Kegagalan : Kejayaan Yang Tertangguh

Assalamualaikum, Subhanallah, agak lama aku tinggalkan penulisan blog ni, mungkin ada di antara korang yang merindui, or mungkin tak kot. Hahaha.

Pada suatu hari, ketika aku sedang duduk kat dalam bilik, menelaah buku sambil layan fesbuk, tetibe ada satu message masuk dalam chatbox aku, dia tanya, aku dah tak tulis blog ke? Huhu, aku pun jawab, aku sibuk sekarang, so takde masa nak tulis blog.

Dalam diam, aku rasa tersentuh, meskipun aku tak kenal siapa dia (bahana add orang yang tak kenal, huhu) tapi rupanya ada insan yang menghargai tiap penulisan aku. Semoga bermanfaat untuk korang semua.

Actually, aku ada suatu sebab, kenapa aku tak menulis blog semenjak-semenjak ni. Bukan sebab aku sibuk, sebab aku masih lagi boleh menulis walaupun aku sibuk, tapi, kenapa aku tak menulis? Sebab aku telah buat perjanjian dengan diri aku, iaitu :

"Takkan menulis blog, selagi aku tak lulus lesen kereta."

Apa yang mendorong aku untuk buat perjanjian camni dengan diri aku sendiri? Huhu, mestilah ada cerita yang sungguh menarik untuk aku kongsikan kat semua pembaca, sementelah, ni semua dari pengalaman aku sendiri, dan akulah yang merasakannya.

Disebabkan aku dah lama tak menulis blog ni, sebenarnya memang banyak perkara yang berlaku kat aku, dan in sha Allah, aku akan kongsikan kepada korang semua, dan aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pembaca yang masih setia membaca.

So, tanpa muqaddimah ala-ala iklan tv, jom proceed.

TEST LESEN PERTAMA

Disebabkan aku tersangkut kat PLKN, so aku tak dapatlah merasa ada lesen kereta pada usia yang agak muda. Bila time aku ambik result dulu, ada kengkawan aku yang datang ke sekolah bawak kereta, peh! Aku dalam hati hanya mampu jeles dalam diam, mengenangkan diri ni yang tak berlesen.

Setelah masa yang agak lama berlalu, aku pun suarakan hasrat hati aku ni kat ibu ayah. Alhamdulillah, mereka bersetuju. Biasalah, aku ni tak berduit, hanya mampu pau duit mak ayah, huhuhu.

So, alhamdulillah, kebetulan ayah aku ada kenalan yang bekerja kat driving school. So, lepas isi-isi borang, potostat tu, potostat ni, akhirnya aku pun dapatlah belajar kereta. Alhamdulillah.

Setelah tamat kursus yang membosankan, kemudian setelah lulus ujian komputer, akhirnya aku pun belajar kereta. Aku tergelak dalam hati, tengok-tengok mak cik pak cik yang belajar bagai nak rak masa ambil ujian komputer. Bukan aku nak perkecilkan diorang, cuma aku teringat zaman-zaman aku nak ambik spm dulu.

Hari pertama aku bawak kereta, memang best, dan agak takut sedikit. Nak kata setakat enjin mati, pahtu kereta bergegar, macam-macam. Huhu, dan aku diajar oleh kenalan ayah aku tu.

Hari kedua, aku terkejut, sebab aku diajar oleh orang lain pulok. Sebab kenalan ayah aku tu sibuk, so dia suruh member die ajar. Sebelum tu aku nak mention, kenalan ayah aku ni agak serius dalam mengajar, tapi aku rilek je, sebab aku pun dah biasa diajar oleh cikgu-cikgu yang serius.

Alhamdulillah, cikgu kedua aku ni agak peramah orangnya. So, aku belajar dalam keadaan zero ketegangan.

Hari ketiga, sekali lagi aku terkejut. Sebab orang lain lok ajar aku. Kenalan ayah aku tu sibuk. So aku dah start pelik, orang lain belajar seorang cikgu je, aku dah sampai 3 cikgu pulak? 

Dan aku bernasib malang, sebab cikgu ketiga aku ni agak garang, berapa kali aku dimarah. Stress perlahan-perlahan mula naik dalam hati, berpeluh-peluh beb belajar. Aku jadi pening, sebab setiap cikgu berbeza cara dan kaedah pemanduan, bila aku ikut stail cikgu ni, cikgu lain marah. Adush, pening-pening.

Hari keempat, merangkap hari terakhir aku belajar kereta, dan menunggu untuk ujian jpj, aku akhirnya boleh la bawak kereta.

Malam sebelum jpj, aku pun buat kewajiban aku sebagai seorang hamba. Berserah, buat solat-solat sunat, baca Yasin.

Hari kejadian, sangat ramai orang datang untuk ambik test. Termasuk aku. So, time aku buat test untuk litar, mula dengan bukit, aku lepas. So aku bersyukur. Kemudian buat parking lok, alhamdulillah, aku lulus. Aku bersyukur. Bila start nak buat 3 penjuru, aku yakin aku akan berjaya. Bila aku nak start reverse, suddenly...

...enjin mati. Dan aku disuruh keluar dari kereta.

Masa tu, hanya Allah S.W.T yang tahu bagaimana perasaan aku. Sangat sedih, hanya satu test lagi, dan aku gagal. Dalam keadaan lemah longlai, aku pun pergi lah ke surau, setelah serahkan kertas gagal kat kenalan ayah aku tu.

Dalam solat aku, aku menangis, aku meratap kegagalan aku. 

Bila buat ujian untuk jalanraya, aku diuji oleh seorang lelaki. Bila dah gerak kereta, baru aku teringat, aduhai, aku lupa pakai seat belt. Aku pun berhenti la kat bulatan, sebab nak pakai seat belt, aleh-aleh kena marah kat jpj, sebab mana boleh berhenti berhenti kat bulatan. Aduyai.

Ni mesti sebab aku asyik teringat-ingat je gagal kat 3 penjuru tadi.

Aku pun berhenti kat tepi jalan, pakai seat belt. Bila aku dah jalan, tiba-tiba abang jpj tu tanya, aku dah turunkan hand break belum? Aku pun terfikir, abang jpj ni saja nak test aku ni. Bila aku jeling, Ya Allah, memang aku lupa nak turunkan, aduyai.

Aku dah mula terfikir macam-macam. Yang pasti, tajuk utama dia ialah gagal. 

Dipendekkan cerita, aku akhirnya lulus ujian jalanraya, dan aku kena repeat balik litar. Akhirnya aku pergi belajar ke universiti dalam keadaan sebagai rakyat Malayisa yang tak berlesen, dan kena repeat ujian litar. Aduyai, nak buat camana, belum rezeki.

Bila aku balik rumah lepas aku gagal ujian pertama ni, aku betul-betul meratapi kegagalan aku. Sedih, namun aku cepat-cepat tenangkan sebab takut aku boleh salahkan Allah S.W.T nanti. Bahaya tu, boleh bergoncang akidah. 

Aku percaya, mesti ada something yang Dia nak berikan yang terbaik untuk aku.

TEST KEDUA

Sebab aku belajar kat Terengganu, so memang susah lah aku nak balik ke Negeri Sembilan semata-mata nak retest. Kalau berjaya tu takde masalah, kalau tak tu masalahnya. Memang suatu perjudian yang berisiko. Bila cuti semester, akhirnya aku dapat retest untuk kali kedua.

Seperti biasa, malam sebelum retest, aku melakukan kewajiban sebagai hamba, dan aku berdoa agar Allah S.W.T berikan aku kejayaan untuk test yang kedua. Janganlah repeat.

Hari kejadian, aku pun mulakan balik dengan test dekat bukit. Aku yakin aku boleh buat, sebab aku dah pernah lulus bukit ni. Bila aku buat bukit, aku diuji dengan Allah S.W.T, iaitu...

...aku gagal. Automatiknya, aku dah gagal semua test. Dan aku kena mengulang lagi.

Dengan perasaan yang penuh hiba, aku merayu dekat pak cik jpj tu, supaya berikan aku peluang untuk aku test balik, tapi rayuan aku tu, hanya rayuan yang sia-sia. So dalam keadaan yang penuh longlai, aku tandatangan borang tu dengan cincai.

Buat kali kedua, aku meratapi kegagalan aku. Test pertama aku gagal kat 3 penjuru, test ni pulak aku gagal kat bukit. Takkan aku test ketiga ni aku gagal kat parking lok? Lengkap semua aku dah gagal?

Bila syaitan datang untuk membolak-balikkan aqidah aku, sekali lagi aku cepat-cepat tolak, dan aku menyakinkan diri aku bahawa belum tiba masanya, dan pasti Allah S.W.T akan memberikan aku kejayaan yang lebih menarik.

TEST KETIGA

Aku belajar dulu, buat bukit dan 3 penjuru banyak kali. Tapi aku pelik, sebab esoknya aku akan test kat tempat lain, bukan test dekat tempat yang aku belajar ni. Tapi aku yakin, sebab tempat yang aku nak test esok ni, tempat yang aku test kali kedua.

Macam biasa, aku hanya hamba yang lemah, bermohon kepada Allah S.W.T agar dipermudahkan, dan janganlah aku gagal buat kali ketiga.

Hari kejadian, aku pun sampai. Aku terkejut, bila tempat nak buat parking tu jpj dah cabut semua penanda yang ada. So, aku pun kaget, hati aku dah rasa macam, owh, aku konfirm gagal kat parking.

Bila aku buat bukit, aku lepas. Bila time buat parking, aku pun buat jela, ikut cara yang diajarkan kat aku.

Dan, ternyata gerak hati aku tepat. Aku gagal dekat parking, terkeluar kereta aku kat luar garisan. Dalam keadaan yang longlai, aku menghadapi 3 kegagalan test lesen kereta.

Balik rumah, aku pasrah, dan aku berusaha untuk tenangkan, beri semangat kat diri aku sendiri. Syaitan  tak pernah lupa untuk lemahkan aqidah aku dengan menyalahkan Allah S.W.T, tapi aku cepat-cepat menyakinkan diri aku kembali.

3 kali gagal, pergh! Aku bayangkan betapa banyaknya duit yang keluar dari dompet ibu ayah aku. Sedihnya aku rasa. Tapi ayah aku cakap, tak kisah berapa banyak duit keluar, asalkan aku lulus. Ayah aku cakap macam aku ni anak orang kaya je, huhuhu.

Baru aku tahu, betapa susahnya nak ambik lesen kereta. Patutlah ramai yang guna lesen beli, dalam diam aku mula menyumpah-nyumpah kelemahan sistem, malah aku juga berniat nak mansuhkan sistem ni kalau aku dah jadi orang besar kelak.

Aku pun mula usha-usha lesen beli, sebab aku dah fedup ulang-ulang, dan duit ibu ayah dah banyak keluar sebab aku. Aku tahu ia salah di sisi undang-undang, tapi andai aku gagal jugak kali keempat, mungkin aku akan guna lesen beli.

Aku dapat berita, kenalan ayah aku cakap, untuk test keempat ni, aku kena ulang balik jalanraya sekali, sebab tempoh setahun dah habis. Aduyai, lagi stress aku rasa. Terpaksa buat balik walaupun dah lulus. Stress, pening, sedih. Semuanya bersatu.

TEST KEEMPAT

So like crazy man, dengan perasaan berat hati aku pun berangkat ke tempat test baru. So officially dah 3 tempat aku test, harap-harap tempat ni yang terakhir aku datang.

Hari ni belajar semua litar, juga try usha jalan baru, pahtu besok test. Memang terbaik. Nenenene aku jawabnya.

Bila aku sampai, tengok suasana yang agak sistematik, so aku terfikir sendiri, boleh ke aku lulus esok? Litar mungkin takde hal sebab dah biasa ulang, hohoho, tapi sebab jalan baru beb!

So, aku dipanggil oleh seorang lelaki tua, dan dia tunjukkan aku jalan baru. So, aku pun bawalah kereta.

Selepas dah selesai, aku pun balik rumah. Setibanya aku kat rumah, ibu aku yang bukakan pintu, memandang muka aku yang kelihatan letih. Lalu ibu aku pun cakap, "kesian anak ibu letih".

Lalu bila aku dah jejak pintu rumah, aku memandang redup mata ibu aku, dan aku pun memeluk ibu aku erat. Dan aku menangis macam budak kecik kejatuhan ais krim.

Ibu aku pun yang panik tengok aku menangis tetiba, memujuk aku untuk story what happen, but aku masih lagi meneruskan penangisan aku. Agak-agak aku dah ok, aku pun cerita...

...so, aku dipanggil oleh seorang lelaki tua, dan dia tunjukkan aku jalan baru. So, aku pun bawalah kereta.

Jalan agak baru, dan biasa lah orang yang dah lama tinggal bawa kereta, yang sudah tumpul skil pemanduannya, mesti la agak teruk sikit pemanduannya.

Dan, aku dimarah dengan teruk oleh lelaki tua yang duduk sebelah aku. Bukan marah biasa-biasa, sampai sepak-sepak dashboard kereta. Siap maki-maki aku lagi.

Sepanjang aku belajar kereta, tak pernah lagi orang marah aku camtu. Sampai maki-maki, sepak-sepak dashboard kereta. Paling teruk pun just marah-marah je.

Perasaan aku? Takyah cerita, memang serabut, kucar-kacir, kacau-bilau. Bila orang marah-maki aku camtu, reaksi aku pada dia biasa je, macam orang takde perasaan.

Dalam hati, aku memang marah gila, tapi akal, minda dan iman mengunci lidah aku untuk counter marah-maki.

Bila dah habis jalan raya, aku sampai balik kat tempat tadi. Keluar dari kereta macam ikan yang baru je masuk balik dalam laut, gasping for air, huhu. Jantung punya ah berdegup kencang, peluh meleleh basah satu baju, hati kecamuk.

Stress punya pasal, mostly sebab aku tak mampu menegakkan maruah aku selepas dipijak-pijak. Memang skil pemanduan aku teruk, but telinga aku function ok, tak perlu nak mekak-mekak gitu. Cikgu apa camtu? Ish ish.

Aku hanya mampu bersangka baik, mungkin mood dia tak ok. Or mungkin dia rasa dengan buat student stress mampu buatkan student tu belajar.

Then, aku pun meneruskan latihan aku untuk litar lak. Bila aku buat bukit, bawak kereta sampai puncak, bila aku brek, tiba-tiba kerusi kereta tu bergerak ke belakang, menyebabkan kaki aku lari dari clush, dan kereta berhenti macam gila.

Stress tadi tak hilang, tiba-tiba pula camtu? Ujian tak putus-putus Allah S.W.T beri aku.

Aku pun turun balik dari bukit, dalam keadaan tersempit, kembali kat orang yang uruskan kereta. Aku mengadu kat dia pasal seat, dan dia dengan selambanya betulkan. Dan aku pun teruskan balik latihan.

Bila aku buat bukit, wow, perkara yang sama berlaku. Aku fedup, but no choice terpaksa teruskan latihan.

Aku pun berpindah ke latihan kedua, parking. Mula-mula aku buat, terkeluar dari kotak. Dah takde siapa nak ajar aku. Aku pun mengeluh sorang-sorang.

Aku nampak ada seorang cikgu, dan aku suruh dia ajarkan. Dipendekkan cerita, dia pun mengajar aku, walaupun selepas dia bersoal jawab dengan aku macam polis dengan penjenayah, hahaha.

Dan, dengan stylenye, aku mampu buat parking. Berapa kali aku cuba, berapa kali tulah aku berjaya. Alhamdulillah. Perlahan-perlahan stress hilang.

Orang ramai kat sini, so aku terpaksa tunggu untuk buat 3 penjuru. Kat sini 3 penjuru dia kena pakai hand brek. Baru kali pertama aku buat 3 penjuru kena pakai hand brek. Aduyai.

Lepas aku dah selesai buat 3 penjuru sebanyak 2 kali, aku dipanggil untuk tamatkan latihan. Sebab masa dah habis. Dan 2 kali 3 penjuru aku tu semuanya tak jadi. Sebab kurang latihan.

So selepas dah selesai, aku pun balik rumah. Setibanya aku kat rumah, ibu aku yang bukakan pintu, memandang muka aku yang kelihatan letih. Lalu ibu aku pun cakap, "kesian anak ibu letih".

Lalu bila aku dah jejak pintu rumah, aku memandang redup mata ibu aku, dan aku pun memeluk ibu aku erat. Dan aku menangis macam budak kecik kejatuhan ais krim.

Ibu aku pun yang panik tengok aku menangis tetiba, memujuk aku untuk story what happen, but aku masih lagi meneruskan penangisan aku. Agak-agak aku dah ok, aku pun cerita, luahkan apa yang terpendam.

Dalam hati aku, aku rasa peluang untuk aku gagal adalah sangat tinggi. Tiada syak lagi.

Aku masuk awal tidur malam tu. Stress sangat. Fikiran aku dipenuhi dengan kegagalan, dicampur dengan kenangan-kenangan kegagalan 3 test lesen. Tiada semangat. Tiada kepositifan. Negatif belaka.

Sedar-sedar, aku dah terlelap.

TAMAT

Tuje la satu cerita daripada kegagalan-kegagalan yang pernah aku hadapi dalam hidup aku. Mungkin bagi korang yang dah round satu dunia dengan kereta dan skil pemanduan yang power, mungkin cerita aku agak remeh.

But still terima kasih kerana sudi membaca, huhu.

Aku yakin, dan tahu, bahawa semua orang dalam dunia sememangnya pernah menghadapi kegagalan. Dan kegagalan sebenarnya mencipta 3 jenis manusia, iaitu :

(1) Manusia Yang Terus Bangkit Setelah Jatuh

Bila menghadapi kegagalan, manusia begini tak pernah kenal erti gagal, kemudian terus bangkit mencuba biar beberapa kali jatuh.

Jatuh kali pertama, bangkit kali pertama. Jatuh kali kedua, bangkit kali kedua.

(2) Manusia Yang Bangkit Setelah Lama Jatuh

Jatuh kali pertama, bangkit kali pertama. Jatuh kali kedua, bangkit kali kedua dalam masa yang agak lama.

Kenapa? Sebab jatuh dia bukan setakat melukakan lutut, namun juga melukakan hati. So, perlu masa yang agak lama, dan sumber kekuatan perlu dikumpul.

Dalam hatinya, ada keinginan untuk bangkit. Namun biasalah, memori 'jatuh' menguasai diri. Membuatkan akal dikuasai aura kegagalan, diri jadi lemah, lutut tak mampu berdiri, akal dah tak mampu berfikir.

Tapi sekurangnya iman masih percaya, bahawa Dia belum mengizinkan.

Setelah kekuatan dikumpul, akhirnya barulah bangkit buat kali kedua.

(3) Jatuh Selamanya

Manusia camni, adalah manusia yang paling gagal. Bagi aku, kalau tak mampu bangkit sekarang, bangkitlah walaupun esok.

Jangan terus jatuh, selamanya.

Sebab kejayaan adalah milik orang yang bangkit, dan mustahil ia milik orang yang jatuh. Melainkan kalau manusia tersebut ada sihir, bela-bela, mahupun kalau ada duit banyak.

Setiap manusia, kegagalan dan kejayaan mereka berbeza. Mungkin bagi aku, susahnya nak lulus lesen kereta, tapi aku masih lagi mampu belajar di universiti.

Tapi ada pulak orang yang senangnya lulus lesen kereta, tapi susahnya nak lulus pelajaran.

Sebab nasib dan takdir manusia Allah S.W.T tuliskan, berbeza-beza. Tapi kejayaan tidak membezakan. Begitu juga kegagalan.

Dalam kehidupan aku, aku sudah menghadapi banyak kegagalan. Begitu juga korang semua.

Tapi, kegagalan bukanlah pintu yang terkunci, yang tak boleh kita buka camtu je. Kegagalan adalah pintu yang tersekat, jammed.

Camne nak buka pintu yang jammed? Senang je, kena kuat sikit la. Baru dia akan terbuka, kan?

Camtu jugak, hari ni kita gagal, besok mungkin kita akan berjaya. Even kalau besok, lusa, tulat kita masih gagal, one day kita akan berjaya jugak.

Selagi kita berusaha. Selagi kita tak mengaku kalah.

Biasalah manusia, akan ada rasa kecewa, down, frustated bila menghadapi kegagalan. Ramai juga Nabi-Nabi Allah S.W.T turut mengalami perasaan negatif tersebut, bila gagal dalam mision dakwah mereka, tapi mereka yakin dengan takdir Allah S.W.T.

So, kenapa kita tak boleh buat camtu? Kita manusia, sama macam Nabi-Nabi Allah S.W.T tadi.

Owh, sebab iman kita tak kuat? So, kita nak salahkan iman kita pulak? So, kita nak katakan yang semuanya ditakdirkan Allah S.W.T belaka lah ni?

Tak, iman boleh ditambah pembaca sekalian, selagi kita yakin bahawa kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh, selagi itu lah kejayaan itu pasti akan datang.

Kadang-kadang, kita tak sedar, bila Allah S.W.T gagalkan kita dalam sesuatu perkara, Allah S.W.T jayakan kita dalam perkara yang lain pulak. Pendek kata, kegagalan dalam perkara pertama menyebabkan kejayaan dalam perkara yang kedua.

Pernah tak kita fikir begitu?

Kadang-kadang, Allah S.W.T gagalkan kita dalam sesuatu perkara ni, supaya orang lain boleh berjaya pulak dalam perkara tu tadi. Boleh jadi, perkara tersebut tersangat besar maknanya bagi orang itu tadi, berbanding kita.

Pernah tak kita fikir begitu?

Tak mustahil, kita gagal hari ini, sebab orang lain yang berjaya. Dan tak mustahil, kita berjaya hari ini, sebab orang lain yang gagal.

Semua ni urusan Allah S.W.T. Semua ini adalah ujian Allah S.W.T. Kegagalan adalah ujian keimanan. Kejayaan juga adalah ujian keimanan.

Pendek kata, kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh.

Sahabat-sahabat pembaca yang aku sayangi sekalian, hari ini korang membaca post aku, adalah bukti bahawa aku telah berjaya mendapat lesen kereta.

Selepas 3 kali gagal, selepas diuji di 3 tempat berasingan, setelah gagal semua ujian litar, setelah banyak duit keluar, diajar oleh hampir 10 cikgu yang berbeza, menggunakan teknik-teknik dan skil yang berlainan, akhirnya aku berjaya.

Kan? Ia merupakan kejayaan yang tertangguh?

Selagi kita ada Tuhan, selagi itulah kita takkan pernah gagal selamanya. Kita memang akan gagal, tapi itu adalah ujian Dia. Dan kegagalan selama-lamanya adalah milik hamba-Nya yang tidak percaya bahawa dia ada Tuhan.

Sedangkan Nabi-Nabi Allah S.W.T diuji, apatah lagi kita?

Mengakhiri post, terima kasih sebab sudi baca post aku ni, terima kasih kerana setia, terima kasih kerana support aku time aku gagal, terima kasih for everything.

Mostly, terima kasih kegagalan dan kejayaan, sebab jadi teman yang setia dalam kehidupan aku.

Comments

  1. betul..banyak kali gagal dalam hidup.diri sendiri kena kuat.tabah dan redha dengan UjianNya..

    ReplyDelete
  2. betul2, huhu :) kne sllu kuatkn diri sndri, sebab at the end hanya tinggal kite sorg shj. n ofcourse, Allah :)

    ReplyDelete
  3. Betol,sye pown nk ulang yg ke-3 nih....menangis jugak bila gagal tu,alhamdulillah sekarang dah bleh trima kyataan dan akan usaha lagi...huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, sy paham perasaan tu. Tapi xmngapa, suatu hari akan brjaya jgak dpt. Yg pnting brsmngt n jgn putus asa, ok?

      Delete
  4. Today dah nak menginjak ke tahun 2016. Semalam saya gagal dalam litar and jalanraya. Ya Allah saya menangis tak henti, sakit. Sebab dah kecewakan hati ibu. Saya gagal litar sebab takpakai seatbelt masa nak naik bukit dekat ilatr and jalanraya gagal sebab kereta mengundur dan kat belakang ada kereta yg terlalu rapat dgn kereta saya. Geram pun adaaaa. Tapi bila baca post ni hati saya kembali tenang, terima kasih :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy phm prasaan awak tu. Sbb sy prnah alami jgak. Wlupun sy lelaki, n mngkin sstngah org hnya pkir "ala rilek ah", tp sy juga menangis bbrpa kali slps fail ujian JPJ.

      Ujian JPJ ni xmcm ujian lain, gagal kne ulang. Ulang plak kne bayar. Bayar pulak bukannye murah. Sy yg gagal bnyk kli, sume tu ibu n ayah sy support, wlupn mrka bkn org snng. Jd tu antra faktor utama, yg buatkn sy sedih.

      Tp, awak jgn ptus asa. Truskn brdoa. Truskn mncuba. In sha Allah, suatu ari nnti awak akan brjaya jgak.

      Stiap kli sy k mne2 dgn bawak kete, sy akan ingat bhw bukan snng sy nk lulus ujian JPJ.

      Suatu ari nnti bila awak dh lulus, dh blh drive jauh2, sudah tntu ia akan jd antra pnglmn yg pling berharga buat awak.

      Snyum ok? In sha Allah, awak akan brjaya jugak nnti. Amin. Dh lulus nnti, bgtaw sy ok? Blh bwk sy jln2.

      Delete
  5. Samalaa..dh 2x ambik test pon xpass lg. Tp still prcaya ada hkmh disebalik yg trjdi uhuhu..doakn sy llus

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah, suatu hari awak akan lulus jugak. Dh lulus nnti bgtaw sy ok?

      Delete
  6. Samalaa..dh 2x ambik test pon xpass lg. Tp still prcaya ada hkmh disebalik yg trjdi uhuhu..doakn sy llus

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah, nanti dah lulus bagitaw ok. Jgn sedih2, blh cuba lagi, ok :)

      Delete
  7. Masuk harini saya dah repeat 4 kali.saya rasa saya orang paling bodoh lah.dh penat menangis dh.tapi saya fikir satu je.Allah bagi gagal mungkin ada sebabnya yang saya tak tahu.padahal dah bawak kereta ke hulu ke hilir dah.Masa nak repeat test jpj pun bawak kereta dari rumah ke pusat memandu.Macam mane lah tak bolh lulus lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dulu repeat JPJ 4 kali jugak. Masa tu, saya rasa sayalah orang paling bodoh, lebih lagi daripada awak. Hahaha. Xpelah, mesti ada hikmahnya. Dah boleh bawak dengan elok, so akan datang mesti xkan gagal lagi.

