Cara Memenangi Hati Ibu : Buat Belia Lelaki Yang Nak Kahwin Awal
Alhamdulillah. Setelah seminggu lebih demam, akhirnya aku kembali sihat dan kuat macam biasa. Walaubagaimanapun, diri ni sibuk dengan komitmen sebagai ahli persatuan. Nak buat camana, itu tanggungjawab. Sabar jela.
Nak dihitung, aku ada beberapa minggu lagi sebelum officially tamat sebagai pelajar diploma. Rasa tak sabar itu ada. Tapi kata-kata ibu aku sentiasa aku ingat, supaya dalam sibuk-sibuk persatuan pun, jangan lupa belajar. Kalau boleh grade dengan flying colour gitu, bukan dengan flying kick. Haha.
Aku pun dah lama tak balik rumah, jadi rasa rindu itu ada. Bukan kepada rumah, tapi kepada isi rumah itu seperti ayahanda tercinta, kakak aku yang dikasihi, dan offcourse, sebagai anak ibu yang no 1 melampau dalam rumah, mestilah kepada pemilik syurga aku, iaitu Ibu aku.
Actually, aku tak marah atau annoying bila orang claim aku anak ibu. Malah bagi aku itu sepatutnya sebagai seorang anak, lebih-lebih seorang lelaki. Mungkin masyarakat kita telah didoktrin dengan istilah anak ibu, anak mak, anak ummi, anak mama sebagai seorang yang asyik berkepit dengan ibu dia je.
Bagi aku, itu yang sepatutnya. Bukan part berkepit dengan ibu tu, tapi part mencintai ibu itu yang betul. Memang, lelaki ni, lebih-lebih lagi macam umur-umur aku ni, banyak luangkan masa di luar dengan komitmen belajar, dengan member-member, kata orang cari pengalaman la gitu.
Jika tengok kepada hadith Rasulullah S.A.W, baginda claim bahawa taraf ibu itu lebih tinggi dari ayah. Meskipun tanpa seorang ayah, maka takkan mungkin seorang perempuan akan menjadi ibu, namun taraf seorang ibu itu jauh lebih tinggi dari ayah, sedangkan taraf ayah jauh lebih tinggi dari bangunan paling tinggi dunia, apatah lagi taraf ibu?
***
Bila baca tajuk post aku, mesti korang akan ingat aku ni dah dapat lampu hijau untuk naik pelamin, betul tak? Tapi maaf la, lampu pun tak pasang lagi, jadi takde lah istilah lampu hijau, haha. Meskipun aku belum lagi berpunya - sejak clash dulu - dan apatah lagi tak pernah berkahwin, tapi aku berminat untuk cerita pasal benda ni.
Walaupun belia yang dah berkahwin awal lebih layak untuk berikan tips untuk menangi hati parents untuk kahwin awal, tapi bagi aku, benda yang common sense gini lebih baik aku yang bujang cerita, supaya masing-masing boleh pikir mana baik, mana buruk.
Lagipun, korang semua pandai-pandai bijak-bijak macam aku, wuhaha.
***
Jika kita semua tengok tentang realiti kehidupan sekarang, terutamanya di negara tercinta Malaysia ini, aku perasan ada satu perkara yang menimpa, terutamanya anak muda belia, iaitu kahwin awal. Mungkin melihatkan kepada maksiat yang bermaharaja lela, ditambah dengan usaha-usaha pendakwah macam Ustaz Azhar, Ustazah Fatimah Syarha dan lain-lain lagi yang menggalakkan anak muda belia berkahwin awal, juga ditambah dengan berbondong-bondong anak muda belia yang berkahwin awal.
Namun aku tak berminat nak bahas pasal kahwin awal bagi belia, namun aku berminat berbahas mengenai realiti. Itu lagi best. Realiti, berpijak atas alam yang nyata.
Jika kita semua tengok realiti sekarang, ada macam gila kontra dengan dulu. Jika dulu masa zaman ayah mak kita, mereka sibuk nak mengejar kehidupan yang gemilang, belajar setinggi langit, kerja gaji sebesar yang boleh, tapi atuk nenek kita pula sibuk nak ayah mak kita kahwin awal-awal.
Jadi sepatutnya, jika tengok kepada apa yang berlaku kepada ibu ayah kita dahulu, maka jika diikutkan dengan logik maka mestilah perkara ini juga akan berlaku kepada kita, betul tak? Di mana ibu ayah kita akan lebih suruh kita kahwin dari suruh kita sambung belajar universiti, kan?
Tapi kontradiksi berlaku, ibu ayah kita, malah hampir kebanyakan ibu ayah kini seolah-olah menyekat anak-anak mereka daripada berkahwin awal. Apakah?
Ops, jangan melatah dulu, sekat di sini bukan bermaksud tegah, tapi tangguh.
Benda inilah yang aku nak bincang, dan nak kongsi dengan korang semua, lagi best, sebab ini soal realiti, bukan macam cerita novel yang kadang-kadang si penulis pun tak pernah merasa pun cinta macam yang dia tulis panjang-panjang dalam novel.
***
Masa aku bercinta dengan ex aku dulu tahun lepas, bagi aku itulah kali pertama aku betul-betul tekad nak kahwin. Walaupun aku dah banyak bercinta - ehem-ehem gila bajet - tapi hanya ex aku je yang betul-betul - dulu lah - yang buatkan aku tekad nak berkahwin.
Kadang-kadang, ex aku suka buat lawak yang gila deep lagi sentap, yang claim bahawa kalau aku lambat masuk meminang, maka jangan terkejut kalau ada orang dah rembat dulu. Walaupun ini lawak bagi dia, tapi bagi aku, ni adalah satu benda yang akan buatkan aku pening kepala, kadang-kadang sampai menangis pikir, ini realiti bro!
Lalu, aku dengan rasa beban dan takut, maka aku luahkan hasrat hati ini kepada ibu aku. Setelah dulu aku tunjukkan gambar ex aku kepada ibu aku, maka disebabkan aku takut lawak ex aku tu jadi realiti, maka aku luahkan perasaan hati kepada ibu, dengan harapan ada suatu yang ajaib akan berlaku.
Sebelum itu, izinkan aku bercerita pasal ibu aku.
Ibu aku adalah seorang perempuan yang paling cantik dalam dunia. Walaupun dah berisi tak macam masa naik pelamin dengan ayah aku dulu. Wuhaha.
Walau pun sistem didikan ibu kepada aku dah berubah, seumpama air yang bertukar jadi milo bila letak dua sudu milo, dan jadi manis bila letak dua sudu susu pekat. Takde lah lagi aku dilibas dengan tali pinggang rotan paip getah macam kecik dulu, yang di mana jika ditangkap maka meringkuklah ibu aku dalam penjara besi.
Walaupun aku dah besar, dah boleh buat keputusan sendiri, dan juga boleh mengandungkan anak dara orang logicallynya, namun antara topik yang paling ringkas dan takkan ada sesi atau episod kedua apatah lagi sekuel dan trilogi, antara mungkin tak keterlaluan aku katakan, satu-satunya topik yang paling ibu aku tak suka diskusi dengan aku adalah topik...
...berkahwin. Apatah lagi kahwin awal.
Dulu masa sekolah, kalau aku ada awek, dan ibu aku tahu dan aku kantoi ada awek, mesti ibu akan cakap SPM pun tak habis, tak yah ngade-ngade nak ada awek. Tapi dengan umur aku sekarang ni yang jauh sangat nak mengulang SPM, maka kata-kata ibu itu tidak relevan lagi dengan aku sekarang.
Dalam keluarga, hanya aku sahaja yang mengambil jurusan pendidikan Islam, iaitu Bahasa Arab. Aku juga belajar mengenai Al-Quran, Hadith, Fiqh, dan lain-lain cabang ilmu Islam. Sebut pasal Fiqh, sehingga kini macam-macam dah belajar. Apatah lagi Fiqh perkahwinan.
Masa aku dengan ex aku dulu, time tu aku sedang belajar Fiqh perkahwinan, jadi memang time tu time yang terbaik. Dulu lah.
Islam menggalakkan belia syabab Islam supaya bernikah awal. Selain daripada faktor psikologi dan kesihatan, ia juga bertujuan untuk mengelakkan belia syabab Islam terdedah dan dirosakkan dengan gejala zina yang menggila dan merakuskan inci bumi Malaysia.
Kembali kepada cerita tadi, lalu dengan perasaan yang mengharap dan dengan ayat-ayat yang penuh dengan belas kasihan, aku luahkan segalanya kepada ibu aku, dengan harapan at least dapatlah aku ikat tali pertunangan, itu pun dah ok.
Maka dalam kata-kata aku tu, aku letakkan sekali hujah agama, dengan ayat Al-Qurannya, dengan hadithnya, dengan kata-kata pendakwah ustaz ustazah, dengan realiti dunia sekarang, dengan harapan hati seorang ibu akan terkesima dan akal si ibu akan terkesan dengan fikrah anak lelaki bujangnya itu.
Namun, feedback yang aku dapat hanya bebelan yang menggila, dan keputusan aku dipangkah dengan sereject-rejectnya. Maka, dari keadaan aku macam ustaz dengan hujah-hujahnya tadi, terus bertukar jadi lain.
Last-last, bergaduh dengan ibu aku. Ni bukan gaduh biasa, sangat teruk.
***
Ibu aku ni seorang yang sangat caring pasal anak-anaknya. Kalau boleh dia nak report dari aku bangun tidur sampai aku tidur balik. Gitulah.
Hari-hari, mesti paling koman ada je ibu aku sms, dan whatsapp pasal aku. Aku dah pergi kelas belum, dah makan ke, buat apa blah blah.
Tapi bila aku bergaduh disebabkan hal tu, maka korang bayangkan, takde walau satu pun sms daripada ibu aku. Memang ibu aku betul-betul terasa dengan aku.
Lalu aku suarakan pula hasrat hati kepada ayahanda, dengan harapan ada orang yang membackup. Plan A tak jadi, plan B pulak. Tapi sebab ayah aku ni lelaki, jadi aku pun bercakap dengan ayah, macam lelaki dengan lelaki. Man to man.
Dekat seminggu ibu aku senyap, tak sms aku walau satu, akhirnya satu hari aku dikejutkan dengan sms dari ayah aku.
"Kau tunjuklah kat ayah mana perempuan yang kau nak sangat tu, biar ayah pinangkan. Tapi lepas dah kahwin, nak jadi apa lantak kau lah!"
Membaca sms ayah aku ni, lagi membuatkan aku stress, berlinang air mata aku. Aku fikir, macam dah nak hilang keluarga pulak. Aduhai.
Dalam aku berfikir, aku berfikir bagaimana nak sara ex aku nanti. Aku hanya ada pendapatan sebagai askar wataniah. Itu pun tak tetap, kena pergi latihan baru dapat duit. Lalu aku buat keputusan untuk mencari kerja. Kumpul duit slow-slow.
***
Dipendekkan cerita, seharian lebih aku mengarang resume daripada kerja yang aku pohon. Aku pohon jadi tutor di bawah satu konsaltan. Resume dah hantar, dan orang yang incharge minta aku datang office.
Dipendekkan cerita lagi, akhirnya setelah seminggu lebih aku menjadi anak yang derhaka kepada ibu, maka akhirnya langit yang gelap kembali terang. Ibu aku dah start sms slow-slow, cuma tak angkat bila aku tepon. Sebab dia tak boleh dengar suara aku, dia terlalu terluka.
Suatu hari, aku balik rumah sebab cuti midsem. Suatu malam, aku dan ayah main badminton dengan kawan-kawan office ayah. Masa nak balik, otw nak balik rumah, aku sembang dengan ayah aku pasal benda ni.
Sembang punya sembang, ayah luahkan bahawa sebenarnya dia setuju je kalau aku nak kahwin awal. Namun, ayah aku cakap, bahawa aku kena menangi dulu hati ibu aku. Bagi dia happy, barulah lepas nak kahwin.
Ayah aku cakap lagi, bahawa dia taknak bila aku dah kahwin nanti, aku akan jauh dari ibu aku. Kata-kata ayah sangat deep, sampai aku rasa nak nangis je.
"Ayah taknak nanti kau dapat isteri, tapi kau hilang mak."
Ayah aku cakap, memang aku pandai lebih lagi bab-bab agama daripada ibu dan ayah aku, tapi hakikatnya aku masih lagi banyak benda yang aku tak tahu. Ayah minta supaya aku bersabar, dan ayah aku cakap, kalau betul jodoh maka cepat dan gila mudah urusan perkahwinan. Macam ayah dulu.
Sungguh, kata-kata ayah sampai sekarang aku ingat. Hebat ayah.
***
Semalam, aku mengeteh dengan seorang junior aku. Junior aku ni dia ada awek, dan dia luahkan dan minta sesi kaunseling daripada aku, mengenai pasal dia dengan awek dia. Berdasarkan cerita, membawa aku jauh kembali masa zaman aku ada awek dulu. Membawa aku kembali kepada masa lalu.
Cerita junior aku mudah je, dia nak kahwin awal dengan awek dia. Tapi tak tahu camana nak menangi hati parents.
Maka alang-alang aku nak cerita, berikut adalah tips dan cara untuk memenangi hati ibu bagi belia yang nak berkahwin awal :
(1) Rapatkan hubungan dengan ibu
Lelaki ni memang fitrah dia akan jauh dengan keluarga. Jalan merata, belajar jauh-jauh, cari pengalaman banyak-banyak. Macam aku.
Bila balik ke rumah - terutamanya belia remaja yang duduk asrama - antara perkara pertama yang dilakukan mestilah peluk-peluk dengan mak. Tapi peluk-peluk dua saat je, lagi seminggu cuti kat rumah apa yang kita buat kat rumah?
Duduk rumah? Jauh sekali, asyik keluar dengan member je siang malam. Jalan-jalan dengan ibu? Lagi la. Nak pegang tangan pun malu kalau lintas jalan. Makan bersama? Nak makan pun tak sama-sama dengan family, makan pun dalam bilik sebab nak tengok movie dalam lappy. Solat berjemaah, jadi imam kepada ibu? My god, lagi la.
Kalau nak menangi hati ibu, maka kena rapatkan hubungan lagi dengan ibu. Makan sama-sama, dari breakfast sampai suffer. Kena luang masa bersama, kalau boleh lagi banyak masa kita luang dengan ibu daripada kita luang masa dengan member.
Last but not least, solat sama-sama dengan ibu. Kalau boleh jadi imam. Jangan masbuk pulak, kalau boleh solat berjemaah 5 waktu. Then ajak ibu baca Quran sama-sama.
Kalau hubungan dengan ibu lagi dekat daripada telinga dengan mata, maka in sha Allah, si ibu akan rasa berani untuk benarkan kita kahwin awal.
(2) Score dalam pelajaran
Antara sebab parents hari ini sekat anak-anak depa kahwin awal, sebab nak anak-anak depa semua berjaya dalam pelajaran. Kalau boleh sampai PhD. Sebab kalau belajarnya ok, maka konfirm kerja pun ok. Gaji besar, senang nak hidup.
Kalau kahwin awal, mungkin hilang peluang atau sikit peluang untuk belajar. Apatah lagi beliawati, remaja perempuan, lagi lah.
Bila bercinta sampai nak berkahwin, tapi result macam ikan yang terkeluar dari akuarium, dengan gagal, teruk pulak, maka jangan mimpi boleh menangi hati ibu. Konfirm. Jika dah berpunya, dan jika betul-betul nak kahwin awal, maka yang ni antara yang kena settle.
Bagi CGPA tinggi, barulah ibu yakin. Serius aku tak tipu.
(3) Perubahan diri sendiri
Ni antara yang perlu diambik perhatian. Bila sebut nak kahwin awal dekat ibu, maka ibu akan buat keputusan berdasarkan cerapan dan pemerhatian ibu kepada diri kita. Common la, ibu jaga kita dari kita merah-merah lagi, maka cerapan ibu jauh lagi deep daripada orang jakim cerapan bulan puasa.
Sibuk nak kahwin awal, tapi bangun lambat nak mampus. Sibuk nak kahwin awal, tapi solat entah ke mana. Sibuk nak kahwin awal, tapi belajar tak nampak tanda-tanda akan jadi bijak.
Maka jika betul nak menangi hati ibu, maka kena buat perubahan. Bila balik rumah - yang duduk asrama - cuba buat masa cuti bangun awal. Kalau boleh sampai kejutkan ibu. Then ajak ibu solat Subuh, jadi imam pulak tu. Then bila breakfast, tolong ibu kat dapur. Then sepanjang di rumah jadi rajin, kemas itu ini, menebas rumput, macam-macam.
Ini bukan soal hipokrasi melampau, tapi benda-benda nilah yang jadi guide line ibu untuk tentukan layak atau tidak dia lepaskan anak lelaki bujang dia untuk kahwin awal.
Spenda pun ibu basuh.
***
Mengakhiri post, persoalannya kenapa aku tekankan ibu sahaja. Kenapa tak ayah?
Sebab ayah ni mudah je, ayah cool, konfirm ayah bereh okmo. Tapi kalau mak ni, kau bagi hujah dan fatwa Dr Qardhawi pun, belum konfirm lagi lulus, belum konfirm lembut hati ibu, serius.
Hakikatnya, kepada sesiapa samada laki atau perempuan yang memang betul-betul nak kahwin awal, cuba luangkan masa untuk fikir betul-betul sequences selepas berkahwin.
Tak salah nak merancang, tapi dalam merancang kena juga fikir benda dan perkara yang buruk akan berlaku selepas berkahwin. Ni tak, pikir yang best-best je, memang salah la dalam merancang tu.
Sebelum berkahwin, semua indah. Tapi selepas berkahwin, jika tak kena cara, mudah sangat bercerai.
Salahnya belia beliawati syabab Islam hari ni, mereka hanya cari fakta, kisah-kisah dan realiti mana-mana perkahwinan pada usia muda yang berjaya, tapi jauh banyak lagi anak muda syabab Islam yang goyah dan akhirnya bercerai. Yang tu tak pulak didedahkan. Ni salah.
Aku tak membantah belia syabab Islam kahwin awal. Aku ni kalau mampu, ada rezeki, nak sangat. Tapi perkahwinan ni soal rezeki. Soal izin Allah S.W.T. Jika Dia tak izin, awek dalam tangan pun boleh hilang, macam aku dengan ex aku dulu.
Kalau betul-betul nak kahwin, bincang elok-elok dua mata dengan ibu ayah, dengan parents. Memang kita ni dah besar, dah boleh buat keputusan sendiri. Adakah ibu ayah kita tak tahu tu? Diorang tahu dan sedar, namun pengalaman mereka tak sama dengan pengalaman kita.
Mereka dah makan garam masa kita tak tahu lagi garam wujud atas muka bumi ni.
Sebenarnya, bersabar itu lebih baik. Ibu ayah dah bagi hint sebenarnya, untuk menangi hati parents, khususnya ibu, maka belajarlah setinggi boleh, dapatkan segulung sijil, dapatkan gaji, ada pendapatan sendiri, masa tu jangan terkejut kalau ibu sendiri yang tanya bila nak kahwin, serius!
Cuma kena sabar, sabar, berdoa, sebab berkahwin bukan satu perkara mudah macam main Sim atau main Pow.
Ibu ayah sekat bukan sebab mereka tak bagi, tapi sebab mereka tak mahu kita menyesal di kemudian hari.
Bak kata ayahanda aku, bila ada kunci kereta, kunci rumah dan kunci pejabat, masa tu nak kahwin sepuluh pun takpe!
Mudah untuk menangi hati ibu sebenarnya, namun dalam mudah itu ada payah. Tapi dalam payah itu ada kelazatan.
Dan jangan lupa wahai lelaki, di mana kita berpijak, dengan siapa kita beristeri, dah ada kereta besar, gaji gila banyak...
...syurga seorang anak lelaki tetap di bawah tapak kaki ibunya. Kerna keberkatan Allah S.W.T kepada kita terletak kepada keberkatan Ibu kita pada kita.
Lagipun, kalau dah jodoh tak ke mana kan?
nice article. syabas bro!
ReplyDeleteHuhuhu, thanks sis! Truskn baca n support ok?
Delete