Bercinta Dengan Non-Muslim - Edisi Remake

Bismillah, Assalamualaikum kepada semua pembaca yang aku sayangi sekalian. Alhamdulillah, aku betul-betul bersyukur kepada Allah S.W.T, kerana memberikan aku kekuatan untuk menulis sebuah post yang sudah lama aku berhajat nak menulisnya.

Tak silap aku, aku pernah buat draft kasar untuk post ni. Tapi entah mana aku terdelete ke apa, so terpaksalah aku mula daripada huruf yang pertama. By the way, sebenarnya post ni patutnya dah siap pagi tadi. Lepas je subuh di masjid berjemaah *berbaur riak tadi, aku bukalah lappy dengan perasaan yang 70% bersemangat. Tapi disebabkan aku agak kehilangan idea, mungkin sebab kurang tidur sebab main game tak ingat dunia dan isinya - mampus aku kalau kesayangan baca -, maka aku sambung semangat tadi dengan sambung main game.

Dan itulah antara sebab aku bajet busy hehehe. So, tanpa muqadimmah panjang seperti game apa yang aku main pagi tadi atau permohonan maaf sebab lama tak update blog berserta lawak hambar, maka ayuh kita terus memasuki post yang sangat excited aku untuk menulisnya.

***

Post 'Bercinta dengan non-Muslim' ni merupakan post aku yang paling ramai orang baca dalam blog ni. Kalau aku buat top ten post yang paling most readable, post 'Bercinta dengan non-Muslim' confirm-confirm akan jadi nombor satu. Sebab apa? Sebab post ni telah dibaca sebanyak 21102 kali dan dikomen - termasuk komen aku - sebanyak 85 komen.

Ha, gila tak gila. Cuba bayangkan kalau aku letak tabung dalam post tu. Siapa yang baca letak singgit. Confirm, lama dah aku kahwin woi. Silap-silap boleh tambah cawangan lagi - cawangan yang dimaksudkan ialah cawangan perancangan lain yang tiada kaitan dengan tambah cawangan seperti lawak hambar para Ustaz bila sentuh bab kahwin (Penulis Blog Siapa Mahu Bahagia, 2019) -.

Itu tak gila lagi. Yang gilanya ialah sambutan daripada korang para pembaca. Bayangkan, post ni aku tulis pada 13 Februari 2013, dan sehingga tahun ni aku masih lagi menerima komen-komen yang dilontarkan oleh korang. Walaupun blog ni tiba-tiba menjadi hiatus disebabkan penulisnya yang bajet busy.

Dan untuk itu, aku sangat-sangat berterima kasih dan terus rasa bersemangat. Sebab deretan komen yang mencecah 85 semuanya itu perlu aku terjemahkan dalam sebuah post baharu. "I need to write that!" Hati kecil aku memberontak, sebelum akhirnya hangus seperti hangat-hangat tahi ayam.

Sedikit trivia atau spoiler, post tu dahulunya aku tulis sebagai suatu manuskrip terjemahan rasa frust aku sebab perasaan cinta aku yang suci murni itu direject secara lembut oleh seorang amoi, ketika aku join PLKN dahulu. Sehingga harini, aku masih ingat nama penuhnya dan wajahnya, walaupun aku dah lupa habis beberapa ayat dalam Bahasa Mandarin yang aku dok hafal - sebab aku minta kawan Chinese aku tolong buatkan - sebab aku nak ucap kat dia.

Aku masih ingat lagi bagaimana mukanya yang putih itu - macam muka aku - akan kemerahan setiap kali aku sebut ayat-ayat tu di depannya. 

Dalam tiga bulan PLKN, setiap satu bulan itu hubungan aku dengan dia semakin jauh dan jauh. Dan terlalu banyak faktor yang mempengaruhi kejauhan itu, antaranya agama semestinya. Punyalah sakit frust aku masa tu, sampaikan aku luahkan segalanya dalam mesej - sebab dulu takde Whatsapp - ketika malam last aku di PLKN.

Aku bertekad, habis je malam tu, aku akan campak jauh-jauh segala kenangan dan memori yang dahulu kitorang bina bersama. Sama ada aku yang syok sendiri acah-acah macamlah hubungan ni dua hala, atau memang betul dua-dua sama suka.

