Post 102: Campak Belakang Ke Perubahan 6-7 Tahun Blog

Bismillah, Assalamualaikum warahmatullah buat seeemuuuaaa pembaca yang aku sangat-sangat aku sayangi. Alhamdulillah, akhirnya teka-teki yang sekian lama bermain di dalam kepala aku terjawab juga, iaitu kapan bilakah aku akan mengupdate blog ni. Adakah tunggu aku dikapankan baru akan terupdate blog ini?

Tepuk keyboard tanyalah sendiri. Alhamdulillah, perasaan update blog setelah sekian lama ini aku andaikan macam seorang artis muslimah yang kini berhijab. "Alhamdulillah, saya telah diberi hidayah". Sudah tentu, diberi kekuatan untuk melawan nafsu malas dan bajet busy ini, datangnya daripada korang semua para pembaca yang tidak putus-putus mendoakan aku.

Rasanyalah, ke tak doa? Takpelah, aku sedar ini semua salah aku kerana terlalu banyak berjanji. Bagi harapan palsu, kata nak updatelah apa.

Sebelum pergi lebih jauh, suka untuk aku kongsikan yang aku kini sedang meniti dalam dua bulan terakhir sebelum tamat pengajian di peringkat Degree. Saat aku menulis ni, aku sedang sengsara dalam cuti midsem yang sudah bermula dalam empat hari.

Dan duka untuk aku kongsikan, perasaan sengsara itu datang kerana ibu tidak membenarkan aku balik ke rumah cuti midsem ini. Sedih bukan? Sehari dua sebelum start cuti midsem, ibu kata takyah balik cuti midsem ni, balik terus lepas habis belajar.

Dan disebabkan aku cukup mengenali ibu camana, sehari dua selepas start cuti midsem, ibu pun buat u-turn yang tidak dapat aku mengiranya dari dulu, iaitu:

"Takpelah, ibu tak kisah kalau adik nak balik." The Biggest Plot Twist untuk tahun 2019, boleh saing-saing dengan versi satu Misteri Dilaila Syafiq Yusof hahaha. Versi dua mengarut nak mampus hahaha, ops tercerita pulak. Abaikan.

***

Serius dan sangat serius, tersangat lama aku tak update blog ni. Kebiasaannya, aku akan cuba menulis paling cikai paling busuk pun, satu post satu bulan. Dan saat aku menulis ni, ini merupakan post pertama yang aku tulis bagi tahun 2019.

Dan last aku tulis pada tahun lepas ialah pada 20 Jun. Belum cukup gila, yang gilanya ialah pada tahun 2018, aku hanya menulis sebanyak tiga post sahaja tuan-tuan puan-puan! Tiga post sahaja boskur!

Begitu hinanya aku menjadi mangsa bajet busy, mangsa kemalasan, mangsa mood, mangsa itu dan ini. Tapi serius, ada masa yang betul-betul aku busy *mention aku busy, tapi boleh je tweet update ig bagai

Namun, sejujurnya aku tak pernah melupakan walaupun sekali, untuk update blog ni. Lagi-lagi bila aku dah terdedah dengan dunia penulisan akademik dan ilmiah, berada di tahun akhir dan semester akhir, dan dengan lambakan isu yang berlaku seantero luar dan dalam negara, maka begitu sekali modal untuk aku menulis.

Namun, kalau korang pembaca blog aku yang setia, korang tahu yang aku memang begitu. Menulis ikut mood, menulis dengan hati. Sebab kalau terlalu nak kejar rating dan lain-lain, alamatnya penulisan aku takkan mampu menerjah hati.

Bukankah kata-kata dari hati, akan sampai ke hati?

Namun *berapa kali namun, hati aku cukup-cukup tersentuh bila masih lagi di kalangan korang yang kadangkala pm personal di Fb aku, gmail, malah memenuhi ruangan komen, tanya share macam-macam. Meskipun aku cukup lama tidak menulis.

Dan untuk itu, aku betul-betul bersyukur. Dan sangat-sangat terharu. Terima kasih semua pembaca yang aku sayangi ini!

Maka in sha Allah, alang-alang aku ada sedikit masa ini, sebelum kembali kepada bajet busy, dunia per'game'an, dunia tidur a.k.a membuta, atau kembali kepada Hiatus ala-ala Kentaro Miura - mangaka Berserk yang selalu menyeksa jiwa aku sebab Hiatusnya lama nak mampus -,

Marilah ikuti aku dalam sesi throw back, campak belakang ke hampir enam tujuh tahun aku menulis, di blog ini.

***

Sebenarnya, aku dah lama berniat - semacam bernazar begitu - nak buat satu post throw back. Aku cadang nak buat ni untuk post yang ke-100 sebenarnya. Sekali bila aku try buka-buka blog, rupanya dah 101 post aku hahahaha.

Noob siak! Bila aku cerita ke kesayangan - fiancee to be - lagi syok, dia suruh aku delete hahaha biar cukup 100. Wowowo, sangat berharga post-post ini, walaupun kena reject di beberapa produksi buku, sebab alasan penulisan aku tidak berapa nak ikut penulisan motivasi.

Tapi, sebenarnya, memang ada post-post aku yang delete. Sama ada post itu mungkin terlampau childish, berbaur terlalu emosi, atau mungkin post-post yang bercanggah dengan pemikiran aku sekarang.

Post pertama aku bertarikh 8 Disember 2012, ketika tu aku baru Form 5. Namun, apa yang pasti, tarikh ni bukanlah tarikh officially aku menulis. Aku pernah menulis di beberapa blog yang aku buat, yang hanya aku ingat ialah aku pernah buat blog 'Lauk-Pauk Kehidupan'. Header blog masa tu aku guna gambar masak lemak. Gigih wei aku cari kat internet hahaha.

Tak silap aku, ketika tu aku Form 3 camtulah. Aku juga teringat aku pernah buat satu blog yang memang 100% genre cinta-cintun cintan Maggi, sebab masa tu aku memang mabuk bercinta dan target audience aku pun untuk budak-budak noob aku macam aku je.

Tapi, disebabkan genre cinta ni terlalu kurang modal nak tulis, maka akhirnya aku membuat keputusan di umur 17 tahun itu, untuk menulis pebagai jenis isu dan genre, di dalam blog ini. Segala coretan pengalaman, kesedihan, suka duka dan lain-lain, aku kongsikan di dalam blog ini.

Aku pun dah lupa sebenarnya - sebab dulu tak suka makan kismis, tu bengap - sebab aku pilih nama blog 'Siapa Mahu Bahagia' ni. Mungkin disebabkan childhood aku yang diliputi dengan masalah-masalah yang datang dari segala sudut, maka aku berasa untuk share kepada semua.

Mana tahu, ada yang juga mengalami perkara yang sama. Dan bila melihat view dan komen yang banyak untuk certain-certain post blog ni - ada yang kata ingat takde orang kena rasa ke, rupanya ada juga -, maka aku bersyukur yang aku menulis di blog ni.

***

Kalau korang baca blog ni daripada post pertama, sampailah post yang ke-101, korang akan nampak beberapa perubahan.

Satu, daripada sudut colour font. Ada font yang macam-macam colour sampai korang pun rasa semak je nak baca. Rasa macam nak tumbuk je penulis blog ni. Ada perbezaan dalam sudut ejaan, ada yang baku, ada yang penuh tulisan shortform rempit macam 'aper' 'kitew' lah apa. Ya Allah, rempit betul lahjah penulisan masa tu.

Korang bayangkan, puas aku nak membakukan post-post tu dahulu masa nak try hantar buat buku. Rasa macam nak sepak je penulis blog ni haha. Atleast, aku tak letak lagu dalam blog ni, soundtrack ala-ala nasyid Islamik ke apa haha.

Kononnya nak tambahkan feeling atau zauk, penyudahnya semak nak mampus haha.

Tapi, perubahan kedua dan perubahan yang paling besar dan ketara ialah, pemikiran. Bayangkan ada tiga timeline penulisan aku dalam blog ni. 2012, era aku dah nak habis sekolah, sebab masa tu SPM. 2013, era aku PLKN - tu yang jumpa amoi haha - dan juga era aku mula jejak universiti untuk Diploma - tu yang clash-clash bagai haha -. Then last sekali, 2015 sampai sekarang era aku sambung Degree, dan nak habis ah pun.

Macam-macam era, dan macam era Heisei Kamen Rider dan Ultraman pulak! Nasib baik tak Erra Fazira je *masukkan gelak hambar

Maka, sudah tentu perbezaan-perbezaan era ini dipengaruhi oleh banyak faktor, dan juga sebahagian kekal dan sebahagian tidak sehingga harini. Maksudnya apa? Maksudnya, sekiranya sekarang aku diminta untuk tulis certain-certain post lepas dalam blog ni, maka sudah tentu pandangan aku takkan sama dah.

Sebab faktor-faktor lain pula telah mempengaruhi fikrah aku sekarang. Diri aku yang menulis ketika itu, tidak sama dah dengan diri aku yang menulis sekarang. Namun, bukan semua postlah, ada certain-certain sahaja.

***

Mengakhiri post campak belakang ini, cukuplah ia menjadi post untuk aku khususkan perasaan bersalah dan permohonan maaf aku kepada korang semua, para pembaca yang aku sangat sayangi.

Jika dulu, bolehlah untuk aku selitkan permohonan maaf sebagai muqaddimah post. Sebab jarak tak menulis pun paling cikai sebulan. Tapi kalau dah separuh tahun, so memang perlu untuk aku buat satu post khusus untuk memohon maaf.

Dan alang-alang tu aku buat throw back sikit. Maka jangan terkejut jika terlalu banyak perubahan dalam penulisan aku. Perubahan-perubahan tersebut sudah semestinya faktor usia dan pengalaman.

Tapi yang pastinya, ia bukan plot twist atau u-turn hahaha. Sentiasa doakan supaya lebih bersemangat untuk menulis. Aku mohon hidupkanlah page Fb Official tu, lagi sendu daripada blog aku ni haha.

Aku mohon maaf kepada semua yang begitu lambat aku reply komen di blog, mahupun di Fb. Sebenarnya, aku memang jarang buka Fb. Sebab itulah aku jarang membawang dan bukan ahli comitee Persatuan Bawang *lawak hambar part 2.

In sha Allah, nantikan *berbaur janji palsu post-post seterusnya bagi tahun 2019 ini. Terima kasih sesangat atas sokongan semua. Semoga Allah sentiasa memberikan kebahagian kepada kita semua, dan menjauhkan kita daripada elemen dan unsur yang menghilangkannya.

Terima kasih, next *lawak hambar part 3

P/s: Azam 2019 nak banyak menulis, harap-harap realiti bukan fantasi haha :)

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers