Aku Adalah Motivater Aku Sendiri : Cara?

Alhamdulillah. Setelah beberapa bulan dok menghadap buku saja (ada bau penipuan sikit) di universiti, menghadapi karenah dan ragam manusia, so akhirnya aku berada kat rumah. Dah nak dekat seminggu pun.

First of all, aku nak ucap bebanyak terima kasih kepada korang yang sudi berkongsi masalah dan perasaan dengan aku. Rasa segan sangat, sebab tak sangka korang menjadikan aku antara tempat perkongsian, siapalah aku untuk membantu korang, aku insan yang hina dina.

Tapi selagi aku mampu, aku bantu. Semoga Allah S.W.T permudahkan korang semua. Amin. Lap air mata.

***

Dalam blog aku ni, camana yang pernah aku cakap, bahawa aku tak nak jadikan blog ni bergenre cinta. Aku lebih suka blog ni bersifat syumuliah, universal dan umum-umum gitu. 

But yet, majoriti semua masalah yang diluahkan, dan pendapat yang dikongsi bersama, kesemuanya berkaitan cinta. 

Aku tak terkejut, sebab aku tahu, cinta juga antara item yang memberikan nafas baru kepada manusia, dan juga antara item yang akan menghancurkan nafas lama manusia. Ini adalah fitrah.

Lagipun, cinta bukan sesuatu subjek yang ada diajar di mana-mana sekolah, pondok mahupun universiti. Cinta yang aku maksudkan, ialah cinta sesama manusia. Cinta yang melibatkan hubungan hati ke hati, mencetuskan semangat dan berahi.

Aku tak belajar mengenai cinta daripada novel-novel, samada karangan Ahadiat Akasyah, Ramli Awang Murshid, ataupun novel bergenre islamik karangan Fatimah Syarha, Habiburahman, atau drama-drama Korea or Jepun, movie-movie cinta macam Titanic, Lagenda Budak Setan, atau yang sama waktu dengannya.

Tapi, pengalaman, pengalaman beb! Aku belajar daripada pengalaman, yet is and still my best teacher and friend. Namun tak bermakna aku sudah hebat, senior mahupun sudah grade dengan cinta ni, masih lagi belajar and belajar!

Tahun pun dah meningkat, 2015, aku pun dah 20 tahun. Cukuplah 13 tahun pengalaman dalam cinta samada monyet mahupun serius mengajar aku macam-macam.

Aku harap, korang pun begitu juga.

So, kepada yang masih bercinta, aku mohon acurkan dengan warna Islam, bawa berjumpa parents masing-masing, berkahwinlah. Kepada yang baru kehilangan, clash or so on, aku mohon bangkitlah, dunia korang masih belum tamat. Kepada yang masih single macam aku, aku pun masih single. Haha.

Cinta ini bergantunglah kepada korang. Korang nak corakkan lagu mana, itu terserah. Selagi cinta itu memberikan korang cahaya, maka pertahankanlah, sebab bukan semua manusia mampu hidup dalam kegelapan.

***

Nak dikenang, tahun 2014 ni antara tahun yang paling mencabar, bagi aku lah. Diuji dengan macam-macam, dengan masalah itu ini, samada dalam belajar, dengan manusia, masalah keluarga, masalah orang, masalah yang aku tak cari, masalah yang aku cari, blah blah.

Tapi alhamdulillah, aku masih lagi di sini, dok menaip blog untuk perkongsian korang semua. Tak lah gantung diri, terjun lombong, mahupun lari dari rumah. 

***

Macam yang korang tahu, aku melatih diri aku menjadi motivater sepenuh masa kepada diri aku sendiri semenjak aku tingkatan 3. Sejak dari hari itu, aku berhenti bergantung kepada kata-kata semangat orang, terutamanya dari keluarga, kawan-kawan mahupun sesiapa.

Why? Banyak sebab, antaranya ialah :

(1) Aku hidup bersama diri aku selama 20 tahun (sekarang lah), so takkan aku masih lagi tak kenal diri aku. Mana kemampuan aku, apa kelemahan aku, semuanya yang berkaitan dengan diri aku? Kan? So, takkan nak beri semangat kat diri sendiri pun tak boleh?

(2) Bila aku ada masalah, kengkadang sampai menangis macam orang bangang, semua nasihat and kata-kata semangat yang diberikan hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan je. Tak beri manfaat langsung. So, hanya kata-kata aku je yang akan masuk telinga kiri dan terus ke hati je. Sebab hanya aku je tahu bila aku tenang, diri aku kan?