Dan aku masih ingat lagi, dia balas mesej tu "Saya sangat sedih".

Ada yang tanya, camana sekarang aku dengan dia? Masih lagi ke camana? Maka jawapan aku ialah, setelah habis malam last PLKN tu, aku membuang segala yang berkaitan dengan dirinya, macam gambar-gambar, nombor telefon, media sosial dia macam FB, semuanya.

So, malam itulah kali terakhir aku melihat wajahnya. Sampai sekarang, memang dah lost contact lama, dan kalau nak cari di Instagram dan FB pun, aku rasa mungkin dah tak jumpa dah.

Hahaha, sebenarnya aku yang malas nak cari. Sebab past is the past, aku telah pun menemui kebahagian aku, biarlah pula dia bahagia dengan kehidupan dia.

Lagipun, segala memori dan kenangan itu dah hilang, tatkala mentari pagi mulai mendayung ke atas  meninggalkan malam last PLKN yang tenggelam bersamanya.

***

Untuk pengetahuan korang semua, untuk menulis post ni, buat kali pertamanya aku perlu membuka rujukan ilmiah seperti Tafsir Al-Quran untuk aku rujuk kembali tafsiran para mufassir tentang ayat  ke-221 Surah Al-Baqarah, yang aku jadikan sebagai intro dalam post yang terdahulu tu.

Malah, aku juga sempat membaca beberapa penulisan mengenai hukum hakam, muzakarah dan lain-lainnya, termasuklah aku menonton beberapa video daripada para Ustaz dalam dan luar negara,

Hanya semata-mata untuk menulis post ini! Namun yang pastinya, aku takkan letakkan hasil dapatan aku di dalam post ini. Sebab blog ni bukannya blog akademik, aku bukanlah academian nor agamawan, dan juga aku yakin korang semuanya lebih tahu dan mampu membaca lebih lanjut.

Aku sangat syorkan agar korang merujuk para Ustaz yang betul, supaya korang ada sumber backup yang kuat dalam membahaskan bab ni. Fuh, ilmiah betul hahaha. Silap-silap daripada nama Siapa Mahu Bahagia jadi Siapa Mahu Jadi Pandai adalah. *masukkan bunyi cengkerik petanda lawak hambar

Dalam 85 jumlah komen tu, yang dipenuhi luahan, pertanyaan dan perkongsian daripada korang semua, setelah aku tapis, maka aku menyimpulkan bahawa terdapat empat tajuk pokok yang perlu aku highlightkan di dalam post ni.

Sebelum aku mulakan, suka untuk aku beritahu, kesemua hujah atau perkongsian ini adalah daripada sudut pandangan mata aku sendiri. Ada sedikit bahan-bahan sokongan, namun aku percaya logik yang bakalkan aku utarakan ini tidak akan keluar daripada hukum hakam, dan mampu difahami jelas.

Sebab, dalam membicarakan soal kehidupan, logik yang betul sangat diperlukan. Dan untuk meraih logik itu, sudah tentu agama ada tempatnya yang istimewa sebagai fundamental logik itu.

***

1. Bagaimana nak dekatkan si dia dengan Islam?

Tajuk pokok yang pertama ni merupakan antara persoalan dan perkongsian yang paling banyak diutarakan dalam post sebelumnya. Apa yang menarik, sebahagian daripada perkongsian para pembaca adalah mengenai hubungan yang agak international.

Percintaan yang bukan sahaja merentasi agama, malah merentasi negara. Fuh, bukan calang-calang pembaca blog aku haha. Aku pun sendiri jatuh cinta dengan amoi Malaysia je!

Ada juga yang kongsikan dalam post tu, sampai rasa stress nak tukar nombor telefon bagai. Sebab apa? Sebab mereka rasakan mereka ni hanya taraf typical Muslim je, mereka rasa mereka tidak mampu nak dekatkan atau tarik siapa-siapa ke arah agama kita yang mulia ni.

Jawab aku, keunikan Islam ialah kita sebagai penganutnya, tak perlu nak bercerabih nak berceramah bagi talk sampai sejam, untuk dekatkan si dia dengan Islam. Keunikan Islam terletak di dalam apa yang diamalkan oleh penganut Islam yang sejati. Sebagai contoh, akhlak Islamiah yang diajar dan diterapkan oleh agama kita.

Aku berpendapat, dengan hanya mengamalkan akhlak Islamiah je pun, aku rasa sudah cukup mampu mendekatkan si dia dengan Islam. Sebab duta bagi agama sudah tentu penganutnya. Baik camana pun agama tu, tetap orang akan tengok kepada baik ke tidak penganutnya. Dan masalahnya, kita sendiri gagal menjadi duta yang baik kepada agama kita. Tu masalah juga tu! *sentap kepada diri

Banyak kitab meriwayatkan, dakwah bil hal - dakwah dengan perbuatan - yang dibawa oleh Nabi S.A.W lebih banyak membawa masyarakat untuk berbondong-bondong masuk ke Islam, berbanding dakwah dengan bercakap berceramah dan lain-lain tu. Sebab action talk louder than word.

Maka, sebelum kita dedahkan si dia dengan permasalahan yang lebih kompleks macam aqidah dan ketuhanan, terlebih dahulu kita perlu dedahkan dengan permasalah yang simple macam akhlak Islamiah itu tadi.

Dalam bab nak mengenalkan Islam ini, ia perlu step by step. Tak boleh terus lompat bab aqidah, syurga neraka, apatah lagi pasal convert. 

Kalau andai kata korang ditakdirkan dipertemukan dengan seorang non-Muslim yang suka mengkaji, maka kerja korang lagi mudah. Biasanya yang suka mengkaji ni lebih daripada non-Muslim yang international. Rasanyalah haha, sebab kita yang Malaysia ni pun camtu jugak, tak berapa suka nak mengkaji, suka mengecam haha.

Sebab apa senang, sebab apa yang mereka kaji itu semuanya para ulama dah sentuh. Apa susah, buka je youtube Dr. Zakir Naik, arwah Sheikh Ahmad Deedat, dan puluhan ulama yang dah pun membincangkan ratusan isu yang berkaitan dengan perbandingan agama. Susah sangat, buka je video Ustaz Azhar Idrus, jangan sampai dia pening nak translate loghat Terengganu sudah!

Step by step, mulakan dengan kita dahulu sebagai penganut Islam dan dutanya, menunjukkan apa kebaikan yang telah diinstall daripada Quran dan Sunnah, dan aplikasikannya kepada dunia. Settle, next!

2. Bagaimana nak tukar life style dia?

Serius, ni merupakan persoalan yang begitu sukar untuk aku jawab. Apatah lagi sekiranya hubungan yang baru berputik antara korang tu baru mula nak berputik.

Kita kena sedar, life style ni bukannya berlangsung dalam masa yang sehari dua. Sebab style yang dijalankan itu terlalu lama di dalam kehidupan seseorang, sampai ia menjadi gaya hidupnya. Cuba bayangkan kalau korang sendiri baru bercinta tak sampai sehari, tiba-tiba pasangan kau dah demand ini tukar itu tukar. Tak ke stress? Silap-silap dari sayang terus blah!

Dan life style seorang non-Muslim sudah tentu berbeza daripada kita selaku Muslim. Di mana ada unsur-unsur haram yang diterapkan, dan ada antaranya menjadi sebati macam makan khinzir dan 'drinking'. Itu bagi aku adalah unsur-unsur haram yang bertaraf rendah dalam life style non-Muslim, belum lagi aku cerita bab yang tukar pasangan tidur dan lain-lain lagi.

Ok, kita ambillah life style paling simple, iaitu makan khinzir. Cuba bayangkan kita orang Melayu dah biasa makan nasi. Cuba seminggu tak makan nasi, confirm akan terasa lainnya. Silap-silap sehari tak makan nasi pun rasa macam tak kenyang je makan.

Maka, sudah tentu life style itu takkan boleh diubah sekelip mata. Walau seberapa sayangnya dia kepada korang sekalipun!

Namun, persoalannya aku nak timbulkan ialah, mesti dia akan fikir, kenapa dia perlu tukar life style dia? Takkan korang nak jawab, sebab life style dia berbeza dengan life style kita yang Muslim ni! Apa yang diorang buat tu haram hukumnya kalau kita buat! Camtu ke?

Adakah sebab kita rasa kita nak bawa hubungan ni ke arah lebih serius, nak kahwin contohnya, maka tiba-tiba dia pun kena ubah life style dia agar thabit dan 'kena' dengan agama kita?

Ha, di sini ada peliknya. Dan selagi mana korang tak boleh jawab, di situlah korang akan nampak mengapa hubungan ini tidak ada guna daripad mulanya. Buang masa untuk dibawa dengan lebih jauh.

Jawab aku, kita tak boleh nak ubah life style dia, agar kena dengan agama kita, hanya semata-mata kita fikir yang mungkin hubungan ini akan pergi lebih jauh. Ada potensi untuk lebih mekar. Tidak, kita tidak boleh ubah. Selagimana hubungan itu tidak melangkah ke gerbang pengahwinan, maka tidak terlalu kuat hujah atau sebab dalam mengubah life stylenya.

Lagipun, hanya dia sahaja yang boleh mengubah life style dirinya sendiri. Atleast, itulah jawapan yang paling selamat boleh aku bagi, untuk persoalan yang sangat susah ini.

3. Bagaimana kalau dia tak nak convert ke Islam?

Serius, persoalan ni jauh lebih sukar untuk dijawab daripada persoalan yang sebelumnya. Namun, keduanya ada persamaan dan ada rentetan yang menyumbang kepada lanjutan seterusnya.

Cuba korang tanya betul-betul kepada hati korang yang paling dalam, untuk apakah kita bercinta? Adalah bercinta hanya setakat untuk memenuh tuntutan sosial kita, atau ada after effect yang kita nak teruskan selepas bercinta tu?

Kalau jawapan korang ialah bercinta untuk kahwin, bercinta untuk membina kehidupan, maka sekiranya korang dipaksa untuk memilih antara Islam dan cinta, yang mana satu yang akan korang pilih? The choice is only one, you pick one, the another one will lost.

Serious talk ni.

Untuk mengubah life style yang bertahun lama dia buat pun dah susah, inikan pula bila isu convert. Sebab itulah at the end, ada di kalangan saudara se-Islam kita yang akhirnya memilih cinta berbanding Islam, dan aqidah Islamiah terpaksa dikorbankan sebagai mas kahwin.

Jika hubungan korang telah menjadi lebih serius, tersangat serius, dan korang dah tak boleh berpatah balik melainkan maju ke hadapan dengan berkahwin, maka menjadi tanggungjawab korang untuk mengingatkan bahawa kita merupakan penganut agama yang bermaruah dan ada harga yang sangat mahal.

Si dia perlu convert kepada Islam, meninggalkan bukan setakat life stylenya malahan pegangan agamanya. Dan perlu mengingatkan dia bahawa ada hukuman berat yang menanti sekiranya dia kembali murtad sesudah menganut Islam.

Jadi, kalau bila si dia dah mention dan bertegas tidak mahu menukar agamanya, tapi masih cinta korang dan sebagainya, maka perlukah lagi aku mengulangi dan mensyarah panjang lebar ayat ini:

"The choice is only one, you pick one, the another one will lost."

4. Masalah family?

Family merupakan golongan yang paling terpenting dalam kehidupan manusia. Familylah yang memainkan peranan penting dalam membentuk seseorang manusia tu, apatah lagi kalau cerita bab kahwin. Sampai dinukilkan orang-orang tua, bila kita nak berkahwin dengan seseorang itu, kita juga akan berkahwin dengan keluarganya juga.

Sebab itulah Islam sebuah agama yang mudah, dan mensyaratkan bahawa keluarga bukan syarat sah pernikahan. Namun, Islam juga tidak memandang mudah perkara ini, sehingga wali hakim boleh mengesahkan pernikahan sekiranya berlaku bantahan daripada keluarga.

Dalam isu percintaan atau perkahwinan dengan non-Muslim ini, dua je yang akan berlaku. Satu, macamana penerimaan pihak keluarga si dia, dengan anaknya dah convert ke Islam dan dah kahwin dengan seorang Muslim. Tu belum cerita lagi kalau sekiranya family si dia tu anti-Islam atau Islamphobia ke apa.

Dua, macamanan penerimaan pihak keluarga korang. Tiba-tiba dapat menantu yang agak zero dalam agama, kalau si dia tu lelaki, bagaimanalah dia nak membimbing anak perempuannya dalam bab-bab agama.

Sebab itulah, walaupun family bukanlah syarat sahnya nikah, tapi kedudukan dan restu mereka juga perlu diambil berat. Kerana jasa yang dicurahkan kepada kita, takkan mampu dibalas.

Aku percaya, perkara ini mampu diselesaikan sekiranya korang dan si dia menjelaskan elok-elok kepada pihak keluarga masing-masing. Berikan hujah dan sebab yang tulus dan ikhlas, supaya korang boleh bersama dan tidak hilang keluarga.

Sedih bila aku baca dalam komen, ada ibu si dia yang sampai pengsan bila cerita bab-bab ni. So, ia agak mencabar di situ, bila menyentuh soal family ni.

Kalau dah sekiranya kedua-dua family tetap menghalang hubungan ini - bukan faktor si dia tak nak convert ke apa, tapi family je yang menghalang -, maka jika korang sanggup menanggung risiko, maka kejarlah apa yang terbaik untuk semua pihak.

Tapi ingat, everything have a cost to pay.

***

Sehingga harini, aku bersyukur aku tidak meneruskan perhubungan aku dengan amoi tu. Sebab, aku sendiri tidak menjumpai sebab yang kukuh dalam meneruskan perhubungan - selain kahwin -, dan juga aku tidak mempunyai kemampuan, apatah lagi dalam bab family.

Dalam bercinta ni, memang semuanya indah. tapi bila nak kahwin atau dah kahwin, boleh jadi semua perkara yang indah-indah tu menjadi mimpi ngeri. 

Mungkin, Allah S.W.T sendiri mengetahui bahawa terlalu banyak kebaikan dan hikmah dalam menikah sesama Muslim, sehingga Dia menyatakan bahawa sesama Muslim itu lebih baik berbanding non-Muslim, meskipun non-Muslim tu menarik seperti cantik atau bijak, walaupun kita tidak tertarik kepada sesama Muslim sendiri.

Sebab, ada beberapa musibah, cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi kelak. Maka, di dalam versi remake post ini, tatkala umur aku juga semakin dewasa berbanding aku menulis dan meluahkan perasaan aku di dalam post yang aku hanya berusia 18 tahun ketika itu, aku berpendapat sekarang, lebih eloklah kita mengelakkan diri daripada berada di dalam relationship bersama non-Muslim.

Sebab apa? Sebab terlalu banyak harga yang perlu kita bayar demi menoktahkan perhubungan ini di frasa perkahwinan. Sebab itulah aku betul-betul tabik dan bangga dengan perkahwinan non-Muslim dengan Muslim, yang akhirnya si dia convert ke Islam.

Sebab apa? Sebab mereka mampu membayar harga-harga yang sebegitu tinggi itu.

Mengakhiri post, banyak lagi saudara seagama kita yang masih single kat luar sana. So, instead of kita susah-susah nak membina hubungan dengan non-Muslim, why not kita pilih yang lebih ringan kesusahannya, kan?

Tak salah nak berkawan dengan non-Muslim ni sebenarnya, tapi bila hati mula mengambil alih, maka siap sedialah untuk berperang antara agama dan cinta. Kita boleh dapat kedua-duanya, tapi adakah cerita seterusnya itu betul-betul dinoktahkan dengan kegembiraan?

Atau sebaliknya.

Kepada korang para pembaca yang masih lagi berada dalam relationship yang berbaur atau boleh membawa kepada cinta, maka inilah nasihat yang telah aku sampaikan panjang lebar.

Jika korang mampu, why not kan? Tapi kadangkala bukan semua benda akan berakhir macam yang kita nak. Sebab itulah, kita rasa kita telah hilang sesuatu yang baik, namun sebenarnya Allah S.W.T akan menganjari kita dengan sesuatu yang lebih baik.

Imam Ibn Taimiyyah pernah berkata, cinta itu akan hilang bersama hilangnya sebab. Maka jika andai kata si dia telah hilang cintanya kepada kita, maka adakah sebab keIslamannya itu juga akan hilang?

Tepuk dada, tanya iman. Mampu atau tidak, hanya jauhari yang mengenal manikam.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al Baqarah: 216).

P/s: Aku namakan post ni remake sebab dia ala-ala game Resident Evil 2 2019 yang version remake. So, besar harapan aku dan aku berdoa kepada Allah S.W.T, agar post baharu ni menjawab segalanya di post terdahulu. Amin :)

Comments

  1. Assalammualaikum.. Saya tertarik dengan blog ini berkenaan dengan bercinta dengan non-muslim. Izinkan saya untuk menceritakan tentang kisah saya dan minta pendapat atau nasihat dari kisah saya yang saya ingin ceritakan sebentar lagi.

    Pada awal tahun 2019, saya seorang lelaki Muslim, mula officially bercinta dengan seorang gadis yang beragama Kristian. Dipendekkan cerita, my parents suka saya berkawan dengan dia. But parents dia tak sukakan saya berkawan(bercinta) dengan saya pada awalnya. Tapi lama kelamaan, parents dan family dia dah boleh terima saya. Tapi apakan daya, hubungan kami mula pudar setelah kematian bapa dia. Kitaorang dah bercinta hampir 3 tahun, dan break pada awal bulan 1 tahun ni. Dia yang breakkan saya dengan cara baik atas alasan dia tidak mahu convert, demi menjaga hati keluarga, lebih² lagi ibu nya yang satu² nya masih hidup. Dia taknak kecewakan ibu dia kalau dia convert, maka dia harus memilih untuk berpisah dengan saya. Saya masih tak dapat move on walau berusaha macam mana sekalipun untuk lupakan dia.. Saya masih sayangkan dia.. Dia dah fikir masak² pasal ini selama dua bulan sebelum kami officially break. Dia hanya cakap yang dia minta maaf sebab breakkan saya, dan telah memaafkan segala kesilapan yang pernah saya lakukan, and decide untuk berkawan biasa dengan saya.. Saya berkali² pujuk dia untuk berikan masa dan peluang, dia tetap taknak terima saya semula.. Sekarang, dia dah block/unfriend semua laman sosial yg berkaitan dengan saya gegara saya desak dia untuk kembali bersama saya. Saya rasa serba salah sebab tak berpeluang untuk bahagiakan dia. Apa yang patut saya lakukan? Saya still istiqomah berdoa untuk dia dibukakan hati untuk menerima saya dan mendapat hidayah 😔 Saya masih berharap dengan dia, dan berpasrah kepada Allah untuk berikan saya kekuatan. Setiap malam saya akan meratapi kenangan² dan kepergian dia dari hidup saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam, maaf lambat reply. Alhamdulillah, terima kasih kerana tertarik dengan blog ni. Hingga harini, memang post Bercinta dengan Non-Muslim ni memang no 1 post saya paling hangat, walaupun penyudahnya saya taklah ke mana dengan non-Muslim tersebut haha.

      Bercinta dengan non-Muslim atau Muslim, kedua-duanya sama je cara dan pattern bercinta. Yang bezanya hanya soal agama. Dalam kes ni, awak lelaki. Mungkin awak first lelaki yang comment tentang post ni. Dalam konteks agama, awak dah mampu sebab awak lelaki dan awak ada autority ke atas wanita non-Muslim. Yang tu part agama, dan saya bukan orang yang layak untuk bahaskan.

      Tapi macam saya cakap, non-Muslim atau Muslim, sama je cara bercintanya. Bila kita clash, then ex kita buat keputusan untuk block unfriend semua medsos kita, so kita kena faham itu ialah satu sign untuk dia nak move on. Atau mungkin nak larikan diri sekejap untuk bertenang.

      Jadi, dalam keadaan camni, tak banyak perkara yang boleh awak buat sebenarnya, melainkan biarkan masa yang mainkan peranan. Berikan dia masa. Kalau betul-betul dia nak kembali kepada relay, so biarkan dia yang cari awak. Itu lebih better daripada awak mengharap sesuatu yang tak pasti.

      Dalam masa yang sama, awak sendiri perlu jaga diri awak sendiri. Bertenang, move on, cuba keluar daripada kenangan-kenangan lama. Mulakan dengan terima hakikat yang berlaku, redha dan sabar.

      Dari situ, awak berdoalah. Berdoa kepada Allah, andai ada jodoh korang berdua, maka tiada yang akan dapat menghalang.

      Perpisahan memang sesuatu yang menyakitkan, tapi untuk terus stay dalam mimpi dan fantasi yang tidak menjadi realiti, lebih sakit. Cuba move on, take your time, in sha Allah biarkan masa yang mengubati, ok?

      You can do it bro.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts

Terima Kasih Followers