Perokok paling PEFORM atas muka bumi?

Assalamualaikum warahmatullah, buat korang semua pembaca yang aku sayangi. Seperti biasa, aku sentiasa mendoakan korang semua - termasuklah diri aku sendiri -, agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah S.W.T, dan mostly dipermudahkan setiap urusan.

Seperti biasa, nafsu aku untuk menulis umpama tahi ayam yang baru dilepaskan. Panasnya kejap. Bersemangat waja nak menulis macam time tu juga aku boleh keluarkan berpuluh-puluh buku, yang aku tulis direct non-stop.

Tapi bila aku baring je atas katil, jangankan semangat, buku ke apatah lagi tahi ayam, semuanya menjadi gelap gelita hahaha.

Aku syak sebenarnya, aku masih car lag - ala-ala jet lag - gitu, badan masih kepenatan selepas memandu lama ulang alik dari Terengganu dan Johor. Mungkin badan kepenatan sebab itulah kali pertama - sepanjang hampir 3 4 tahun boleh bawa kereta - aku memandu jauh tanpa bergilir-gilir memandu.

Takpun mungkin sebenarnya aku terlebih tidur, haha.

Selalunya akan bertukar pemandu, tapi yalah, gentlemen punya pasal dan sementelah orang di sebelah pun masih kurang cekap memandu jeng jeng haha.

Tanpa muqadimmah yang panjang, cukuplah aku state kat sini, yang aku membuat keputusan untuk ke Johor bagi memenuhi jemputan rakan ketika aku di Askar Wataniah dahulu. Hubungan kami agak rapat, sampaikan aku anggap dia seperti kakak sendiri.

Cuti Tahun Baru Cina yang agak panjang di universiti, aku isi selama dua hari dengan rehlah dan percutian ringkas. So alhamdulillah, misi tercapai, dapat pergi dan balik dengan selamat, dapat menikmati dengan seronok beberapa lokasi kat Batu Pahat, walaupun masa tersangat singkat.

Paling penting aku dapat abadikan kenangan datang ke kenduri kahwin kakak angkat aku tu dalam bentuk gambar, dan aku boleh post di IG sebagai satu kejayaan bagi aku sebab berjaya datang ke kenduri kahwin orang buat kali pertama, walaupun sebelum ni ramai jemput, tapi aku je yang memiliki kekurangan.

Kereta pun belum ada kan?

Tanpa muqadimmah lagi, aku tiba di majlis dalam pukul tiga camtu. Menurut kakak angkat, pengantin di Johor selalunya bersanding dalam petang-petang camtu. So agak bezalah dengan di Negeri Sembilan, di mana  majoriti pengantin kalau bersanding pun, paling lewat dalam pukul satu camtu.

Jadi sebab dalam kad pun kata bersanding pukul 230, jadi tak sedap la nak datang pukul sepuluh walaupun pukul sepuluh tu dah available, majlis makan dah start. Lagipun fokus rehlah yang jauh ni adalah melihat sendiri kakak angkat bersama suaminya.

Gambar tu yang penting hahaha.

Majlis kakak angkat guna style meja bulat, bukan meja panjang. Jadi masa aku sampai tu, aku terpaksa berdiri lama, sebab semua tempat memang full house. Dan kalau kita fikir logik pun, ni kenduri kahwin, so possibility untuk seseorang tu datang, then lepas makan tu terus blah memang mustahil la kan?

Lagi-lagi kalau jumpa kawan lama, kawan sekolah dll, lagilah lama nak menyembangnya.

Setelah hampir sepuluh minit aku berdiri, akhirnya aku perasan ada dua tempat kosong di sebuah meja ni, jadi aku pun pergi ke meja tu, dan aku tanyakan kepada mak cik - sebab dia yang aku nampak paling tua kat situ - yang duduk kat situ, yang dua tempat kosong tu available tak.

Dan dengan muka mak cik tu yang macam action dan berlagak - bagi akulah -, dia mengiyakan. So selepas kami berdua dah ambil makanan, dan duduk di tempat tadi, jadi aku pun startlah makan dengan gaya seorang musafir. Yalah, kami ni orang jauh hahaha.

