampaklah istimewa dari kawan kan? Huhu.
So, sebelum aku sampai kepada apa yang aku nak sampaikan tatkala suasana malam di Terengganu yang sokmo hujang ni, sehingga membuatkan aku terpaksa memakai sweater di dalam pustaka U aku ini, terlebih dulu aku nak cerita pasal 'sahabat' ni.
'Sahabat', huhu, kenapa manusia memilih untuk berSAHABAT walaupun mereka berKAWAN?
Jawapan aku, ialah, bukan semua perkara, manusia boleh kongsikan, luahkan dan ceritakan kat 'kawan', malah bukan semua perkara jugak manusia boleh ceritakan kat 'sahabat', tapi semestinya 'sahabat' akan tahu banyak perkara tentang diri seseorang itu berbanding 'kawan', kan?
Tak paham, aduhai, tak apa, aku pun, huhuhu. Itu tipu, ok?
Kalau kita ada masalah, dan masalah itu sangat besar, misalnya melibatkan hati dan perasaan ke, melibatkan masalah family ke, or masalah-masalah besar yang lain, biasanya kita takkan cerita kat 'kawan' kan? Mesti kita akan cari 'sahabat' kita, untuk kita ceritakan segala masalah yang serabutkan otak kita.
'Sahabat' dan 'kawan', hakikatnya sangat berbeza. Macam yang aku cakap tadi, kita akan memiliki tersangat ramai 'kawan', namun kita hanya akan memiliki beberapa orang 'sahabat' sahaja, malah tak mustahil kita juga hanya memiliki seorang sahaja 'sahabat'.
'Kawan' boleh dicari di mana-mana sahaja, namun 'sahabat', tersangatlah susah untuk mencarinya. Malah, aku pernah rasa macam, nak cari 'sahabat' lagi susah daripada nak cari 'awek', huhu.
Kita mencipta 'sahabat' daripada 'kawan', dengan kita menceritakan dan meluahkan pelbagai jenis perkara samada peristiwa happy, blushing, yang buatkan kita malu, masalah-masalah besar, malah, sampai satu tahap, hanya kepada 'sahabat' je kita tunjukkan sisi kelemahan kita, kan?
Mungkin ramai 'kawan' kita jarang nampak kita ni menangis, ataupun jarang nampak kita ni macam bermasalah, namun hanya 'sahabat' kitalah yang pernah nampak, dan tahu mengenai masalah kita.
Sebab itulah, 'kawan' mana mungkin memahami diri kita, namun hanya insan yang bernama 'sahabat' je yang memahami diri kita.
Aku berpendapat, mencipta 'sahabat' tak perlu kepada masa. Tak perlulah kita berkawan dari tadika untuk menjadi 'sahabat', walaupun kita baru bertemu atau berkawan tak sampai sebulan, namun kepada dialah kita meluahkan masalah kita, berkongsi berita or peristiwa yang buatkan kita blushing ke, maka 'sahabat' boleh tercipta dari situ.
Ada je orang kawan sampai tadika, namun itulah yang jadi musuh kita, kan?
Alhamdulillah, sepanjang aku bernafas di muka bumi Allah S.W.T ni, aku berjaya memiliki beberapa 'sahabat', kepada merekalah aku meluahkan segala-galanya samada perkara buruk atau baik, untuk menggantikan posisi keluarga aku yang selalu jauh daripada aku, disebabkan aku selalu belajar kat tempat yang jauh.
Hakikatnya, aku boleh hidup berbulan-bulan tanpa 'kawan', namun hidup aku tak ceria tanpa 'sahabat'. Bila aku serabut dengan masalah, ataupun terserempak dalam perkara-perkara yang buatkan aku happy gila, otak aku hanya memikirkan, 'sahabat'.
Dan of courselah, 'sahabat' antara manusia yang menjadi kesayangan manusia lain, kan?
Namun persoalannya, camana kalau 'sahabat' kita melakukan sesuatu perkara yang menyedihkan kita, atau memilih sesuatu keputusan, atau boleh aku katakan, bagaimana kalau 'sahabat' hok kita sayang ni, memilih lorong kegelapan?
Maksud aku ialah, bagaimana kalau 'sahabat' kita memilih untuk melakukan DOSA, dan setiap kata-kata dan teguran kita, tak mampu untuk menghalang 'sahabat' kita untuk tak teruskan perjalannya ke lorong noda DOSA tersebut?
