Ingatlah duhai LELAKI : Mengejar hati yang telah kau lepaskan

Assalamualaikum semua pembaca yang aku sayangi. Sangat sangat sayangi. Semoga suatu hari aku berpeluang untuk bersua dengan korang semua. 

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T atas pelbagai rahmat, nikmat dan ujian yang datang menjergah kehidupan aku. Dan aku sangat bersyukur, setelah sekian lama aku menyepi daripada berkongsi dengan korang sama, kini jari-jari aku laju men'shuffle' atas keyboard lappy aku ini.

Yes, lappy aku. Wuhahaha. Setelah sekian lama lappy ini pergi bermusafir membantu kakak aku dalam menyempurnakan banyak assignmentnya, kini lappy aku ini kembali menagih kasih sayang aku. 

Pembetulan, aku yang menagih kasih sayang lappy aku. Dasar mahasiswa yang terpaksa.

Maafkan aku, atas lama sangat menyepi. Sejujurnya, aku memang bajet busy. Idea datang dan pergi, tatkala datang lappy tiada, tatkala pergi kemalasan yang mengganti idea tersebut.

Alhamdulillah, pejam celik aku baru sahaja pulang ke universiti selepas hampir 12 jam duduk di atas bas. Nasib baik tak rata punggung, masih cun dan mengacam, wuhahaha.

Sejujurnya, aku meninggalkan rumah dan keluarga aku yang tercinta dengan perasaan yang lebih berat daripada berat bas yang hampir 12 jam tak sampai-sampai Terengganu - maroh maroh - sebab aku rasa macam aku tak luangkan banyak masa bersama mereka.

Aduhai, semoga Allah S.W.T memberikan aku peluang dan ruang yang banyak, agar keluarga aku yang aku sayangi ni lebih banyak gembira dengan aku, dan bukannya terbeban dengan aku yang banyak bikin masalah dan sokmo menyusahkan mereka.

Sokmo? Nampak Terengganu membeliti.

Terima kasih kalian, kerana terus support blog aku walaupun dah lama krik krik macam cengkerik yang buasir. Ok tak lawak, tapi seriously, terima kasih dan doakan aku supaya mampu berkongsi dengan korang semua.

Walaupun sungguh, aku hanyalah manusia yang tak sempurna. Yang banyak dikeji, dicaci, disebarkan aib dan dijudge setiap sudut. Itulah aku.

Cukuplah dengan muqadimmah, terus lompat kepada tajuk yang ingin aku sampaikan.

Sejujurnya, aku menulis tajuk ini dengan perasaan marah yang membuak-buak - maroh maroh - dan juga aku kasihan kepada jantina aku, yakni kaum lelaki - tak semua - yang terus-menerus mencipta kesilapan sama, khususnya ketika sedang menjalinkan suatu perhubungan.

Oleh sebab itu, kerna sayangnya aku kepada kaum lelaki, maka aku menulis. Feel free untuk baca, feel free untuk terima, kaum perempuan juga aku alu-alukan untuk baca post aku ni.

***

Dalam sesebuah perhubungan, secara kebiasaannya majoriti perhubungan tersebut dimulakan dengan langkah daripada kaum lelaki dulu. Samada couple yang pelik-pelik, bertunang mahupun berkahwin, majoritinya kaum lelaki ni yang starter dulu.

Jarang aku tengok, sesuatu perhubungan itu kaum perempuan yang start dulu. Sebab mereka ni biasalah, malu-malu tapi mahu. Bukan tak nak, mungkin sebab malu nak start dulu, takde idea atau cara, jual mahal atau mungkin ini adalah adat dan norma masyarakat yang membentuk mereka ni.

Apabila seseorang perempuan itu yang memulakan langkah, mengorat ke, meminang ke, maka masyarakat kita melihat perkara ni macam tak molek dan kurang sesuai, sebab sepatutnya kaum lelaki yang kena mula dulu benda-benda camni.

Camana kaum perempuan nak pun, kaum lelaki jugak kena start. Hal ini diperkuatkan dengan peribahasa orang Melayu iaitu, seperti perigi mencari timba. Ambik kau, macam tesis dah aku tulis.

Tak perlulah untuk aku syarah setebal 10 muka surat tentang makna peribahasa terbabit, sebab masing-masing dah A pun paper BM masa SPM, paling koman pun lulus.

Jadi, tanyalah siapa-siapa pun yang berada dalam perhubungan, couple pelik-pelik ke, teman tapi mesra ke, tunang ke, suami isteri ke, majoriti akan menjawab bahawa kaum lelaki yang memulakan segala-galanya.

Dari pickup line, mengorat, meluahkan perasaan yang dipendam sekian lama, serba-serbi kaum lelaki yang start dulu.

***

Allah S.W.T menciptakan kaum lelaki dengan akal yang superb dan daya usaha yang kuat. Walaupun universiti penuh dengan kaum perempuan disebabkan kaum lelaki - tak semua - menggunakan akal superb mereka ke jalan yang salah, namun kalau bab berusaha kaum lelaki takkan kalah.

Kalau kaum lelaki nak sesuatu atau seseorang, maka dia akan menggunakan pelbagai macam jenis aneka cara, untuk merealisasikannya. Walaupun terpaksa melanggar hukum Allah S.W.T dan hukum manusia.

Begitulah juganya dalam memulakan sesebuah perhubungan, dengan seseorang perempuan yang dia ingini.

Dalam perhubungan, kalau seseorang lelaki tu nakkan seseorang perempuan, maka usaha yang dia bagi memang mengalahkan usaha yang dia bagi dalam nak jawab addmath SPM kertas 2. Memang all out punya dia bagi.

Tu kalau sekali tackle dapat, kalau berkenan dekat seseorang perempuan yang jual mahal, yang jenis judge dulu lelaki ni nak ke serius main-main ke, ha, memang kena usaha lebih lah sebab konfirm akan direject beberapa kali.

Aku teringat, kesemua perhubungan cinta yang aku jalinkan - zaman muda-muda - semuanya aku yang mulakan. Tak pernah lagi perempuan terhegeh-hegeh kejar aku - merendah diri walaupun ada - sebab aku je yang selalu terhegeh-hegeh kat depa.

Tapi, terhegeh-hegeh bukan sebarang hegeh, hegeh aku bermatlamat dan ada visi dan misi yang melangkau 10 tahun usia aku, walaupun masa tu aku try nak tackle seorang awek ni masa umur darjah 1.

Bukan main-main bai, darjah 1 aku dah pun ada visi dan misi 10 tahun ke hadapan.

Hanya lelaki yang hebat macam aku je - abaikan keriakkan aku - yang takkan menyerah kalah dalam tackle perempuan ni. Selagi tak dapat, direject macam mana pun, perjuangan tetap diteruskan sampai dapat.

Tapi ada je tak dapat. Dan, aku bukan lagi lelaki camtu sekarang, alhamdulillah sudah matang dan semakin hensem. Tapi, hakikatnya aku masih tak berputus-asa dalam mengejar kebahagiaan aku sendiri. Itu je yang tak berubah.

Pendek ceritanya, lelaki kalau nak dapatkan perempuan yang dia mahukan, dia akan cuba sekuat mungkin, sampailah dapat.

Inilah keistimewaan lelaki, semangat dan usahanya tip-top. Sebab tu bila seseorang lelaki ni serius dalam apa jua perkara, konfirm dia akan berjaya.

Betul tak kaum perempuan? Ha maroh-maroh!

***

Tapi sayangnya, ha, inilah yang aku nak sampaikan sebagai klimaks dan luahan aku dalam post ni.

Sayangnya, wujudnya sebahagian kaum lelaki yang hanya berusaha gigih dalam membina perhubungan, tapi sambalewa melepaskan batuk di tangga, dalam mengekalkan perhubungan yang dibina.

Masa nak dapat, beria usaha macam nak rak, bila dah dapat, tak berusaha beria-ria pun macam dulu?

Kenapa kaum lelaki? Sebab kau rasa kau dah dapat apa yang kau mahukan? Kau rasa yang perempuan yang kau mahukan itu takkan lari daripada kau? Cukup dengan just usaha dulu je masa mula-mula?

Pemikiran camtulah, yang menyebabkan betapa banyaknya perhubungan yang putus dan hanya tersekat di separuh jalan, disebabkan perangai kaum lelaki yang hanya hangat-hangat tahi ayam je.

Yes, aku paham perasaan itu. Aku juga banyak kali bercinta, jadi aku paham. Awal dulu, aku pun pernah buat camtu. Masa nak dapat, beria-ria usaha all out. Tapi bila dah dapat, hanya layan biasa-biasa je.

Masa nak, nak. Masa tak nak, tak nak. Perempuan itu hanya dilayan macam alat permainan, sedangkan masa kita berusaha dahulu, effort yang kita berikan itulah perempuan itu cair atas keikhlasan kita yang betul-betul mahukan dia, bukan macam alat permainan.

Silap besar tu. Sayang itu bukannya hanya berada di awal perhubungan, tapi dikekalkan sehingga ke akhirnya.

***

Kaum perempuan, adalah manusia yang cukup sukar untuk ditawani, hati dan jiwanya. Mungkin kaum perempuan boleh ditawan tubuh badannya oleh kaum lelaki, sebab mereka ni lemah tak  kuat macam kaum lelaki.

Tapi kalau bab hati dan jiwa, kaum perempuan menang.

Sebab tulah, kaum perempuan takkan menerima dan membuka hatinya kepada seseorang lelaki, mudah-mudah macam kaum lelaki suka dengan kaum perempuan. Kadangkala bertahun-tahun usaha pun, belum konfirm seseorang lelaki itu boleh menawan hati seseorang perempuan.

Dan macamana mudah pun seseorang perempuan tu membuka hatinya, mungkin sebab dah biasa bercinta ataupun memang level cap ayam je - cikaro - tapi tetap bukan dalam percubaan yang pertama.

Sepanjang 13 tahun karier dan episod aku dalam percintaan, aku tidak pernah berjaya dalam percubaan pertama dalam mendapatkan cinta seseorang perempuan. Cuma samada kejap atau lama.

Aku pernah tackle seseorang dalam masa semalam, pernah dalam berbulan-bulan, pernah kena reject beberapa kali, kena friendzone, semua aku dah rasa.

Bukan senang wei, nak menawan hati perempuan. Apatah lagi yang tak pernah bercinta, ataupun ada kisah buruk dalam percintaan.

***

Perbuatan yang aku benci jantina aku buat, bukannya just berusaha sambalewa je dalam mengekalkan perhubungan, tapi yang paling aku benci adalah :

"Mengejar kembali perempuan yang sudah lari daripadanya, disebabkan kesilapannya yang tak pandai mengekalkan hubungan mereka dahulu."

Beberapa bulan ni, aku menerima luahan dan perkongsian masalah daripada beberapa kaum perempuan yang mengalami perkara sedemikian.

Malah, perkara ni berlaku depan mata, dan sehingga membuatkan aku sangat meluat, menyampah, nak marah, walaupun aku merasa kasihan dan simpati dalam masa yang sama.

Benarlah kata orang, kita hanya merasai pentingnya sesuatu atau seseorang hanya selepas kita kehilangannya.

Mereka meluahkan kepada aku, betapa sedihnya mereka apabila seolah krik-krik je dalam perhubungan mereka. Lelaki yang mereka sayangi kini, bukannya lelaki yang sama dulu. Lelaki yang all out sweet-sweet masa mula-mula nak tawan hati mereka.

Disebabkan kekangan masa dan lain-lain, mereka hanya dibiarkan krik-krik oleh lelaki yang mereka sayangi.

Apabila minta untuk disayangi, mereka diminta oleh lelaki yang mereka sayangi itu untuk cuba memahami mereka.

Apabila mahu meluahkan masalah yang meresahkan mereka, mereka diminta untuk tunggu dan bersabar sementara lelaki tersebut ada masa yang mencukupi untuk mereka. Padahal, mereka hanya mahu meluahkan masalah tersebut kepada seseorang yang mereka sayang.

Disebabkan rasa krik-krik, sedih, kecewa, terkilan dan tidak mampu meneruskan perhubungan, mereka beransur-ansur membawa diri. Mula menyedari hakikat, bahawa perhubungan ini tidak kekal lama dan mereka dah pun memberi hati kepada lelaki yang salah.

Ada di antara mereka yang bukan sahaja beransur-ansur move on dan menjauhkan diri daripada lelaki tersebut, malah ada juga yang mula beransur-ansur membuka hati kepada lelaki lain pula, yang mereka nampak jauh lebih baik bagi mereka.

Dan lelaki itu pula, bila mula sedar perempuan yang dia bersungguh-sungguh all out mula lari dan menjauhkan diri, mulalah macam ibu ayam yang kehilangan anak. Tak senang duduk, rasa bersalah datang menyelubungi setiap sudut minda dan hati.

Maka dia pun kembali balik macam dulu, all out mendapatkan perempuan yang dia nak mula-mula dulu.

Keluarlah ayat-ayat cinta yang panjangnya berjela-jela, yang manisnya mengalahkan sira nipah, yang penuh dengan kata-kata maaf dan sesal yang dikarang dengan air mata penyesalan.

Bila perempuan tersebut membawa hati dan dah pun jauh melarikan diri, tak balas mesej whatsapp dan call, maka lelaki itu tadi tetap tak mengaku kalah dalam mendapatkan semula cinta perempuan yang mula menghilang.

Mulalah jadi seorang pakar bahasa yang mengarang ayat yang mengalahkan Shakespear, mulalah jadi seorang penyair yang mencipta syair dan puisi cinta yang mengalahkan Zuhair Abi Thulma, mulalah jadi seorang ustaz yang quote ayat Islamik dan video filem cinta Islamik ala-ala Ayat-Ayat Cinta dan 7 Petala Cinta.

Maka kembalilah lelaki tu macam dulu, berusaha gigih nak dapatkan hati perempuan yang dia nak dulu. Kan kaum lelaki kan tak kalah dalam berdaya usaha?

Tapi jangan lupa, kaum perempuan takkan kalah dalam bab hati.

***

Aku kasihan dekat kaum lelaki yang meroyan camni, yang mula terhegeh-hegeh nak dapatkan balik cinta perempuan yang mereka sayang. Mereka sedar, hakikat kesilapan mereka yang abaikan perempuan yang mereka sayang.

Tapi dunia ni bukannya seindah yang kita sangka. Kadangkala kita akan dapat peluang ke-2 untuk tebus mistake kita. Kadangkala kita akan dihukum terus, tanpa diberi peluang ke-2 untuk tebus mistake tu.

Yang aku kasihan, bila perempuan yang mereka kejar tu dah mula buka hati mereka untuk lelaki yang lebih baik daripada mereka, yang pandai hargai perempuan tersebut, masa tulah mereka datang menagih cinta kepada perempuan tu tadi.

Aduhai, memang betul-betul macam cerita novel. Tapi itulah hakikatnya.

Kesian dekat perempuan tu. Masa dia mahukan kau, kau abaikan dia. Tak menghargai dia macam yang kau lakukan dulu, beria-ria all out berusaha nak dapatkan dia.

Lalu dia mula lari, membuka hati kepada lelaki yang betul-betul ikhlas nakkan dia, yang juga all out cuba untuk tawan hati dia.

Bila perempuan tu dah mula bahagia dengan lelaki lain, perlahan-lahan memori kau dengan dia mula digantikan dengan memori baru dengan lelaki lain, maka masa tulah kau datang dan mengeruhkan keadaan.

Kau tagih cintanya semula, memaksa membuka hatinya yang telah dia tutup kemas untuk kau dan buka luas-luas untuk lelaki yang jauh lebih baik daripada kau.

Sungguh kau lelaki yang mementingkan diri sendiri. Adakah kau fikir yang perempuan tu tak merasa apa-apa?

Walaubagaimanapun kau berusaha, sejauh mana kau menyedari kesilapan kau, hakikatnya, kau kena terima yang mistake tu kau takkan dapat peluang ke-2 untuk tebus.

Move on la kawan, dah berilah peluang untuk perempuan yang dahulunya menyayangi kau kerana usaha kau yang telah menawan hatinya, untuk dia kejar kebahagiaannya sendiri bersama lelaki yang jauh lebih baik dan layak untuknya.

Itu jauh lebih baik, jika betul kau seorang lelaki yang sejati.

***

Mengakhiri post yang panjang dan dipenuhi luahan yang datang dari hati aku, aku menyeru kepada semua lelaki yang sedang berada dalam perhubungan - termasuklah diri aku sendiri - untuk teruslah bersifat sebagaimana kalian di awal dahulu.

Jika dahulunya kau seorang yang gigih berusaha untuk membina hubungan, maka teruskanlah gigih berusaha untuk mengekalkannya.

Jika dahulunya kau sering meluahkan kata-kata yang membahagiakan hatinya, maka jangan berhenti untuk terus meluahkannya kini.

Sesibuk mana pun kau, sebanyak mana kerja pun yang kau perlu hadapi, sebanyak mana pun masa yang mampu kau luangkan untuknya, hargailah setiap usaha dia dan tunjukkanlah perhargaan kau kepadanya.

Jangan pernah berhenti untuk menunjukkan rasa sayang kepada mereka yang kita sayangi. Kerna tatkala dia pergi suatu hari nanti, walau berapa banyak panggilan yang kita jerit pun, takkan sampai kepada telinga hatinya.

Kepada kaum lelaki yang masih meroyan, mengejar hati perempun yang kau lepaskan - khususnya kau duhai kawan - berhentilah daripada membuat perkara yang hanya memburukkan keadaan kau dan keadaan perempuan tadi.

Terimalah hakikat bahawa itulah pengakhirannya, dan berilah peluang untuk dia menikmati kebahagiaannya sendiri, walaupun kau kini bukan lagi sebahagian daripada episod kisah hidupnya.

Apa yang lebih penting adalah, kau perlu jadikan ini sebagai satu pengajaran yang bermakna, agar suatu hari nanti, andai kau berada lagi dalam perhubungan dengan perempuan yang lain pula, kau takkan mengulangi kesilapan yang sama sekali lagi.

Kerana bukan semua kesilapan itu, kau akan diberi peluang ke-2 untuk menebusnya.

Kerana ada kesilapan yang akan menghukum kita tanpa diberi peluang ke-2 untuk menebusnya.

Comments

  1. Kalau perempuan yang mulakan dulu, apakah pendapat kamu? Macam kes saya ni, saya yang mulakan dulu. Dia pula dapat terima saya dan kami teruskan hubungan ke arah yang seterusnya. Tapi sayangnya dia berubah bila pulang saja dari kampung. Dia mahu mengakhiri semua ni. Saya cuba pujuk dia tapi dia tetap dengan keputusan dia. Saya betul2 sedih sebab saya sangat sayangkan dia. Malah rasa sayang saya ni makin kuat. Sampai sekarang saya tak boleh lupakan dia. Saya tak tahu nak buat apa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya, tak pernah ada masalah kalau perempuan yang mulakan dulu, malah dalam norma masyarakat kita yang agak prejudis dengan perigi mencari timba ni, saya betul2 tabik dengan perempuan yang sebegitu.

      Hurm, kadang2 bila seorang lelaki membuat keputusan, dia susah nak tarik balik.

      Berdasarkan cerita awak ni, saya pasti sudah tentu ada sebab kenapa tiba2 dia nak akhiri semua tu, awak dah tanya dia?

      Kalau tak takkan tetiba boleh camtu?

      Biasalah, siapa yang tak sayang? Ditinggalkan oleh seseorang yang kita sayang cukup menyakitkan, semua memori indah kita dengan dia takkan henti2 berputar2 dalam kepala.

      Saya paham perasaan tu.

      Nasihat saya sahabat, jika awak betul2 rasa dia takkan kembali lagi kepada awak, jadi saya rasa elok awak slow2 move on.

      Atleast itu lebih baik daripada menunggu seseorang yang semakin jauh, untuk kembali dekat dengan kita, kan?

      Dah bukan jodoh awak ae, sudah pasti yang lebih baik sedang menunggu awak :)

      Delete
  2. Hi, sy nak tanya pendapat atau pandangan penulis sebagai seorang lelaki. Sy tertanya2 samada sy yg salah atau dia dlm situasi yg tgh sy alami. Kami pernah berbincang soal utk ikatan yg sah. Sampaikan dia pun membenarkan sy utk memberitahu ibubapa sy (dh bgtau dh. si dia pun tau. siap discuss adat). Kami dh plan utk future, dari segi pekerjaan, pendapatan tambahan, tinggal di mana (kami tak sama negeri).
    Sebelum sy knal dgn dia, sy dpt tahu dari kwn2 dia bahawa dia adalah seorg yg agak pemalu dan bkn yg jenis bercerita background sndiri dgn org lain. Tapi once kami cple, dia lebih suka bercerita pasal background dia dgn sy. Pernah jg la sebelum ni kami ada gaduh. Dia pnh ckp "yg penting kita janji utk kekalkan hubungan & bagi komitmen dgn each other".
    Tapi, lately ni tetiba dia mcm berubah. Kol ssh nak angkat. Chat tak bereply. Nak jmpa pun ssh. Kami menginap di tempat berdekatan tapi ssh nk jmpa sbb dia ckp xdpt jmpa. Sy mula la pikir bkn2 tapi sy tak bash dia pun sbb sy tau lelaki tak suka di bash. Sy tak tau knpa dgn dia. Padahal dia bkn bt apa pun. Smlm sy dpt tau dari kwn sy yg diaorg pegi main bola, tue yg tolak ajakan sy utk jmpa. tp dia xckp pun sbb, just ckp xdpt jmpa.

    Pernah jg sy tnya dgn dia face2face "u serius dgn hbgn kita ke tak". Dia jwb serius, love u la, i really want u la bagai. dia siap ckp look at my eyes masa ckp tue. Then sy ckp la sy mnta di lepaskan. Tapi dia sungguh2 taknak lepaskn sy.
    Jadi, sampai hari ni sy trtnya2 apa niat dia sbnrnya. apa yg dia nak dari sy. Padahal dia tak pnh dh chat sy, kol sy. Diam je. kdg2 sy chat pun dia tak balas. seen jer. Sy sakit bru2 ni pun dia tak kesah.

    Sy nak mnta pendapat penulis, apa niat dia, knpa dia buat mcm tu dan what should i do.

    Thank so much penulis. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu soalan yang menarik.

      Saya sering ditanya oleh lelaki dan perempuan, pasal perspektif jantina ni. Kalau yang laki ni, diorang biasa tanya saya sebab diorang nak tackle perempuan tu wuhahahaha.

      Tapi, sejujurnya saya sangat suka menjawab dari kaca mata seorang laki, iaitu apa yang orang pempuan ni nak tahu sangat.

      ***

      Masyarakat dunia selalu beranggapan, yang laki ni jauh lebih simple daripada pempuan. Pempuan ni complicated la bagai. Kalau tak caya, boleh try tengok kat 9Gag, banyak gila meme dan troll pasal tu.

      But actually, bagi saya lelaki juga antara golongan yang complex. Malah, tak keterlaluan, kalau saya katakan yang lelaki ni adalah suatu golongan yang memang contra tahap gaban, reaksi muka dan apa yang mereka rasa di dalam.

      Perempuan tak, perempuan jauh lebih simple dalam bab ni. Pempuan, kalau dia sedih, memang akan nampak muka dia berubah, merah, mata jadi kuyu. Tu belum masuk nangis lagi, mahunya bengkak-bengkak mata, bawah mata jadi hitam mengalahkan panda.

      Kalau orang pempuan berlaku camtu, mesti sebab paling utama adalah sedih, samada clash mahupun gaduh either dengan kawan pakwe dll. Tersangat sikit orang pempuan nangis tahap gaban sebab tengok Syurga yang Dirindukan mahupun baca Andai Itu Takdirnya.

      Ada, tapi jarang yang bengkak-bengkak mata nangis sebab tu.

      Laki, bila orang perempuan pergi kelas, dan tengok ada seorang mamat ni masuk kelas memang miserable tahap gaban, mata hitam kuyu, rambut tak sikat semua, jadi ramai akan assume yang mamat ni baru lepas clash la blah blah (masukkan scene pempuan open table untuk cerita).

      Padahal, mamat tu tak dapat nak mandi sebab air kat rumah dia takde. Bil tak sempat nak bayar. Takpun, sebab main dota 4 5 round, atau marathon One Punch Man dan Attack The Titan sekaligus.

      Cuba tengok mak dan ayah kita. Mak kita, kita masak megi 1 hari pun, mak kita risau, anak dia ni ok ke tak. Kalau dalam grup wasup family, memang penuh dengan noti mak kita je.

      "Adik ok?" "Adik dah makan?" "Adik demam ke?"

      Bila dah dekat 20 lebih noti, baru nampak noti ayah kita.

      'Sori, ayah berak tadi."

      Dekat sini menunjukkan, lelaki kadangkala jauh lebih complex daripada pempuan, setuju tak?

      So, itulah dia lelaki.

      Delete
    2. *Sebab panjang sangat, terpaksa asing wuhahaha*

      Tapi, walaupun lelaki ni kadangkala susah nak baca, reaksi muka dia memang tak sama dengan apa yang dia rasa, tapi hanya ada dua manusia je yang paham dia camana.

      Seorang namanya Ibu. Seorang lagi namanya Isteri.

      Beza antara dua I ni ialah, Ibu, dia takperlu anaknya beritahu apa yang berlaku. Sebab ibu ni dia tahu apa yang anaknya rasa.

      Majoriti orang lelaki ni, diorang tak berapa nak suka nak share macam-macam dengan ibu mereka, sebab faktor utama ialah, mereka tak nak ibu mereka risau. Walaupun mereka nampak cool, walaupun ada something yang berlaku, walaupun ibu mereka menangis kaw kaw punya, laki tetap nampak cool dan akan tenangkan ibu mereka.

      Sedangkan hati mereka dah pun burst with tears.

      Isteri pula sebaliknya. Disebabkan hubungan isteri jauh berbeza dengan ibu, di mana mereka dah berkongsi macam-macam, dari fizikal (pepandai paham) sampailah rasa dan hati.

      Jadi, isteri akan paham sendiri tentang feel dan behaviour suami mereka. Dan orang lelaki lebih cenderung untuk beritahu segalanya, apa yang buatkan mereka happy, stress dll, kepada isteri mereka.

      Biarpun anak-anak kengkadang nampak ayah diorang macam hati kering takde perasaan, tapi isteri tahu segalanya.

      ***

      Walaupun masih belum bergelar isteri, tapi saya berpendapat yang perkara about understand dan tahu segala-galanya pasal lelaki (si dia) tu, awak pun boleh buat.

      Sebab tu, awak sendiri kena tanya diri awak, sejauh mana awak betul-betul mengenali si dia. Tahu di sini, bukan just tahu besday dia bila, dia suka makan apa, warna apa, pakai baju brand apa blah blah.

      Tapi, awak kena tahu, perbuatan apa yang dia tak suka awak buat, kata-kata apa yang menyakitkan hati dia, siapa yang dia tak suka, setiap pagi dia buat apa, kalau dia senyap dia buat apa, camana dia marah dll lagi, semua tu.

      Kalau awak masih lagi tak tahu semua benda, so maknanya hubungan awak masih lagi baharu camtu.

      Yup, saya setuju bahawa orang perempuan memang sukakan perhatian. Mereka nak dilayan. Mereka nak orang laki ni semuanya tahu apa yang diorang nak.

      Tapi sayangnya, baik laki atau pempuan, dua-duanya tak sempurna. Hatta saya yang menulis ni sekalipun.

      Kadangkala saya termarah 'kesayangan' saya tanpa sedar, sampai dia nangis-nangis. My bad.

      Sekali sekala, awak kena beralah. Kadangkala, awak ikut flow dia. Dan berusaha untuk tunjukkan betapa awak caring dan terima semua flaw dia.

      Tanya dia, buat apa. Busy ke, tanya semua tu. Kalau dia tak reply, call. Semua ni bukan sebab awak busy body, queen control ke apa, tapi menunjukkan betapa awak caring kat dia.

      Mungkin dia ada masalah, mungkin juga dia penat. Tapi awak perlu tahu semua tu.

      Semuanya ada sebab. Walaupun wujud kemungkinan dia ada perempuan lain ataupun tak berminat dah dengan awak, tapi wujud juga kemungkinan yang dia just penat, sibuk dll.

      Jika dia bersungguh-sungguh kata dia sayangkan awak dan tak nak lepaskan awak, jadi mesti ada sebab kenapa dia tak balas wasup awak.

      Sekali sekala, awak luahkan betapa awak rindukan dia yang dulu. Yang selalu wasup dll. Katakan, yang awak pun nak juga perhatian, nak juga rasa diberi something instead memberi.

      Jangan malu untuk beritahu apa yang awak nak daripada dia. Mungkin dia tak tahu.

      Jangan terlalu paksa dia. Instead awak dekati dia dan tunjukkan secaring yang boleh. Pasti semuanya ada sebab.

      Ok? Camana feedback awak? Saya menunggu.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts

Terima Kasih Followers