Forever Alone : Hidupnya manusia kerana KASIH SAYANG
Alhamdulillah, bersyukur aku kepada Allah S.W.T atas setiap nikmat yang diberikan oleh-Nya kepada aku, walaubagaimana aku sentiasa berdosa kepada-Nya, namun nikmat itu sentiasa datang melimpah ruah kepada aku.
Aku masih lagi duduk di rumah, menghitung hari-hari untuk kembali ke universiti sebagai mahasiswa. Rindu nak buat assignment, rindu nak belajar. Otak rasa berkarat kerana tak digunakan semaksima macam kat universiti.
Setiap kali aku berjumpa dengan orang, orang akan tanya apa yang aku buat sekarang. Jawapan aku yang paling feymes, adalah menanam pokok tauge di depan rumah. Asalnya nak menanam pokok strawberi, tapi sebab asyik kejap panas dan hujan, pokok strawberi tak hidup. Wuhahaha.
Lalu, dalam keizinan Allah S.W.T, aku mengikuti satu kem motivasi Tingkatan 4 di sebuah kem di Rantau. Baru je lagi, dalam tiga empat hari lepas.
Walaupun aku pergi ke sana atas tiket fasilitator, namun aku sendiri yang dimotivasikan. Sungguh, aku tidak menipu. Begitu banyak yang aku belajar di sana, terutamanya dengan melihat perbuatan adik-adik Tingkatan 4.
Sebelum aku bercerita panjang, sebenarnya sudah lama aku nak berkongsi tentang Forever Alone ni. Konsep Forever Alone ni, setahu aku diperkenalkan oleh 9gag, satu aplikasi henset yang paling gila atas muka bumi. Wuhahaha, kenapa gila? Sebab sebelum aku tidur, wajib aku buka 9gag.
Abaikan keburukan aku tu - sebelum tidur bacalah doa -, konsep Forever Alone ni dalam 9gag, digunakan untuk lelaki yang nak tackle perempuan, tapi butthurt, tak dapat. Jadi dia pun forever alone la gitu.
Tetapi, apa yang aku nak ulas sebenarnya tentang konsep Forever Alone?
Stay tuned bebeh!
***
Aku tiba di kem atas tiket sebagai seorang fasilitator, atau lebih tepat lagi aku datang atas tiket sebagai seorang kem komandan. Kepada korang yang dah biasa pergi kem, samada kem solat, ibadah atau motivasi, mesti dah tahu apa watak seorang kem komandan ni.
Kem komandan ni adalah watak yang paling dibenci dalam sesebuah kem. Asyik marah-marah macam singa tak dapat makan daging, then ada je salah yang dia akan cari kepada peserta-peserta kem.
Tidak dapat tidak, atas nama kerja, aku terpaksa tune watak aku dengan kem komandan ni. Jadi watak aku yang gila-gila, romantik, sweet, hensem dan bermacam-macam sifat mahmudah lain - masuk bakul angkat sendiri - terpaksa aku gantikan dengan sifat marah-marah dan mencari kesalahan orang lain.
Setiap kem, mesti ada matlamatnya. Apabila para cikgu contohnya, menghantar anak-anak murid mereka menghadiri kem, jadi sudah tentu ada sebab, reason dan ada matlamat yang para cikgu mahukan kepada anak-anak murid mereka.
Berdasarkan maklumat yang aku dapat daripada cikgu-cikgu dan fasilitator yang senior, mereka mengatakan bahawa adik-adik Tingkatan 4 ni ada di antara mereka yang kurang menghormati guru, memperlakukan guru mereka seumpama kawan, dan merasakan diri mereka sudah cukup dewasa dan tidak layak dinasihatkan guru.
Jadi aku tidaklah menerima bulat-bulat sahaja maklumat tersebut, aku sendiri mahu tengok dengan mata kasar sendiri. Dan rupanya, benarlah apa yang dikatakan oleh cikgu-cikgu mereka.
Sebagai kem komandan, aku menjalankan watak aku dengan begitu baik sekali. Aku dapat melihat muka-muka mereka yang ketakutan, setiap kali aku memarahi mereka. Aku juga perasan, beberapa cikgu yang hanya tersenyum melihat gelagat aku memarahi mereka. Mungkin mereka rasa puas hati, sebab aku dapat menunaikan hajat mereka yang nak memarahi budak-budak ni, yang tidak kesampaian. Mungkin kot.
Teruk juga aku memarahi adik-adik ni, begitu teruk juga aku mendenda mereka. Aku tidak tipu, jauh dari sudut hati, aku betul-betul tidak mahu berbuat demikian, namun atas dasar kerja dan pertolongan yang diminta oleh guru-guru mereka sendiri, aku relakan watak aku diubah.
***
Pada suatu hari, ketika aku sedang menghandle slot, tiba-tiba aku kecik hati dengan melihat perangai adik-adik yang tidak mendengar arahan aku. Disebabkan aku berasa kecik hati, maka aku keluar daripada program tersebut tanpa berkata apa-apa kepada mereka.
Sejujurnya, perbuatan aku itu bukanlah satu perbuatan yang aku lakonkan, tapi minda dan hati aku yang menggerakkan tubuh aku. Sungguh, aku betul-betul berasa kecik hati dan aku mula berputus asa dengan mereka.
Jadi, aku membuat keputusan untuk kembali ke bilik aku, dan mengabaikan tanggungjawab aku sebagai kem komandan.
Dalam kehidupan aku, aku banyak disakiti oleh orang lain. Samada dalam berkawan, mahupun dalam bercinta. Jadi realitinya, apabila aku disakiti aku tidak akan sesekali memarahi mereka yang menyakiti aku itu. Aku berikan mereka peluang, itupun aku pujuk dan belai hati aku supaya berikan mereka peluang kedua, ketiga, kesepuluh, keseratus.
Tetapi, apabila kesabaran aku diuji, maruah aku dipijak, dan aku tidak dapat lagi memujuk dan membelai hati aku, jadi aku akan melarikan diri daripada mereka yang menyakiti hati aku itu tadi. Apa yang aku lakukan, adalah aku akan tidak melayan mereka. Di mata aku, aku tidak melihat mereka walaupun mereka betul-betul ada di depan mata.
Itu je cara yang aku lakukan dari dulu sehingga kini, dengan pretend orang yang menyakiti aku itu tidak ada wujud di dunia aku, maka aku akan berasa lega dan selesa.
Jadi, mungkin itu yang menyebabkan minda dan hati aku menggerakkan kedua-dua kaki aku, berjalan meninggalkan mereka semua menuju ke bilik aku.
Semasa aku bergerak, ada di antara mereka yang mengikuti aku. Mereka memujuk aku supaya kembali, meminta maaf atas kesalahan mereka kepada aku, tetapi aku tidak endahkan.
Namun, dalam diam aku berfikir. Aku berfikir, memang sekarang aku dalam mode lakonan, dan aku tidak bersifat dengan watak sebenar aku. Tapi itu bukan bermakna, aku boleh mengabaikan antara motto kehidupan aku, iaitu Tidak Berputus Asa.
Aku berfikir, jika aku mengabaikan tugas aku sebagai pendidik adik-adik ini, maka mereka akan selamanya bersifat dengan keburukan mereka. Malah, mereka akan dibenci oleh beberapa guru-guru di sekolah mereka. Lebih teruk lagi, mereka akan merasakan tidak ada orang yang mahu mendengar luahan hati mereka sedangkan mereka betul-betul memerlukan sokongan untuk menjadi orang dewasa.
Menyedari silap aku, aku kembali mengajar mereka. Menyambung kembali rutin aku sebagai kem komandan. Menyambung kembali kehidupan aku, sebagai orang yang tidak berputus asa. Dan,sungguh, aku mahu mendidik mereka menjadi insan-insan yang baik supaya mereka tidak akan menyakiti orang sebagaimana aku disakiti.
Dari situ aku sedar, bahawa demi Allah S.W.T, aku menyayangi mereka. Deep inside.
***
Walaupun aku merupakan pelayan tegar 9gag, sampai sebelum tidur pun nak kena layan 9gag, sampai nak terberak pun kena bawak masuk henset, tapi aku betul-betul tidak setuju dengan konsep Forever Alone ni.
Dalam kehidupan aku, aku banyak merasa perasaan kehilangan kasih sayang kawan-kawan dan kehilangan cinta. Aku juga pernah dipulaukan, dikeji, dimaki, orang buat pakatan jatuhkan aku. Tetapi, walaubagaimana aku diperlakukan sebegitu, demi Allah S.W.T aku tetap tidak berseorangan.
Aku sentiasa ada kawan-kawan lain yang menghormati dan menyayangi aku. Yang buatkan aku merasa nikmat kawan, walaupun aku dipulaukan kawan-kawan lain. Malah, aku juga mendapat kasih sayang cikgu-cikgu, mendapat kasih sayang lecterur, dan aku mendapat kasih sayang seorang ustaz yang aku anggap seperti ayah sendiri.
Dan, jika aku tidak mendapat kasih sayang seorang kawan dan kekasih pun, aku sentiasa ditemani oleh keluarga aku, ibu ayah dan akak aku. Walaupun banyak yang aku rahsiakan daripada mereka, namun hakikatnya merekalah satu-satunya tempat yang aku percaya, yang tidak pernah akan kecewakan aku, dan akan sentiasa memberikan belaian yang jauh lebih hangat daripada sesiapa-sesiapa pun atas muka bumi ini.
