Salah ke bercinta? Jawapan aku?

Satu soalan yang aku kira, mempunyai pelbagai jenis jawapan. Lain manusia, lain jawapannya. Dan, aku tahu, kau juga memiliki jawapan kamu yang tersendiri.

Maka, begitu juga aku. Aku memiliki suatu jawapan, dan ia jawapan aku sendiri.

Aku tidak dapat jawapan ini dengan membaca buku rujukan, ilmiah mahupun novel yang bertajuk 'CINTA'. Aku tidak dapat jawapan ini dengan mempelajari subjek 'CINTA'. Aku tidak dapat jawapan ini dengan mengambil jurusan atau course 'CINTA'. Aku tidak dapat jawapan ini dengan menonton movie, anime mahupun drama bergenre 'CINTA'.

Namun, aku dapat jawapan ini dengan, PENGALAMANKU DALAM CINTA, dan juga melihat perjalanan, tingkah laku, cerita, episod SAHABAT-SAHABATKU, dalam 'CINTA'

Persoalannya, apakah jawapan aku? 

Pabila ditanya mengenai soalan, mesti ada banyak sangat jawapan, kan? Semestinya, ia takkan lari dari 2 jawapan utama, iaitu YA, atau TAK. SETUJU, atau TIDAK SETUJU. BENAR, atau SALAH.

Dan, semestinya, kau akan tertanya-tanya lagi, apakah jawapan aku, adakah salah bercinta? Ataupun, bercinta itu tidak salah? Kau tertanya-tanya sendiri.

Jawapan aku, ah, sebelum aku menjawab, mari aku cerita tentang hakikat 'CINTA'.

Kalau aku search kat Google, ataupun baca dalam buku-buku ilmiah, ataupun baca novel mahupun tengok drama, 'CINTA' ini datang dalam variasi dan halatuju yang berbeza.

Tak paham? Camni awak wei.

Cuba kau ambil sehelai kertas, dan sebatang pensel. Kemudian duduk kat depan komputer, laptop, laptop 1 Malaysia ke, ataupun just guna smartphone. Kemudian pastikan ada talian internet, buka Google, dan taip, 'CINTA'.

Dan kau akan jumpa banyak sangat pautan pasal 'CINTA', samada dalam bentuk web, mahupun video. Kemudian, cuba kau cari kata-kata, or quote berkaitan dengan 'CINTA'. Jumpakan? Catatkan mana yang kau suka dalam kertas tu. Kalau tak cukup kertas, tambah la, takkan hok tu pung aku nok kabo (keluar dah Ganu aku).

Antara contoh quote, ataupun kata-kata lama Melayu yang paling famous ialah, "Cinta itu buta".

So, soalan aku, adakah dengan quote 'Cinta itu buta" itu, membuktikan bahawa bercinta itu merupakan suatu kesalahan? Sebab kita tahu, manusia yang sempurna adalah manusia yang celik, dan buta itu merupakan suatu kelemahan yang digeruni manusia?

Maka, kita tahu 'buta' di sini mempunyai maksud yang banyak. 'Buta' boleh membawa maksud :

(1) Disebabkan 'CINTA', seseorang itu tidak akan dapat melihat keburukan pasangannya, kerana disebabkan rasa 'CINTA' yang mendalam, walaupun hakikatnya seseorang itu tahu mengenai keburukan pasangannya.

(2) Disebabkan 'CINTA', seseorang itu sanggup bertahan dengan keburukan pasangannya, kerana disebabkan seseorang begitu mencintai pasangannya, walaupun hakikatnya dia sedar mengenai keburukan pasangannya.

(3) Disebabkan 'CINTA', seseorang yang kaya boleh memilihi pasangan yang miskin, seseorang yang hensem boleh mencintai seseorang yang hodoh, seseorang yang jahat boleh mencintai yang baik, kerana 'CINTA' itu "buta", 'CINTA' tidak memandang itu semua.

Lihat, ada 3 maksud "buta". Kalau kau perasan, 2 daripada 3 jawapan yang aku berikan bersifat negatif, seolah-olah aku mengiakan statement 'cinta itu buta, maka bercinta menjadi suatu kesalahan.' Namun, 1 jawapan lagi, ia bersifat negatif, seolah-olah aku juga mengiakan statement 'cinta itu tidak buta, namun si pencinta itulah yang buta'.

Maka, kau akan bertanya lagi, salahkah bercinta?

Kalau kita buka Al-Quran, hadith Rasulullah S.A.W, kita akan menemui pelbagai variasi mengenai 'CINTA', ada je ayat-ayat Allah S.W.T yang menunjukkan bahawa cinta itu boleh membawa kepada perkara yang baik, yang membahagiakan dan perkara yang membawa kepada pahala dan syurga. 

Namun ada juga ayat-ayat Allah S.W.T, yang menunjukkan bahawa cinta itu juga boleh membawa kepada perkara yang buruk, yang menyeksakan dan perkara yang membawa kepada dosa dan neraka.

Sama jugak dengan hadith Rasulullah S.A.W. Ada hadith Rasulullah S.A.W yang menyeru kepada galakan untuk bernikah, ada yang menceritakan tentang ciri-ciri wanita yang bagus dijadikan isteri, ada juga hadith yang menceritakan pasal bidadari, dan semestinya, ada juga pasal 'CINTA'.

Namun, ada jugak hadith Rasulullah S.A.W yang menceritakan mengenai haramnya berzina, larangan bercinta dengan tunang orang, dan semestinya, larangan-larangan yang mengenai 'CINTA'.

Adakah kau masih lagi tidak jelas dengan jawapan aku? Tak pe, aku bagi pulak isu semasa.

Hari ini kita lihat terlalu banyak gejala sosial, la ning (masa kini : Ganu) kita tengok orang banyak dah couple-kapel semua. Sekarang pun dah tak main kapel-couple kat dalam sekolah je, daripada dalam sekolah boleh bawa ke luar, kemudian boleh bawa ke dalam bilik, kemudian sedar je dah ada bayi dalam perut.

Kemudian 9 bulan lepas tu, kita pun dengarlah tajuk akhbar, "Petani menjumpai mayat bayi di dalam sawah padi", "Bayi dibuang dari tingkat 3", "Penulis blog siapamahubahagia terjumpa mayat bayi di dalam lubang tandas sewaktu hendak berak masuk ke dalam tandas".

Kalau buka Youtube pun, kita tengok terlalu banyak video-video yang mengelikan hati aku, sampai nak muntah aku melihat kemesraan kapel-couple ni, macam video 'Remaja Melayu Cium Di Bukit Bintang 2010'WTF! Budak Sekolah Buat Maksiat Dalam Kelas Sambil ditonton Rakan? dan banyak lagi video-video yang memaparkan realiti masyarakat la ning, yang buatkan aku berfikir, salah ke bercinta?

(AMARAN, VIDEO NI MENGANDUNGI PERBUATAN YANG MEMANG JELAS MAKSIAT. HARAP AKU TAK MENDAPAT SAHAM DOSA INI, CUMA JUST NAK MENJADIKANNYA SEBAGAI CONTOH. ELOK LAGI KALAU TAK BUKA, OK?)

Persoalannya lagi, salahkah bercinta? Sebab 'CINTA' inilah yang menyumbang kepada maksiat-maksiat, couple-kapel ni. Kalau mereka ni tak bercinta, mesti tak berlaku semua perkara ni, kan?

Tapi, aku tahu, kau akan berkata, "Bukan semua la tari oi."

Ya, aku tahu. Dengan 'CINTA' lah berapa ramai orang-orang hebat lahir kat dunia ni, kat Malaysia ni. Dengan 'CINTA' lah lahirnya ulama-ulama yang hebat, pemimpin-pemimpin yang agung, dengan 'CINTA' lahirnya cikgu dan guru yang dah ajar kita ilmu. Juga dengan 'CINTA' lah lahirnya ibu bapa kita.

Dan, dengan 'CINTA' ibu bapa kitalah, lahirnya aku, kau dan dia, kan?

So, do you get the point? Masih lagi tak tahu jawapan aku? Oh, berat nanang la mung ni wei.

Bagi aku, salah tak salah ke bercinta ni, hanya si pencinta sahaja yang menentukannya. Seandainya kalau bercinta tu membawa kepada jalan yang diredhai Allah S.W.T, maka mestilah boleh, malah tersangat boleh, kan?

Kalau dengan 'CINTA' tulah, membuatkan kau berubah dari baik ke buruk, kalau dulu hisap rokok, tapi disebabkan 'CINTA', kau boleh berhenti, ataupun makin dekat dengan agama, kerja jadi kuat, malas dah kurang, pakaian makin kemas, muka makin hensem, maka secara logiknya pun, sudah tentulah 'CINTA' cara itu dibolehkan, tersangat boleh dan perlulah bercinta, kalau dah jodoh kahwin cepat-cepat deh.

Dah 'CINTA' tu, Allah S.W.T cipta, mestilah diciptakan 'CINTA' tu untuk tujuan yang baik kan? 

Namun, jangan kita lupa, kalau 'CINTA' tu membuatkan kita jadi semakin jauh daripada agama, semakin lalai dengan dunia, abaikan pelajaran, derhaka kepada ibu bapa pulak, dah tu buat maksiat pula kepada Allah S.W.T, conteng arang kat ibu bapa, negara, bangsa dan agama, maka sudah terang lagi bersuluh, 'CINTA' cara itu dilarang, dibenci Allah S.W.T dan Rasul, dan hukumnya jelaslah HARAM QAT'I!

Walaupun 'CINTA' itu diciptakan oleh Allah S.W.T untuk tujuan yang murni, namun manusia boleh menyalah gunakan 'CINTA' itu, dengan output yang jelas boleh bikin Allah S.W.T panas dengan golongan sebegini. 

Oh, sesungguhnya azab neraka Allah S.W.T tu tersangat panas boh, takutnya aku yang dah banyak salahkan gunakan 'CINTA'.

Bercinta tak bersalah, hanya orang yang bercinta tu je tahu samada 'CINTA' dia tu diredhai, atau dilaknat Allah S.W.T. Tepuk dada tanya iman boh!

Sesungguhnya bercinta merupakan suatu perkara yang tersangat indah di dunia, namun ia tetap tidak menjamin output atau hasil yang indah. Kalau kau tanya orang yang kapel-couple, yang buat maksiat sampai zina semua tu, kau ingat tak bahagia ke?

Namun hakikatnya, output yang mereka hasilkan tersangatlah buruk, hina di sisi manusia, dan Allah S.W.T dan Rasul-Nya.

Kesimpulannya, tak bersalah kalau kau nak bercinta. Namun ukurlah perjalanan 'CINTA' itu, samada penuh dengan bunga-bunga Pahala, ataupun penuh dengan noda-noda Dosa.

Siapa mahu bahagia? Bahagialah dengan 'CINTA' yang diredhai oleh Allah S.W.T, yang dicapai dengan cara yang diredhai-Nya, dan mampu menghasilkan output dan ending yang diredhai-Nya juga.

Firman Allah S.W.T :
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ۬ وَٲحِدَةٍ۬ وَخَلَقَ مِنۡہَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡہُمَا رِجَالاً۬ كَثِيرً۬ا وَنِسَآءً۬‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبً۬ا

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. 

(Surah An Nisa’ :1)

ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِ‌ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ‌ۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."

(Surah An Nur : 26)

p/s: Kalau anda rasa perjalanan cinta anda dipenuhi dengan noda dosa, maka mana mungkin anda juga boleh rasa ia boleh menghasilkan ending yang indah? Tepuk dada tanya iman.

Comments

  1. "apa-apa yang membawa kepada neraka Allah,itu bukan cinta namanya" by Hilal Asyraf. Senang cerita, semua orang tahu cinta tu fitrah.semua orang nak disayangi.ada orang terpaksa melaluinya dulu (kapel-kapel),barulah dia sedar yg dia dah buat salah.itulah manusia.tapi sekurang2nya masih mahu berubah.take it easy,semua orang penah dan akan sentiasa buat salah.hakikatnya manusia bukan malaikat,yg tk pernah buat dosa dan sebaliknya manusia jugak bukan syaitan yg tk pernah buat pahala. cinta itu suci tapi manusia yg menodai cinta . by cikgu gua . hihih (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. smart cikgu lu, ohoh. tapi bg aku kite tidak perlu mrasa tahi untuk tahu tahi busuk rasenye, bukan kapel je satu-satu jalan utk mngenali cinta, hnye org yang xphm erti cinta shje akan mncuba kapel. n x aq nafikn, faktor kurg ilmu agame pon sme, muhsbh utk aq yg gile trase..

      Delete
  2. betul bro . aku sokong statement ko nih "bukan kapel je satu-satu jalan utk mngenali cinta, hnye org yang xphm erti cinta shje akan mncuba kapel" . btw entry ko memang terbaik r . keep it up . lagi satu bro . kadang2 kita kena ingat . bukan tugas kita nak menggerakkan hati manusia . tu untuk orang yang tak mkn saman r . heheh

    p/s:teruskan berdakwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah, truskn mnyokong aq ok? doakn aq eh? thanks shbt <3

      Delete

Post a Comment

Popular Posts

Terima Kasih Followers