      Ada hikmahnya tu, tapi selagi awak xputus asa, in sha Allah. Nanti dah lulus jenjalan ke rumah saya, haha.

      Delete
  8. semalam saya gagal buat kali kedua untuk dedua bahagian. saya rasa sedih sangat. bukan sedih sebab gagal sedih sebab susahkan parents nak kena keluarkan duit lagi sedih sangat. saya hampir putus asa. lepas baca post awak saya kembali tenang dah yakin semula. semua yang berlaku ada hikmahnya kita akan lulus tapi bukan sekarang. doakan saya lulus ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang awak rasa tu, saya dah rasa dulu. Yup, mostly rasa sedih n dan ralat, sebab parents yang keluarkan duit untuk bayar. So saya yakin, lepas ni awak akan rasa pulak apa yang saya rasa, iaitu P pulak, in sha Allah.

      Alhamdulillah, moga-moga penulisan saya boleh bagi awak semangat dan keyakinan utk lulus JPJ. Banyaklah berdoa, biar lembut hati semua pakcik makcik JPJ tu, huhuhu. In sha Allah, semoga lulus amin :)

      Delete
  9. Tadi saya failed ujian jpj jalanraya buat kali kedua. Memang sedih dan menangis sbb parents dh byk keluarkan duit semata2 untuk saya. Bila baca penulisan awk ni buat saya jadi tenang. Betul kata awak, mungkin ada hikmah disebaliknya. Minggu depan sy retest lg utk kali ketiga. Doakan saya lulus. Aamiin. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedihkan, saya boleh rasa. Sedih, sebab dulu pun betapa banyak ibu ayah keluarkan duit, semata-mata nak bolehkan saya luluskan. Sehingga hari ni, kalau saya bawa kereta, mesti akan ingat perkara tu.

      Alhamdulillah, saya tulis post, supaya masing-masing yang alami perkara sama macam saya, nampak bahawa di akhirnya pasti akan berjaya, selagi mana tak putus asa. Jangan putus asa, doa banyak ok?

      In sha Allah, dah berjaya bagitaw ok? In sha Allah, amin semoga lulus :)

      Delete
  10. Saya ingat saya sorang je yang fail sampai 3 kali.Rasa manusia paling bodoh sbb tak lulus test ni :'( Jpj paling susah sangat dari semua test yang saya pernah hadap.Hahaaha menagis teruk harini sampai takda semangat nak peegi kelas. Dengan stress nak final sem. DOAkan saya lepas kali keempat nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai :'( betul-betul dapat rasa apa yang awak cakap, sebab saya pun juga merasa benda yang sama. Sehingga saya hampir-hampir putus asa, dan rasa malas nak ambik test Jpj.

      Yup, mungkin ia antara test yang tersusah yang pernah saya ambik sepanjang hidup.

      But hei, jangan putus asa. Sentiasa ada peluang untuk berjaya. Cuba dan cuba, sebab mana tahu cubaan yang ke-4 ni berjaya, jadi banyakkan berdoa, dan buat sahaja sehabis baik.

      Saya ada lesen, bukan dengan sekali cuba beb! Tapi akhirnya saya dapat, kan? Sebab saya berusaha, sebab saya yakin, sebab saya berdoa, sebab saya bertawakal, dan paling penting, sebab dengan izin-Nya. Selagi mana awak yakin dan tak putus asa, selagi itulah masih wujud peluang untuk berjaya :)

      Semoga berjaya kali ke-4!

      Delete
  11. baru semalam habis test dengan jpj .. sedih sebab fail dekat 3 penjuru dan eritanya.. tayar tergerak sikit je.. sedih sbab dh excited dh lepas parking dengan bukit .. allahu . sedih rasanya.. tapi bila fikir balik mungkin Allah tak nak bagi lagi atau Dia suruh berusaha lebih lagi .. sedih ila tengok muka abah dan umi.. hmm :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kali fail, saya rasa sangat kecewa. Sebab ibu dan ayah yang keluarkan duit. Padahal kitorang bukan orang kaya. Tapi, mereka semua tak pernah berputus asa dengan saya, jadi saya pun tak berputus asa dengan diri sendiri. Mencuba sedaya saya yang boleh.

      Ada orang, dapat lesen sekali cuba. Ada orang, macam saya, dapat lesen selepas empat kali fail. Jadi, keseronokannya adalah berjaya dapat lesen, selepas beberapa kali gagal. Dan bila awak dah berjaya nanti, awak ingat sentiasa, keseronokan itu.

      Berusaha lagi, kadangkala Allah S.W.T susahkan jalan kita berjaya untuk senangkan lebih banyak jalan kejayaan. Bersangka baik dengan-Nya, berdoa, dan in sha Allah one day awak akan berjaya jugak.

      Itupun kalau awak tak putus asa dan sentiasa mencuba. In sha Allah, semoga awak berjaya :)

      Delete
  12. Harini masok kali ketiga saya gagal. Saya menangis dan tak tahan. Sbb saya bukannya org senang. Tapi tapelah saya percaya Allah nak bagi lebih baik dari apa yang dapat. InsyaAllah. Saya baca blog nih. Saya rasa bersemangat. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah. Xpelah, jgn brsusah hati. Msti hajar dh buat yg trbaik. Prcayalah, jika bukan kali ni awak berjaya, kali seterusnya awak tentu akan berjaya.

      Saya faham, sebab saya pun dah merasainya. Kini saya dah pun lesen besar, tak pakai P. Tapi saya sentiasa ingat, bahawa saya lulus dengan 4 kali gagal.

      Jika saya 4 gagal, saya percaya ada yang sedang memandu di sana dengan lesen, dahpun berkali lagi banyak dari saya.

      In sha Allah, berdoalah, mesti kamu akan berjaya juga pada suatu hari nanti. Ok senyum tak mahu sedih-sedih ok?

      Delete
  13. Lepas baca blog awak, saya rasa ok sikit sbb saya lega ada jugak org terima nasib mcm saya.. Tdi saya gagal utk kali ke-3 and yup, jln raya. Masa lulus litar dgn sekali cuba jer ingatkan boleh lulus gk jln raya.. Tpi guna kereta viva walhal bljar gna kereta kancil kot. Rsa tk biasa dan sbb tu gagal smpai 3 kali.. Rasa sentap sedih hnya Allah yg tahu.. Kita bukan org berada.. Rsa totally useless and dumb. Kecewa teramat.. Saya rasa kecewa ni lg teruk dr kecewa sebelum² ni (yg melibatkan bnda lain).. Msa 1st jpj tu ditangguhkan kes x sihat.. Allahu, rsa buang masa buang duit jer dkt test jpj saja..Tp alhamdulillah.., sepanjang test jpj, smua jpj saya dpt jnis yg baik jer.. Hurm.. Btw doakan saya lulus utk kali ke-4 nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai sekarang, dah nak dekat tiga tahun bawa kereta. Semakin mahir dan semakin mahir. Baik auto atau manual, alhamdulilah semuanya boleh.

      Mungkin dengar macam pelik, tapi memandu adalah favourite saya hahaha. Sebab tu saya suka balik rumah, sebab kat rumah ada kereta, yang boleh saya bawak ke mana-mana. Tak macam universiti.

      Dan, semua tu tak kan boleh saya kecapi, tanpa melalui 4 kali gagal.

      Yurp, semua mereka yang komen kat sini, semuanya senasib dengan saya, senasib dengan kita. Kan?

      Saya merasai kekecewaan itu, sebab saya pernah juga melaluinya. Rasa macam loser, lagi-lagi guna duit mak ayah. Dengan nak balik ke rumah pun susah sebab belajar jauh.

      Tapi yet, saya memandu di mana yang saya suka. Legal. Berlesen.

      Dan semua tu saya lalui dengan fail 4 kali. Berusaha, dan jangan pernah berputus asa ok?

      In sha Allah, nanti lulus kali ke-4 tu. Dan make sure untuk bagitaw saya kalau dah lulus nanti :)

      Delete
  14. Saya rasa saya lagi teruk sebab saya kereta auto je dan masuk ni nak kena repeat kali kedua litar :) rasa macam manusia paling bodoh lah dekat dunia ni😭 kawan2 lain semua dah berjaya sampai dah sambung belajar. Saya je masih bertahan dekat sekolah memandu tu hm. Memang takde mood lah nak sambung belajar selagi tak dapat lesen, nanti tak fokus pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadangkala, kita akan rasa macam bodoh, bila kita gagal atau tak boleh buat sesuatu yang orang lain majoritinya boleh buat. Macam kereta auto lah, masuk je, tolak gear daripada P ke D, dah boleh jalan camtu.

      Tapi, dalam kes awak ni, ia adalah cerita seseorang yang sedang mengambil ujian lesen, ambil P. Bukannya seorang yang dah ada lesen. Yang dah lepas ah kesusahan ujian P tu. So, benda tu tak kira bodoh.

      Macam saya, dah boleh drive dengan lesen yang valid, kata orang dah boleh drive bawa lesen besar camtu. Tapi mereka tak tahu, yang saya dah 4 kali fail.

      So, tak mahu sedih-sedih. Sebab setiap orang ada jalan cerita mereka sendiri.

      Setiap orang ada saiz pakaian mereka sendiri. Kalau semua orang senang nak cari saiz, tapi awak susah sebab saiz awak ni jarang-jarang ada atau cepat habis, takkan awak nak kata awak adalah orang paling bodoh kat dunia juga? Takkan?

      Sebab kalau awak ambil juga saiz yang majoriti orang pakai tu, jawabnya samada terlalu besar, atau sempit.

      Jangan sedih bila jalan cerita kita tak sama, atau tak mudah macam majoriti kawan-kawan kita yang lain. Tak perlu sedih kalau semua kawan awak dah boleh drive, tapi awak tersepit di ujian P lagi.

      Yang pastinya, suatu hari nanti awak akan lulus juga, dan boleh drive macam kawan-kawan awak yang lain, macam saya juga.

      Sebab awak kena yakin, bila awak tak dapat apa yang kawan-kawan awak dapat, sudah tentu awak akan dapat apa yang kawan-kawan awak tak dapat.

      Semangat, cari duit, dan teruskan sampai boleh lulus, ok?

      Delete
  15. saya rasa terkilan sangat gagal test tuh..saya kena repeat lagi sekali dekat jalan raya sebab tak pakai selt belt..seriously terkilan sebab kesalahan sendiri n tak sempat lagi nak keluar jalan raya..nih tengah try positifkan diri..hahahaha..maybe ada hikmah tak dpat lesen p lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesalahan yang kita lakukan ni, kesemuanya adalah suatu pengajaran, pembelajaran dan hikmah untuk kita gunakan sebagai bekalan dalam kehidupan.

      Jadi tak mahu sedih-sedih, yup, memang kena sentiasa positifkan diri, tak boleh negatif-negatif kalau nak berjaya.

      In sha Allah, moga-moga berjaya dapat P ok? Nanti bagitau saya ok?

      Delete
  16. saya pon dah 3 kli gagal. dh fobia sngt2 nk ulang lgi skali. Sdih sngat2 sbb bile ujian jpj je x boleh nk buat ade je yng tak kene dkat litar. first test, tak ckup mrkah, second trlanggar benteng pulak dekat z, third dkat 3 pnjuru enjin pulak trmati. rase mcm hati ni pon dh mati. skrang ni cuti sem tpi saye takut nk ulang lgi . T_T
    Tpi bile awk ckap test jalan brtahan 1 tahun je saye pon jadi kecut dan risau. nk fokus belajar pon susah. tiap2 hari rase nak mnagis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memahami perasaan tu. Masa lepas banyak kali fail, saya rasa macam putus asa gila. Dahlah guna duit parents, then gagal banyak kali. Sampaikan saya rasa macam surrender, dah tak nak ah ambil.

      Tapi, kalau tak ambil, camana nak bawa kereta dengan sah? Jadi nak tak nak, kena gagahkan hati, doa tawakal kepada Allah S.W.T. Dan akhirnya, lulus juga.

      Ada rintangan-rintangan yang perlu kita hadapi, sebelum berjaya. Rintangan-rintangan tersebut tak boleh dielakkan, malah perlu dihadapi dan diselesaikan, baru boleh berjaya.

      Menangis la semahu mana, tapi selepas dah habis, awak kena kuatkan semangat dan kembali balik merebut lesen P. Ok?

      Dah berjaya nanti, beritahu saya ok?

      Delete
  17. Saya baru fail kali ke-2 mngulang. Mmg dah fedup gila sebab sy praktis 2 jam sehari sbl ujian. Nak kata tak cukup latihan mmg tak adil sbb saya dah praktis brkali2 tapi cuai semasa test jpj. Lupa signal, kereta undur blkang bukit camtu. Pasrah lah ngan dugaan nie semua, maklumlah kalau dah cuba byk kali tp tak lulus nak wat apa kan. Doakan lah utk saya. Bagus blog nie. Lega sikit pas bace. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat memahami perasaan itu. Hahaha, tak bagus pun. Yang bagus adalah bila kita tak pernah mengaku kalah.

      Semoga cepat lulus. Saya mendoakan yang terbaik ok?

      Alhamdulillah, seronok bila orang kata dia lega dengan kita. Percayalah, di akhirnya mesti lulus juga, macam saya :)

      Delete
  18. Saya baca post ni lepas saya gagal test jpj untuk kedua dua bahagian. Saya rasa sedih sangat lagi satu saya kecewa dengan diri sendiri. Kesian parents saya dah perabih banyak duit pastu siap hantar ambik lagi. Ya allah saya rasa lemah semangat sangat ni. Saya terpaksa kuatkan diri dan saya harap saya lulus untuk next test.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah, semoga lulus ok? Nanti update ok?

      Delete
  19. esok saya test jpj untuk kali ke-4. dari first test sampai ke 3 silap saya semua dekat parking. tak tahu dah berapa kali nangis pasal jpj test nih....doakan saya lulus esok :) lagi beberapa minggu nak masuk matrikulasi so esok mmg kena lulus haihhh tbh,,, saya still rasa mcm nak menangis XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, baru hari ni berkesempatan nak respon. Ya, saya sangat memahami perasaan tu. Sedih, hiba, dan rasa tersangat down masa tu, kan?

      So macamana keputusan? Lulus dah?

      Delete
  20. Terima kasih, saya rasa lega sikit baca entri awak. Saya baru je gagal test jpj hari ni. Memang rasa down, rasa useless. Cepat2 betulkan hati takut bersangka buruk dengan Allah. Saya pun macam awak, susah sgt nak dapat lesen kereta tapi alhamdulillah dapat masuk universiti. Dah pernah rugi duit 3 tahun lepas sebab nak tangguhkan L untuk habiskan belajar. Sekarang nak masuk kerja pulak, saya kena struggle untuk dapatkan lesen P. Dugaan sungguh bila gagal dalam litar dan jalanraya sekaligus. Sedih, kecewa. Doakan saya lulus untuk test jpj yang kedua nanti ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, baru dapat respon. Yup, sangat memahami perasaan itu. So camana keputusan? Lulus dah?

      Delete
  21. Best baca cerita Encik Tari. Saya manusia jenis kedua iaitu manusia yang bangkit setelah lama jatuh. Saya tak pernah ambil test lagi tapi saya faham apa yang Encik Tari rasakan apabila dimaki hamun sebegitu. Saya belajar dengan seorang cikgu je iaitu cikgu yg sepak2 dashboard plus maki hamun. Dari hari pertama saya belajar dengan dia, maki hamun je yang saya dengar. Cikgu tu merupakan kenalan atuk saya di mana Ummi saya dan keenam-enam adik beradiknya belajar dengan cikgu tu. Masa saya belajar tu, 2 orang rakan saya turut belajar sekali dengan cikgu yang sama. Apabila pillow talk dengan mereka, mereka kata cikgu biasa sahaja & marah biasa2 je . Kes saya sangat berbeza dengan mereka kerana cikgu saya selalu memalukan saya di hadapan mereka malah menconteng gambar passport saya pada borang yang dilengkapkan. Cikgu tu selalu maki hamun saya. Satu hari pun tak pernah dia kata baik pada saya. Dia selalu membandingkan diri saya dengan semua ahli keluarga saya yang pernah diajarnya. Dia kata saya lembap, bengap, tak reti bahasa, benak dll. Dia selalu kata awak ni bawa kereta macam tak pernah belajar. Sampai satu tahap, saya tak sanggup belajar dengan dia masakan ambil test dengan. Saya sehingga kini, masih belum ambil test walaupun sudah habis matrik. Setiap kali teringat pasal dia , saya akan menangis. Tak tahan dengan maki hamunnya. Saya banyak belajar dengan cikgu2 di sekolah2 dulu, saya tak pernah rasa sekerdil ini dan sehina ini. Saya sering menangis apabila bercerita apa yang saya rasa bila belajar memandu kerana orang lain tak pernah paham perasaan saya. Saya cukp sedih dan terkilan dengan perangainya. Setiap kali nek pegi belajar memandu, saya sungguh excited sbb akan belajar benda baru tapi cikgu tu selalu merosakkan mood saya dan menyakitkan hati saya. Saya fikir tak mengapalah, esok cuba lagi. Saya berusaha sebaik mungkin tetapi cikgu tu tetap maki hamun saya. Siapa yang tak pernah tak lulus naik bukit , parking, dll kerana itulah diri saya. Saya lulus satu bahagian , gagal bahagian lain pula. Tapi saya tetap positif bahawa saya boleh buat lebih baik pada hari esok. Kusangka panas hingga ke petang namun hujan di tengah hari. Itu lah kisah saya. Maaf sbb panjang. Tapi sampai sekarang saya tak dapat melepaskan perasaan sedih, frustrated, kacau-bilau, kecamuk, sakit hati dan hina. Saya masih cuba menghilangkan perasaan2 itu dan masih cuba untuk memandu slow2 di perumahan saya. Doakan saya ya. Untuk pengetahuan Encik Tari, saya ialah gadis yang tabah sbb saya bukan seorang yang cengeng , lemah semangat namun, apakan daya cikgu ini menyebabkan saya merasa semua perasaan itu. Akibat maki hamu dan kata hinaan daripadanya, saya kini hilang self-confidence dan self-esteem dalam diri menyebabkan saya tidak yakin untuk memandu lagi. Sekian sahaja, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sangat, baru berkesempatan nak membaca komen sekian lama. Sedih juga baca komen awak ni.

      Saya pun kadangkala kurang faham, kenapa cikgu memandu ni gemar menggunakan pendekatan marah-marah, maki-maki semua tu dalam pengajaran mereka. Padahal, yang belajar ni bukannya budak-budak. Then, saya buat kesimpulan, pendekatan tersebut digunakan sebab sebenarnya mereka bukanlah seorang cikgu yang bagus.

      Mungkin ada sebab tertentu kenapa cikgu tu buat awak camtu, sampai conteng-conteng gambarlah apa. Tapi, apa juga sebabnya pun, saya tak nampak perbuatannya itu adalah perbuatan yang baik dan bagus.

      Tapi, bersabarlah jela, dan jangan sesekali putus semangat. Sebab, we totally need that license. Takde lesen, tak boleh nak bawa kereta walaupun secekap mana kita pun. So bersabarlah, kalau betul-betul tak mampu, tukarlah tempat belajar. Awak pun boleh buat report actually.

      So, camana sekarang? Dah dapat lesen?

      Delete
  22. saya untk kali ketiga ulang test jpj.Sye jenis tkut nk bgi thu mak ayah tkut kena marah tpi bde dh nk jadi sye x leh buat apa2 sbb setiap yg berlaku tu ada hikmah nye .sye pon dh rse tawar hti nk ulang kali ke 4 tpi bila sye bce awq punya blog sye rse cepat sngt sye mudah menglh untk mndptkn sesuantu kejayaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadangkala, ibu dan ayah kita tak boleh marah kita untuk sesuatu yang betul-betul di luar jangkaan dan kemampuan saya. Bagi saya, test memandu ni sangat berbeza dengan test atau ujian kat sekolah. Sebab, dia adalah teknikal dan perlu dipraktikkan. Bukan macam exam dan test sekolah kita boleh baca semua.

      Dengan latihan yang sekadar 4 kali je, bukanlah suatu ulangkaji yang betul-betul berkesan. So, kalau kita gagal, ia betul-betul di luar jangkaan kita.

      Kadangkala, faktor situasi tu yang membuatkan kita cepat mengalah. Tapi, jangan cepat mengalah ok?

      So, camana sekarang? Dah dapat lesen?

      Delete
  23. bila sy bca blog n comment2 ni, smgt sy dah naik balik walau sikit.. macamni, even sy xtest lagi jpj tp sy baru habis kpp03 dan akan dinilai tak lama lg tp tu la yg dalam litar inshaAllah xde masalah.. yg problemnya dekat jalan raya.. harini last latihan harini jgk la sy buat salah sepanjang memandu.. cg sndri ckp yg sy xpernah buat dgn betul.. sy pun xfaham la dgn diri sendiri kenapa susah sgt nk paham , susah sgt nk buat dgn betul.. hari2 bila pi jln raya mesti ad salah mesti ad yg xkena.. sy tau sy silap tp cg sy slalu bandingkan sy dgn kawan sy.. dy kata saya ni slow sgt la payah nak paham payah nk igt yg dy ajar , kaki sy keras sgt2 and dy selalu puji2 kawan sy katanya dy lebih cekap, lebih mudah igt and boleh lulus ... dr cara dia ckp tu sy tau yg dy nk ckp sy akan gagal bila test tp xsampai hati dy nk bgtau.. dy ckp pening kepala sbb nk ajr sy.. sy nk sgt ckp yg saya lagi stress dr dy tp sy simpan.. sy frust sampaikan tiap kali nk pi kelas mesti malas n mesti mengeluh.. setiap mlm sy nangis pikir pasal silap yg sy buat.. bila pikir2 balik utk diri sndri takpe xlulus pun tp bila pikir sambil teringat kat parents, air mata terus keluar sbb macm sy dah kecewakan dorg.. tu baru latihan, kalau betul2 camtu camana? sy sedar sy slow.. dr mula2 start kpp02 bulan satu tahun ni sampai skang xpernah xkena marah.. and bila teringat mesti sy akn nangis... bukan apa, kesian kat parents ...bukannya free of charge.. sy slelau berdoa kt Allah mudahkan segalanya utk sy spya sy xkecewakan parents sy ... Sy yakin pasti ad hikmah disebalik yg berlaku...Allah maha berkuasa dan maha adil.. sy yakin pasti akan ad keajaiban.. doakan saya lulus T_T ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sentiasa doakan, agar semuanya lulus dan beroleh kejayaan dalam memandu. Dapat lesen, dan boleh lepas daripada sistem yang ada kelemahan ini.

      Jangan susah hati, in sha Allah mesti akan berjaya juga akhirnya. Jangan terlalu fikirkan apa yang orang selalu kata maki semua tu, sebab kadangkala itu bukan kita, dan itu adalah apa yang mereka nak kita percaya itu adalah kita.

      Dalam proses pembelajaran, kita tak boleh letakkan kesalahan 100% kepada student. Cikgu pun seharusnya kena muhasabah balik, dan berfikir apa pendekatan yang sesuai untuk dia gunakan. Sebab semua student tak sama, itulah guru yang terbaik.

      In sha Allah, jangan pernah putus asa. Ingat, kita ni guna duit parents. Maka, jangan pernah kita siakan perjuangan mereka untuk kita. Jangan pernah mengaku kalah ok?

      Camana sekarang, dah dapat lesen ke?

      Delete
  24. hhhmm :( tadi dah fail untuk kali ketiga. Sedihnya tu teramat sangatlah, dahlah perabih duit parents lepastu bailk2 gagal. Saya confident sangat nak lulus kali ketiga tapi setiap kali tu mesti gagal juga. T-T

    Tapi saya baca blog ni jadi rasa sejuk hati sikit. Semoga saya lulus semasa percubaan keempat nanti :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sangat sangat dia punya reply tu memang 'sangat awal' :'(. So dah bulan Ogos ni, camana sekarang, lulus dah?

      Nak kata istilah 'perabih duit parents' pun tak tepat jugak. Kita hanya boleh katakan kita perabih duit mereka sekiranya kita gunakan duit tu pada bukan tempatnya, atau kita gunakan dalam benda-benda yang tak beri manfaat kepada kita.

      Jadi, dalam kes kita sangat memerlukan lesen dan tidak ada apa-apa pendapatan, so ibu bapalah yang membantu kita. Sebab tu nanti kita kena balas jasa mereka tu.

      Alhamdulillahlah kalau boleh rasa sejuk sikit, saya sentiasa mendoakan agar lulus dalam percubaan keempat nanti. Do inform me ok, kasi update. Best of luck :)

      Delete
  25. Saya pon dah 2x gagal dekat bukit. Kali pertama gagal, still boleh cool. Bila gagal kali kedua, yaa menangis teruk la. Sampai rasa down. Minggu depan test kali ketiga pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tersangat lambat balas, jadi camana resultnya, ok?

      Delete
  26. sepatutnya harini saya gagal qti kereta.sbb asyik termati enjin dekat bukit and dekat jln raya.mungkin saya terlepas clash mengejut.saya pulak jenis cepat gelabah.tapi alhamdulilah dy bagi saya lulus juga.tapi dlm hati sedih la sbb waktu latihan dah buat elok.time qti ni semua x jadi.mungkin ada hikmah di sebaliknya.Jpj 5/2.doakan saya lulus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan putus asa ok? So camana sekarang, ok ke?

      Delete
  27. Harini saya test jpj jugak... Tpi sy test jpj utk moto.. Dh 2x ulang and gagal dkt tmpt yg sma iaitu titi... Hmm rasa down semua ada... Tpi sy rasa mesti ada hikmah disebalik kegagalan sy ,wlaupun persn sedih gagal asyik gagal tmpt yg sama... Sy akn cuba kuatkan diri jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat gila nak mati balas.

      Takpe, gagal di tempat sama lepas ni dah tahu nak tackle kat mana. Practice kelemahan kat mana, hafal dan cuba baiki. Banyakkan berdoa, in sha Allah next test pasti berjaya.

      Stay safe time pkp ni ok? Nanti update kat saya progress test. Good luck ok?

      Delete

Post a Comment

Popular Posts

Terima Kasih Followers