Dan, andainya semua itu hilang daripada aku, aku juga tidak pernah berseorangan, kerana aku tahu dan percaya, Allah S.W.T itu sentiasa ada memerhati aku, dan sentiasa memberikan aku rahmat, nikmat dan belaian yang jauh jauh jauh tahap gaban melebihi segalanya.
Dalam kehidupan kita, bila kita tidak menjumpai orang yang menyayangi kita, maka itu bukan bermakna tidak ada orang yang menyayangi kita. Cuma, kita je yang tak jumpa lagi. Mustahil manusia ini tidak disayangi. Walau sejauh mana teruk pun perangai seseorang manusia itu atau sejauh mana seseorang manusia itu dihina manusia lain, percayalah cakap aku, tetap ada juga yang akan menyayangi mereka.
Sebab itu, dalam kehidupan kita ini kena banyak merantau, menyebarkan semangat kasih sayang kepada semua orang. Mencari kasih sayang di tempat lain, setelah kita tidak disayangi di tempat lain.
Bila kita dikecewakan dalam percintaan, walaupun selepas 100 kali bercinta, maka itu bukan bermakna kita akan membujang sampai mati, ataupun bukan itu tandanya kita tidak ada jodoh, tidak ada yang menyintai kita, cuma kita je yang tak jumpa lagi. Silap-silap, jodoh kita pun tengah mencari, cuma dia je yang tak jumpa kita lagi.
Mana tahu, korang yang sedang membaca post ni jodoh aku?
Dan, sebagai manusia yang penuh iman, jika tak penuh pun atleast beriman, mesti kita tahu, bahawa Allah S.W.T tu sentiasa ada, dan takkan sesekali membiarkan kita forever alone, kerana Allah S.W.T itu bukan lemah macam manusia, dan Dia menyintai kita lebih daripada ibu kita sendiri. Cuma kita sedar tak sedar je.
Jadi why not, kita kembali kepada Allah S.W.T, yang merindui kita saat ini? Jika kita berdosa maka kembalilah, percayalah Dia akan terima kita.
***
Aku percaya, adik-adik ini bukannya jahat gangster, cuma nakal-nakal sedikit. Mereka ni sedang mengalami kenaikan usia, biasalah budak yang mahu membesar menjadi dewasa. Aku pun juga merasai, aku pun juga nakal-nakal, aku pun juga besar kepala.
Tetapi, mereka ini perlukan sokongan. Perlu ada yang guide mereka, jangan berputus asa dengan mereka. Jahat-jahat mereka, mereka lakukan sebab mereka tidak tahu itu jahat. Dan mereka pun bukannya jahat.
Apabila mereka ditinggalkan, takde yang nak support, asyik marah-marah mereka, jadi mereka takkan jadi baik, malah mereka akan rasa lemah semangat, putus asa, dan rasa diri mereka tak berguna.
Setelah program tamat, setelah aku kembali bersifat dengan watak sebenar aku, ambik balik sifat romantik, sweet, caring blah blah, aku melihat watak sebenar mereka semua. Bahawa benarlah hipotesis aku, yang mereka ini boleh diubah dan dibentuk, cuma perlukan guide dan support daripada orang dewasa.
Sehingga hari ini, aku dan mereka masih lagi berhubungan, ada group whatsapp, dan setakat ni hari-hari mereka yang duduk di asrama, tepon aku, sambil merayu bawak duit syiling banyak-banyak sebab nak gayut dengan aku.
Dalam diam, aku merasa dihargai, aku tersentuh dengan kasih sayang mereka.
Aku percaya, bukan aku tidak disayangi, cuma aku belum jumpa siapa yang menyayangi aku lagi. Oleh sebab itu, aku sentiasa mendidik diri aku untuk menghargai orang lain. Untuk hargai kasih sayang orang lain. Supaya mereka tidak akan rasa apa yang aku rasa, dan aku percaya dunia ini ibarat roda yang berputar.
Hari ini aku menyayangi, besok aku pula disayangi.
Mengakhiri post, percayalah bahawa dalam dunia ini kau tidak berseorangan. Tidak pernah berseorangan. Sentiasa akan ada yang menemani diri kau. Kerana manusia itu hidup dengan berkasih sayang.
Jika kau merasa kau tidak disayangi, maka kau sayangi pula orang lain. Kerana menyayangi itu, sama sahaja dengan disayangi. Nabi S.A.W. pun pesan, bersifat apa yang kita nak orang lain bersifat kepada kita.
Hakikatnya, Allah S.W.T tu sentiasa ada menyayangi kita semua, walaupun di saat tidak ada yang menyayangi kita.
Aku tutup dengan satu hadtih Nabi S.A.W:
Barangsiapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak akan disayangi.
Riwayat Muslim
Baek la abg tari....
ReplyDelete