(3) Aku sedar satu hakikat, yang semua manusia akan mati. Dan, sebab akan hilang bersama mati. Kalau aku perlukan kata-kata ibu untuk baru nak terbakar semangat, satu hari ibu akan mati, dan aku akan kehilangan punca dan semangat. Bila aku menjadikan aku sebagai sebab, kalau aku mati, maka dengan aku-aku sekali mati. Haha, logik.

(4) Bila aku ditimpa masalah, maka antara ayat Al-Quran yang akan bermain kat kepala aku, ialah : "..Allah takkan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya.." So, aku faham, bahawa aku mampu handle masalah ni, sebab aku yakin dengan ayat-ayat Allah S.W.T. Dan aku yakin dengan-Nya.

(5) Setiap tahun umur aku akan meningkat, dan aku sedar bahawa level masalah aku pun akan meningkat jugak. Makin gila-gila and makin susah, makin menyakitkan. So, aku perlu persiapkan diri aku, supaya aku takkan kalah, terutamanya dengan diri sendiri, sebab bagi aku..

(6)..Diri aku juga adalah musuh terkuat aku, juga sahabat paling rapat aku.

***

Sepanjang aku 20 tahun hidup, officially 15 la, sebab rasa-rasa umur 5 tahun kot baru mumaiyiz, haha. Sepanjang aku 15 tahun hidup, penuh dengan dugaan, cobaan, ujian dan masalah.

Bukan aku je, semua manusia. Mana ada manusia yang hidupnya sunyi daripada masalah, hatta Nabi S.A.W pun.

Bila aku tengok Facebook, Whatsapp, or Moments kat WeChat, atau macam-macam lagi media massa, cuma mengadu macam dia je ada masalah, bahawa dialah orang yang paling banyak masalah kat dunia.

Aku faham, but kita jangan sesekali lupa, bahawa dalam kehidupan kita tetap ada warna ceria, walaupun kita rasa kehidupan kita penuh dengan warna kelam, gelap dan suram.

Dalam kehidupan aku sendiri pun, aku juga penuh diduga dengan bermacam masalah. Matang sebelum usia, siapa yang mahu?

Sehingga hari ini, tempias masalah-masalah tu pun masih mampu membasahkan mata, bila teringat tetiba-tiba. Walaupun dah lama berlalu, walaupun kini aku riang dan ceria menjalani kehidupan.

Maka, aku menjadi, motivater kepada diri sendiri. 

***

Kengkadang bila ada yang mengadu masalah kat aku, sharing macam-macam, ada yang claim aku kuat, sado, kental menghadapi masalah, senyum dan tetap gila-gila macam takde masalah.

Jawab aku, aku tak kuat, aku tak sado, senyum itu sedekah dan gila-gila itu trademark, ok tu lawak. Jawab aku, aku tak kuat, aku tak sado, tapi aku sedang mencuba. Mencuba untuk kuat, mencuba untuk mensadokan hati.

Semua orang ditimpa masalah, namun bergantunglah kepada bagaimana kita menghadapinya. Masalah yang kecil pun boleh jadi besar kalau tak kena cara. 

Namun, aku percaya, langkah pertama untuk selesaikan masalah adalah dengan tenangkan diri. Tenangkan diri supaya akal waras, barulah boleh berfikir. And mostly supaya tak buat perkara-perkara yang bodoh, dan mungkin menyesalkan diri suatu hari nanti. Ikot hati mati bro!

Untuk tenangkan diri, antaranya adalah dengan memotivasikan diri sendiri.

***

Aku memotivasikan diri, bakar semangat aku, sadokan hati, dalam macam-macam situasi dan keadaan. Time malas nak studi or takde mood untuk exam, aku motivasikan diri. Nak bertanding apa-apa, aku motivasikan diri. Nak exam, buat assignment-assignment yang memenatkan, motivasi diri sendiri. Macam-macam!

Bagi aku, motivasi ini bukan hanya membakar semangat, menyalakan azam je. Motivasi ini juga adalah dengan menenangkan diri yang tengah sedih, kecewa juga marah.

Macam aku clash dulu, aku motivasikan diri. Orang buat aku macam-macam kat aku, bikin aku panas, blah blah, aku motivasikan diri.

Kenapa? Mudah je.

Waras, kewarasan adalah benda yang sangat penting. Beza manusia dengan manusia gila, adalah kewarasan. Kewarasan adalah satu ability yang berkaitan dengan kemampuan membuat keputusan. Kalau buat keputusan yang pelik-pelik, orang cakap apa?

"Ko ni tak waras ke?"

Bila dalam masalah, bila diri sendiri pun tengah sedih, pedih, tengah azab, kecewa, marah, maka kewarasan itu akan hilang. Kehilangan tadi akan membawa kepada terbantutnya sesuatu kerja yang sangat penting, juga membawa kepada terhalangnya sampai kepada suatu target, malah juga membawa kepada berlakunya perkara yang bakal menyesalkan diri sendiri.

Bila rasa diri takde mood nak studi, padahal nak exam ni. Jika tak dimotivasikan, maka tak studilah jawabnya. Bila tak studi, boleh ke dapat result flying colour? Silap-silap flying kick beb! Kadang-kadang ada masa kita boleh studi ikut mood, ada masa kena paksa jugak diri.

Masa aku clash dulu, dengan bulan puasa, pahtu dengan presentation, dengan aku menjadi kepala member-member, ikutkan hati, nak aku tumbuk cermin depan mata, biar berdarah tangan berbalut, biar puas ex aku tengok! 

Tapi kalau aku tak waraskan diri, tak tenangkan diri, tak ke menyesal? Dan paling penting, takkan aku nak korbankan semester aku, korbankan presentation, biar je member-member aku gila camtu? Maka, motivasi beb, motivasi!

***

Aku faham, korang yang kenal siapa aku akan kata aku kuat, sado, hensem blah blah, dan korang yang sedang membaca akan kata aku kuat, blah blah.

Pernah orang kata, aku tak paham, atau aku kuat boleh la, juga pernah jugak orang kata kita kenalah jugak bergantung kat orang, jangan bergantung kat diri sendiri sahaja.

Firstly, aku ajar diri jadi motivater pada diri sendiri, supaya aku ni tak lah lemah sangat. Aku juga menangis, juga butthurt, hati pun pecah, sedih pedih, tapi at least aku bangkit, cuba untuk bangkit! 

Aku war-warkan ideologi aku ni kat orang, atau kepada kengkawan aku, sebab aku nak seru supaya jangan jadi lemah sangat. Benda boleh settle, kadang-kadang masalah kecik pun jadi besar sebab apa, kewarasan tu takde! Takde, zero.

Secondly, aku ajar diri untuk tak bergantung kepada semangat orang. Means, bila aku kesedihan, kecewa blah blah, aku takkan nak cari orang, meratap menangis kat riba dia, cerita masalah aku, call ibu, blah blah, supaya aku mampu berdikari, menghadapi masalah sendiri dengan diri sendiri.

Aku masih lagi bergantung pada orang, makan minum ibu ayah bagi, belajar pun lecterur ajar lagi, masih bergantung, namun aku belajar untuk jadikan diri motivater pada diri sendiri, instead orang lain!

***

Persoalannya, how to be a motivater to ourselves? Meh aku kongsikan gaya aku. Mudah je, tak perlu pun pergi training dengan aku, atau kena bayar ke apa.

Sebelum tu kena ingat, motivasi ni bukannya kita merepek atau kita menghidangkan telinga dan hati kata-kata yang penuh dusta, bukan gitu. Korang tak belajar untuk test, bila test, korang pun bagi semangat kat diri sendiri yang korang mampu in sha Allah. Tu bullshit namanya!

Motivasi ini adalah, kata-kata. Dari hati ke hati, sebab kata-kata dari hati akan sampai kepada hati.

Aku pecahkan kepada situasi ok?

SITUASI 1 : Clash

Kena tenang, hati mungkin rasa pedih sangat. Mungkin memori akan sentiasa terimbas memori sweet-sweet korang dengan dia. Duduk, tenangkan diri. Katakan kepada diri :

"Sabar, redha la, nak buat camana jodoh dah takde."

"Allah S.W.T nak tunjuk, yang dia bukan jodoh kita. Semua orang kan Allah S.W.T dah janjikan jodoh dia, jangan risau, bukan dia jodoh kita."

"In Sha Allah, kita akan jumpa yang lagi terbaik, jauh lagi terbaik."

Tenangkan minda, tahanlah kesedihan yang mula ada campur tangan syaitan, nak cederakan dirilah, nak bunuh dirilah, jangan, tahan wei. Tahan supaya tak sampai di situ.

SITUASI 2 : Malas belajar, atau result teruk

Kalau malas belajar, rehat sebentar, dan cuba fikirkan kejayaan yang korang akan perolehi bila dapat result cemerlang, bila berjaya nanti. Bayangkan masa tu korang dah berada di puncak kejayaan korang, dah ada kereta sendiri, dah ada rumah, dah ada keluarga, dah ada title kat depan nama!

Aku selalu buat camtu, aku bayangkan bahawa semua tu aku akan dapat bila aku belajar betul-betul.

Kalau result teruk plak, sedih memang akan sedih. Namun terapkan dalam diri sifat jangan putus asa. Berusaha dan berusaha sampai berjaya. Jangan mengaku kalah.

Selalu ajarkan diri kita, supaya berusaha kuat, jangan kalah. Jatuh, bangkit, sentiasa ada hari esok di sebalik kegagalan hari ini.

SITUASI 3 : Orang buat kita macam-macam atau masalah besar

Tenang, jangan biarkan marah menguasai diri. Kalau rasa diri tu betul-betul dah marah, tidurlah. Tu cara yang selalu aku buat. Sebab kalau tak, kita mungkin akan buat perkara yang gila, takut menyesal je kemudian hari.

Bila masalah besar muncul, atau tetiba muncul, macam biasa, step pertama adalah bertenang! Dapatkan kewarasan akal, supaya boleh kenal pasti masalah, dan bagaimana nak selesaikan masalah tu tadi.

Dah kalau minda serabut, camana lah nak selesaikan masalah?

Katakan kat diri, bahawa :

"Allah S.W.T beri masalah ni sebab aku mampu."

"Aku boleh selesaikan, kuat kuat jangan kalah."

"Tenang wei, benda boleh settle, jangan serabut-serabut."

***

Menutupi post, aku berharap agar cara yang aku kongsikan ni berkesan dan bermanfaat kepada korang. Or, korang boleh kongsikan juga pandangan korang kat aku, komen-komen ok?

Hidup ni payah, susah dan penuh dengan cobaan yang menggila, malah tengah siap menanti tu! Tapi, selagi kita bersedia, dan sentiasa menyemangatkan diri kita, in sha Allah, kita mampu hadapinya.

Kita tak perlu pun menjadi motivater kepada orang lain, sebenarnya, dan kita pun tak perlu sebenarnya asyik mengharapkan kepada orang je nak jadi motivater kita. 

Setiap orang mampu memotivasikan diri sendiri, mampu kuatkan diri sendiri, mampu beri semangat kat diri sendiri. 

Diri kita adalah teman kita sampai mati, so startlah belajar dan kenali lah diri sendiri. Common la, sampai bila nak bergantung kepada orang lain?

Semua orang ada masalah, bermasalah, dan menjadi masalah, namun benda dunia, boleh settle kalau kena caranya. Ni bukan cakap kosong, tapi berisi beb!

Akhir kata, bila ditimpa masalah, jangan mengaku kalah! Jangan putus asa, kuat sikit.

Jatuh hari ini, bangkitlah! Esok masih ada!

Jatuh juga esok, bangkit lagi! Lusa masih ada!

Jatuh juga, teruskan bangkit! Anda tak mati lagi!

Manusia tak diciptakan sempurna, sebab manusia adalah puzzle. Masalah tadilah yang akan melengkapkan puzzle itu tadi.

Bila hati rasa berat, sedih, pedih, kecewa, ambil tangan dan letakkan di dada, lalu katalah perlahan-lahan :

"La takhof, wala tahzan, in nallah hama'ana (Jangan takut, jangan sedih, sesungguhnya Allah S.W.T bersama kita)."

Comments

  1. Dunia makin mcabar..semua pkara terasa pyh.smpai lupa utk bsyukur dgn rezki yg Allah beri wlaupun stkt pkara yg kcil.kdg mnusia sering minx nasiht dn motivasi dri org lain,tapi dia lupa org lain mmg bleh beri 1001 motivasi/nasiht/suggestion jln kluar mslhnya.ttapi smua tu kmbali pd diri dia mula.org lain bleh bntu tp dia diri yg bpranan utk tntukn ap yg prlu dia buat itu bmakna diri sdiri juga kn yg ttpkn.
    Sglintir org jarang fikir mslh tue nikmt.
    sbb ia mbebankan.
    tp dgn mslh itu mdtgkn kpyhn yg kita dpt lihat hikmahnya.kita akn jadi yg lbih baik dn kuat.
    lumrah manusia,dia akn sdar bila dia diuji.
    kiranya jgn dok fikirkn mslh tp xad jln pnyelesaian.
    xrmai org amik wktu utk knal diri sendiri..
    "Jadi diri sdiri bukn baik/manfaat utk org lain saja,
    tp baik/manfaat utk diri sendiri juga"
    "Selagi Allah beri pluang kita hidup,
    xkisah kita jatuh,selagi tulah kita diberi ksmpatan untuk bangkit.mskipun harus merangkak"
    Dalam hidup jgn serik utk mcapai redha Allah.
    wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsiannya :)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts

Terima Kasih Followers