Kisah aku dengan SEMUT : Belajar something dengan semut

Assalamualaikum semua. Officially, hari ini genap seminggu aku demam. Badan macam lalang ditiup angin, kejap panas kejap sejuk. Ye dok analogi aku ni. Orang demam bukannya boleh pakai kata-kata dia, haha.

Suara aku memang serak. Dah serak kemudian semakin hilang. Kengkadang aku terfikir untuk berpuasa dari bercakap, tapi macam  benda yang mustahil je. Kalau tak bercakap dengan orang samada cakap kosong atau berisi, konfirm aku akan bersuara dalam jual beli. Kadang-kadang kesian jugak dekat orang yang tak dengar aku nak beli apa, kadang-kadang rasa marah jugak sebab kesian aku nak ulang.

Cuaca Terengganu memang lain macam. Kejap panas, kejap hujan. Hujan juga akhirnya bumi Terengganu ni. Baru aku eksited nak mandi hujan, tengok aku yang demam dulu. Aduhai. Sekarang ni pun memang musim demam. 

Tapi kesian jugak. Demam sensorang. Rasa macam nak balik rumah. Wuhaha.

***

As for today, disebabkan aku baru je nak sihat, dan mata aku tak mampu nak menatap lama-lama lappy ni, tapi atas dasar aku dari haritu nak post pasal benda ni, jadi aku gagahkan juga. Moga-moga ada pengajaran yang korang dan kita boleh dapat dari cerita aku ini.

Perhatian, cerita ini diilhamkan dari kisah benar dan pengalaman si penulis sendiri. Cerita ni agak thriller dan terpaksa disencored kan atas sebab-sebab ada unsur penzaliman terhadap binatang.

***

Allah S.W.T mempunyai terlalu banyak cara yang tak dapat aku nak listkan, jika Dia ingin memuliakan seseorang atau sesuatu. Satu cara yang aku nampak, adalah dengan meletakkan nama-nama insan atau pun bukan insan dalam Al-Quran. Lagi-lagi, diletakkan sebagai nama surah.

Contoh, jika Allah S.W.T ingin muliakan para anbiya, maka diletakkan nama-nama mereka sebagai nama surah. Maka adalah Surah Ibrahim, Nuh, Muhammad dan lain-lain. Jika Allah S.W.T ingin muliakan manusia yang bukan para anbiya, maka nama-nama seperti Luqman, keluarga Imran dan lain-lain menjadi nama surah.

Malah, Allah S.W.T memuliakan para wanita, dengan meletakkan An-Nisa sebagai nama surah dalam Al-Quran.

Tak lupa juga, jika Allah S.W.T ingin memuliakan makhluk yang bukan insan, seperti binatang dan haiwan, maka Allah S.W.T meletakkan Gajah, Lebah, Labah-Labah dan lain-lain sebagai nama surah.

Dan juga, Allah S.W.T muliakan SEMUT, sebagai satu nama surah. An-Nahl.

Jika aku salah, betulkan aku ok?

***

Aku tinggal dalam bilik sensorang. Tanpa roomate. Tapi aku ditemani dengan semut. Banyak gila semut.

Masa hari pertama aku duduk dalam bilik aku ni, bila aku letakkan barang makanan atas meja, maka konfirm akan dihurung oleh semut. Tapi perbuatan aku bila tengok puak-puak semut ni, aku hanya halau sahaja, sebab aku tak sampai hati nak bunuh, disebabkan aku tahu mereka juga adalah makhluk Allah S.W.T.

Hari demi hari, bila dah lama aku duduk dalam bilik ni, aku jadi fedup pula dengan puak-puak semut ni. Asal ada makanan je konfirm akan dihurungnya. Malah air kosong pun nak dihurungnya. Fedup pulak aku.

Yang membuatkan aku marah, bila semut masuk dalam air. Bayangkan aku masak air dah dekat lima ke sepuluh minit. Then nak tunggu air tu sejuk, kadang-kadang seharian aku biarkan air tu sejuk, baru lah boleh aku tuang dalam botol.

Tapi, once dah seharian aku tunggu air tu sejuk, bila aku bukak, tengok ada semut-semut yang ada dalam air tu, buatkan aku marah. Penat-penat aku masak, tunggu pulak, nak minum ada semut. Memang aku marah.

Bukan apa, aku takut nak minum, sebab kata orang kalau minum air bersemut akan lupa macam-macam. Ada yang sampai lupa 40 hari. Aku ni dah la mahasiswa, dan subjek aku banyak kene menghafal. Sekali lupa, pergh!

Jadi bila jumpa semut-semut mati akibat lemas dalam usaha nak minum air aku dalam bekas heater, maka aku curahkan semuanya. Then aku masak baru.

Tapi benda ni bukan berlaku sehari. Hari-hari berlaku. Sampai aku naik muak, fedup, marah, dan akhirnya aku bertukar menjadi...

...pembunuh semut.

***

Suatu hari, aku balik dalam keadaan stress. Marah-marah gitu. Bila aku nak minum air, bukak-bukak, tengok semut dalam air tu. Mengamuk aku. Lalu aku pukul sekuat hati semut-semut yang aku nampak atas meja. Sampai merah-merah tangan aku. 

Bila aku nampak semut-semut ni menjalar kat dinding, aku ambik lighter dan aku layur sampai depa jadi keras. Bila aku nampak mereka atas meja, aku pukul depa semua dengan botol. 

Semuanya sebab aku marah, dan aku fedup dengan mereka semua. Asal aku masak air, tak sah kalau mereka takde dalam air tu. Aku takut la nak minum, sebab aku takut hafalan aku hilang.

***

Suatu malam, dalam aku sedang berjalan, aku tiba-tiba terdetik, untuk cari keshahihan mengenai betul ke kalau minum air bersemut maka akan hilang hafalan? Lalu aku bukak lah Google.

Macam-macam aku jumpa, pasal blog, video Ustaz Azhar, macam-macam lagi.

Sampailah aku jumpa satu blog, di mana dalam tu ada hadith, dan bila aku baca hadith tu, membuatkan aku nangis senangisnya...

...iaitu larangan membunuh semut. Haram membunuh semut.

Hadis Abu Hurairah r.a: 


Dari Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?

Sahih Muslim : 4157

Setelah aku baca hadith tu, lalu aku pergi dekat meja, then dalam keadaan aku menangis, aku mintak maap dengan semut-semut ni. Dalam aku nak menjaga hafalan, dalam aku sentiasa berdoa supaya diberi ingatan yang kuat, aku bunuh semut-semut ni. Aduhai.

Lalu, aku ambik sekeping roti Butterscotch, dan aku letakkan atas meja, biar semut-semut ni makan. Sebagai tebusan atas pembunuhan yang aku lakukan.

Bila aku tengok semut-semut seekor demi seekor datang ke roti tu, aku rasa kasihan. Tetiba aku teringat bagaimana aku dengan marah dan fedup membunuh mereka. Padahal tu dosa.

Aduhai.

***

Mengakhiri post yang pendek bagi aku, Allah S.W.T selalu suruh kita agar perhatikan setiap ciptaan-Nya. Dan bercerita tentang semut, telah begitu banyak sekali kajian mengenai semut dan sifat-sifat yang ada pada semut ni.

Namun bagi aku, antara benda yang aku dapat berdasarkan apa yang berlaku secara real dalam kisah aku dengan semut ni adalah, betapa kita suka hukum orang secara overall. Hukum orang secara total.

Bila aku buka penutup heater untuk minum air, dalam keadaan air tu penuh dan mampu penuhkan tiga botol 500ml, tapi bila aku nampak just 3 ekor je semut, lalu aku curahkan segalanya.

Padahal boleh je aku buang 3 semut tadi, dan aku minum air tu. Tapi disebabkan takut lupa punya pasal, semua aku curah.

Kadang-kadang kita mungkin marah dengan seseorang, padahal kita marah disebabkan mungkin just satu keburukan je dalam diri dia. Tapi kita hukum dia secara total, benda yang dia buat baik pun, kita nampak salah.

Kan?

Semut yang masuk dalam heater aku, bukanlah semut yang sama dengan yang tak masuk dalam heater aku. Tapi disebabkan perbuatan semut-semut yang masuk dan mati dalam heater aku, semut-semut yang lain pulak jadi mangsa.

Kadang-kadang kita marah dekat seseorang, tapi kita lepaskan kemarahan kita tu dekat seseorang yang kadang-kadang takde kaitan langsung. Kesian dia. Kesian semut-semut tu.

Akhir sekali, semut tu hanya buat apa yang dia buat. Dan dia takde akal pun nak pikir. Takde iman pun untuk tahu haram minum air yang aku tak redha semut-semut ni minum. And yet, aku yang ada akal masih lagi hukum semut tu secara total.

Aduhai.

Maka, janganlah bunuh semut. Elakkan pembunuhan. Haram bunuh semut. Kenapa pilih pertumpahan darah sedangkan pedamaian boleh dicapai, kan? Caption takde kena-mengena. Orang demam gitulah.

Belajarlah something, walaupun dengan melihat seekor semut. Sebab Allah S.W.T tak ciptakan sesuatu dengan sia-sia. Sebagaimana Dia letakkan akal dan otak dalam kita.

Comments

  1. semoga semut2 yang dah syahid tu tenang di alam sana.... jadikan ia satu pengajaran...
    kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yg pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullullah dulu kita ucaplah ..
    "Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s..
    Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan..
    Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya..
    Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat"..

    Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/sheildtox/bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..Semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa.. Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran ^^

    #peringatan bersama

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts

Terima Kasih Followers