Aku sendiri adalah SUPPORTER diri aku yang terbaik
Assalamualaikum kepada korang pembaca yang aku sayangi. Alhamdulillah setelah sekian lama aku menyepi atas sebab-sebab perasan sibuk dan kemalasan yang menguasai sehingga aku menjadi hambanya dalam masa yang agak lama, akhirnya aku kembali merdeka bersempena bulan kemerdekaan ini.
Pagi ini aku dikurniakan nikmat oleh Allah S.W.T iaitu nikmat sejuknya air wudhu subuh setelah sekian lama wajah aku kering berminyak akibat tidak dicuci pada pagi hari - masukkan kutukan kepada manusia yang berselimut babis -.
Cuba untuk menyambung kembali tidur aku sebagaimana jadual yang dah aku tetapkan, tetapi mata ni tiba-tiba jadi segar bugar - berkat wudhu subuh -, rupanya ia petanda Allah S.W.T mengizinkan aku untuk berkongsi ke dalam blog yang sudah berusia 3 tahun ni.
Sempat juga aku tulis moment ke dalam Wechat, menyatakan kesyukuran dapat solat Subuh pagi ni, dan tadi aku lihat baru ada 6 likes je - sebab Wechat tak ramai add -. Oh apakah caption ini?
Alhamdulillah, aku baru sahaja sembuh - belum 100 % - daripada sakit penat bermain ragbi. Sabtu yang lalu aku kembali ke sekolah kesayangan aku, sebab ada tournament ragbi alumni sekolah. Bersyukur, sebab itulah kali pertama aku join sebagai officially alumni sekolah setelah 3 tahun tak pakai seluar biru sekolah.
Bercerita tentang ragbi, aku sendiri pun tidak tahu camana aku boleh tersesat dalam sukan yang hardcore ni. Bila aku kata aku main ragbi, mesti muka orang akan bertukar menjadi suspicious kerana ingatkan aku menipu, malah mungkin akan cuba husno zon - bersangka baik - bahawa aku sedang buat punchline.
Mana taknya, badan aku kecil. Langsung tak padan sebagai seorang player ragbi.
Aku masih ingat lagi, ketika mula-mula aku bermain ragbi, aku pakai protector bahu, sampai rupa aku dah tak macam main ragbi, sebaliknya macam main american football. Sebab aku takut, bila kena tackle dan apabila nak tackle orang. Gila takut.
Tapi, bila aku pakai protector tu, aku menjadi takut, dan aku tak mampu perform dengan baik dalam ragbi. Perasaan takut tu sentiasa ada, menyebabkan kadang-kadang aku sampai mengeletar bila masuk dalam padang. Apatah lagi kalau opponent semua besar bapak.
Jadi aku membuat keputusan, untuk tak lagi pakai protector tu, dan hanya bergantung seratus peratus kepada kekuatan badan aku sahaja. Ironinya, aku tak lagi rasa takut - ada pun cuma debar je -. Akhirnya aku perform juga dalam sukan ragbi sampai berjaya juga mencipta nama, walaupun tak pergi jauh. Hoho.
Aku telah bermain dalam bermacam-macam sukan. Bola sepak of course, bola tampar, bola baling, bola tu bola ni, badminton, blah blah termasuklah olaharaga, sukan tradisional dan bermacam-macam sukan lagi yang dah aku main.
Namun, sukan ragbi tetap mendapat tempat yang istimewa dalam hati aku. Walaupun aku tidak memiliki badan yang ideal sebagai seorang player ragbi, di mana aku akan terbang melayang jika ditackle, kadangkala terlepas bila nak tackle orang, dengan mata yang teruk sampai nock on dan foward, dan aku hanya bergantung kepada nasib dan kepantasan larian aku je - hoho -, tetapi hakikatnya ragbi suatu sukan yang sangat istimewa.
Apabila aku di padang, saat aku melangkah masuk dengan kaki kanan, dengan doa supaya aku selamat daripada kecederaan, berjaya menyumbang mata dan tak buat mistake, aku merasakan yang tinggal hanya aku sahaja di padang. Hanya aku sahaja di padang.
Bila aku lihat opponent-oppenent aku, yang berbadan besar, yang buat muka berlagak, yang under estimate aku, jadi aku sentiasa menyakinkan diri aku sendiri, bahawa aku akan buat sesuatu yang menakjubkan di atas padang. Awal-awal lagi, kesemua perasaan takut sudah pun aku campak di luar padang. Yang ada hanya aku, dan sokongan kepada diri aku sendiri.
Seperti biasa, kadangkala aku akan buat mistake yang merugikan team aku sendiri. Kadangkala sampai aku ulang mistake tu kali kedua ketiga dan banyak kali. Kadangkala sampai kena marah dengan member aku dan coach kesayangan aku.
Tapi aku tak pun merendahkan diri aku. Aku terima semua itu, dan aku sentiasa mohon maaf. Aku sentiasa ingatkan diri aku, sentiasa sokong diri aku, katakan bahawa aku boleh dan aku mampu melakukan sesuatu yang hebat, sehinggalah perlawanan tamat.
Walaupun team aku kalah dan aku tak menyumbangkan apa-apa mata untuk team aku.
Bila aku kembali ke padang sekolah Sabtu lalu, aku bermain dalam keadaan hampir 3 tahun tak bermain ragbi, dengan tak fit macam dulu, aku merasakan macam satu deja vu berulang.
Masuk je aku ke dalam padang, aku tengok muka-muka dan badan senior-senior aku yang out rage aku, aku tetap sokong diri aku, bagi kata-kata semangat kat diri aku, walaupun aku tahu betapa aku tak lagi legend macam dulu.
Walaupun aku main gila teruk, tackle asyik lepas, takde sumbang mata untuk team, malah ketika aku dah kehabisan nafas dan kesakitan badan, namun aku tak putus-putus memberi sokongan yang padu untuk diri aku sendiri.
Kerana itulah yang aku lakukan dari dulu sampai sekarang, memberi sokongan kepada diri aku sendiri.
***
Beberapa minggu ni, aku banyak menerima emel - tak banyak pun -, wasup dan panggilan telefon daripada mereka yang mengenali aku, terutamanya mereka-mereka yang aku kenali ketika aku menjadi fasilitator.
Banyak yang mereka adu dan luahkan, samada masalah percintaan, pelajaran, kawan-kawan dan lain-lain.
Namun, antara perkara yang wajib aku akan katakan kepada mereka, adalah sentiasa yakin kepada diri sendiri dan berikan sokongan kepada diri sendiri. Lalu aku ceritakan kepada mereka-mereka beberapa kisah silam aku yang boleh mereka-mereka jadikan pedoman dan pengajaran, dan menampakkan sisi aku bahawa seorang manusia perlulah sentiasa menyokong diri mereka sendiri.
Tapi, respon mereka, ialah mereka tidak kuat seperti aku. Mereka tidak kuat seperti aku. Malah mereka mengatakan, tidak tahu bagaimana dan apa yang mereka akan buat sekiranya mereka di tempat aku.
Jawapan ini, sungguh memberikan aku suatu kesan yang sangat dalam di hati aku. Di mana, aku menyedari hakikat bahawa tak semua orang tahu, dan berjaya memberi sokongan kepada mereka sendiri.
Malah, mereka juga yang menyumbang kutukan dan makian kepada diri mereka sendiri. Mereka juga yang mendownkan diri mereka sendiri.
Sebab itulah, aku begitu sedih, apabila seseorang itu tak mampu yakin kepada dirinya sendiri, tidak mampu memberi semangat kepada diri mereka sendiri, malah tidak mampu menyokong diri mereka sendiri.
***
Kadangkala aku mengingati zaman silam aku, di mana aku diuji oleh Allah S.W.T dengan bermacam-macam ujian dari segala sudut, dengan keluarga, percintaan, kawan-kawan, pelajaran dan lain-lain lagi, aku bersyukur kepada-Nya kerana aku masih lagi mampu menaip di blog ini, disebabkan wujudnya bahagian diri aku dalam kejayaan aku ini.
Apabila aku diuji dengan percintaan, aku juga menangis. Namun tangisan aku itu tidak lama. Malah diri akulah antara supporter yang tetap bersama dengan aku setiap detik. Tak putus-putus mengingatkan bahawa aku akan berjumpa seseorang yang jauh lebih baik pada suatu hari nanti.
Apabila aku dipulaukan oleh kawan-kawan, dimaki dan diherdik, malah diperlakukan macam-macam oleh mereka, diri akulah yang menjadi kawan yang paling setia dalam kehidupan aku. Malah tak pernah pun, diri aku meninggalkan dan mengkhianati aku sepanjang aku hidup.
Apabila result pelajaran aku jatuh dan mendapat keputusan yang teruk dalam exam atau test, diri aku tidak pun mengatakan "Aku Bodoh" atau "Aku Akan Gagal", namun sebaliknya diri aku memberi semangat untuk terus berusaha dan jangan mengaku kalah, kerana aku yakin aku akan berjaya pada suatu hari nanti.
Ini bukan soal aku kuat, gagah dan tabah. Tapi ni adalah soal aku sebagai penjaga amanah Allah S.W.T. Diri aku, adalah amanah dari-Nya.
Kalau kita fikir balik, sepatutnya kitalah yang menjadi supporter no 1 kepada diri kita. Selalu berikan kata-kata semangat, selalu ingatkan bahawa jangan putus asa dan lain-lain lagi.
Malah tatkala beberapa hari aku berselimut dengan jenama babis, aku sentiasa yakinkan diri aku bahawa aku mampu suatu hari nanti, untuk bangun dan mengambil wudhu Subuh.
Walau beberapa kali aku kalah melawan final boss dalam game, aku sentiasa yakinkan aku bahawa aku akan menang juga jika aku tak mengaku kalah.
Dan, aku sentiasa yakinkan diri aku sendiri, walau berapa kali aku terjatuh dalam perjalanan kehidupan aku, aku tidak akan sesekali berputus asa dan akan bangun meneruskan perjalanan aku ini.
Tapi adakah itu yang berlaku kepada kita?
Bila kita gagal dalam percintaan, kita yakinkan bahawa kita ni tak hensem dan hidup kita dah kosong.
Bila kita tak disukai kawan-kawan dan dimaki, kita katakan bahawa dah takde orang nak kawan dengan kita.
Bila kita gagal dalam exam dan peperiksaan, kita rasakan bahawa kita bodoh dan memang dilahirkan bodoh.
Bila kita dicerca, didownkan dan direndahkan, kita sendiri membenarkan perkataan tersebut, memang betul kita sama apa yang mereka katakan.
Bila kita berdepan dengan ujian yang berat dan dugaan yang mencabar, kita sendiri surrender dan putus asa. Tidak ada semangat pun meneruskan perjuangan, dan terus-menerus biarkan diri kosong tanpa supporter.
Mengakhiri post, mulai hari ni, supportlah diri kalian. Walaupun dalam dunia ni dah takde orang yang akan support kalian, tapi atleast yang tinggal hanya seorang je yang sentiasa support kalian, iaitu diri kalian sendiri.
Korang dah hidup lama bersama diri korang sendiri, jadi sepatutnya koranglah yang terlebih dahulu yang beri sokongan, yang beri semangat, yang yakinkan diri sendiri dan yang ingatkan diri korang bahawa korang adalah yang terbaik.
Percayalah cakap aku, bahawa diri korang sendiri adalah supporter diri korang yang terbaik. Jauh lagi terbaik daripada pakar-pakar motivasi dan fanclub artis-retis.
Support diri sendiri ok? Yakinkan diri sendiri ok? Kuatkan diri sendiri ok? Beri semangat kat diri sendiri ok?
Ok ok ok?
Comments
Post a Comment