Nikmat : Adakah Ia Sebenar-Benar Nikmat?

Cuti dua minggu yang lepas, menjadi saksi bahawa aku telah mendapat sesuatu yang aku memang nak sangat, iaitu lesen kereta. Walaupun kini aku masih lagi tak berjaya untuk cuba memandu di sekitar jalan Terengganu, malah boleh aku katakan ia adalah sebuah peperiksaan yang toughest dalam hidup aku.

So enough dengan cerita lesen aku, so actually, bila dalam cuti dua minggu selepas aku menamatkan penat lelah mengharungi semester yang menguji keimanan dan kekuatan aku, aku telah diberikan oleh Allah S.W.T dengan nikmat-nikmat yang superb.

Antaranya dapat henset baru selepas pemergian henset lama aku, yang menyebabkan aku dihujani mesej dan call dari orang yang aku tak tahu nombornya, cuma kenal orangnya. Juga nikmat aku dapat berjumpa dengan hampir kesemua cikgu lama aku waktu aku tingkatan 4 dan 5 dulu.

And lastly, lesen kereta the perciously. Haha.

Tapi, actually sebenarnya walaupun aku memperolehi nikmat-nikmat sebegini, namun hati aku tak berapa gembira. Malah, bila semakin nikmat-nikmat gini Allah S.W.T berikan pada aku, maka hati aku jadi tak sedap, sebab aku takut, tersangat takut mungkin Allah S.W.T akan menarik nikmat lain yang tersangat aku perlukan.

Sebelum itu, aku ada satu ayat yang sangat deep, mungkin ada ulama yang telah mengeluarkan ayat ini, namun disebabkan aku tak pernah dengar, so dengan rasa rendah diri, aku nak kongsi suatu ayat yang terhasil daripada satu peristiwa yang benar-benar deep berlaku kepada aku.

"Boleh jadi Allah S.W.T akan mengurangkan kadar suatu nikmat yang lain, untuk menambahkan kadar suatu nikmat yang lain pula"

Dulu kan aku pernah cerita, aku telah diuji dengan Allah S.W.T dengan kegagalan dalam lesen kereta. Yes, suatu kegagalan yang cukup memahitkan. Namun, aku sengaja tak cerita banyak nikmat yang Allah S.W.T kurniakan kat aku selepas kegagalan tersebut.

Antaranya, result yang begitu cantik dalam final. Seriusly, sangat cantik. Hatta orang yang ada lesen pun tak dapat macam aku.

Mungkin sebenarnya aku akan berjaya pada first attempt aku untuk test jpj, namun Allah S.W.T kurangkan kadar kejayaan aku, dan akhirnya membawa lebihan kadar tersebut untuk menjayakan aku pada final aku pulak.

Dan kesannya, aku gagal test jpj, tapi berjaya dalam final. Dengan sejayanya.

Aku rasa, dan aku yakin, perkara sebegini mungkin berlaku dalam kehidupan korang semua. Cuma samada korang sedar atau tak je. Mungkin kini ia sedang berlaku, cuma kita je tak perasan.

Sekarang ini aku, kita sedang berbicara pasal nikmat. Nikmat bukan sesuatu yang boleh kita cerap, sentuh, rasa, jilat, pukul, or pendek kata bukan suatu perkara yang kita tahu. Nikmat adalah perkara yang di luar pengetahuan kita. Pengetahuan tentang nikmat ini samalah macam tentang alam roh, neraka, pahala, dan semua yang sezaman dengannya.

Bila dah di luar pengetahuan, maka tiada syak lagi, ia berada dalam lingkungan pengetahuan Sang Pencipta Nikmat, iaitu Allah S.W.T.

Macam kitab arab lak, haha.

Ok, serius balik. Sebelum itu, apa itu nikmat? Nikmat ini adalah semacam balasan atau perkara yang baik dan menyejukkan hati serta menggembirakan si penerimanya. Nikmat ini bersifat subjektif, boleh jadi benda yang kita nampak, atau sebaliknya.

Namun, persoalan yang aku nak bangkitkan, adakah kita yakin, yang nikmat yang kita perolehi itu, sebenarnya nikmat?

Soalan ini, hanya boleh kita jawab selepas kita melalui, kalau kita nak jawab sebelum kita dapat nikmat itu, macam susah sikit, sebab ia di luar pengetahuan kita. Addmath boleh fail, apatah lagi bab-bab nikmat ini.

Ish, macam ilmiah pulak, tak faham? Takpe. Camnilah aku bagi analogi sikit.

Di tangan kita ada sebungkus jajan, cekedis ataupun makanan ringan. Junk food la macam orang putih kata. Ok, soalan aku, adakah kita yakin, berdasarkan penglihatan kita, kita yakin yang jajan tersebut mampu menghilangkan rasa lapar kita?

Mesti kita tak boleh jawab kan? Melainkan dengan makan dulu cekedis tersebut, baru tahu kenyang tak kenyang.

Kadang-kadang, kita ni often buat satu kesimpulan berdasarkan pemerhatian kasar kita, tanpa melakukan uji kaji atau kita rasa dulu sesuatu tersebut. Kita selalu judge book by its cover, tanpa membaca keseluruhan buku tersebut.

Tengok buku depan tulis "I Love U", kita pun rasa mungkin ni cerita pasal cinta laki perempuan kot? Padahal tu cerita sang kancil yang bercinta dengan si buaya je.

Ok, punch line lambat.

Dulu aku pergi satu restoran yang famous dengan makanan Negeri Sembilan dia. Bila waiter bawa nasi, aku terkejut sebab aku tengok nasi tu just semangkuk je, mangkuk dia besar macam mangkuk kalau kita order nasi ayam pahtu dapat sup ke, ataupun macam mangkuk cendol. 

Aku dah agak ah, konfirm tak kenyang. Lastly bila dah makan, tersandar beb! Tak larat nak bangun.

Berbalik pada persoalan tadi ialah, adakah kita yakin bahawa nikmat yang kita dapat ni, adalah nikmat, atau mungkin ia bala dan bencana daripada Allah S.W.T yang mungkin nak menguji kita, ataupun teruk lagi, untuk memusnahkan kita?

Who knows? Nama pun kerja Sang Pencipta Nikmat. Kita pun tak tahu lagi siapa yang akan menang World Cup, apatah la lagi nikmat?

Camana nak tahu? Pandangan aku yang hina ini ialah, mestilah dengan merasainya dulu. Sebab ada nikmat yang boleh kita tentukan samada ia nikmat atau bala, dan ada yang nikmat yang dikurangkan kadarnya, untuk menambahkan kadar nikmat yang lain pula, macam kes aku, dan korang?

Contoh, korang dapat kereta. Tetiba je Perodua hantar Myvi sebijik depan rumah korang, korang pun punyalah suka bagai nak rak. Yela, sekali boleh lesen pulok, pergh, sokmo gi jalang ah.

Boleh jadi, disebabkan korang ada kereta, disebabkan selalu hangout, belajar korang entah ke mana, akhirnya fail. Ini adalah pilihan yang korang pilih dari nikmat yang Allah beri pada korang.

Contoh seterusnya, korang dapat kereta. Tetiba je Perodua hantar Myvi sebijik depan rumah korang, korang pun punyalah suka bagai nak rak. Yela, sekali boleh lesen pulok, pergh, sokmo gi jalang ah.

Yela, exam dah habis, memang suka ah, selalu je hangout. Tengok- tengok time keluar result, result jatuh. Teruk, menangis korang, masa tu dah tak ingat ah kereta Myvi tadi.

Tengok, kita hamba Allah S.W.T yang jahil ini, tak tahu menahu pun, adakah nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada kita tu, nikmat? Kena rasa dulu baru tahu nikmat ke bala.

Sebab tu bila kita dapat nikmat, Islam ajar kepada semua penganutnya, Rasulullah S.A.W ajar semua umat Baginda untuk mensyukuri nikmat yang Allah S.W.T berikan, dan berdoa agar ia adalah nikmat yang mendekatkan kita, bukan menjauhkan kita dari Allah S.W.T.

Sebab nikmat yang menjauhkan adalah lebih teruk dari bala yang mendekatkan kita kepada Allah S.W.T.

Bila umat Islam ditimpa bala, bencana, kesusahan, ujian dan lain-lain yang berbentuk kepayahan, hampir majoriti mereka kembali kepada Allah S.W.T. Time dah kena bala barulah nak buat solat hajat, baca Quran, tazkirah, barulah nak muliakan ulama, pendek kata barulah nak kembali kepada Allah S.W.T.

Nak buat camana, itu adalah fitrah. Kita pun time nak final baru lekat duduk surau, baca Qurannya, puasanya, tahajudnya lagi? Kalau tak final? Jangan harap. Termasuklah aku kadang-kadang. Sampai sekarang.

Tapi bila dapat nikmat, berapa ramai yang kembali kepada Allah S.W.T? Berapa ramai yang bersyukur? And mostly, berapa ramai yang gunakan pada jalan-Nya?

Sebab tu nikmat jadi bala.

Apa yang aku nak sampaikan ialah, aku tidak berniat untuk korang ni terlalu bersangka buruk dengan semua nikmat yang Allah S.W.T beri kat kita. Asal ada nikmat, kita pun ingat ini mesti bala.

Bukan semua nikmat adalah bala, juga bukan semua nikmat adalah nikmat, juga bukan semua bala adalah bala.

Cuma apa yang aku nak sampaikan ialah, bila kita dapat sesuatu nikmat, syukurilah ia dan gunakan pada jalan yang diberkati. Dan  berdoalah kepada Allah S.W.T, moga-moga ia adalah nikmat yang sebenar-benar nikmat.

Allah S.W.T, kita bercakap mengenai Tuhan kita yang mustahil ada kelemahan walaupun kurang  daripada 0.000000000001 %. Hanya Dia je tahu pasal nikmat, either bala or nikmat.

So, bila korang dapat nikmat nanti, nak suka-sukalah, tapi jangan sampai lupa Allah S.W.T yang memberi nikmat. Bersyukur kepada-Nya, dan berdoalah kepada-Nya moga-moga ia adalah nikmat.

Dan andai kata nikmat tersebut adalah gantian kepada sesuatu nikmat lain yang bakal ditarik, kalau kita bersedih, jangan sampai tergelincir aqidah, anggap sahaja tu adalah ujian Allah S.W.T. Lagipun kita tak rugi kedua-dua, kita dapat nikmat lain, dapat pulak bala lain. At least bukan bala dua-dua.

Mengakhiri post, result aku sem ni sangat teruk, aku sendiri menangis melihatnya di portal universiti aku. Walaupun aku rasa macam yakin akan dapat yang cemerlang, namun aku sedar, kemungkinan kadar nikmat itu telah dikurangkan bagi mencapai kadar nikmat untuk menjayakan lesen kereta aku.

Siapa tahu? 

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Surah Rahman : 16)

Comments

  1. suka dengan tulisan awak..bermanfaat sangat.:)

    ReplyDelete
  2. huhu, thanks awak :) baca lagi sume post ok?

    ReplyDelete
  3. Assalam , saya berumur 19 , saya dah 3 kali failed bahagian jalan and litar..sedihnya Allah je yang tau..kawan2 , family semua orang pressure saya untuk lulus. Tapi saya xtau kenapa saya xboleh. Sedih sangat , Nak dijadikan cerita kali ke-2 and ke-3 saya keluarkan duit simpanan saya sebab saya xnak menyusahkan kedua ibubapa saya. Tapi saya lagi sedih bila mak ayah saya asyik banding2kan saya dengan orang lain..bukan sekali tapi berkali-kali..kadang2 hati ni rasa lemah nak pergi kelas,,sebab harapan tu macam xde dah..Tapi saya syukur,,sebab result exam final saya memang gempak,merasa la naik atas pentas..terima kasih sgt sebab post yg bermanafaat macam ni hehehe , thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadangkala, bila kita gagal sesuatu perkara kan, bukan kerana kita tak cukup berusaha, ataupun kita usaha main-main ke apa, cuma masa untuk berjaya tu belum sampai lagi. So, selagi awak tak putus asa, in sha Allah awak pasti berjaya.

      Bila orang, terutama family pressure awak, cuba letakkan sekejap pressure tu tepi. Memang, dengar macam senang kan, nak buat susah. Tapi ia tak mustahil. Ingat, awak buat semua ni mostly bukan untuk kebaikan mereka je, bukan sebab diorang je nak, tapi sebab awak nak.

      Buat sebab awak nak, awak yang nak lulus, awak yang nak benefit tu semua. Percayalah, awak akan rasa better camtu.

      Tengok, disebabkan awak dah penat dipressure, awak jadikan semua tu sebagai satu pembakar semangat untuk awak berjaya. Congrats, bukan semua manusia macam awak. Teruskan usaha ni ok?

      Besi, semakin kuat ditekan, semakin panas temperature dia, semakin utuh dan keras besi tu. Jangan sampai pressure tu mematahkan jiwa dan resolusi awak untuk berjaya ok?

      Buktikan kepada semuanya yang dok pressure awak tu, bahawa awak boleh!!!!! Ok? Huhu.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts

Terima Kasih Followers