Bagaimana wei?
Rasululluh S.A.W bersabda : Daripada Abu Said al Khudri R.A katanya : Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mencegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka cegahlah dengan hatinya. Dan itulah selemah-lemah iman."
Riwayat Muslim
Sebagai seorang 'sahabat', bila kita tahu, atau baru tahu yang 'sahabat' yang kita sayang ni telah memilih untuk berjalan di lorong DOSA, maka kita sebagai 'sahabat' kita kena berperanan untuk selamatkan 'sahabat' kita ni, takkan kita tegar biarkan orang yang kita sayang, terjerumus dalam lembah NERAKA, kan?
Aku tak mahu memberi contoh apakah DOSA yang aku maksudkan kat sini, sebab aku nak kita semua pikir, apakah yang termasuk dalam DOSA, sama-sama kita pikir, dan tinggalkan.
Rasulullah S.A.W berikan kita tiga guideline dalam nak tegur 'sahabat' kita yang dah mula atau semakin laju melalui lorong kegelapan ni, iaitu dengan tangan (kuasa), lidah (tegur) dan hati (doakan dia dan kita, serta benci).
Seandainya kita mampu tegur 'sahabat' kita dengan kuasa kita, maksud aku bukan superpower ke apa, maksud aku kalau kita mampu cegah dan halang 'sahabat' kita tu dengan melakukan sesuatu yang bersifat suatu tindakan yang berani, so kita buatlah.
Namun aku tahu, tak ramai yang mampu melakukannya, termasuklah aku yang hina ni. Namun aku yakin, sebagai seorang 'sahabat', semestinya kita mampu menegur perbuatan 'sahabat' kita ni, or kita nasihati 'sahabat' kita dengan berikan contoh-contoh, hujah akal, cerita dan pelbagai lagi, yang datang dari mulut dan lidah kita.
Namun, bukan semua orang, apatah lagi 'sahabat', mampu kita halang dia dari terus melangkah ke lorong kegelapan yang dia sendiri pilih, kan?
Tapi yang penting, usaha kita beb! Bukan hasil. Yang penting kita dah berusaha dengan bersungguh, nasihat dia hari-hari, setiap masa, dengan sms, dengan Facebook, Twitter, dengan hantar wechat, bermacam-macam cara dah kita buat, namun 'sahabat' kita masih lagi tetap kakinya dalam lorong kegelapan tu, masa tu lah dah takde cara lain, melainkan,
"Berdoa supaya Allah S.W.T bukakan pintu hati 'sahabat' kita untuk melangkah kembali ke lorong yang dilimpahi cahaya dan keberkatan-Nya, dan semoga 'sahabat' kita tahan dalam UJIAN ini, dan semoga Allah S.W.T selamatkan 'sahabat' kita daripada mati dalam keadaan berDOSA, dan supaya kita diselamatkan Allah S.W.T daripada diuji dengan UJIAN 'sahabat' kita tadi"
Allah S.W.T berfirman : Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.
Surah Al An'am : 125
Sebab, Hidayah itu kan milik Allah S.W.T. Masa nilah, kita hanya mampu berdoa, di samping kalau kita mampu, berterusanlah dengan memberikan teguran, contoh, hujah, nasihat dan sebagainya kat 'sahabat' kita tu. Di samping tu, janganlah kita lupa untuk berdoa kepada Allah S.W.T.
Kita sayangkan 'sahabat' kita, dan kita dikatakan sangat sayang kepada 'sahabat' kita dengan tak rela melihat 'sahabat' kita memilih jalan DOSA kegelapan, kan?
Namun, andai suatu hari, Allah S.W.T menguji persahabatan kamu berdua, dan teguran dah tak berkesan lagi, malah boleh membawa kepada perpecahan, kesedihan ke?
Masa tulah, kita hanya ada Allah S.W.T, dan selagi kedua-dua tangan ni mampu untuk menadah tangan, maka berdoalah kepada-Nya.
Biarlah air mata ini mengalir walaupun kita terus-menerus melihat 'sahabat' kita tu tenggelam dalam lautan DOSA, namun jangan kita menjadi 'sahabat' yang loser, atau dayus.
Iaitu yang hanya rela melihat 'sahabat' kita tenggelam dalam lautan ombak DOSA yang menggila.
Ingat, yang penting USAHA, bukan HASIL!
Ingat, yang penting USAHA, bukan HASIL!
Comments
Post a Comment