Sambil-sambil makan tu, aku perhatikan semua orang yang duduk bersama di meja aku tu. Dan aku rasa mereka semua tu adalah anak beranak, disebabkan muka pun hampir sama. Yang pastinya, aku takdelah nak acah-acah friendly bagai, nak tegur mak cik tu  nak berbasa-basi.

Dengan respon mak cik yang agak berlagak tu tadi pun dah cukup me'turn off'kan aku untuk ajak bersembang, lagipun aku takde mood nak bersembang, sebab aku kesian dekat tetamu-tetamu lain yang berdiri lama menunggu untuk makan.

Tiba-tiba, anak lelaki kepada mak cik tu menyalakan sebatang rokok, dan dengan selambanya dia menghembus asap tu ke depan, dan aku pula makan bertentang dengan dia. So dalam hati aku terdetik, "Seriuslah, kau ni takde common sense ke?"

Sambil-sambil makan, aku perhatikan - tapi taklah terlalu obvious - budak lelaki yang hisap rokok tu. Dia pakai cap dan baju kolar bulat, dan aku assume umur dia mungkin baru habis SPM camtu. Sebab dia nampak muda dan macam baru nak up. Dengan cincin bagai, ceh.

Perbuatan budak lelaki tu cukup me'turn off'kan selera makan aku, sebab perasaan marah tu mulai menguasai diri aku lebih daripada perasaan lapar. Tapi aku teruskan juga, sebab ni kenduri kakak angkat aku, dan aku sangat meraikankan majlis ni. Jadi aku tak nak membazir makanan.

Aku perhatikan lagi, budak lelaki ni pegang budak - aku rasa dalam setahun dua umur dia -, dan budak lelaki ni pegang budak tu dalam keadaan sebelah tangan dia masih berasap rokok. Jadi dalam hati aku, "Bapak ah, tu budak kot? Kesian gila!"

Jadi sambil makan, aku menahan rasa marah dan menyampah tu. Nak tambahkan rasa marah dan menyampah aku tu ialah, budak lelaki tu selamba gila nak mati. Kitorang berdua tu macam tak wujud kat depan mata dia, sebab dia macam tak ambil kisah dengan kehadiran kitorang, padahal aku dengan jelas memberi hint yang aku cukup tak selesa dengan perbuatan dia tu.

Nak tambah lagi lagi rasa marah dan menyampah tu ialah, budak lelaki tu duduk di sebelah kawan dia, dan kawan dia tu duduk di meja sebelah, DAN TURUT SAMA hisap rokok! Aku jadi confius, aku ni tengah makan nasi ke, atau makan asap?

Allah... Hanya Allah S.W.T je yang tahu betapa stressnya aku masa tu. Dengan penat memandu jauh yang tak hilang lagi, aku cukup moody dan stress. Kalau tak ikutkan hati dan menghormati majlis, dah lama aku nak sound mamat tu. Tapi aku fikir panjang, takut tak pasal-pasal berlaku pergaduhan pula.

Kalau setakat kedai mamak takpe, tapi ni majlis orang. So aku tak nak benda tu berlaku. Lagipun ni majlis kakak angkat aku.

Yang membuatkan aku pelik ialah, pertama sekali ialah reaksi mak dia a.k.a yang aku tanya tadi tu. Kenapa reaksi dia macam tak kisah dengan perbuatan anak lelaki dia tu? Kat mana peranan dia selaku seorang mak? Takkan dia pun tak boleh bezakan antara common sense dengan buat perkara ikut suka hati dia?

Kedua pula, sebelah aku tu aku rasa mungkin adik atau kakak dia. So, dia sendiri dah nampak betapa tak selesanya aku, dan betapa aku buat protes dengan hetak perlahan gelas air. Kenapa dia tak tegur, tu kan keluarga dia, takkan segan? Aku lainlah, aku sendiri pun rasa segan nak tegur!

Ketiga pula, dalam berbelas meja kat kenduri kakak angkat aku ni, aku tengok budak lelaki dan kawan dia je yang merokok. Lelaki-lelaki lain tak. Padahal secara logiknya mesti ada ramai-ramai di kalangan lelaki-lelaki tu yang merokok. Lagi-lagi geng veteran. Tapi kenapa budak lelaki ni seorang je yang selamba gila nak mati hisap rokok, di depan aku yang tengah makan?

Jadi, disebabkan kemarahan yang telah menguasai aku hampir 100 peratus, maka aku putuskan yang aku tak dapat habiskan makanan tu. Sejujurnya, aku sedih sebab makanan kat situ sangat sedap, dan ia adalah majlis kakak angkat aku. Kita sendiri pun tak tahu berapa banyak kos untuk makanan-makanan tu semua, tapi aku terpaksa membazir.

Aku juga bukanlah seorang yang selalu makan tak habis. Biasanya aku makan tak habis ni sama ada aku terlalu kenyang, ataupun makanan tu aku tak berapa suka.

Aku bangun daripada meja tu, aku tinggalkan makanan kat situ, dan aku bangun dengan muka seketat yang boleh. Dan aku pandang muka budak lelaki tu dengan harapan dia sedar apa yang dia buat, tapi sayangnya aku rasa perbuatan aku tu buang masa je.

Selepas aku habis bergambar dll, aku terus menuju ke penghujung khemah, nak beransur pulang. Aku perhatikan ada beberapa lelaki yang duduk di kenduri tadi, yang sedang menghisap rokok kat situ. Dan mereka tu adalah golongan baya-baya ayah aku.

So, lagilah aku tak boleh 'brain' perbuatan budak lelaki tu. Pak cik-pak cik tu boleh je hisap rokok jauh daripada orang, kenapa dia tak boleh? Adakah dia ingat mentang-mentang dia orang situ, dia ialah abang long kawasan dan dia boleh apa suka hati dia kat situ?

Dan penyudahnya, aku terpaksa memuaskan nafsu makan dengan makan makanan yang berbayar, padahal boleh je aku kenyang elok kat kenduri yang dapat makan free. Allah...

***

Dahulu, aku seorang perokok. Bukanlah seorang perokok yang tegar di mana kalau tak dapat rokok tu aku akan mati. Cuma, bila aku tak dapat rokok, aku akan rasa macam ada sesuatu yang tak kena dalam hidup.

Aku mula berjinak-jinak dengan rokok ketika aku sekolah rendah. Tapi disebabkan kuantiti asap yang banyak, jadi aku takdelah jadi ketagih. Cuma hisap untuk suka-suka sahaja.

Aku start kuat hisap rokok ketika Diploma. Yalah, belajar pun dah jauh daripada mak ayah, duit pun dah ada sikit. 

Masa aku berkhidmat sekejap dengan Askar Wataniah, lagilah. Jangan cakap betapa kuatnya aku hisap rokok. Mungkin dari satu sudut, aku nampak hubungan yang akrab antara askar dan rokok.

Masa aku bercinta dengan ex aku, ex aku menyuarakan yang dia tak berapa suka lelaki yang merokok. So obviously dia tak nak suami dia merokok, kan? Jadi dengan perasaan seorang gentlemen yang menebal dalam diri aku, aku berusaha untuk berhenti merokok.

Boleh bayangkan, betapa sayangnya aku terhadap ex aku. Aku sanggup berhenti buat sesuatu benda yang cukup sebati dalam diri, hanya demi orang yang aku sayang.

***

Dalam blog, aku dah cerita banyak kali tentang camana aku clash dengan ex aku. Tapi, apa yang aku tak cerita ialah - wow satu pendedahan jeng jeng -, camana saat-saat aku cukup broken bila clash.

Macam yang aku state dalam post, aku clash dengan ex aku masa bulan puasa. Dan, duit beli rokok tu aku kumpul, dan aku letakkan dalam tabung nikah, sebab ex aku kan nak kahwin cepat?

Bila  masuk waktu berbuka, aku masuk ke dalam bilik kawan aku, dan aku minta sebatang rokok. Masa tu kawan aku ni hisap Dunhill. Jadi bayangkan, dengan perut yang tak diisi dengan sebarang makanan, aku buka puasa dengan rokok dulu.

Sebab, buat apa aku berhenti rokok, orang yang menjadi sebab aku berhenti pun dah takde, kan?

Then aku mandi, dan selepas tu aku jalan kaki menuju ke 7Eleven, dan aku beli berkotak-kotak rokok dengan menggunakan duit yang aku kumpul tu. Dan semuanya aku beli Winston, sebab masa tu aku cukup suka dengan Winston.

Then selepas aku makan, aku berjalan kali agak jauh, di bawah sinaran cahaya lampu, aku menghembus asap-asap rokok sambil air mata mengalir kerana cukup broken.

***

Actually, aku takde masalah dengan perokok. Bahkan majoriti saudara mara aku seperti pak saudara dan juga sahabat-sahabat aku yang rapat semuanya perokok. Tapi ayah aku tidak merokok. Cuma pelik camanalah anak lelaki yang seorang tu pelik. Anak pungut kot hahaha.

Cuma, aku ada masalah dengan attitude perokok ni. Diorang ingat, bila diorang hisap rokok, diorang lebih taiko, lebih besar, bajet bagus nak mati daripada orang lain.

The truth is, sebahagian daripada  masyarakat kita ingat, merokok ni membuatkan mereka ni nampak digeruni, taiko dll. Sebab tu budak-budak sekarang hisap rokok, diorang ingat bila diorang hisap rokok di kalayak ramai, orang akan takut dengan dia. Lagi menyampah ada!

Aku cukup anti dengan perokok yang hisap rokok di kedai makan. Betul, siapa kita nak halang mereka kan? Takkan kita dengan beraninya nak suruh diorang pergi makan kedai lain, kalau nak hisap rokok. Diorang pun ada hak juga sebagai seorang customer.

Tapi kadangkala, yang datang makan ni bawa budak-budak, ada tu bawa bayi, ada tu pula ada orang tua, dan bukan semua orang boleh terima asap rokok. Ada tu yang membuatkan orang 'turn off' nak makan macam aku.

Sebab orang datang nak makan nasi, bukan nak makan asap!

Sebab tu aku berpendapat, sebagai seorang yang pernah hisap rokok dengan banyak, aku rasa golongan perokok ni kena ubah perangai mereka, dan ingatlah yang bumi Allah S.W.T ni luas. Janganlah kongsi tempat merokok dengan orang yang tidak merokok. Pergi cari tempat lain.

Golongan perokok ni - bukan semua, sebahagian besar - kena banyak ada common sense. 

Bila nampak ada ramai orang, terutamanya perempuan dan kanak-kanak, so elaklah merokok dengan selambanya kat situ.

Bila nampak ada majlis yang bercampur, maka janganlah hisap rokok kat situ, melainkan semua tu adalah perokok juga.

Bila di kedai makan, maka cuba cari tempat atau 'port' merokok yang jauh daripada orang ramai.

Aku rasa, nitizen tak benci perokok. Tapi nitizen benci perangai perokok yang berlagak macam semua orang terpaksa akur yang mereka nak merokok. Berlagak macamlah semua orang kena menghirup udara yang sama macam mereka. Berlagak macamlah mereka tu special sangat!

Manusia akan mati kalau tak dapat oksigen. Tapi perokok hisap carbon, jadi confirm setakat 5-10 minit tak hisap rokok, atau terlambat hisap rokok pun, tak jadi masalah.

Yang jadi masalah bila common sense takde. Buat apa hisap Dunhill kalau common sense takde. Lagi-lagi yang hisap John, tak pun Pine Strawberi ke, Allah, lagilah kena ada common sense.

***

Betul, aku takde masalah dengan perokok. Kalau nak hisap rokok depan aku pun, silalah, aku tak kisah. Cuma pastikan yang si perokok betul-betul rapat dengan aku, dan aku tak makan. Lagi-lagilah kalau aku bersama parents, lagi-lagi ibu aku yang cukup tak suka asap rokok.

Kesemua pak saudara aku, even mereka datang ke rumah aku pun, bila nak merokok mereka akan merokok kat luar. Mereka takkan merokok di dalam rumah aku. Bila keluar makan, atau pergi kenduri kahwin sekalipun, mereka akan cari 'port' yang bukan di khalayak ramai.

Sahabat-sahabat aku yang rapat, bila mereka nak merokok pun mereka tahu timing mana yang cantik. Kalau ramai orang sangat pun, mereka akan try hembus asap tu di belah tepi, bukan kat depan orang ramai.

Aku sendiri pernah hisap rokok berdua dengan seorang pensyarah yang tersangat aku rapat, yang aku anggap macam ayah sendiri. Bayangkan aku, hisap rokok berdua dalam bilik dia, selepas habis kelas bersama dia. Kelas dengan dia petang, so habis kelas pukul 6 pap! Terus berasap dalam bilik dia hahaha.

Tapi, once dia tahu aku dah berhenti rokok, dia sendiri minta izin bila nak merokok. Sebab dia takut aku tak selesa ke apa.

Jadi perokok yang ada common sense, yang ada budi bicara, yang memahami perasaan orang-orang yang tak hisap rokok nilah, yang bagi aku perokok yang paling PEFORM atas muka bumi ni.

Perokok yang tersangat sangat PEFORM!

***

Sehingga hari ini alhamdulillah, hampir 3 4 tahun aku dah selamat berhenti daripada merokok. Faktor kewangan antara faktor terbesar aku berhenti merokok. Yalah, harga rokok semakin meningkat kot!

Aku pula tak boleh hisap rokok murah, sebab nanti aku sakit perut. Jadi aku merupakan perokok yang tegar dengan Dunhill. Bayangkan sekotak Dunhill masa aku hisap dulu pun dah RM12.00, sekarang dah RM17.00 beb! Nasib baik sempat berhenti.

Owh, aku tak kata rokok murah tu tak standard, cuma aku berpendapat rokok mahal tu jauh lebih sedap daripada rokok murah. Yalah, tengok hargalah kan? Masalahnya, sedap tak sedap pun, mampu ke tak?

Ni keje pun takde, hisap rokok Dunhill.

Dan tak dapat tidak, faktor utama aku berhenti kerana orang yang tersayang :)

Sangat susah berhenti merokok, aku sampai demam-demamlah nak berhenti. Dan kesan paling utama ialah badan aku naik mendadak. Tak sangka yang aku boleh naik badan, pipi pun jadi naik. Padahal aku ingat dulu aku akan kurus sampai mati hahaha.

Tapi alhamdulillah, aku berjaya.

Sejujurnya, aku sedikit terliur, bila lepak-lepak dengan sahabat-sahabat aku yang hisap rokok ni. Sebab aku sendiri menjumpai ketenangan, dan dia macam ada feel tau, time hisap rokok ni. Paling sedap adalah bunyi rokok yang terbakar, ketika kita hisap rokok dalam kegelapan malam tanpa berangin. Then ada pulak teh o atau teh susu panas. Pergh!

Tapi tu semua zaman muda-muda hahaha. Dan aku cukup bersyukur aku dah berhenti, dan moga-moga aku akan terus berhenti, in sha Allah amin.

Mengakhiri post, besar harapan aku kalau golongan perokok ni lebih bertimbang rasa terhadap golongan bukan perokok. Macam aku cakap tadi, bukan semua orang yang selesa, ada yang tak  boleh tahan dan cukup rasa macam nak mati bila bau rokok.

Aku sendiri pun, bila dah berhenti lama, aku sendiri jadi stress bila bau asap rokok. Ya Allah, tak tahulah camana stress orang yang bau asap rokok aku dulu. Mungkin ini karma kot?

Golongan perokok tak boleh rasa bumi ni hak mereka seorang je. Bumi ni dikongsi bersama. Masalahnya perokok ni sebahagian besarnya besar kepala, rasa macam diri diorang je yang betul. Jadi sedangkan doktor dah puas berbuih mulut cakap pasal keburukan rokok, dan ustaz pun dah puas berceramah pasal hukum rokok,

Perokok pun susah nak berhenti? Apatah lagi dengan sebahagian perokok yang rilek je hembus asap rokok depan anak bini? 

Jangan lupa, orang yang menghidu asap rokok ni jauh lebih bahaya kesannya daripada yang hisap rokok. Yang hisap rokok umur panjang, yang hidu tu jadi umur pendek.

Nitizen tak benci perokok, tapi yang benci perangai bajet bagus tu! Paling penting, ingat orang yang tersayang ok? Kesian juga dengan isteri atau anak yang ada suami atau ayah yang merokok tapi bukan perokok PEFORM ni!

Semoga dunia dipenuhi dengan perokok yang PEFORM, yang sangat bertimbang rasa. Harap lepas ni kedua-dua golongan iaitu golongan perokok dan golongan tak perokok boleh bersatu hati, dan saling menyayangi.

Peace No War! 

Tapi kalau hembus asap time aku makan, boleh berperang beb!

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers